Anda di halaman 1dari 114

BIDANG MENGGAMBAR

PSVK3073 FEB 2022

Hj salleh said
Unit psv jss
2022
Lukisan
MAKSUD

• lukisan ialah garisan yang membentuk imej


dengan menggunakan media kering.

• lukisan juga merupakan pengetahuan yang


dibuat untuk meluahkan berasaan berbentuk
imej
BAHAN ALAT

• Pensil • krayon
• Arang • Berus
• pastel
• Dakwat • pensel warna • pembaris
• Pen teknikal • kertas lukisan
TEKNIK

• Teknik garisan silang- himpunan garisan yang


bersilang-silang menghasilkan kesan ton.
• Teknik titik- hanya titik sahaja yang digunakan
untuk menghasilkan bentu dan ton.
• Teknik lorekan- teknik yang biasa digunakan
dengan melorek kawasan-kawasan objek yang
gelap untuk menunjukkkan ton.
TEKNIK

• Teknik gosokan- meletakkan kertas lukisan di


atas permukaan yang mempunyai jalinan yang
diingini dan menggosoknya menggunakan alat
melukis.
• Teknik campuran- lukisan dihasilkan dengan
menggunakan campuran alat/media melukis
dengan teknik-teknik yang berlainan.
PROSES PENGHASILAN

• Lukisan adalah hasil daripada proses melakar garisan,


melorek ton dan menggosok menggunakan alat melukis.

• Dihasilkan melalui dua cara iaitu:-

– Lukisan tanpa warna- menggunakan alat melukis seperti


pensel, arang, pen dan dakwat, pen teknikal dan sebagainya.
– Lukisan berwarna- menggunakan alat melukis seperti krayon,
pensel warna dan pastel.
CONTOH PENGHASILAN 1
CONTOH PENGHASILAN 1
CONTOH PENGHASILAN 2
Catan
MAKSUD

• Catan adalah bahantara pigmen warna pada


permukaan rata seperti kertas, kanvas,
dinding, plat, papan board dan sebagainya.
BAHAN

• Cat air, cat minyak, cat tempera, cat akrilik, cat


poster, kertas lukisan, kanvas dan sebagainya.
ALAT

• Berus, bekas bancuh warna, span, pisan palit


dan sebagainya.
TEKNIK

• Terbahagi kepada dua:-

– Catan cat air


– Catan cat minyak
TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT AIR

1. Basah atas basah


– Teknik yang melibatkan sapuan warna yang cair ke
atas permukaan yang basah. Ia menghasilkan kesan
lutsinar. Teknik basah atas basah merupakan teknik
paling dramatik bagi media cat air dan yang paling
sukar dikawal sapuannya.Pelukis harus membiarkan
warna terdahulu masih lembab dan sapuan warna
berikutnya lebih air dan pewarna. Jika tidak warna
akan berbau dan hasilnya nampak kotor.
TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT AIR

2. Basah atas kering.


– Melibatkan sapuan warna basah atas permukaan
kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini
banyak digunakan kerana sesuai dgn beberapa jenis
media dan agak senang dikawal sapuan warna.
Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang
basah dan disapukan keatas lapisan warna yang
telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT AIR

3. Kering atas basah


– Teknik yang melibatkan sapuan warna daripada
tiub terus disapu ke atas lapisan warna yang cair
atas permukaan kertas yang telah dibasahkan.
• 4. Renjisan
– Teknik yang menggunakan berus, semburan atau
berus gigi yang melibatkan renjisan warna cair ke
atas permukaan untuk menghasilkan kesan yang
menarik.
TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT AIR

5. Tindihan
– Teknik ini menghasilkan catan dengan menyapu warna
selapis demi selapis ke atas kertas untuk menghasilkan
kesan ton dan pencahayaan. Teknik tebal dan kering
berlegap.
6. Menekan dengan span.
– Teknik menghasilkan jalinan kasar seperti daun pokok,
tanah dan sebagainya dengan menggunakan span untuk
menggantikan berus.
TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT MINYAK

1. Titik(Pointilisme)
– Dihasilkan menggunakan berus dengan sapuan cara
menegak dan bersistematik diatas kanvas putih. Proses
yang rumit dan memerlukan kesabaran dan ketekunan
serta disiplin yang tinggi utk menyiapkannya.
2. Impasto
– Teknik ini menggunakan warna terus daripada tiub dan
disapu dgn pisau palit. Biasanya hasil catan ini
mempunyai warna yang tebal dan legap. Tidak banyak
menggunakan warna linsid. Menimbulkan kesan jalinan
tampak yang menarik.
TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT MINYAK

