Anda di halaman 1dari 22
BAB DUA KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN Pengenalan Kementerian Pendidikan Malaysia begitu perihatin terhadap murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Ini dapat dilihat dari usahanya yang dibuat semenjak tahun enam puluhan lagi. Dua strategi pelaksanaan telah diambil iaitu bermula pada tahun 1967. Bahagian Sekolah-sekolah di Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan di beberapa buah sekolah tendah. Sistem yang digunakan ini diberi penekanan kepada murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam subjek-subjek Bahasa Malaysia dan Matematik sahaja. Mulai 1975 pula, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaannya dalam Program Pendidikan Imbuhan di dua belas buah sekolah rendah. Pada peringkat awalnya, guru kelas sendiri yang menjalankan projek ini tetapi lama kelamaan ianya tidak dapat dipraktikkan dan diganti dengan guru khas pemulihan. Sistem pendidikan di Malaysia sekarang lebih menitikberatkan kepada perkembangan murid secara menyeluruh meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, moral, nilai-nilai estetika dan sosial, Sehubungan itu murid-murid haruslah diberi layanan dan kemudahan pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh Begitu juga sistem pendidikan di Jepun. Kementerian Pendidikan mengambil pelbagai langkah terhadap pelaksanaan sistem pendidikan biasa dan sistem pendidikan khas demi untuk pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas. Dari apa yang dapat dilihat corak kemajuan yang dicapai khususnya dalam Pendidikan khas boleh dibanggakan. Dilihat dari perspektif program yang dilaksanakan, aspek guru termasuk etika kerja dan penglibatan aktif masyarakat sekeliling amatlah penting terhadap penyediaan pendidikan untuk semua Bab ini akan melihat kedua-dua sistem pendidikan di Malaysia dan sistem pendidikan di Jepun. Ini meliputi pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia dan di Jepun khusus dalam bidang kerencatan akal (Mentally Retarded), Pendidikan Khas Di Malaysia Pendidikan merupakan bidang yang terus diberi keutamaan dalam mengharungi kehidupan ini, Oleh itu perancangan pendidikan negara ini digubal sebegitu rupa seiring dengan keperluan pembangunan negara menerusi kurikulum yang menyediakan pelbagai kemahiran kepada para pelajar tanpa melupakan soal keperibadian, moral serta lain-lain kepimpinan yang amat diperlukan demi masa depan negara yang lebih cemerlang 16 Struktur pendidikan formal di Malaysia bercorak 6-3-2-2- iaitu terdiri dari empat peringkat. Peringkat pertama memakan masa selama 6 tahun masa persekolahan dikenali sebagai sekolah rendah, Peringkat kedua memakan masa selama 3 tahun dikenali sebagai sekolah menengah atas, dan dua tahun terakhir iaitu peringkat keempat sebagai pra-universiti, Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas hingga kini Sebagaimana yang terdapat di negara-negara membangun — dan sedang membangun, peranan utama dalam pendidikan khas dan perkhidmatan pemulihan pelbagai kecacatan adalah disumbangkan oleh institusi-institusi kekeluargaan, kemasyarakatan dari pelbagai golongan etnik dan agama serta pertubuhan-pertubuhan ibu bapa, sukarela yang bersifat tempatan dan antarabangsa. Semenjak tahun 1948, Kementerian Kebajikan Masyarakat mula memainkan peranan utama dengan pembukaan Sekolah Rendah Princess Elizabeth, Johor Bahru dengan kemudahan asrama. Seterusnya pada tahun 1954, Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (Pendidikan untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran) mula ditubuhkan. Pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an terdapat beberapa perubahan berlaku atas