Anda di halaman 1dari 15

Topikȱ10 X Kegiatan

Membuat
Mozek
HASIL PEMBELAJARAN
Setelahȱmengikutiȱtopikȱini,ȱandaȱakanȱdapat:
1. mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan mozek;
2. menggunakan teknik yang betul dalam penghasilan mozek; dan
3. menjalankan apresiasi seni secara mudah.

X PENGENALAN
Dalam topik ini perbincangan dimulakan dengan menyentuh tentang definisi
mozek. Kemudian beralih pula kepada mengenal alatan, media dan teknik-teknik
yang digunakan dalam aktiviti mozek. Penerangan diperjelaskan lagi dengan
melihat berbagai contoh bagaimana alatan, media dan teknik di Aplikasi ke atas
aktiviti mozek. Dalam persembahan hasil karya pula melihat perbezaan cara
penilaian dijalankan di antara dahulu dan sekarang. Cara mudah menjalani
apresiasi seni ialah dengan mengambil kira aspek-aspek seperti peringkat
diskriptif, analisa formal, interpretasi, dan penilaian. Terdapat contoh-contoh
bagaimana setiap peringkat penilaian itu boleh dijalankan.

Sebelum anda mula membaca, nyatakan apakah yang dimaksudkan


dengan definisi mozek?
156 X TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

10.1 PENGENALAN AKTIVITI MOZEK


(a) Definisi Mozek
x Mengikut rujukan dari
kamus Glosari Seni Lukis,
mozek boleh didefinisikan
sebagai satu reka bentuk
atau gambar yang dibuat
daripada serpihan kaca,
kayu, marmar atau pecahan
tembikar.

Dapatan seterusnya dari internet


(http://www.google.com.my ă
define:Mosaic) pula menjelaskan
seperti yang dinyatakan di bawah:
x Sebuah gambar atau corak
hiasan dibuat dengan
menyusun carikan kecil
bahan-bahan seperti kaca,
marmar dan seramik
(tessera), di susun di atas
dinding, lantai atau
permukaan yang tidak rata
dan menghasilkan pantulan Rajah 10.1: Contoh Mozek
/kilauan. Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993).
x Satu imej yang berasingan A handbook of arts and crafts. USA:
dan tidak bertindih, disusun Brown and Benchmark.
secara bersebelahan.
x Foto mozek adalah gambar
hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema
/tajuk.
x Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau
seramik disusun di bahagian latar yang di plaster.
x Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca,
seramik atau tessera.
x Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu,
tessera di permukaan dinding, siling dan lantai.
x Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan
buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih
di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.

Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada
asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.
TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK W 157

Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik


mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian
Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan
teknik mozek.

Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti
seni di sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan
dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah sebahagian daripada
aktiviti yang dicadangkan dalam kegiatan menggambar. Aktiviti mozek ini
boleh dijalankan dalam berbagai cara dan teknik.

Sebelum mengenal bagaimana teknik-teknik mozek dijalankan, kita perlu


mengetahui jenis-jenis alatan, bahan dan media terlebih dahulu. Mungkin
di peringkat sekolah rendah penggunaan alatan dan bahan adalah terhad
kepada tahap keupayaan murid itu sendiri. Berikut ialah cadangan
beberapa jenis peralatan yang boleh diguna pakai oleh murid-murid di
sekolah rendah:

(b) Alat dan Media


x Berbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip,
kertas nota, kertas surat khabar, kertas binaan (construction paper).
x Berbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu, gam
simen.
x Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling, bijirin
x Playar, pembaris, Âclear sprayÊ
x Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, berbagai daun kering,
rumput
x Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi
x Pewarna makanan
x Pensel, pen, tali,
x Kertas berbagai warna, kertas majalah berwarna, gambar-gambar
berwarna

(c) Teknik
Secara amnya terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu Âdirect
methodÊ, Âindirect methodÊ dan Âdouble indirect methodÊ. Yang dikatakan
dengan teknik secara langsung atau Âdirect methodÊ itu, ialah dengan
menggambar bahan di atau permukaan seperti kertas, kadbod, permukaan
pasu, lantai dan sebagainya. Ianya sesuai dilaksanakan pada projek-projek
kecil yang mudah alih.

