Anda di halaman 1dari 20

Teknik-Teknik Dalam PSV

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang
kegiatan, iaitu:-
1.      Menggambar
2.    Membuat Corak dan Rekaan
3.    Membentuk dan Membuat Binaan
4.    Mengenal Kraf Tradisional

Menggambar
·         Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta
kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan
pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi.

·         Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:-


1.              Lukisan
2.            Catan

     Contoh Teknik Catan

3.      Kolaj

          Kolaj ialah gambar atau rekabentuk yang dibuat


dengan menggunakan teknik tampal – menampal. 
       Kolaj ada tiga jenis: 
              1.         Kolaj kertas
2.        Kolaj kain
3.  Kolaj bahan kutipan
 
      

 Contoh-Contoh Teknik Kolaj

4.            Montaj
5.            Cetakan 
 Cetakan adalah teknik cap – mengecap yang
                       

menghasilkan rupa bentuk yang sama dengan rupa bentuk


pada permukaan pengecap.
                   
6.            Resis 
            Resis ialah teknik menghasilkan gambar atau reka corak dengan
menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti:-
1.     Lilin dan cat air
2.     Krayon dan warna air
3.     Lilin dan pewarna kain
 
Contoh Teknik Resis

7.            Gosokan
8.            Stensilan
9.            Percikan
10.          Gurisan
11.           Capan
12.          Mozek
            Mozek
ialah susunan bahan secara sebelah
menyebelah     (tidak bertindih) yang ditampal atas satu
permukaan.
13.          Poster

·         Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan
dalam menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat,
bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran
asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran
menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi
visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan
kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan
apa yang dilakukan melalui gubahan.

Membuat corak dan rekaan


·         Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan
tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain
seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.

·         Antaranya melalui kegiatan seperti:-

1)    Corak tidak terancang secara:-


-     Pualaman
Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak
pelbagai warna terapung di permukaan air meresapi ke permukaan
kertas.
-      Tiupan

 Contoh Tiupan

-    Titisan
·                    Titisan ialah penghasilan corak secara titisan, renjisan,atau 
percikan.

-      Ikatan dan Celupan

·                    Ini adalah untuk mencorak kain dengan mengikat bahagian-


bahagian tertentu kain dan kemudian dicelup ke dalam pewarna kain.

-      Renjisan dan Percikan

 Contoh Renjisan dan Percikan

2)   Corak terancang secara:-


-      Lukisan
-      Catan
-      Cetakan

-      Capan  
-     Lipatan dan Guntingan

 Contoh-Contoh Lipatan dan Guntingan

-      Resis
-      Kolaj

Membentuk dan membuat binaan


·         Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat
memahami dengan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membina sesiati model.
Bidang kegiatan ini juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan
teknik penghasilan.

·         Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti
seperti berikut:-

1.     Arca timbul
2.    Asemblaj
·        Asemblaj ialah hasil kerja yang dibuat dengan cara menyusun
berbagai bentuk atau benda dan kemudian dilekatkan pada satu
permukaan (tapak).
3.    Mobail

·       Mobail ialah hasil kerja yang berupa bentuk-bentuk


tertentu yang digantung sebagai perhiasan. Imbangan
dipentingkan semasa menggantung bentuk-bentuk tersebut.
4.    Stabail

·        Stabail ialah satu binaan seperti mobail tetapi tidak bergerak.

  Contoh Stabail
5.    Model

6.    Diorama

7.    Boneka

8.    Topeng
 Contoh Topeng

9.    Origami

Mengenal kraf tradisional


·         Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi
turun-temurun.

·         Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:-


1.     Alat domestic
2.    Alat permainan

 Contoh Wau

3.    Alat pertahanan diri


4.    Perhiasan diri
5.    Batik

 Contoh-Contoh Batik

6.    Tekat
7.    Ukiran
·      Terdapat 5 jenis teknik:
1.          Bunga Timbul    
2.         Arca
3.     Papan Tebuk               
4.     Larik
5.     Ukiran kayu reput atau kayu hanyut

8.    Tenunan
9.    Anyaman
 Contoh-Contoh Anyaman

10. Tembikar

·         Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam
budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak serta hiasan. 
·         Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan, serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap
bidang kraf yang dinyatakan.
12 DEFINASI TEKNIK dalam PSV

Selasa, Jun 21, 2011 | Label: K-DEFINASI TEKNIK PSV

1. GURISAN 1. Menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu
permukaan. Contoh: Kertas lukisan disapu secara berlapis dengan menggunakan krayon disapu dengan krayon. Alatan tajam
seperti kayu, paku atau lidi digunakan untuk menguris untuk menghasilkan gambar/corak.