dasar bahawa sejumlah murid-murid di sekolah biasa gagal mencapai kemajuan yang memuaskan. Kesan daripada ini, program- Program pendidikan pemulihan mula dibentuk sebagai kelas-kelas khas di sekolah-sekolah biasa. Murid-murid dikenal pasti sebagai mengalami kesukaran 17 dalam menguasai kemahiran asas dikeluarkan daripada kelas masing-masing sama ada dalam tempoh satu waktu atau lebih. Mereka ini akan mengikuti Program Pengajaran Pemulihan oleh seorang guru yang terlatih dalam bidang pendidikan pemulihan. Tahun 1967 merupakan satu petanda baik iaitu dari aspek pemberian bantuan penuh geran per kapita kepada Sekolah Menengah Pekak Persekutuan. Sehubungan itu, komunikasi seluruh telah diperkenalkan di Sekolah Menengah Persekutuan di Pulau Pinang pada tahun 1978. Sumbangan Kementerian Pendidikan pula dengan mengadakan kursus latihan khas kepada guru-guru di Maktab Perguruan [imu Khas, Cheras, Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang mula diperkenalkan ialah Kursus setahun bagi bermasalah penglihatan pada tahun 1962 dan kursus bagi bermasalah pendengaran pada tahun 1963. Kursus khas setahun bagi bermasalah pembelajaran dimulakan pada tahun 1991. Dengan adanya pelaksanaan Perakuan 169 hingga 183 Jawatankuasa Kabinet (Laporan Mahathir) yang dibuat oleh Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke 70 pada 30 Jun 1991, dapat dijadikan sebagai landasan bagi mempertingkat bidang pendidikan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas, Di samping itu juga, jawatankuasa antara kementerian-kementerian ditubuhkan (30 Jun 1981) sebagai usahasama yang bersifat membantu dan saling menyokong demi untuk mencapai matlamat yang muri ini. Jadual 1 menunjukkan akan bidang tugas bagi kementerian-kementerian yang terlibat dalam Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas. | Nama Bidang Tugas Tarikh Dilaksanakan Kementerian _ Kementerian Pendidikan kanak-kanak bermasalah | | Pendidikan | penglihatan, bermasalah pendengaran, | bermasalah anggota dengan 1981 kecerdasan biasa dan educable mentally retarded. | | Kementerian | Melatih kanak-kanak profound Kebajikan | mentally retarded, kanak-kanak yang Masyarakat tidak dapat digolongkan dalam sistem 1981 pendidikan formal | Kementerian | Menerima untuk bekerja pelajar- Buruh pelajar yang telah dilatih dan diasuh 981 dalam konteks di atas | Kementerian Belia | Adakan program berkaitan dengan 1988 Dan Sukan pelaksanaan pendidikan khas | Kementerian Memberi nasihat perubatan untuk 1981 | Kesihatan pemulihan serta terapi yang sesuai Jadual 1 ; Bidang Tugas Antara Kementerian-Kementerian Dalam Pendidikan Khas Kemudiannya pada awal tahun 1995, (Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, | Oktober 1994) konsep Pendidikan Inklusif mula dilaksanakan sebagai projek perintisnya. La menawarkan kepada kanak-kanak berkeperluan Khas belajar bersama-sama murid-murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama. Tujuan projek 19 ini adalah untuk murid-murid ini tidak merasa terasing daripada masyarakat dan juga dapat meningkatkan sikap positif dari segi yakin diri, berdikari, sabar, berani, dinamik dan bertanggungjawab, Mereka juga akan melengkapkan diri masing- masing dengan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang setanding dengan kanak-kanak biasa. Falsafah Pendidikan Khas Falsafah Pendidikan Khas adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Pengurusan Projek ~ Peningkatan Latihan Kepakaran bagi kanak- kanak dengan Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Julai 1992). Ia menekankan kepada pencapaian perkembangan optima seseorang individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri serta