Anda di halaman 1dari 6

ULASAN KARYA

TEKNIK Penggunaan teknik dalam lukisan Alam Semulajadi ini merangkumi 3 iaitu teknik Watercolour(Cat Air), teknik gosokan, dan teknik renjisan. Teknik biasa digunakan dalam menghasilkan sesuatu catan. Dalam lukisan ini,penggunaan cat air banyak menggunakan teknik basah atas kering.Teknik ini amat sesuai dalam penghasilan lukisan yang banyak melibatkan tumbuhtumbuhan kerana penggunaanya amat mudah.Hasilnya boleh dilihat pada daun pokok. Manakala teknik gosokan pula juga digunakan yang menampakkan kesan yang sangat menarik.Hasilnya boleh dilihat pada gunung. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok pensel warna ke atas kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu. Teknik yang terakhir ialah teknik renjisan ialah satu teknik menghasilkan corak tidak sengaja dengan cara menghambur titik-titik warna air yang berselerak kesana-sini.Renjisan boleh berlaku keatas permukaan kertas kering atau lembap.Kesan warna yang direnjis atau dipercik menimbulkan corak tidak terancang.Pada lukisan ini kita boleh lihat kesannya yang begitu menarik.

Teknik Capan Secaranya amnya teknik capan boleh digolongkan di bawah cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/ poster) dan dicatkan di atas satu pemukaan. Capan boleh dihasilkan dgn pelbagai rupabentuk dengan menggunakan jenis bahan. cth: capan bahan buangan, capan alam semulajadi (cengkerang) Jalinan berbagai bahan itu akan memberi kesan jalinan pd hasil capan.

TEKNIK CAT AIR

catan teknik basah atas basah BASAH ATAS BASAH Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. * Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.

catan teknik basah atas kering

BASAH ATAS KERING Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan. Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.

Catan teknik kering atas kering KERING ATAS KERING Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.

RENJISAN

Renjisan ialah satu teknik menghasilkan corak tidak sengaja dengan cara menghambur titiktitik warna air yang berselerak kesana-sini. Renjisan boleh berlaku keatas permukaan kertas kering atau lembap. Kesan warna yang direnjis atau dipercik menimbulkan corak tidak terancang. . satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. . satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite . style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. . Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. . teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata . kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan. . buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. . kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserakserak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. . Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. . Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. . percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain. Berbagai jenis berus boleh digunakan untuk menghasilkan percikan

GOSOKAN .proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan .proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. .cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. . Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. . Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. . Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan denganmenggosok menggunakan bahan tertentu. . dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton. . Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. .Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. . Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. .dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran. .Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berjalinan boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

Anda mungkin juga menyukai