Anda di halaman 1dari 15

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

1 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan
terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih
UTAMA. ASAS SENI REKA.SENI HALUS.KOMUNIKASI VISUAL.REKA BENTUK.KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU.SEJARAH DAN APRESIASI
VISUAL.KOMPUTER GRAFIK.KERJA KURSUS PSV 2016.KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL SPM 2014. KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL
SPM 2013. KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL 2012 SPM.BANK SOALAN.ALBUM FOTO.SEMAKAN MARKAH PEPERIKSAAN -saps

Tuesday, 8 May 2012

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

2 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

3 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

catan pada dinding gua

5. Aktiviti-aktiviti purba ini juga dilakukan dengan tidak kurang kreatifnya oleh
orang-orang batu yang menghuni gua-gua di timur Sepanyol, Italy, Jerman, selatan
Rusia dan utara Afrika dan banyak lagi negara Eropah.
6. Inilah asal-usul lukisan dinding dan juga seni catan. Walaupun pada asalnya
hanya contengan tetapi ia adalah sumber sejarah yang amat bernilai untuk
mengetahui sosio-budaya masyarakat pada masa itu. Itulah sumbangan terpenting
lukisan atau catan dalam pensejarahan peradaban manusia.
7. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang
dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan
fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di
Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera.

catan fresco-lukisan pada dinding,unsur keagamaan.

catan fresco-lukisan pada dinding, unsur keagamaan.

8. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang
mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstrak dan semi
abstrak.
9. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang
terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media
cat air.

c- Media Catan
1. Cat Air
Pengenalan:
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau
tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air
diambil terus dari tiub. Cat air akan menjadi tebal atau pekat warnanya

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

4 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

sekiranya disapu berlapis-lapis.


Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas
cat air, berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis
lembut dan beraiz antara 000 hingga 14.
Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti
gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih
dan untuk mencuci berus
Terpentingnya cat air ini adalah kepakaran pengkarya meneroka dan
aplikasi kesan-kesan khas pada objek-objek tertentu dalam karya. Juga
kepakaran menggunakan warna cair yang lut sinar secara terancang.
Menggunakan jenama terpilih juga dapat membantu penghasilan karya
bermutu.
Contoh Warna Cat Air:

Warna air (Water colour) Jenis TUBE.

Warna Air Jenis KEK (water colour cake)

Contoh Karya Cat Air

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

5 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

2. Cat Poster
1. Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air
dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk
berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas
daripada jenis cartridge yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang
bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.
2. Sifat cat poster adalah legap. Ia sangat berbeza kesan sapuan warnanya jika
dibandingkan dengan warna air walaupun pelarutnya sama. Warna air terkenal
dengan keupayaan teknik cairnya tetapi cat poster khusus untuk kerja-kerja
pewarnaan yang legap sahaja. Ia lebih sesuai untuk mewarnakan kerja-kerja grafik
kerana sapuannya rata.

warna poster

3. Cat Tempera
1. Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yang sedia proses. Ia
mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair.

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

6 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

2. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang
digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau
papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis,
jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.
3. Ia dalah pewarna kekal dan cepat kering, dilarutkan dengan air. Penggunaan
warna tempera telah bermula sejak lama dahulu. Ia juga digunakan untuk membuat
catan poster.

warna tempera

karya dari warna Tempera


Tajuk:Madonna and Child
Pelukis: Duccio,

4. Cat Akrilik
Cat Akrilik adalah cat yang mudah kering. Ia mengandungi pigment emulsi polimer
akrilik. Ia boleh dilarutkan dengan air, tetapi setelah ia kering ditidak boleh
dilunturkan dengan air atau tidak telap air. Ia bergantung kepada bahan campuran
semasa penggunaan warna tersebut. Kesan cepat kering warna akrilik boleh
dilambatkan dengan campuran bahan tertentu (acrylic retarders). Ini penting juga
bagi membantu pengkarya mengadun warna dengan ton atau kesan yang
dikehendaki. Warna akrilik bersifat legap dan kesannya berkilau.
Kesan berkilau hampir sama dengan cat minyak. Tetapi warna ini sifatnya sangat
berbeza dengan cat minyak. Cat minyak adalah berasaskan minyak, akrilik
berasaskan air. Masa kering warna antara kedua-duanya sangat jelas berbeza .
Warna minyak lambat kering manakala warna akrilik sangat cepat kering, ini
menyukarkan dalam penghasilan ton jika pengkarya kurang mahir mengolah
bancuhannya.
Warna akrilik juga mempunyai kelebihan kerana boleh dicampur dengan jenis warna
lain seperti pastel, arang, pen dan lain-lain. Warna ini popular digunakan oleh
pelukis warna untuk cetakan lino, warna potret, semburan (airbrushing), teknik cat
air dan cetakan skrin untuk pakaian.
Contoh Warna Cat Akrilik:

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

7 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

Contoh Karya Cat Akrilik:

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

8 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

5. Cat Minyak
Cat minyak boleh diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantaranya ialah turpetine. Bahan
pengilat ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang
digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu
playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik impasto, glazing, cat
tepat atau hard edge, titik, scumbling atau teknik melembut.
Contoh Cat Minyak:

warna minyak

Contoh Karya Cat Minyak:

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

9 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

d- Teknik Catan
1. Teknik Cat Air
Teknik Basah Atas Kering

Ciri-ciri:
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering
untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai
dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik
ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan
warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
Campuran Warna:
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair.
Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Cara:
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis
dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

10 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang
cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.
Teknik Basah Atas Basah
Ciri-ciri:
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia
menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media
cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan
warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi
kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya
nampak kotor.
Campuran warna:
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia
harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan
nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.
Cara:
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan
apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan
daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu.
Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.
Teknik Berus Kering
Ciri-ciri:
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas.
Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna
yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering
berlegap.
Campuran warna:
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu
dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah
dibancuh.
Cara:
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna
disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang
kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap
bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan
yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu.
Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.
Teknik Kecatan
Ciri-ciri:
Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga
catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui
teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.
Campuran warna:
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas.
Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.
Cara:
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran
warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna
itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.
2. Teknik Cat Minyak
i. Teknik Impasto
- Menggunakan warna pekat, terus diambil daripada tiub warna dengan berus atau
pisau palet ke atas kanvas. Kesan jalinannya kasar dan lebih tebal.

- Impasto memberikan dua efek. Pertama memberikan kesan pantulan cahaya


berbeda dibandingkan dengan goresan kuas biasa. Yang kedua memberikan kesan
ekspresi yang lebih kuat. Pencatan menyedari seberapa kuat kuas atau pisau palet
digoreskan, serta kecepatan goresannya. Tujuan pertama lebih sering dipakai oleh
pencatan klasik seperti Rembrandt, seperti untuk memperlihatkan lipatan kain atau
pantulan cahaya dari perhiasan. Sementara tujuan kedua sering digunakan oleh
pencatan era moden seperti Vincent van Gogh. Frank Auerbach menggunakan
teknik impasto secara berlebihan untuk menampilkan kesan trimatra yang
benar-benar kuat.

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

11 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

ii. Teknik Glazing


- Mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin dan berkilau.

iii. Teknik Titik (pointilisme)


- Menghasilkan titik-titik menggunakan berus secara bertindih-tindih untuk
menghasilkan objek.

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

12 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

iv. Teknik Hard Edge


- Mempunyai rupa bentuk yang jelas dan tepat, menggunakan 'masking tape' untuk
memisahkan warna kelihatan seperti dipotong-potong.

v. Teknik Scumbling (melembut)


- Menggunakan lapis nipis warna legap di atas warna latar untuk menimbulkan
kesan lut sinar atau kesan kusam.

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

13 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

e- Perbezaan antara lukisan dengan catan


Kedapatan salah faham tentang kedua-dua karya seni halus ini. Kekeliruannya telah
menyebabkan tidak tepat istilah dalam pemetaan karya. Di bawah ini dinyatakan
beberapa huraian yang membolehkan kefahaman anda tentangnya jelas.
Lukisan dan catan, kedua-duanya adalah seni halus tapi banyak perbezaan antara
kedua-duanya. Pendapat mengatakan lukisan adalah asas bagi catan adalah
kurang tepat. Pengkarya sebenarnya perlu berkemahiran dalam melukis jika ia
mahu menjadi pengkarya catan yang berjaya. Ini adalah perbezaan utama yang
jelas antara keduanya.
Sangat penting untuk menguasai pengolahan garisan dan ton dalam lukisan. Catan
pula ialah penguasaan warna dan persembahan. Catan adalah mementingkan
pengolahan warna bagi melahirkan emosi yang berlainan. Banyak alat diperlukan
dalam penghasilan catan manakala lukisan alatnya tertentu sahaja.
Medium catan adalah medium basah (wana air, warna poster, warna minyak dan
lain-lain) manakala bagi lukisan ia menggunakan medium kering ( pensel, pensel
warna, krayon, pastel, arang, konte dan lain-lain). Oleh yang demikian karya lukisan
memperlihatkan nilai garisan yang ketara manakala karya catan lebih
mementingkan nilai warna, gaya persembahan dan penerokaan medium.
Teknik yang digunakan dalam penghasilan lukisan dan catan juga adalah bebeza.
Kesemua teknik kedua-duanya adalah bergantung kepada medium yang digunakan.
Bagi lukisan, hampir kesemua teknik yang digunakan memperlihatkan dengan jelas
gaya pengolahan garisan dalam karya. Bagi catan, teknik penghasilan bergantung
kepada keupayaan sesuatu medium yang digunakan, penerokaan medium menjadi
perkara penting dalam persembahan karya.