2. STENSILAN 1. Gambar yang ada ditebuk mengikut kehendak supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil
tersebut. 2. Gambar yang ditebuk diletakkan di atas kertas lukisan. Warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas
lukisan tadi. 3. Warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu
memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

3. CAPAN 1. Menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. 2. Capan tidak perlu disediakan
blok cetakan. 3.Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan bahan semula jadi atau bahan alam
tersebut. Contoh bahan: sayur-sayuran seperti kentang, bawang besar, bendi dsbnya. Cap jari juga boleh digunakan. 

4.MOZEK 1. Hasil seni dari serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. 2. Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat
dengan menyusun carikan kecilbahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau
permukaanyang tidak rata dan menghasilkan pantulan atau kilauan. 3. Satu imej yang disusun berasingan dan tidak bertindih,
disusun secara bersebelahan. Mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema
/tajuk.Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau kertas

5. PERCIKAN 1. Satu teknik hiasan catan dengan cara: mendetik, mengetuk, menjentik. Bahagian bulu berus atau berus gigi
yang akan menghasilkan kesan 2. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat dengan pelbagai warna. 3. Ia
adalah kegiatan menyembur bahan cair. Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik
pada lukisan cat. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana
sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.

6. RESIS 1. Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. 2. Lilin digunakan untuk menutup
kawasan permukaan kertas atau kain. 3. Suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah
disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. 4. Warna basah atau cat basah yang disapu ke
atas permukaan kertas yang disapu lilin. 5. Lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas
kertas dan diwarnakan permukaannya. 6. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap
warna dan dalam keadaan warna asal. 7. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan iaitu tindihan lilin
dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

7. GOSOKAN 1. Ia adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan Ia juga satu proses
penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. 2. Gosokan ialah pemindahan
reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan
yang hendak dipindahkan. Contoh: duit syilling, cermin tingkap, lantai simen, tapak kasut. 3. Secara gosokan akan
menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan
menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis. 4. Tujuannya untuk
menghasilkan atau merakamkan merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.

8. CETAKAN 1. Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu
permukaan. 2. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. 3. Satu hasil
kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. 4. Perindahan imej yang
berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. 5. Proses menggambar atau mencorak
yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat Satu proses penerapan
blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.

9. MONTAJ 1. Menampal dan melekatkan potongan gambar-gambar tertentu pada suatu permukaan untuk menghasilkan
sesuatu tema. 2. Merupakan satu proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain Dalam kerja-kerja seni montaj,
beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. 3. Imej atau gambar diambil dari foto, majalah, atau
cetakan 4. Imej/gambar disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.

10. KOLAJ 1. Kolaj ialah: - potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh
didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan
majalah disusun dan ditindih untuk menghasilkan sesuatu imej. 2. Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu permukaan
khas seperti kertas lukisan. 3. Mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj.

11. CATAN 1. Catan ialah proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran
atau rekaan tertentu sama ada yang nyata ataupun abstrak. 2. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata
dengan menggunakan berus. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistic dihasilkan dengan mengaplikasikan warna keatas
pemukaan bahan. Satu ciptaan gambar yang berwarna dan ia adalah satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan
warna basah ke atas permukaan 2D. Bahan yang boleh digunakan seperti :cat air, cat minyak, cat tempera dan cat poster.

12. LUKISAN 1. Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan Lukisan ialah hasil seni 2
dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen marker, pensel warna,
pastel dan sebagainya 2. Ada berbagai teknik lukisan seperti: -garisan silang, -garisan berombak, -garisan selari, -
garisan menyilang -garisan kontur. -teknik coreng, -teknik gosok, -teknik titik, -teknik lorek - teknik campuran.
DEFINASI TEKNIK-TEKNIK DALAM
SENI
 
PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR
                Bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran
seseorang murid. Melalui bidang ini, kita dapat melihat kemampuan murid terhadap aspek
melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai
media dan teknik.
Dalam bidang menggambar menekankan ASPEK RUANG, STRUKTUR, IMBANGAN DAN
KOMPOSISI dalam sesuatu hasil karya.  Ia melindungi teknik lukisan, catan, kolaj,
montaj, catakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.  Bidang menggambar
meliputi penerokaan kesan seni mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.
Menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran
asa dan teknik dalam proses rekaan. Ia dapat memperkembangkan persepsi visual murid
dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
                Menggambar menunjukkan representasi visual sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan rata.  Ia merupakan gambaran mental yang jelas dan
pemberitahuan imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan
dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambaran huruf yang diterangkan dalam dalam
bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi. Gambar
sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau
objek. 

