Anda di halaman 1dari 10

4/21/2017 BlogPendidikandanPengajaranSeni:PENDEKATAN,KAEDAH.

TEKNIKDANSTRATEGIPENGAJARANPSV

0 More NextBlog anisk94@gmail.com Dashboard SignOut

BlogPendidikandanPengajaranSeni
Tuesday,23April2013 BlogArchive
2013(11)
PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIKDANSTRATEGIPENGAJARAN April(5)
PSV ARASTAXONOMY
TEORIPEMBELAJARAN
Pendekatan KONSTRUKTIVISME
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita TEORIPEMBELAJARANMASTERI
ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran RANCANGANPENGAJARAN
pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk HARIANSENIVISUALTAHUN4
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIK
DANSTRATEGIPENGAJARAN
atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan P...
pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara
March(6)
pengelolaan pelajar, caracara fakta disampaikan, keaktifan
pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata
pelajaran lain. Terdapat beberapa ciriciri pendekatan dalam
AboutMe
pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini.
Ciriciri tersebut ialah:

1) Daripada konkrit kepada abstrak


2) Daripada mudah kepada kompleks
MyraEdora
3)Daripada keseluruhan kepada bahagian Follow 6
4) Daripada umum kepada spesifik (deduktif)
Viewmycomplete
5) Daripada spesifik kepada umum (induktif) profile

http://qasehmyraedora.blogspot.my/2013/04/pendekatankaedahteknikdanstrategi.html 1/10
4/21/2017 BlogPendidikandanPengajaranSeni:PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIKDANSTRATEGIPENGAJARANPSV

6) Daripada diketahui kepada belum diketahui

Pendekatanpendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada


beberapa bahagian. Antaranya
(i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru
(ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar
(iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan

Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya


yang tersendiri. Bagi pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh
menggunakan kaedahkaedah seperti syarahan, demonstrasi,
bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak
memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam
sesi P&P. Mereka hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan
oleh guru.
Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih menarik dan
berkesan. Dalam pelaksanaannya, pelajar berpeluang untuk
mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan
dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan kerana
pelajar dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka.
Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan
kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah
penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain.
Pelaksanaan pendekatan ini membuatkan pelajar lebih seronok
kerana mereka mengalami sendiri pengalaman terlibat dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu.
Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan
guru untuk lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan
bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar. Antaranya ialah
http://qasehmyraedora.blogspot.my/2013/04/pendekatankaedahteknikdanstrategi.html 2/10
4/21/2017 BlogPendidikandanPengajaranSeni:PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIKDANSTRATEGIPENGAJARANPSV

melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan pengajaran


guru dan bahan pembelajaran pelajar. Guruguru boleh
menggunakan bahanbahan seperti video, gambar, kertas mahjung,
dan sebagainya bagi membuka minda serta menarik perhatian
pelajar dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui tayangan video
contohnya, pelajarpelajar akan berfikir mengenai isi kandungan
yang cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari berkenaan.

Kaedah
Kaedah dapat diinterprestasikan sebagai satu cara atau
aturan,hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu
siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa
langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran
yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku dalam diri seseoran.Oleh
demikian,kaedahkaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa
jenis. Ianya meliputi:

Kaedah terus
Kaedah semulajadi
Kaedah ajukhafaz
Kaedah linguistik
Kaedah oralaural
Kaedah terjemahan
Kaedah psikologi

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah


pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua
http://qasehmyraedora.blogspot.my/2013/04/pendekatankaedahteknikdanstrategi.html 3/10
4/21/2017 BlogPendidikandanPengajaranSeni:PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIKDANSTRATEGIPENGAJARANPSV

kepada kanakkanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah


ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi pelajar.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda
atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalamanpengalaman sedia
ada.
Timbulkan perasaan ingin tahu kanakkanak melalui soalansoalan
yang telah dirancangkan.
Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undangundang
tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan
yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan
mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus.


Pengajaran dimulakan dengan soalansoalan yang berhubung dengan
objek dan gambar. Perkataanperkataan yang baru diterangkan
dengan menggunakan perkataanperkataan yang telah diketahui
oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini.
Manakala Kaedah OralAural pula merupakan kaedah mendengar dan
kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz
dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam
cara yang realistic dengan memberi perhatian kepada intonasi yang
betul. Seterusnya,Kaedah Linguistik yang membolehkan muridmurid
menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari
bahasa baru dari segi bunyi.

Teknik
Teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkaraperkara
http://qasehmyraedora.blogspot.my/2013/04/pendekatankaedahteknikdanstrategi.html 4/10
4/21/2017 BlogPendidikandanPengajaranSeni:PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIKDANSTRATEGIPENGAJARANPSV

khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru


tidak dapat menguasai teknikteknik yang terdapat dalam sesuatu
kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil.
Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru
dalam sesi P&P. antaranya ialah:
Teknik perbincangan
Teknik brainstorming
Teknik soal jawab
Teknik main peranan
Teknik bercerita
Teknik tunjuk cara
Teknik penyelesaian masalah
Teknik latih tubi
Teknik permainan bahasa

Teknik perbincangan
Ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di
bawah penyeliaan dan kawalan guru.

Teknik brainstorming
Teknik ini merupakan teknik yang berbentuk perbincangan yang
mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi
menghuraikan pendapatnya.