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

14 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

Masa dalam penghasilan karya lukisan tidak terlalu lama, ia cepat dan segera jika
dibandingkan dengan penghasilan catan. Lukisan pensel boleh dipadam dengan
mudah serta cepat kering sebaliknya bagi catan minyak atau warna air sangat
sukar untuk dipadam dan ia lambat kering.
Lukisan sangat sesuai untuk tujuan produk komersil: Lukisan kejuruteraan, seni
bina. Ia menjadi penting dan lebih hebat persembahannya dengan bantuan perisianperisian tertentu dalam dunia komputer. Ia telah menjadi lukisan digital.
Panggilan bagi pengiat seni juga berbeza. Pengiat dalam kerja-kerja melukis
dipanggil pelukis manakala pengiat catan dipanggil pencatan. Walaubagaimana
pun kedua-dua karya tersebut mempunyai nilai pasaran tersendiri. Karya catan
umumnya mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi, ini menjadi alasan dalam
penglibatan hobi yang sangat mahal ini.
f-Penggunaan Media Catan

Posted by Mohd Noor at 03:50


Labels: Seni Halus

7 comments:
Zarithsufiea 14 June 2012 at 19:53
karya yg.sangat miracle...thanks 4 the information..
Reply

Mohd Noor

16 July 2012 at 07:42

tq..
Reply

mimi atikah 12 August 2013 at 07:15


tq,cikgu.......saya boleh siapkan tugasan saya dengan membaca blog cikgu
sebagai panduan.....tq sekali lagi cikgu....
Reply

syifa 12 May 2014 at 15:59


salam cikgu..klau nak lukis kt baju guna cat acrylic mcm mna nak pastikan
cat tu x tertanggal??
Reply

14/11/2016 5:52 AM

senivisual-gcpsvsmkbera: Catan

15 of 15

http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/05/catan.html

Replies
Mohd Noor

22 July 2014 at 17:35

maafkan saya adik syifa...Cat Akrilik memang ttidak tanggal. Cat


ini bola sudah kering ia tidak lagi boleh dilalrutkan dengan air
meskipun pelarutnya air. Dapatkan Car Akrilik yang berkualiti
untuk memudahkan kita meneroka kesan mediumnya serta untuk
meningkatkan mutu penghasilan karyanya.
Cat akrilik cepat kering. Jika kita memerlukan masa untuk
mengolah warna yang hendak digunakan dalam catan kita, sila
campurkan dengan bahan lain yang memang dijual untuk pakej
cat akrilik bagi melambatkan ia kering..
Biasanya cat akrilik digunakan di atas kanvas. Jika kita
menggunakannya pada permukaan kaca dia akan tanggal jika
sapuan nipis. Jika pada kaca, sila dapatkan warna memang
dibuat untuk menghasilkan catan atasnya.
Reply

Anonymous 11 November 2014 at 17:48


jika cat arkrilik ini diguankana atas kertas boleh jadi cepat kering jugak ke?
Reply
Replies
GDMarshall 28 May 2015 at 10:14
memang sifat cat akrilik ni mudah kering. kalau warna tebal dan
campuran air pun banyak mungkin lambatsikit. warnanye tak
kembang kalau kena air. tak macam watercolour.
Reply

Comment as:

Notify me

Publish

Newer Post

Home

Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Copyright@2012 Mohd Noor bin Ibrahim -Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual SMK Bera. Awesome Inc. template. Powered by Blogger.

14/11/2016 5:52 AM

Anda mungkin juga menyukai