Anda di halaman 1dari 13

Definisi Teknik Dalam PSV

1. GURISAN

1. Menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang
lembut dari sesuatu permukaan.
Contoh: Kertas lukisan disapu secara berlapis dengan menggunakan krayon disapu dengan
krayon. Alatan tajam seperti kayu, paku atau lidi digunakan untuk menguris untuk
menghasilkan gambar/corak.

2. STENSILAN

1. Gambar yang ada ditebuk mengikut kehendak supaya meninggalkan ruang kosong di
atas alat stensil tersebut.
2. Gambar yang ditebuk diletakkan di atas kertas lukisan.
Warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas lukisan tadi.

3. Warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang
dihasilkan.
3. CAPAN

1. Menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.

2. Capan tidak perlu disediakan blok cetakan.

3.Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan bahan semula jadi
atau bahan alam tersebut.
Contoh bahan: sayur-sayuran seperti kentang, bawang besar, bendi dsbnya. Cap jari juga
boleh digunakan.

4. MOZEK
1. Hasil seni dari serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.
2. Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecilbahan-bahan
seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau
permukaanyang tidak rata dan menghasilkan pantulan atau kilauan.
3. Satu imej yang disusun berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.
Mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu
tema /tajuk.Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau kertas

5. PERCIKAN

1. Satu teknik hiasan catan dengan cara: mendetik, mengetuk, menjentik. Bahagian bulu


berus atau berus gigi yang akan menghasilkan kesan
2. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat dengan pelbagai warna.

3. Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair.


Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada
lukisan cat.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang
berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan .

6. RESIS
1. Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.
2. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.

3. Suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di
bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.

4. Warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.

5. Lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan
diwarnakan permukaannya.

6. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan
dalam keadaan warna asal.

7. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan iaitu tindihan lilin dan menyapu
warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.
7. GOSOKAN

1. Ia adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia
juga satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat
di sekeliling mereka.

2. Gosokan ialah pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke
permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak
dipindahkan.
Contoh: duit syilling, cermin tingkap, lantai simen, tapak kasut.

3. Secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya


permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang
lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

4. Tujuannya untuk menghasilkan atau merakamkan merakamkan berbagai jalinan pada


sesuatu permukaan.

8. CETAKAN
1. Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan
dakwat ke atas satu permukaan.
2. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu
permukaan lain.

3. Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau
beberapa siri cetakan.

4. Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain
iaitu kertas atau kain.

5. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris
di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat
Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau
bahan yang lain.

9. MONTAJ
1. Menampal dan melekatkan potongan gambar-gambar tertentu pada suatu permukaan
untuk menghasilkan sesuatu tema.

2. Merupakan satu proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain
Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu
komposisi ilustrasi.

3. Imej atau gambar diambil dari foto, majalah, atau cetakan

4. Imej/gambar disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu


imej.

10. KOLAJ
1. Kolaj ialah:
- potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.
Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian
imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk
menghasilkan sesuatu imej.

2. Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu permukaan khas seperti kertas lukisan.

3. Mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj.


11. CATAN

1. Catan ialah proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata ataupun
abstrak.

2. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.
Lukisan grafik mengandungi komposisi artistic dihasilkan dengan mengaplikasikan warna
keatas pemukaan bahan.
Satu ciptaan gambar yang berwarna dan ia adalah satu hasil kerja estetik dicipta dengan
mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
Bahan yang boleh digunakan seperti :cat air, cat minyak, cat tempera dan cat poster.
12. LUKISAN

1. Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon,
pen, pestel,arang, pen marker, pensel warna, pastel dan sebagainya

2. Ada berbagai teknik lukisan seperti:


-garisan silang,
-garisan berombak,
-garisan selari,
- garisan menyilang
-garisan kontur.
-teknik coreng,
-teknik gosok,
-teknik titik,
-teknik lorek
- teknik campuran.

13. TIUPAN
1. Teknik tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin.
2. Teknik tiupan angin ini senang sahaja dan amat menarik kerana selain membuat corak
(tidak terancang) kita boleh juga menjadikan teknik ini sebagai menggambar. Contohnya
seperti membuat ranting-ranting kayu atau pokok yang rendang.

3. Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan asalnya
dapat digunakan  untuk meniup atau tiupan mulut. Kemudian warna yang diletakkan diatas
sekeping kertas ditiup ke arah yang dikehendaki

14. Anyaman
1. Anyaman ialah proses menjalin atau menjaring helaian buluh, rotan, lidi, bertam,
mengkuang, pandan dan sebagainya. Antara contoh anyaman ialah tudung saji, bakul
rotan, nyiru, bubu, lekar dan kampit.

2. KELARAI :- Kelarai ialah corak atau motif pada sesuatu anyaman. Biasanya kelarai yang
terdapat apada anyaman adalah berasaskan flora, fauna, geometri, abstrak, nama tempat
dan nama pereka.

15. Origami
1. Origami ialah seni lipatan kertas yang mula diperkenalkan di Jepun.
2. Origami  berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas
sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan.
3. Seni origami tidak memerlukan gam untuk melekat bahagian-bahagian kertas hingga
menjadi bentuk yang diingini kerana kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk
membuat bentuk yang diingini.

Anda mungkin juga menyukai