• 3. ‘Scrumbling’
– Penggunaan berus yang terkawal dan secara
lembut penggunaan satu lapisan nipis warna legap
secara kasar diatas warna latar. Ia menimbulkan
kesan lutsinar pada warna latar dan kelihatan
seolah-olah menerusi sehelai kain halus. Teknik ini
diguna untuk mendapatkan kesan yang kusam dan
bertekstur.
TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT MINYAK

4. Alla Prima
– Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya
sekali iaitu terus dari tiub dan melukis. Banyak tempelan cat
perlu disapu hingga warna yang dikehendaki diperoleh.
5. Glazing
– Cat minyak yang nipis dan lutsinar disapu di atas kawasan
cat yang telah kering untuk menghasilkan kesan ruang.
6.‘hard edges’
– Masking tape digunakan untuk membantu menghasilkan
garisan lurus dalam cat.
PROSES PENGHASILAN
Proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu
permukaan rata. Catan adalah berbeza daripada
lukisan kerana ia dihasilkan melalui sapuan
warna ke atas permukaan dengan menggunakan
berus, manakala lukisan dihasilkan tanpa
menggunakan berus.
CONTOH PENGHASILAN
CONTOH PENGHASILAN
Kolaj
MAKSUD

• Kolaj bermaksud mengumpul dan menampal


bahan seperti perca kain, kertas, gambar dan
sebagainya di atas permukaan tertentu
mengikut corak yang dirancang. 
BAHAN ALAT

• Kertas warna
• Majalah • Gunting
• • Pisau
surat khabar
• pembaris.
• daun ranting kayu
• botol plastik
• gam
TEKNIK

• Kolaj kaedah Bakar, kolaj kaedah koyak, kolaj


kaedah potong, kolaj kaedah gunting, kolaj
kaedah gurisan, kolaj kaedah gulungan dan
sebagainya.
PROSES PENGHASILAN
• Menghasilkan karya dengan menggunakan
tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti
berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan
bahan alam semulajadi ke atas sesuatu
permukaan seperti kertas atau plastik atau papan
secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya
bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat
memberi berbagai kesan kepada kandungan dan
penyampaian gambar.
CONTOH PENGHASILAN
CONTOH PENGHASILAN
Montaj
MAKSUD

• Menampal dan melekatkan gambar-gambar


pada suatu permukaan untuk menimbulkan
mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian,
peperangan, alam sekitar.
BAHAN ALAT

• Kertas
• Gam
• Majalah • gunting
• surat khabar • Pembaris
• kertas warna • pisau.
TEKNIK

• Teknik memotong, menampal dan mencantum.


Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan
gambar (mozek) juga digunakan dalam aktiviti
montaj.
• Teknik super impose, image editing
photography pula digunakan dengan
menggunakan komputer dalam menghasilkan
montaj.
PROSES PENGHASILAN
• Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari
mana- mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk
atau tema. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar
foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi.
• Komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik
superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar
dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya
montaj. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau
corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain.
CONTOH PENGHASILAN
Cetakan
MAKSUD

• Cetakan merupakan kesan daripada


gubahan/terapan warna yang dihasilkan oleh
pelukis pada permukaan blok atau plat.
BAHAN

• Cat air, dakwat berasaskan minyak, pastel


minyak, pigmen padat yang larut dalam air (
crayon Caran D’Ache) dan sebagainya.
ALAT

• papan kayu, plat logam, lembaran kaca akrilik,


lembaran linoleum (batu litografi) dan
sebaginya.
TEKNIK

• Cetakan timbulan- mempunyai corak timbul. Hasil imej


berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok
atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat
atau pewarna. 
Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan
kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran. 
TEKNIK

• Cetakan benanam- mempunyai corak benam. Imej


terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau
plat.  Teknik yang digunakan ialah garisan asid,
turisan, akuatin dan mesotin. 
Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
TEKNIK