boleh menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan seorang ahli masyarakat. Falsafah Pendidikan Khas didasarkan kepada pendapat-pendapat berikut: a) Semua kanak-kanak hendaklah diberi peluang seluas-luasnya untuk berkembang mengikut potensi mereka. b) Pendidikan adalah tanggungjawab bersama__ Kementerian Pendidikan dan ibu bapa. — Masing-masing mempunyai tanggungjawab khusus terhadap pendidikan kanak-kanak itu 20 ©) Program dan perkhidmatan pendidikan khas adalah berdasarkan kepada andaian bahawa setiap orang kanak-kanak itu mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira ketidakupayaan (disability) mereka 4) Rancangan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan khas hendaklah dibentuk berdasarkan kepada kebolehan dan keperluan, bukan kepada kategori dan jenis kecacatan mereka, e) Perkhidmatan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas hendaklah diberi dalam rangka pendidikan biasa, seboleh- bolehnya dalam persekitaran yang tidak terhad (least restricted environment) berdasarkan kepada resos yang ada dalam suasana yang membolehkan mereka mencapai matlamat sendiri Matlamat Pendidikan Khas Matlamat penting Pendidikan Khas ialah untuk mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran iaitu dengan memperkembang atau memulihkan perasaan yakin pada diri sendiri khasnya di kalangan pelajar yang bermasalah pembelajaran. 2 Oleh itu pihak Kementerian Pendidikan bertanggungjawab menyediakan program-program perkembangan kemahiran intelek, afektif, dan psjkomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar (cemerlang) dan seimbang, Sejarah Perkembangan Program Kelas Khas Percantuman Bermasalah Pembelajaran Perluasan pendidikan khas kepada murid-murid bermasalah pembelajaran adalah atas arahan Y.B, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang dikeluarkan pada 8 Oktober 1987. Keputusan dasar tersebut telah diambil setelah diadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor/Wilayah Persekutuan. Kandungan dasar tersebut ialah:- (i) Di setiap negeri seboleh-bolehnya sebuah sekolah diperuntukkan dengan pelbagai kemudahan untuk kanak-kanak dengan pendidikan khas bermasalah pembelajaran. (ii) Dari perspektif’ jangka pendek digunakan kepakaran guru-guru pemulihan dan kelas-kelas pemulihan yang sedia ada (iii) Dari perspektif jangka pertengahan dan panjang, Kementerian Pendidikan dikehendaki menyediakan latihan khas bagi guru-guru tersebut sama ada dalam atau/dan luar negara 22 (iv) Kanak-kanak terencat akal yang sedikitringan yang boleh diajar (educable mentally retarded). Pada 2 Januari 1988, Kementerian Pendidikan telah memulakan kelas Perintisnya untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, Sekolah yang dipilih untuk memulakan program percantuman ini ialah Sekolah Rendah Kebangsaan (Lelaki) Jalan Batu 1, 50350 Kuala Lumpur. Upacara perasmiannya telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu ialah Datuk Leo Michael Toyad, Jumlah muridnya seramai 20 orang iaitu terdiri daripada murid lelaki dan Perempuan. Tenaga pengajarnya cuma tiga orang, scorang berkelulusan Diploma Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dan dua orang lagi berkelulusan Sijil Khas Pemulihan. Di antara mata pelajaran yang diajar adalah seperti Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Seni Muzik, Pengurusan Diri, Agama/Moral dan pra- vokasional. Jenis kecacatan yang terdapat di kalangan murid-murid di atas adalah seperti autistik, Sindrom Down, masalah tingkah laku/hiperaktif, terencat akal ringan dan masalah komunikasi. Untuk melaksanakan program ini, Badan Kebajikan di mana ianya berfungsi di bawah naungan Badan