Anda di halaman 1dari 6

DEFINISI CATAN

Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan.

Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya.

BAHAN DAN ALATAN


Cat Minyak
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub. 2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat. 3. Bahantara: turpentin. 4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan terpulang kepada teknik yang digunakan

Cat Air
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub. 2. Pengilat: gam arab. 3. Bahantara: air 4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.

Cat Akrilik
1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering 2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an. 3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto 4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering 5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.

Cat Tempera
1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk 2. Pengilat: kuningg telur 3. Bahantara: air. 4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas. Akan memberi kesan seperti catan cat minyak jika pada permukaan keras dan tebal. 5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut atau keras seta tempat pembancuh warna. 6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

PROSES
1. Buat lakaran kasar dengan pensel atau arang

2. Warnakan latarbelakang mengikut warna objek

3. Memperincikan catan dengan berus yang lebih halus supaya wujud kesan perspektif, bentuk dan jalinan
4. Kemasan dan persembahan dengan membingkaikan catan

CONTOH GAMBAR

VIDEO

Anda mungkin juga menyukai