Kebaikan mozek cara ini ialah mozek yang dihasilkan jelas kelihatan.
Keburukannya pula pelukis atau pembuat mozek perlu bekerja secara terus
menerus di atas permukaan yang dipilih. Ianya dianggap sebagai satu hasil
158 X TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

kerja yang tidak praktikal pada jangka masa yang lama, tidak sesuai pada
projek berskala besar dan susah untuk mendapatkan kesamaan permukaan
yang siap. Cara ini sesuai untuk permukaan kertas lukisan, lantai dan
permukaan meja.

Teknik secara tidak nyata atau Âindirect methodÊ pula berlaku semasa
proses menghasilkan sesuatu kerja. Apabila mozek siap, media yang sama
diletakkan di atasnya. Hasil mozek diterbalikkan dan bahagian asli
diasingkan dari bawah mozek tadi. Teknik Âindirect methodÊ dan Âdouble
indirect methodÊ selalunya dibuat mengikut bahagian demi bahagian
sesuatu gambar terlebih dahulu sebelum hasil mozek itu dihantar ke
tempat destinasi untuk ditampal. Ianya amat sesuai untuk projek besar
seperti projek mural.

Terdapat juga mozek yang boleh dihasilkan dalam digital imej. Imej yang
dihasilkan tidak ditindih. Foto mozek pula adalah satu gambar yang dibuat
daripada beberapa cantuman gambar-gambar lain yang tidak ditindih.
Berikut ialah senarai beberapa teknik menghasilkan mozek dan boleh
disesuaikan untuk murid-murid di tahap sekolah rendah:
x Mozek kertas
x Mozek timbul
x Mozek catan
x Mozek campuran
x Mozek potongan kertas
x Mozek cebisan kertas
x Mozek tebuk (ÂpuncherÊ)
x Mozek koyakan kertas
x Mozek fabrik
x Mozek bijian
x Mozek bahan buangan

AKTIVITI 10.1
1. Apakah perbezaan di antara teknik-teknik mozek yang
dikemukakan?
2. Hasilkan mozek mudah dengan menggunakan pelbagai jenis
teknik yang telah dinyatakan.
TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK W 159

10.2 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

Di peringkat sekolah rendah, mozek boleh digubah dengan menggunakan


carikan/potongan/guntingan/cebisan kertas-kertas berwarna dan ditampal di
atas permukaan rata seperti kertas lukisan, kadbod, kayu playwood dan
sebagainya. Walaupun cara menampal kertas-kertas dalam aktiviti kolaj dan
mozek boleh dikira ada persamaan tetapi masih terdapat perbezaan dalam
melaksanakannya.

Kolaj digubah dengan menampal keratan kertas secara tindihan manakala mozek
pula digubah dengan menampal keratan kertas secara bersebelahan dan tidak
ditindih. Kedua-dua hasil kerja ini boleh dianggap rumit juga tetapi menarik
perhatian orang ramai apabila siap. Mari kita perhatikan contoh-contoh
bagaimana aktiviti mozek itu dilaksanakan.

Contoh 1
Jenis Mozek: Mozek dari kertas

Tema: Haiwan/figura
Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam atau gam
simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas,
pensel, kertas latar.

Cara-cara:
1. Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas
permukaan kertas.
2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang
berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh
menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.
3. Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas
yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada
kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan
kertas supaya tindihan tidak berlaku. Potongan kertas boleh diangkat
dengan menggunakan pin rambut atau pencungkil gigi yang diletak sedikit
gam.
4. Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga habis.

Tips: Cara memotong kertas berwarna ada berbagai-bagai. Di antaranya ialah


dengan cara carikan, koyakan, potongan bebas, potongan tiga segi, potongan
empat segi, menebuk dengan menggunakan penebuk kertas, potongan dengan
pembaris dan sebagainya. Warna pada kertas perlu dipilih dengan betul dan
sesuai dengan tema/tajuk/objek yang hendak dihasilkan.
160 X TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

Rajah 10.2: Contoh mozek dari potongan kertas berbagai bentuk berdasarkan tema
figura/haiwan
Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts. USA:
Brown and Benchmark

Contoh 2
Jenis Mozek: Mozek timbul (relief) dari biji-bijian

Tema: Tumbuh-tumbuhan

Alat dan bahan: kadbod, kertas binaan, gam putih, berbagai jenis biji-bijian dari
alam semulajadi, pewarna makanan, pensel, tali atau benang, Âclear sprayÊ.

