Anda di halaman 1dari 5

Apa Itu Catan ?

APA ITU CATAN


Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti
atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa
digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Bahan pewarna
dari tumbuh-tumbuhan pula seperti   kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan
catan.  Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan
lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi  kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan .
Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan
juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui
imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.

Contoh-contoh catan

Catan ialah proses menggambar menggunakan media warna di atas permukaan rata.

Fungsi catan

 Menyampaikan mesej
 Menyampaikan hasrat diri
 Meluahkan perasaan
 Merakam sejarah
Bahan

Cat Minyak

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.


2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk mencair atau
memekatkan cat.
3. Bahantara: turpentin.
4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan terpulang kepada teknik
yang digunakan

Cat Air
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali,
membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.
Cat Poster

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau botol.


2. Ciri-ciri: bersifat legap.
3. Bahantara: air.
4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut atau keras.
5. Kertas katrij tebal atau licin.

Cat Akrilik

1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering
2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an.
3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto
4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering
5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.
Cat Tempera

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk


2. Pengilat: kuningg telur
3. Bahantara: air.
4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas. Akan memberi kesan
seperti catan cat minyak jika pada permukaan keras dan tebal.
5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut atau keras seta tempat pembancuh warna.
6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

TEKNIK WARNA AIR


  Basah atas basah
      Basah atas kering
Kering atas basah
      Kering atas kering

catan teknik basah atas kering


Teknik Cat Minyak

Teknik glazing
Teknik titik
Teknik scumbling
Teknik impasto
Teknik hard edge
 
The Sunflowers, Vincent van Gogh, 1888.

Anda mungkin juga menyukai