Anda di halaman 1dari 1

Karangan BM PMR - Surat Tidak Rasmi

No.4,Taman Anson,
Jalan Jambusan,
94000 Bau,
Sarawak.
6 JUN 2012

Menemui sahabatku, Leong Kar Wong yang kini berada di Miri, semoga sihat walafiat
hendaknya di sisi keluarga yang tersayang.

Saudara Kar Wong,

Surat saudara telah selamat saya terima dua minggu yang lepas. Saya memohon maaf
terlebih dahulu kerana saya terlewat untuk membalas surat saudara. Saya berharap agar
saudara memaafkan saya.

Dalam surat kepada saya, saudara ingin mengetahui hobi saya. Selain itu, saudara juga
ingin mengetahui keistimewaan dan sebab hobi tersebut menjadi pilihan saya. Sebenarnya,
saya mempunyai hobi pilihan saya, iaitu membaca pada masa lapang.

Saya telah mula membaca buku sejak kecil lagi. Malah dalam mimpi saya, saya tidak dapat
berpisah dengan buku atau bahan bacaan yang bermanfaat. Salah satu keistimewaan
membaca buku ialah pembaca dapat menguasai sejumlah kosa kata dan frasa dalam
sesuatu bahasa. Setelah saya membaca buku bertahun-tahun lamanya, kosa kata atau
frasa yang susah mampu saya kuasai dan fahami maksudnya dengan mudah.

Selain itu, saya berkeupayaan untuk mengarang sebarang tajuk penulisan dengan mudah.
Dengan adanya hobi membaca buku, keputusan peperiksaan saya semakin meningkat
cemerlang. Walaupun tajuk karangan ujian susah, namun saya tetap boleh menangani
masalah tersebut tanpa menghadapi sebarang masalah.

Di samping itu, hobi tersebut tidak melibatkan perbelanjaan kos yang besar. Saya tidak
payah membayar wang yang banyak untuk membeli buku. Kebanyakan buku boleh
dipinjam dari perpustakaan sama ada di perpustakaan sekolah, universiti atau
perpustakaan awam yang terletak berhampiran dengan rumah saya.

Saya memilih amalan membaca sebagai hobi saya kerana saya mahu menjadi seorang
rakyat Malaysia yang berguna kepada diri, keluarga, bangsa dan negara pada masa depan.
Jikalau saya tidak membaca buku, saya tidak boleh mencapai cita-cita saya, bak kata ilmu
pelita hati dan membaca jambatan ilmu.

Setakat ini sahaja yang boleh saya ceritakan. Jumpa lagi dalam lembaran warkah yang
akan datang. Kirimkan salam ingatan tulus ikhlas saya kepada keluarga saudara. Sekian,
terima kasih.

Sahabatmu,
Chai Wei Jian

Anda mungkin juga menyukai