Cara-cara:
1. Hasilkan lakaran di atas kertas binaan dengan memerhatikan tempat atau
kawasan di mana bijian perlu diletak.
2. Lekat kertas binaan di atas kadbod keras, kedua-duanya mempunyai saiz
yang sama supaya kelihatan kukuh.
3. Letakkan gam di kawasan yang dilakar dan susun bijian, manik, objek
semulajadi pada lakaran dan penuhkan lakaran tersebut.
4. Untuk kelihatan lebih kemas aturkan bijian di kawan rupa luar objek
terlebih dahulu kemudian penuhkan bahagian dalam pula.
5. Bijian-bijian atau manik-manik bersaiz halus susah untuk diatur dan
memakan masa yang lama untuk menyiapkan. Untuk mempercepatkan
TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK W 161

proses, guna pencungkil gigi yang diletakkan sedikit gam dihujungnya


supaya senang proses mengangkat bijian tersebut.
6. Bila siap buang lebihan bijian dan sembur hasil kerja mozek dengan Âclear
sprayÊ untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.

Tips: Tambahan bahan boleh digunakan seperti tali, benang, kulit kayu dan lain-
lain yang bersesuaian untuk kelihatan lebih menarik. Lebih baik jika hasil kerja
ini dibingkaikan dengan meletakkan cermin atau plastik keras supaya bijian
kekal lama.

Rajah 10.3: Contoh mozek dari bijian, manik bertemakan tumbuh-tumbuhan dan figura
Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts. USA:
Brown and Bench
162 X TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

Contoh 3:
Terdapat juga mozek dari teknik catan. Mozek jenis ini lebih sesuai untuk murid-
murid di tahap dua kerana ia memerlukan kawalan, disiplin dan ketekunan
semasa menghasilkannya. Ia juga berguna sebagai latihan mewarna. Kejayaan
mozek ini bergantung kepada latarbelakang pelukis itu sendiri. Lihat contoh
mozek dari teknik catan:

Rajah 10.4: Contoh mozek dari teknik catan


Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Jenis mozek: Mozek catan

Tema: haiwan

Alat dan bahan: pensil, pembaris, air, berus, kertas lukisan, warna air atau warna
poster.

Cara-cara:
1. Lakar rupa bentuk ikan di atas permukaan kertas lukisan. Tambahkan
mata, sirip di bahagian dalam dan tumbuh-tumbuhan air supaya kelihatan
lebih menarik.
2. Buat garisan dengan ukuran 2cm X 2cm di keseluruhan kertas lukisan
termasuk lakaran. Garisan pensel perlu dibuat secara nipis sahaja.
3. Kotak-kotak tersebut diwarnakan dengan warna air atau warna poster
dengan warna yang dikehendaki. Hadkan warna kepada tiga warna sahaja.
4. Proses mewarna mengambil masa yang agak lama juga untuk disiapkan.
Satu warna dihasilkan sehingga siap barulah digunakan warna kedua dan
warna ketiga.
TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK W 163

5. Garisan yang memisahkan empat segi dalam beberapa bahagian perlu


diwarnakan dengan warna yang berlainan. Dengan cara ini corak ikan
akan kelihatan lebih menarik apabila siap nanti.
6. Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kumpulan kecil.

Tips: Walaupun aktiviti mozek ini tidak menggunakan teknik menampal bahan-
bahan, konsep mozek masih boleh diperkenalkan. Dalam aktiviti ini adalah
dicadangkan warna-warna yang hendak digunakan adalah warna-warna kontra
supaya objek yang dilukis jelas kelihatan.

Contoh 4:
Dalam Rajah 10.5, mozek dihasilkan dengan teknik catan dan dakwat manakala
mozek dalam Rajah 10.6 pula dihasilkan dengan menggunakan kertas yang
berjalinan dan dakwat. Rajah 10.7 mozek dihasilkan dengan menggunakan
bulatan kecil kertas ditebuk dengan menggunakan penebuk kertas (puncher).
Kertas latar adalah dari jenis kertas yang berwarna. Lihat perbezaan antara
ketiga-tiga ikan tersebut. Ia menggunakan tema yang sama tetapi menggunakan
teknik yang berlainan.

Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan di dalam kelas secara berkumpulan dimana
berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik
yang berlainan. Contoh-contoh ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi
dalam sub tajuk persembahan hasil karya.

Rajah 10.5: Contoh mozek dari catan dan dakwat


164 X TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

Rajah 10.6: Contoh mozek dari potongan kertas berjalinan dan dakwat

Rajah 10.7: Contoh mozek dari potongan bulatan kecil kertas


Rajah 10.5, 10.6, 10.7:
Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

AKTIVITI 10.2
1. Analisa hasil kerja seni dari aktiviti mozek oleh beberapa orang
pelukis dan bincangkan tentang tema, bahan dan teknik-teknik
yang mereka gunakan.

10.3 PERSEMBAHAN HASIL KARYA


Dalam mempersembahkan tentang sesuatu hasil karya, perkara-perkara seperti
membuat penilaian, membuat kritikan, berkomunikasi, ekspresi diri, luahan
perasaan, diskusi, dan bersoal jawab seringkali dikaitkan. Persembahan hasil
karya sendiri atau orang lain diterima sebagai bahan penting untuk dirujuk
semasa menjalani sesi apresiasi seni.
TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK W 165

Hasil kerja seni terutama murid-murid sekolah rendah dianggap satu kerja yang
jujur, segar, berterus terang, penuh imaginatif dan intuitif. Ciri-ciri yang ada
pada diri murid-murid ini akan menghasilkan satu suasana pembelajaran yang
positif terutama bagai murid-murid dalam golongan Âstudents critical
appreciative activitiesÊ.

Apabila seseorang murid itu berkomunikasi di antara rakan-rakannya atau


gurunya,dia dikatakan telah menggunakan linguistik dan ekspresi visual dalam
aktiviti harian mereka. Dalam buku Artwork For Elementary School Teachers,
bab 12 bertajuk Art Criticism m.s. 203 ada menyatakan:

ÂCritical activities are the meeting ground between art and language arts,
and it is because of the studentsÊ familiarity with the latter that they take
so readily to applying language to the understanding of artworks.Ê

Dari kata-kata ini jelaslah menunjukkan bahawa kemahiran kritis dan kreatif
boleh dikembangkan bersama-sama dengan aktiviti seni. Dari itu guru harus
mengambil peluang terbaik dari aktiviti-aktiviti seni kegiatan menggambar
untuk menjalani sesi ekspresi diri dan apresiasi seni berdasarkan Âstudio activity
centred method.Ê Ia bermaksud seseorang itu percaya bahawa ekspresi diri tidak
boleh diceraikan daripada apresiasi seni. Orang-orang terdahulu juga telah lama
menjalani sesi apresiasi seni terhadap hasil kerja seni yang dihasilkan sendiri
atau orang lain. Berikut ialah perbandingan di antara dahulu dan sekarang
berkaitan cara mengembangkan apresiasi seni melalui kemahiran kritis.

Dahulu Sekarang
1. Jarang melihat reaksi spontan 1. penilaian dijalankan setelah membuat
dalam hasil kerja seni pemerhatian dan kajian
2. Arahan secara Âteacher centredÊ 2. Arahan berdasarkan komunikasi,
konteks, persepsi, kajian, pemeriksaan,
aktiviti studio.
3. Rujukan dibuat berdasarkan 3. Media luas seperti slaid, buku, video,
contoh-contoh hasil kerja seni filem, hasil kerja asli, muzium, galeri,
yang ada lawatan ketempat pelukis sendiri.
4. Perbincangan terhad kepada 4. Kualiti formal sesuatu hasil kerja seni
nilai sentimental perbincangan terhadap isu sosial
5. Tertumpu pada Âanecdotal 5. Tumpu terhadap hasil kerja pelukis
accountsÊ kehidupan seseorang tersebut dan kritikan dengan konteks
pelukis nsure
6. Pandangan lebih meluas termasuk,
6. Tumpuan kepada artist kraf, ilustrasi, media, seni reka, komik,
terkenal sahaja seni halus melalui pendekatan Âgreat
worksÊ.
166 X TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

Penilaian hasil kerja seni berdasarkan empat nsure a iaitu bahagian diskriptif,
bahagian formal analisis, bahagian interpretasi dan bahagian penilaian. Menilai
kerja seni di peringkat diskriptif memerlukan seseorang menggunakan deria lihat
dan menyatakan apa yang mereka lihat dalam sesuatu hasil karya. Mereka akan
menyatakan pandangan mereka buat pertama kali tentang apa yang mereka lihat
pada sesebuah lukisan/catan misalnya. Biasanya mereka akan memperkatakan
tentang sesuatu tema/tajuk hasil kerja itu termasuk objek/imej yang terdapat
dalam hasil kerja itu.

