Anda di halaman 1dari 38

KSSR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 4 PENDIDIKAN SENI VISUAL

Menggambar
Corak

dan rekaan
dan membuat

Membentuk

binaan

Kraf

tradisonal

Unsur seni
Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.

Unsur-unsur seni. 1. Garisan 2. Rupa 3. Bentuk 4. Jalinan 5. Ruang 6. Warna

Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak diatas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.

CONTOH GOSOKAN PENSIL

GOSOKAN PENSIL WARNA

Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar.

Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Contoh Gurisan Plastisin

PENSIL

RANTING KAYU

PEMBARIS

Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Kolaj berasal dari perkataan Perancis yang iaitu 'coller' yang bermaksud menampal dan gam. Aktiviti kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah kegiatan menampal kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu permukaan.

Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun secara bertindan tindih dan mengikut corak atau gambar yang ingin dihasilkan
Kolaj juga digunakan sebagai teknik dalam menggambar foto, keratan akhbar atau mana-mana bahan berbentuk dua dimensi dilekat dan disatukan di atas permukaan. Ia juga merupakan teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain.

CONTOH KOLAJ KERTAS WARNA

Prev Next

Kolaj surat khabar

Kolaj kertas majalah

1. Menampal dan melekatkan potongan gambargambar tertentu pada suatu permukaan untuk menghasilkan sesuatu tema.

Tema-Fesyen Kanak-kanak

Tema Minyak wangi

2. Merupakan satu proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi

3. Imej atau gambar diambil dari foto, majalah, atau cetakan

RUPA
Rupa ialah imej yang bersifat rata. Permukaan rupa adalah kosong dan ini menjadikan rupa bersifat dua dimensi. Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya. Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja. Rupa terbahagi kepada dua iaitu : 1. Rupa geometri 2. Rupa organik

Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut. dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Dihasilkan secara sepontan

GARISAN
Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu. Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak. Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya. 1. Garisan merupakan cantuman beberapa siri titik. 2. Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam semulajadi, alam benda, flora mahu pun fauna. 3. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus-putus, garisan tebal, garisan nipis, garisan berduri, garisan beralun dan pelbagai lagi. 4. Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media. Contoh menggunakan teknik gosokan, capan, pualaman atau catan.

FUNGSI GARISAN
1. Garisan menghasilkan rupa 2. Garisan menghasilkan bentuk 3. Garisan mewujudkan ruang 4. Garisan membentuk struktur dan bentuk 5. Garisan menghasilkan jalinan 6. Garisan menghasilkan motif 7. Garisan menimbulkan kesan ton 8. Garisan menunjukkan pergerakan

Jenis Jenis Garisan

Garisan titik-titik

Garisan serabut

Garisan tebal

Garisan nipis

Garisan berbulu

Garisan bergetar

Garisan zig zag/bergerigi

Garisan beralun

Garisan berlingkar

Garisan putus-putus

Garisan beranyam

Garisan berduri

Garisan menghasilkan lukisan

JALINAN Nilai permukaan pada objek boleh dialami dengan cara melihat dan menyentuh.
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam sesuatu permukaan objek. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :

1. Jalinan sentuh 2. Jalinan tampak

JALINAN SENTUH

JALINAN TAMPAK

KASAR

BERBULU

BERDURI

Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari

CONTOH CORAK TEKNIK CAPAN

DEDAUN

DEDAUN

BUAH-BUAHAN

SAYURAN

KERATAN BATANG

RUPA POSITIF DAN NEGATIF Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

RUPA POSITIF

RUPA NEGATIF

POSITIF

NEGATIF

Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Alat stensil boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan kadbod, kertas, atau plastik Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

CONTOH CORAK TEKNIK STENSILAN

Origami adalah sebuah seni lipat yang berasal dari Jepun. Bahan yang digunakan adalah kertas atau kain yang biasanya berbentuk persegi. Sebuah hasil origami merupakan suatu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas . Contoh origami : i. Kenderaan ii. Bunga iii. Haiwan

Mobail adalah hasil karya 3 dimensi yang mempunyai keseimbangan dan boleh bergerak.

Merupakan teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu, logam, dan sebagainya untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat kolaj timbulan atau arca

ASEMBLAJ ROBOT

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 1. Alat domestik 2. Alat permainan 3. Alat pertahanan diri 4. Perhiasan diri (ornamen) 5. Batik 6. Tekat 7. Ukiran 8. Tenunan 9. Anyaman 10. Tembikar Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan seperti layang-layang

JENIS WAU

WAU BULAN

WAU KUCING

LAYANG-LAYANG

Anda mungkin juga menyukai