Induk Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah telah ditubuhkan, Guru Besar sekolah ini dilantik sebagai Penasihat dan ahli jawatankuasanya terdiri daripada golongan ibu bapa dan guru- guru kelas khas. Dengan adanya kerjasama dari pihak sekolah dan seiring dengan ibu bapa, maka dapat merealisasikan objektif penubuhan kelas khas bermasalah pembelajaran ini 23 Surat Pekeliling _ KP(BS-PK)8501/PPK-KBP/Jid.111/3). Pelaksanaan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran 1991/1992. Dari semasa ke semasa program kelas._-— has _—_bermasalah pembelajaran berkembang begitu pesat sehingga program ini wujud di tiap-tiap negeri [anya adalah dilaksanakan oleh Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Sekolah di Kementerian Pendidikan cuma menyediakan peruntukan bagi pengubahsuaian bilik darjah sebanyak RM40,000.00 dan pembelian alat-alat pengajaran/pembelajaran pendidikan khas sebanyak RM10,000.00. Bahagian Sekolah juga bertanggungjawab menempatkan guru-guru yang terlatih khas dari Maktab Perguruan IImu Khas, Kuala Lumpur ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan pelaksanaan program tersebut. Kesimpulannya, boleh dikatakan peningkatan yang tinggi telah berlaku semenjak penubuhan kelas khas ini. Jadual 2 dapat memberi gambaran tentang peningkatan tersebut dengan lebih jelas lagi Bil Bil Bil Bil | __Jenis Sekolah Kelas | __ Murid Guru Bermasalah | Pembelajaran di sekolah biasa - Rendah 232 722 4837 1068 - Menengah 61 150 1028 227 Jumlah 293 872 5865 1295 | Jadual 2 : Bilangan sekolah/kelas/Murid dan Guru Program Perencatan Bermasalah Pembelajaran 1998 24 Objektif Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Program Pendidikan Bermasalah Pembelajaran sudah hampir sepuluh tahun dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan baru berusia dua tahun dilaksanakan di peringkat sekolah menengah. Dengan adanya surat pekeliling dari Kementerian Pendidikan KP(BS-PK) 8501/PPK-KBP/JId.1(1) bertarikh 28 November 1989, semua negeri mesti memulakan program perencatan bermasalah pembelajaran ini Di antara kandungan objektif pelaksanaan program ini ialah:- 1) Menguasai_ kemahiran-kemahiran tertentu. dengan mengikuti aktiviti-aktiviti dan pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka serta membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam sesuatu kemahiran tertentu. 2) Mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu. 3) Mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka melalui bantuan guru dan pihak-pihak yang berkenaan, 4) Mengembangkan potensi dalam pelajaran dan minat mereka ke taraf yang lebih maju. 5) 6) 7) 8) 9) 10) 1) 25 Mendapat peluang dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh kerana kurikulum dalam kelas/program _bermasalah pembelajaran ini memberi penekanan kepada ‘kendiri’, maka ianya dapat memberi kemahiran kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka berdikari dan menjadi anggota masyarakat apabila mereka dewasa kelak. Meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Membantu murid mengubah sikap dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran, Menyuburkan emosi, mental, sosial dan intelek terutama murid yang datang dari keluarga yang bermasalah, Secara tidak langsung murid-murid mempelajari_teknik-teknik membaca, menulis dan mengira Memberi peluang kepada mereka membuat kesimpulan mereka sendiri secara perbandingan untuk menentukan persamaan dan 26 perbezaan bahan-bahan yang digunakan, yang dilihat, didengar dan dibaca, Peranan Badan-Badan Bukan Kerajaan (Non-Government Organisations/NGO’S) Perkara-perkara yang berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran turut diberi perhatian daripada