• Cetakan planograf- permukaan rata. Dihasilkan


melalui permukaan cetakan yang mendatar. 
Dikenali juga sebagai litografi. Ia adalah teknik
sifat penolakan minyak dengan air. 
Menggunakan blok batu kapur. Ia kelihatan
seolah-olah lukisan pensel.
TEKNIK
• Cetakan stensil(sarigrafi)- corak berliang yang boleh
ditembusi warna. Menggunakan kain sutera yang diregang
pada kayu pemidang.  Imej terhasil melalui potongan
kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.  Sekuji
digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.
– Kaedah cetakan stensil
• Kaedah kertas pendua – imej digunting di atas kertas pendua
• Kaedah profilem – filem laker diguna untuk membentuk corak/motif,
seterika diguna untuk melekatkan filem laker pada pemidang
• Kaedah skrin foto – menggunakan filem asetat dan foto emulsi,
dihasilkan melalui proses dedahan cahaya lampu (250W – 500W) atau
cahaya matahari
PROSES PENGHASILAN
• Untuk menghasilkan cetakan, biasanya
permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej
terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum
dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau
bahan lain. Blok yang sama dapat menghasilkan
beberapa keping karya yang serupa. Cetakan
yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Cetakan
juga merupakan proses menghasilkan karya atau
imej yang sama berulang kali. 
CONTOH PENGHASILAN
CONTOH PENGHASILAN
RESIS
MAKSUD
• Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan
dari warna basah dan contengan lilin.

• Suatu kaedah melukis cat air dengan


menyapu cat ke permukaan yang telah
disapukan lilin di bahagian-bahagian yang
tidak mahu dicat atau diwarnakan.
TEKNIK
• Menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai
alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas
kertas dan diwarnakan permukaannya.
• Ia akan menyebabkan permukaan kertas yang
diliputi lilin tidak menyerap warna dan dalam
keadaan warna asal
• Juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan
tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat
warna terang ke peringkat warna gelap
ALAT DAN BAHAN
• Kertas atau kain
• Lilin biasa / lilin paraffin (lilin putih)
• Krayon
• oil pastel
• Cat poster/cat air
• Berus cat
PROSES PENGHASILAN
• Lukis atau lakar satu gambar dengan
menggunakan lilin. Elakkan dari menutupi
kesemua bahagian kertas tersebut dengan
lilin.
• Warnakan seluruh kertas dengan
menggunakan warna air. Warna air akan
menyerap pada permukaan yang tidak
berwarna dan bahagian yang dilukis dengan
lilin akan diresiskan.
GOSOKAN
MAKSUD
• Satu proses pemindahan reka bentuk atau
corak dari sesuatu permukaan ke permukaan
yang lain dengan cara menggosok di atas
permukaan yang hendak dipindahkan.
• Dapat memperkembangkan deria lihat
terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai
perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
TEKNIK
• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
• Gosokan beberapa lepisan di atas tempat yang sama
secara berulang kali
• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang
berlainan
• Gosokan secara pusingan
• Gosokan menggunakan berbagai warna
• Gosokan monokrom – menggunakan warna putih dan
hitam sahaja
• Gosokan potongan kertas
ALAT DAN BAHAN
• Pelbagai permukaan
• Gam
• Gunting
• Kertas
• Gam
• Pensel warna
PROSES PENGHASILAN
Gosokan Potongan Kertas
• Potong bentuk yang dikehendaki daripada kertas
binaan/tebal.
• Susun bentuk-bentuk di atas permukaan kertas hingga
menjadi satu objek/imej.
• Lekatkan bentuk-bentuk dengan gam.
• Letakkan kertas lain di atas imej tersebut dan
gosokkan krayon di atas permukaan kertas.
• Hasilnya, jalinan dari gosokan akan terhasil
STENSILAN
PENGENALAN
• Menggunakan rupa bentuk gambar yang
dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara
supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat
stensil tersebut.
• Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang
diletakkan di atas kertas, bahan warna akan melalui
ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap
oleh kertas.
• Garisan luar pada lubang itu memberi kesan kepada
sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
ALAT DAN BAHAN
• Potongan kayu
• Cat emulsi
• Dakwat PVC
• Dakwat Lino
• Kertas
• Kain
• Plastik / kulit
• Warna poster
• Cat minyak
• Pisau
• Sekuji
• Pemidang skrin
• Gunting
• Gam
• Filem leker / profilem
PROSES PENGHASILAN
Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi
dengan menggunakan stapler gun. Pastikan kain
tersebut benar-benar tegang

Lukis imej yang dikehendaki pada kertas


seperti imej flora, tulisan atau logo tertentu.

Potong bahagian positif imej dan tinggalkan


bahagian negatifnya.
Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian
belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat
agar imej tidak tertanggal semasa mencetak

Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di


bahagian bawah skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan
bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas tebal
atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.

Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak


yang dikehendaki
 Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-
gerak semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan
rosak, sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang
sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan
imej atau dye akan masuk terlalu banyak.