Teknik soal jawab


Teknik ini pula merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia
mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajarpelajarnya.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan
pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya
mempunyai aras kesukaran yang tertentu.

Tenik Main Peranan
Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran
gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan
http://qasehmyraedora.blogspot.my/2013/04/pendekatankaedahteknikdanstrategi.html 5/10
4/21/2017 BlogPendidikandanPengajaranSeni:PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIKDANSTRATEGIPENGAJARANPSV

gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan


melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara
spontan yang mana pelajarpelajar perlu bijak dalam memainkan
peranan mereka semasa sesi ini berlangsung.

Teknik Bercerita
Teknik ini membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai
dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru
bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada
aspekaspek bahasa yang hendak diajarkan.

Teknik Tunjuk Cara
Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam
proses pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan
menggunakan ayatayat yang betul dan sempurna. Di samping
menunjuk cara, pelajarpelajar juga diminta untuk menerangkannya
melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru
perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara
perkara yang harus dicakapkan.

Teknik Penyelesaian Masalah


Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini
dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajarpelajar diberi
masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Teknik Latih Tubi


Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan faktafakta yang
telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya.

http://qasehmyraedora.blogspot.my/2013/04/pendekatankaedahteknikdanstrategi.html 6/10
4/21/2017 BlogPendidikandanPengajaranSeni:PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIKDANSTRATEGIPENGAJARANPSV

Teknik Permainan Bahasa


Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru
membentuk satu situasi yang memerlukan pelajar menggunakan
bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugastugas
permainan yang diberi.

Strategi
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan
pendekatan dan kaedahkaedah untuk mencapai sesuatu matlamat
dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara
optimum.

S SPECIFIC
M MEASURABLE
A ATTAINABLE
R REALISTIC
T TIMELY

SPECIFIC
Sesuatu pembelajaran yang diajar oleh guru haruslah mempunyai
matlamat yang spesifik. Hal ini demikian kerana, guru yang
profesional akan menyediakan bahan bantuan mengajar dengan rapi
sebelum memulakan pengajaran supaya sesi pengajaran berjalan
dengan lancar. Di samping itu, subjek yang diajar tidak lari daripada
tajuk asal yang selaras dengan sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan.

MEASURABLE
Sesuatu pembelajaran itu haruslah mempunyai ukuran mengikut
tahap. Guru perlu mengetahui bagaimana untuk menarik minat
http://qasehmyraedora.blogspot.my/2013/04/pendekatankaedahteknikdanstrategi.html 7/10
4/21/2017 BlogPendidikandanPengajaranSeni:PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIKDANSTRATEGIPENGAJARANPSV

pelajar melalui pembelajaran itu. Jelasnya, seorang guru perlu


mengajar subjek mengikut kebolehan dan tahap pelajar tersebut
supaya pembelajaran tersebut dapat difahami oleh mereka.

ATTAINABLE
Sesuatu pembelajaran itu mestilah dapat dicapai oleh pelajar.
Melalui pendekatan ,kaedah,teknik dan strategi yang digunakan oleh
guru haruslah dapat dicapai pelajar spaya pelajar dapat memahami
pelajaran itu. Satu masalah yang selalu dialami antara guru dan
pelajar ialah guru mengejar silabus menyebabkan tidak semua
pelajar dapat mencapai pelajaran yang diajar.

REALISTIC
Sesuatu pelajaran itu perlu relevan dengan pelajar seperti
mengikut turutan dari yang umum kepada yang khusus, daripada
mudah kepada kompleks, dan sebagainya. Tujuannya supaya pelajar
dapat mengikuti subjek secara berperingkat dan memahami
pelajaran itu. Pelajaran lebih mudah dimulakan dengan yang asas
supaya pelajar tidak terus lompat subjek lain tanpa mengetahui
asasnya.

TIMELY
Sesuatu pelajaran itu harus ada masa yang cukup untuk
menyampaikan pelajaran. Ini sangat berkaitan dengan cara
penyampaian guru dan kaedah yang digunakan. Subjek yang
terdapat dalam silabus tidak sama tahap antara bab, ada yang
mudah dan ada yang sukar, tetapi peranan guru perlu tahu
bagaimana dapat menyampaikan subjek mengikut masa yang

http://qasehmyraedora.blogspot.my/2013/04/pendekatankaedahteknikdanstrategi.html 8/10
4/21/2017 BlogPendidikandanPengajaranSeni:PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIKDANSTRATEGIPENGAJARANPSV

ditetapkan. Justeru kaedah penyampaian dan pendekatan yang


digunakan amat penting untuk menyampaikan subjek.
PostedbyMyraEdoraat07:52
Recommend this on Google

Nocomments:

PostaComment

Enteryourcomment...

Commentas: mIkasHen(Google) Signout


Publish Preview Notifyme

NewerPost Home OlderPost

Subscribeto:PostComments(Atom)
http://qasehmyraedora.blogspot.my/2013/04/pendekatankaedahteknikdanstrategi.html 9/10
4/21/2017 BlogPendidikandanPengajaranSeni:PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIKDANSTRATEGIPENGAJARANPSV

PictureWindowtheme.Themeimagesbytjasam.PoweredbyBlogger.

http://qasehmyraedora.blogspot.my/2013/04/pendekatankaedahteknikdanstrategi.html 10/10

Anda mungkin juga menyukai