Anda di halaman 1dari 11

1.

Jelaskan definisi Seni dua Dimensi

Seni rupa dua dimensi adalah sebuah karya seni rupa yang hanya memiliki
dua sisi sahaja iaitu sisi lebar dan sisi panjang. Seni rupa jenis ini tidak
memiliki ruang kerana tidakmemiliki ketebalan atau ketinggian. Istilah ini
biasanya digunakan dalam bidang seni, animasi, komputer dan matematik.
Contoh karya seni rupa dua dimensi dalam kehidupan seharian biasa dilihat
pada dekorasi dinding.

2. Nyatakan Jenis-jenis lukisan serta alatannya


seperti:
- Ilustrasi, figuratif, fesyen, perspektif, non-
figuratif (sertakan gambar contoh)

Ilustrasi

Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik.


Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis
memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam
kemahiran melukis figuratif
Figuratif

Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang.


Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis
figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara
yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

Lukisan non figuratif

Lukisan non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi
unsur figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai
contoh, gaya abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan
warna belaka. Lukisan bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis
tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.
Lukisan Perspektif

Lukisan/lakaran berbentuk perspektif adalah lukisan yang menunjukkan


pandangan objek mengikut aras mata. Ciri -Ciri Lukisan Perspektif objek yang
hampir besar dan lebih tinggi dibandingkan objek yang jauh. Garisan objek
yang hampir lebih jarang dan garisan objek yang jauh lebih rapat. Lukisan ini
berpandukan 1,2 atau 3 titik lenyap.

Satu titik lenyap

Dua titik lenyap


Tiga titik lenyap

Lukisan Fesyen

illustrasi jenis ini ketika itu tiak mementingkan figuratif dan lebih bertumpu
kepada kehalusan dan ketelitian rekaan fesyen. Ilustrasi fesyen moden lebih
bergaya. Ketelitian diberi kepada posisi tubuh figura untuk memberi kesan
visual yang unggul pada rekaan pakaian. Ilustrasi fesyen juga
mengaplikasikan pelbagai alat, bahan, media, dan teknik selain daripada
pensel, pen, dakwat yang digunakan pada peringkat awal. Pembuatanya
memerlukan keseimbangan antara gambar dan rincian pakaian yang utuh.
3. Catan
 Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu
permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu
sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas
permukaan rata dengan menggunakan berus.

 Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang


diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media
ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan
mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik
menyapu warna basah.

 Banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk


menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera,
cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai jenis warna dan cara-cara
mewarna dengan betul.
TEKNIK-TEKNIK CATAN

Teknik catan cat air

Teknik basah atas basah


Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia
ada semasa basah. Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke
dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini
kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang
rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. Teknik
ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit,
tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.

Teknik basah atas kering


Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang
basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan
pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah
dilakukan.Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama
dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.
Teknik kering atas kering
Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi
warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada
kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu
di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain.
Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan
suasana sekitarnya.
Teknik catan cat minyak

Teknik impasto
Impasto adalah teknik membuat lukisan bertekstur tebal sehingga ngasih
kesan timbul (3 dimensi) dan bikin goresan kuas atau pisau palet lebih
kelihatan. Lukisan Impasto kesannya punya emosi yang kuat. Teknik ini paling
cocok digunakan pada cat minyak karena teksturnya yang kental, tapi bisa
juga digunakan pada akrilik meskipun jarang, dan nggak bisa pada cat air
tanpa bahan tambahan pengental.

Teknik sapuan tepat/hard edge


Mempunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang
kemas dan tepat.Catan kelihatan seolah-olah dipotong dan biasanya
pengkarya menggunakan masking tape untuk memisahkan warna-warna yang
disapu.
Teknik titik/ pointilisme
Pointilisme adalah teknik lukisan dengan memanfaatkan titik-titik kecil
berwarna ke media gambar. Istilah "Pointillism"sebenarnya diciptakan oleh
para kritikus untuk gaya lukisan ini pada tahun 1880-an.Lukisan gaya
pointilisme dibuat dengan sapuan warna terhasil mempunyai gabungan warna
dari titik-titik kecil.Titik-titik warna yang berdekatan seolah-olah bercampur
melalui mata audien.

Teknik kilatan/ glazing


Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan yang berkaca kerana lut
sinar.Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih
lapisan nipis warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah.
Teknik melembut/ scumbling
Dalam teknik ini, warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang
sebalumnya yang mana boleh disapu secara rata,lut sinar atau impasto.Ciri
penting dalam teknik ini ialah bahagian yang tidak dapat dilihat mampu
ditonjolkan melalui cara yang berbeza.Teknik scrumbling ini boleh diperoleh
dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas
permukaan gelap.Ia boleh diaplikasikan dengan menggunakan berus atau
tompokan dengan kain buruk atau jari.

Teknik Alla Prima


Teknik ini merujuk kepada cara dimana artis mewarna secara cepat dan
spontan dengan sapuan warna terus dari tiub.Teknik ini sesuai untuk artis
yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya yang terus dan
spontan.Setiap palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini tiada lapisan
kedua.
Alam Benda Alam Semulajadi

Lanskap Abstrak

Figuratif

Anda mungkin juga menyukai