Menilai hasil kerja di peringkat formal analisis lebih terancang. Perkara-perkara


yang perlu dibincangkan adalah seperti struktur komposisi yang terdapat dalam
hasil kerja tersebut, perbezaan antara simetri dan asimetri, mengenal pasti alatan
dan media yang digunakan dalam hasil kerja, teknik-teknik yang digunakan
dalam penghasilan hasil kerja, unsur-unsur seni, prinsip-prinsip rekaan yang
diguna pakai.

Manakala di peringkat interpretasi pula perbincangan lebih menjurus kepada


tahap-tahap imaginasi seseorang murid itu, membuat spekulasi makna yang
tersirat dalam hasil kerja tersebut dan membuat andaian tentang tujuan pelukis
melukis hasil karyanya. Untuk menghasilkan perbincangan ini, seseorang murid
ditanya bagaimana membuat perkaitan di antara struktur yang boleh
diperhatikan dengan arah tujuan pelukis yang menghasilkan hasil karya tersebut.

Di peringkat ini murid akan dapat mengetahui penggunaan komposisi elemen


yang telah digunakan oleh pelukis. Mereka juga boleh mengaitkan elemen-
elemen warna dengan perasaan pelukis, pandangan pelukis terhadap objek/imej
yang dilukis. Perkara-perkara tersebut memerlukan perbincangan lanjut dalam
tahap interpretasi ini. Pada peringkat ini cadangan yang dikemukakan oleh
murid-murid terhadap sesuatu hasil karya adalah bersifat terbuka dan tanpa
memikirkan jawapan yang diberi sama ada betul atau salah. Semua cadangan
mereka boleh diterima.

Di peringkat penilaian pula, perbincangan lebih tertumpu kepada melihat


kejayaan seseorang pelukis sama ada berjaya dihasilkan atau pun tidak.
Peringkat ini dipanggil peringkat kritikal kerana perlu menjalani satu rumusan
terhadap kejayaan atau kegagalan hasil kerja tersebut. Hasil kerja tersebut boleh
dibuat gredkan dan dibuat perbandingan dengan hasil kerja lain.

Kritikan yang dijalankan di peringkat sekolah lebih ke arah kecenderungan sama


ada suka atau tidak terhadap hasil karya tersebut, manakala kritikan yang dibuat
oleh orang dewasa lebih ke arah tahap lebih matang dan profesional. Perbahasan
tentang sama ada suka atau tidak dalam hasil kerja itu adalah hak seseorang
murid itu. Reaksi tersebut sama ada suka, tidak, tidak menarik, tak ceria dan
TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK W 167

sebagainya adalah reaksi psikologi yang lahir dari perasaan mereka sendiri
menyebabkan perbincangan ditamatkan.

Apabila seseorang membuat pernyataan seperti „Mozek itu sangat lemah‰ atau
„Mozek itu sangat menarik‰ maka seseorang akan menyatakan „Kenapa anda
berkata begitu‰ dan memerlukan beberapa justifikasi dalam peringkat penilaian.
Jika justifikasi itu lemah atau kontroversi, barulah dibuka untuk perbincangan
dengan lebih lanjut.

Tujuan diadakan aktiviti belajar secara kritis dan kreatif ini adalah untuk
membuat anjakan paradigma dari minda yang tertutup kepada minda yang lebih
terbuka. Selalunya dalam membuat penilaian hasil kerja, kebanyakannya akan
memilih hasil kerja yang mempunyai kualiti yang tinggi daripada hasil kerja
yang mempunyai kualiti yang rendah. Menjalankan sesi apresiasi seni tidak
perlu menggunakan masa yang lama dan hasil kerja yang mempunyai tema yang
kukuh, Âsubject matterÊ yang menarik dan struktur komposisi yang jelas akan
mencetuskan respons yang baik.