Karya cetakan yang telah siap


PERCIKAN
MAKSUD
• Satu teknik hiasan catan dengan mendetik,
mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus
yang akan menghasilkan kesan percikan halus.
• Buku Glosari Seni Lukis – corak-corak tompok
dan titik pada lukisan cat.
• Kamus Dewan dan Pustaka – titik-titik air atau
warna yang berserak-serak ke sana sini setelah
air atau warna itu terhempas ke suatu
permukaan
• Sesuatu yang memercik, menyebabkan
berpercikan, merenjisi
• Satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan
atau titikan warna ke atas permukaan yang
dipilih. Ia seolah-olah memberi kesan seperti
permukaan batu atau marble.
ALAT DAN BAHAN
• Cat emulsi
• Cat air
• Cat poster
• Berus cat
• Berus gigi
• Air
• Kertas
Gurisan
Maksud

Menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk


mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari
sesuatu permukaan.
Contoh: Kertas lukisan disapu secara berlapis dengan
menggunakan krayon disapu dengan krayon. Alatan
tajam seperti kayu, paku atau lidi digunakan untuk
menguris untuk menghasilkan gambar/corak.
Bahan
Kayu, kertas,lilin,dakwat,lebih selamat guna krayon

Alatan yang digunakan


Pembaris ,paku,alat geometri

Teknik
Mewarna, menguris
Proses penghasilan karya

Langkah 1 :
Lapisan Pertama
•Mengaplikasikan
warna di atas kertas
lukisan
•Menggunakan
pelbagai warna
mengikut keselesaan
dan keinginan
pengkarya
Langkah 2 : Kemasan
Lapisan Pertama

• Warna diaplikasikan
keseluruhan
permukaan kertas
lukisan sebelum
meneruskan proses
seterusnya
Langkah 3 :
Lapisan Warna Kedua
• Warna hitam atau warna
gelap digunakan sebagai
lapisan untuk menutup
lapisan pertama
• Setelah siap menutup
lapisan pertama,
mulakan proses
mengguris.
Langkah 4 : Kemasan
Lapisan Kedua

• Menutup lapisan
pertama dengan
menggunakan warna
hitam atau gelap
pada keseluruhan
lapisan pertama
Langkah 5 :
Proses Gurisan
• Mengguris
menggunakan objek
tajam atau tumpul untuk
memberikan kesan yang
berbeza.
• Guris sehingga siap
Capan
Maksud

– Sacara am, teknik capan boleh digolongkan


dibawah kategori cetakan
– Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan
karya dengan mengunakan bahan yang
disapukan warna(cat air atau poster) dan
dicat ke atas sesuatu permukaan.
Bahan
Warna, dakwat,kertas,bahan-bahan terbuang,gam

Alatan yang digunakan


Papan, gunting, pisau

Teknik
Mewarna, menguris
Proses penghasilan

Langkah 1
• Sediakan bahan seperti-
– daun
– pensel warna buncho
– kertas lukisan
• Alatan:
– Bekas air
– Berus
Langkah 2
• Sapukan warna air pada
daun dengan menggunakan
berus
Langkah 3
• Tekapkan daun yang telah
disapu warna ke atas kertas
lukisan mengikut gambar
yang telah dilakar
Langkah 4
• Ulang proses tersebut
mengikut kreativiti masing.
• Membuat kekemasan pada
karya
Contoh karya
Mozek
Definisi
• Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan
menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik,
kepingan jubin dan lain ke atas permukaan seperti kertas,
kad atau permukaan lain secara tersusun,bersebelahan
dan tidak betindihan antara satu sama lain. Potongan
kertas ini ditampal mengikut lakaran bentuk asal gambar.
• Sempadangan kepingan bahan yang ditampal itu memberi
jalinankeseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.
• Arkitektur Islam menggunakan teknik mozek dalam konsep
reka bentuk geometric dam matematik yang rumit.
• Proses ini dikenali sebagai’zillij’ dan ‘qashani’ di Afrika
Utara.
• Contoh yang terbaik dalam seni mozek islam telah
dihasilkan di Moorish, Sepanyol dn masih wujud di istana
Alhamra.
• Contoh lain boleh dilihat di Masjid Besar di Cordoba.
• Di negara2 Arab satu gaya berhias yang tersendiri bernama
zillij yang dibuat dengan membentuk seramik serentak
dengan mozek untuk meliputi satu permukaan digunakan.
Bahan
Gam,kertas tebal,kertas warna

Alatan yang digunakan


Gunting, pisau,pencukil gigi
Teknik
• Secara amnya terdapat tiga jenis teknik menghasilkan
mozek iaitu
– Direct Method
• Menggambar bahan di atau permukaan seperti kertas, kadbod,

permukaanpasu, lantai dan sebagainya.