badan-badan bukan kerajaan. Pada Peringkat awal pihak badan-badan bukan kerajaan inilah yang mempelopori Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Khasnya di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di antaranya ialah Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Wilayah Persekutuan dan Selangor yang berpusat di Wisma Harapan, Birckfields, KIWANIS, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (National Autism Society of Malaysia/NASOM), Persatuan Kesukaran Pembelajaran Spesifik Wilayah Persekutuan dan Pusat Dalam Komuniti Badan-badan ini juga turut membantu pihak guru dan ibu bapa di Wilayah Persekutuan dan Selangor dengan mengadakan bengkel-bengkel, ceramah, kursus dan menjemput pakar-pakar dari Iuar negara untuk memberi pendedahan dalam bidang-bidang berkaitan. Murid-murid bermasalah pembelajaran yang belajar di pusat-pusat ini didedahkan dengan mata-mata pelajaran akademik, pra-vokasional, dan vokasional. Contohnya di Wisma Harapan terdapat kepelbagaian tahap umur dan juga kemahiran-kemahiran yang disediakan. Ini menunjukkan bahawa pusat ini telah dikenali ramai serta diterima oleh masayarakat setempat. Kemahiran- 27 kemahiran yang disediakan ini adalah sejajar dengan keperluan dan keupayaan murid-murid sebagai persediaan menghadapi realiti kehidupan Kesimpulannya, semua kanak-kanak tanpa mengira jenis kerencatan ketidakupayaan yang dihidapinya perlu menerima pendidikan yang bersesuaian dengan keperluannya. Mereka ini juga nanti akan menjadi anggota masyarakat yang dapat menyumbangkan tenaga untuk pembangunan negara dan bangsa. Pendidikan Khas Di Jepun Sejarah Perkembangan Pen n Khas hingga kini Mengikut ‘enactment of the school law” pada tahun 1947, telah diwajibkan ke atas kanak-kanak kerencatan akal untuk mengikuti program bermasalah pembelajaran di sekolah. Namun begitu disebabkan oleh kemudahan fizikalnya tidak mencukupi, maka pelaksanaannya telah ditangguhkan, Pendidikan untuk —kanak-kanak —_bermasalah penglihatan dan pendengaran bermula dari tahun 1 di sekolah rendah (elementary department) telah bermula pada tahun 1948 dan telah diwajibkan sepenuhnya pada tahun 1956. Kemudiannya selepas kemudahan yang diperlukan lengkap, pada tahun 1979 pendidikan untuk kanak-kanak kerencatan akal mula diwajibkan. Pada 1 Mei 1990, jumlah kanak-kanak yang mengikuti program _bermasalah pembelajaran berjumlah 93,497 orang di 947 buah sekolah khas dan 77,162 orang belajar di kelas-kelas khas. Perangkaan ini meliputi di sekolah-sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah rendah. 28 Jadual 3 menjelaskan lagi bilangan pelajar di Jepun yang sedang mengikuti Sekolah-sckolah Khas Bermasalah Penglihatan, Bermasalah Pendengaran, Bermasalah Pembelajaran, Bermasalah Fizikal, dan Bermasalah Kesihatan. Perangkaan ini meliputi jumlah pelajar yang belajar di Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Rendah, dan Sekolah Menengah Atas. Jenis Tadika Bilangan Pelajar Sekolah Rendah Sekolah | Sekolah Menengah | Menengah Rendah | Atas Jumlah Bilangan Sekolah Khas Sekolah Khas Bermasalah Penglihatan 193 946 768 3,692 5,599 70 Sekolah Khas Bermasalah Pendengaran 1,531 2,456 1,748 2,434 8,169 108 Sekolah Khas Bermasalah Pembelajaran 55 16,217 14,864 23,321 54,457 482 Sekolah Khas Bermasalah Fizikal 106 8,183 4,640 6319 19,248 195 Sekolah Khas Bermasalah Kesihatan 2,622 2,240 1,159 6,024 97 Jumlah 1,888 30,424 24,260 36,926 93,497 952 Jadual 3: Bilangan Sekolah Khas dan Penempatan Pelajar (Berdasarkan pada 1 Mei 1990) 29 Manakala Jadual 4 menunjukkan bilangan Kelas Khas dan penempatan pelajar di kedua-dua Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah dengan lebih terperinci lagi menurut jenis masalah mereka. Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah Rendah Jenis Bilangan | Bilangan | Bilangan | Bilangan | Bilangan | Bilangan Pelajar | Kelas | Pelajar | Kelas | Pelajar | Kelas Bermasalah 33,184 | 9,548 | 21,817 | 4,241 | 55,001 | 14,789 Pembelajaran Bermasalah Fizikal 832 315 304 133 1,136 448 Bermasalah Kesihatan | 1,580 429 325 116 1,905 545 dan lemah anggota Rabun 159 64 44 22 203 86 Bermasalah 1,038 351 450 123 1,488 474 Pendengaran Bermasalah Pertuturan | 3,931 1,342 183 87 6,114 1,429 Bermasalah Emosi 7,247 2,339 | 4,068 1,173 | 11,315 | 3,512 Jumlah 49,971 | 14,388 | 27,191 | 6895 | 77,162 | 21,283 Jadual 4: Bilangan Kelas Khas dan Penempatan Pelajar (Berdasarkan pada | Mei 1990) 30 Mengikut undang-undang pendidikan di Jepun, setiap — daerah (prefecture) mesti_ menubuhkan sekolah-sekolah khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak yang tinggal di sesuatu daerah iaitu berjumlah 47 buah daerah di Jepun diwajibkan berdaftar ke sekolah dan mengikuti Pendidikan mengikut keperluan masing-masing. Peraturan itu juga menetapkan bahawa telah menjadi tanggungjawab ibu bapa bagi mendaftar anak-anak mereka ke sekolah apabila anak-anak mereka yang berkeperluan khas berusia di antara enam hingga lima belas tahun, Pendaftaran ini boleh dibuat di sekolah-sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah (ordinary elementary and lower secondary schools) ataupun di sekolah-sekolah khas. Bermula pada April 1993, guru-guru resos mula berfungsi di bilik resos. Program pengajaran di bilik resos ini merupakan sebahagian daripada strategi Pengajaran untuk pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti pelajaran di kelas- kelas biasa. Mereka ini memerlukan bantuan khusus daripada guru-guru resos yang terlatih. Pengajaran dilaksanakan secara individu dan ada juga secara berkumpulan kecil pada masa yang ditetapkan oleh guru resos. Program ini beroperasi hampir di semua daerah di Jepun dan ianya amat mustahak serta dianggap sebagai satu program nasional, Mengikut penyelidikan yang dilakukan oleh Institut Kebangsaan Pendidikan Khas (National Institute of Special Education ~ NISE), terdapat 6.8 Peratus pelajar dari semua gred yang mengalami kemunduran dua tahun dalam 31 bahasa Jepun (Japanese Language) atau matematik. Kaji selidik ini dilakukan terhadap 344 buah sekolah rendah seluruh Jepun di antara tahun 1991 hingga 1995. Lantaran inilah program pengajaran di bilik resos ini dipandang serius sebagai salah satu daripada sistem sokongan (support systems). Kementerian Pendidikan Jepun juga memandang berat ke arah pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Beberapa buah sekolah telah mengimplimentasikan program ini demi untuk menghasilkan normalisasi dan ‘mutual understanding’ di antara pelajar-pelajar biasa dengan pelajar bermasalah pembelajaran, Semenjak April 1995, pelajar-pelajar perlu hadir ke sekolah pada dua hari Sabtu setiap bulan iaitu hari Sabtu minggu ke dua dan hari Sabtu minggu ke empat. Jadi pada hari-hari tersebut pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ini diberi peluang melibatkan diri bersama komuniti setempat. Aktiviti ini dipandang serius demi untuk memperkaya pengalaman hidup dalam komuniti Kedudukan Kelas-Kelas Khas dan Sekolah-Sekolah Khas Untuk Pelajar -Pelajar Berkerencatan Akal Pendidikan Khas di Jepun telah menyediakan sekolah-sekolah khas dan kelas-kelas khas yang bertempat di sekolah-sekolah rendah dan disekolah- sekolah menengah rendah biasa. Pihak Kementerian Pendidikan Jepun mengambil berat tentang pendidikan untuk Kanak-kanak Bekeperluan Khas. Oleh itu, sekolah-sekolah khas di peringkat sekolah rendah dah