Contoh soalan-soalan yang boleh dikemukakan dalam sesi apresiasi seni


berpandukan Rajah 10.5, 10.6 dan 10.7:

DISKRIPSI
1. Apakah yang anda lihat dalam gambar tersebut?
2. Boleh anda namakan jenis-jenis ikan tersebut?
3. Apa yang terdapat pada ikan tersebut?
ANALISA FORMAL
1. Apakah alatan, bahan, media yang digunakan oleh pelukis?
2. Apakah teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan mozek ini?
3. Garisan-garisan apakah yang anda dapat lihat dalam gambar tersebut?
4. Apakah bentuk-bentuk yang digunakan dalam menghasilkan mozek ini?
5. Adakah struktur ikan ini seimbang?
6. Warna-warna apa yang diguna pakai dalam menghasilkan mozek ini?
7. Apakah tujuan pelukis menggunakan warna-warna kontra ini?
8. Jalinan apakah yang anda dapat lihat dalam hasil kerja ini?
INTERPRETASI
1. Apakah yang anda dapat bayangkan apabila melihat ikan-ikan tersebut?
2. Agaknya kenapa pelukis menggunakan tema ikan terhadap ketiga-tiga
ikan ini?
3. Apakah tujuan pelukis sebenarnya melukis ikan-ikan tersebut?
4. Kenapa pelukis ini suka sangat menggunakan warna-warna kontra,
bentuk-bentuk tersebut?
5. Kenapa jalinan dicipta oleh pelukis pada permukaan ikan-ikan tersebut?
6. Adakah anda rasa kadar banding ikan itu sesuai?
168 X TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

PENILAIAN
7. Adakah anda fikir hasil kerja ini berjaya atau tidak?
1. Kenapa anda berkata begitu?
2. Pada pandangan anda apakah gred yang anda akan beri terhadap ketiga-
tiga gambar tersebut?
3. Adakah anda suka atau tidak terhadap ketiga-tiga gambar ini?
4. Jika suka kenapa?
5. Jika tidak kenapa?
6. Bolehkan anda kaitkan gambar-gambar tersebut dengan kehidupan anda?

AKTIVITI 10.1
1. Hasilkan satu mozek dengan menggunakan teknik-teknik yang
anda ketahui.
2. Jalani satu sesi apresiasi seni dari hasil kerja anda dan rakan anda
mengikut peringkat penilaian yang telah dibincangkan. Buat
perbandingan di antara hasil karya tersebut dari aspek asas seni
reka.

x Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun


bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.
x Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan
rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.
x Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan
manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak
diajar.
x Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar
menggunakan teknik mozek.
x Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di
dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.
x Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara Âdirect methodÊ,
Âindirect methodÊ dan Âdouble direct methodÊ.
x Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan
alatan, bahan dan media.
x Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad
kepada satu bentuk sahaja.
x Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara
meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut.
x Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk
menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK W 169

x Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan


timbul.
x Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek
lebih menarik.
x Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur.
x Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan
bahan untuk menampal.
x Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu
hasil kerja seni.
x Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti
seni.
x Guru boleh menjalankan hasil kerja murid secara Âstudio aktiviti centred
methodÊ.
x Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada Âteacher centredÊ
dan terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental, Âanecdotal
accountsÊ dan artis terkenal sahaja.
x Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu kepada kajian,
pemerhatian, cara berkomunikasi, persepsi, analisia, sintesis, penggunaan
alatan dan media yang lebih meluas, perbincangan tentang isu-isu social
dan kritikan membina.
x Apresiasi seni boleh dijalankan berdasarkan empat peringkat iaitu
diskriptif, analisa formal, interpretasi dan penilaian.

Mozek Âdouble direct methodÊ


Marmar Âgreat worksÊ
Tessera Âanecdotal accountsÊ
Seramik Sentimental
Foro mozek Linguistik
Dekoratif Ekspresi visual
Mozek relief Diskriptif
Mozek kertas Formal analisis
Mozek catan Interpretasi
Mozek campuran Penilaian
Mozek tebuk Simetri
Mozek fabric Asimetri
Mozek bijian Komposisi elemen
Mozek bahan buangan Justifikasi
Âdirect methodÊ Anjakan paradigma
Âindirect methodÊ

Anda mungkin juga menyukai