– Indirect method
• Berlaku semasa proses menghasilkan sesuatu kerja. Apabila

mozek siap, media yang sama diletakkan di atasnya. Hasil mozek


diterbalikkan dan bahagian asli diasingkan dari bawah mozek tadi.
– Double indirect method.
Proses penghasilan
Contoh 1
Jenis Mozek: Mozek dari kertas
Tema: Haiwan/figura
Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari
Berbagai sumber, gam atau gam simen, pin
rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat
Cebisan kertas, pensel, kertas latar.
Langkah 1

Buat satu lakaran pensil tentang tema atau


tajuk yang hendak dibuat di atas permukaan
kertas.
Langkah 2
-Potong kertas warna dalam
rupa bentuk yang sama.
-Potongan kertas yang
berlainan warna perlu
diasingkan supaya senang
diperolehi dan boleh
menjimatkan masa semasa
proses menampal
dijalankan.
Langkah 3
-Letak gam atau pelekat pada
cebisan kertas dan di atas
permukaan kertas yang
mempunyai lakaran.
-Lekat potongan kertas
berwarna tersebut pada
kawasan lakaran tersebut.
- Potongan kertas boleh
diangkat dengan menggunakan
pin rambut atau pencungkil
gigi yang diletak sedikit gam.
Langkah 4
-Teruskan kerja-kerja
menghasilkan mozek
sehingga habis.

Contoh penghasilan
Tips
Cara memotong kertas berwarna ada berbagai-bagai.
Di antaranya ialah dengan cara
-carikan
-koyakan
-potongan koyakan
-potongan bebas
-potongantiga segi
-potongan empat segi
-menebuk dengan menggunakan penebuk kertas

Warna pada kertas perlu dipilih dengan betul dan sesuai dengan
tema/tajuk/objek yang hendak dihasilkan.
poster
maksud
• Merupakan satu bentuk seni komunikasi
perhubungan dan pengiklanan.

• Poster berfungsi sebagai pengumuman,


pemberitahuan dan pengiklanan.

• Poster harus dapat menarik perhatian orang


ramai  serta dapat menyampaikan mesej
dengan jelas, cepat dan berkesan
Cara hasilkan poster

• Menggunakan muka taip (huruf) sahaja.

Mukataip dijadikan subjek utama untuk


menyampaikan maksud poster. Ada yang bersifat
ringkas dan jelas dan ada juga jenis yang lebih
simbolik. Jenis mukataip yang digunakan hendaklah
bersesuaian dengan tema poster tersebut.
Mukataip yang disampaikan
dalam bentuk yang lebih Mukataip yang ringkas,
simbolik jelas dan mudah difahami
• ii. Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam
bentuk lukisan, gambar atau foto.

– Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan. Sekiranya


maklumat yang disampaikan melalui mukataip tidak dapat
disampai dengan jelas mungkin atas faktor bahasa (yang
kurang difahami kerana berlainan bangsa) atau usia (yang
belum mampu boleh membaca atau terlalu tua untuk
membaca) dan sebagainya.
– Dengan itu, penggunaan ilustrasi adalah yang paling sesuai
untuk menyampaikan mesej poster.
– Ilustrasi hendaklah bersesuaian dan memenuhi sekurang-
kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding mukataip
bagi poster jenis ini.
TEKNIK PENGHASILAN POSTER
1. 1.Teknik Lukisan : 2. Teknik catan :
2. Menggunakan pen, pensel, Menggunakan cat air, cat
pensel warna dan poster, cat akrilik, dan
sebagainya.   sebagainya  
3. Teknik kolaj : 4. Teknik cetakan :
Menggunakan teknik potong mencetak dari jenis cetakan
dan tampal. Menampal timbulan, benaman,
kertas berwarna, potongan planograf, serigraf, capan
dari majalah, tampalan dari dan juga cara cetakan
bahan tekstil, benda komputer
bercorak dan berjalinan.
5. Teknik campuran
Aplikasi dari pelbagai teknik seperti catan, kolaj,
lukisan, capan dan sebagainya  
Proses penghasilan
• Penentuan tema dan tajuk
• Mendapatkan maklumat berkaitan tema melalui kajian
bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam
• Memahami tujuan dan mesej yang hendak
disampaikan.
• Membuat beberapa lakaran kasar dan kemudian pilih
hasil terbaik.
• Menentukan jenis iustrasi dan jenis muka taip yang
berkesan dan bersesuaian.
• Merancang skima warna dan memilih kombinasi
warna yang dapat menarik perhatian.
• Menentukan teknik yang sesuai untuk membuat
poster tersebut.
• Penyediaan alat dan bahan.
• Penghasilan poster berdasarkan teknik dan
media yang telah ditetapkan.
• Membuat kekemasan(spray clear)
tamat

Anda mungkin juga menyukai