sekolah menengah untuk setiap jenis kecacatan telah didirikan di seluruh Jepun. Carta 1 menunjukkan pengaliran pendidikan untuk Kanak-kanak Kerencatan Akal sesuai menurut keupayaan kecergasan mental mereka Kerencatan akal teruk (Di bawah 20) Kerencatan akal sederhana_ (Antara 20-50) Sekolah khas Bermasalah Pembelajaran Kerencatan akal Sedikit/mildly (Antara 50-75) Kanak-kanak yang kurang adaptasi sosial Kelas Khas Lain-lain Bermasalah Pembelajaran Carta I: Pendidikan Untuk Kanak-Kanak Kerencatan Akal Terdapat tiga jenis sekolah khas iaitu untuk pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan untuk pelajar cacat Sekolah khas untuk pelajar-pelajar cacat ini terbahagi pula kepada tiga jenis iaitu sekolah khas bermasalah pembelajaran, sekolah khas bermasalah fizikal dan sekolah khas bermasalah kesihatan termasuk yang lemah anggota. Untuk murid- murid yang mengalami kerencatan akal pada tahap sederhana, kelas-kelas khas 33 disediakan di peringkat sekolah rendah dan juga di peringkat sekolah menengah rendah yang difikirkan perlu, Kelas-kelas khas ini terbahagi pula kepada tujuh jenis, a) b) c) d) e) 8) Kelas khas bermasalah pembelajaran terencat akal; Kelas khas bermasalah fizikal: Kelas khas bermasalah kesihatan dan anggota badan yang lemah; Kelas khas bermasalah rabun ‘partially sighted’; Kelas khas bermasalah pendengaran; Kelas khas bermasalah komunikasi/pertuturan; dan Kelas khas bermasalah emosi Pada hakikatnya peluang dan kemudahan pendidikan yang diberi kepada setiap individu kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah berbeza selaras dengan tahap keperluan masing-masing. Peruntukan ini tercatat dalam perundangan pendidikan (Artikel 22-2) ‘Educational Placement of Pupils and Students Who Need Special Educational Treatment’ (Notification of the Ministry of Education, Science and Culture's Elementary and Secondary Education Bureau Director- General, No. 309, 6 October 1978) Kesimpulan Isu-isu pendidikan terutama isu-isu dalam Pendidikan Khas mencerminkan norma masyarakat keseluruhannyakerana_-apa_—yang dianggap ‘normal’ atau ‘tidak normal’ adalah hasil daripada norma-norma masyarakat tersebut. Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu (1981) memaksa masyarakat secara keseluruhan untuk menghadapi isu hak individu dan perlindungan (protections) orang-orang berkeperluan khas. Oleh itu, Pendidikan Khas menjadi sasaran ke arah perubahan, Amalan-amalan Pendidikan Khas perlu dipersoalkan dalam konteks perkembangan sejagat bidang tersebut. Memandangkan hakikat bahawa pendidikan kanak-kanak dengan keperluan khas adalah tanggungjawab bersama beberapa kementerian, satu perkara yang perlu diteliti adalah setakat mana tanggungjawab dan peranan- peranan ahli-ahli profesional dari kementerian-kementerian yang berkenaan dapat dicerminkan dalam peruntukan undang-undang di bawah Akta Pendidikan yang dicadangkan. Kerjasama dan usaha kolaboratif di antara ahli-ahli profesional dari kementerian-kementerian yang berkenaan ini merupakan asas_perkhidmatan sokongan yang tidak terdapat di dalam sistem pendidikan di negara kita ini jika dibandingkan dengan sistem-sistem pendidikan di negara maju di mana ahli-ahli profesional seperti ahli psikologi, terapis pertuturan dan bahasa serta kaunselor adalah sebahagian daripada sistem sekolah. Oleh itu, tanpa sistem perkhidmatan sokongan, perkembangan pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan khas akan mengalami kesukaran. Segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak-pihak 35 tertentu hanyalah merupakan usaha yang terpinggir ataupun lebih berbentuk berkepentingan sendiri ataupun kelompok kecil sahaja.

Anda mungkin juga menyukai