 Apakah itu CATAN?


Catan merupakan proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia
mewakili gambaran pemikiran atau rakaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Catan
dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.
Lukisan grafik mengandungi komposisi artistic dihasilkan dengan mengaplikasikan warna
ke atas permukaan. Ia merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna atau latihan
mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan
dinding. Catan merupakan satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikanwarna
basah ke atas permukaan 2D.  Biasanya taknik ini menyapu warna basah dengan berus atau
alatan lain.  Catan adalah satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas
permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen  warna.

Apakah itu CETAKAN?


Cetakan merupakan satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui
perpindahan dakeat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanyaakan menentukan
beberapa banyak catakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Proses ulangan imej
daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses di mana
satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang dihasilkan
dengan menggunakan acuan plat di atas permukaan rata. Proses ini menggunakan acuan
cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan daripadan satu permukaan blok
kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. Proses menggambar atau mencorak yang
dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan
dakwat. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan
alatan dan tertentu kertas.

Apakah itu GOSOKAN?


Gosokan merupakan proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan
yang berjalinan. Ia adalah proses penerokan murid mula menggambar melalui deria sentuh
yang terdapat di sekeliling mereka. Ia merupakan cara paling mudah dan terbaik untuk
merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.
Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka
gosokan akan terhasil. Hasil catakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke
atas sekeping kerta yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. 
Gosokan adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan
meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan
bahan tertentu dan dianggap satu eksplorasi permukaan supaya sapat mengembangkan
pemahaman dalam penggunaan jalina dan ton.
Menurut Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan
aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang
kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Gosokan dapat
memperkembangkan seria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan pelbagai
perasaan seperti gembira, suka, minat selesa dan sebagainya. Apabila kita mengapikasikan
aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap
permukaan yang terdapat di persekitaran.
Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berlainan boleh menghasilkan
berbagai corak yang menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi
bosan dan dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan.
Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi
apabila dihasilkan secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan.
Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton
yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

Apakah itu RESIS?


                Resis merupakan satu aktiviti mengambar yang dihasilkan dari warna basah dan
contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutupkan kawasan permukaan kertas atau kain.
Dalam buku Glosari Seni Lukis, resis didefinasi sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan
menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak hendak dicat
atau diwarnakan.
Resis dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas
permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk
melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.
Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat
garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis
menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam
keadaan warna asal. Resisi boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-
tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

Apakah itu MOZEK?


                Mozek merupakan sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun
carikan kecil baha-bahan seperti kaca, marmar dan seramik(tessera), disusun di atas
dinding, lantai atau permukaan yang tidaj rata dan menghasilkan pantulan/ kilauan. Mozek
adalah satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.
Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun
menjadi satu tema atau tajuk. Ia sebagai satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan
kepingan batu, kaca, seramik  atau tessera.
Mozek adalah satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan
buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata
untuk menghasilkan gambar atau corak. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan
oleh oeng Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek dengan untuk tujuan menghias
permukaan lantai.  Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan
teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kriatian Orthodok
Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek.
Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni si
sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam subjek Pendidikan
Seni Visual. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti yang dicadangkan dalam kegiatan
menggambar.

Apakah itu KOLAJ?


Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam , tampal sesuatu bahan ke atas suatu
permukaan. Ia merupakan satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti
gambar foto atau cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum potongan
gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat di satu pemukaan khas disebut
kolaj. Ia adalah satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
Kolaj bermakna menghasilkan satu  komposisi artistic daripada  imej atau gambar
yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ia
adalah satu teknik menggambar di mana foto,keratin akhbar atau mana-mana bahan
berbentuk 2D dolekat dan disatukan  di atas permukaan.
Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara 
“superimpose” di antara satu sama lain.  Kolaj ialah satu hasil kepingan seni dibuat dengan
menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan diatas dilekat di atas suatu
permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
CATAN
CATAN

 Catan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan media basah dan


disapukan pada sesuatu pemukaan.
 Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik,cat poster,cat minyak
dan cat gouce. Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah kertas
atau kanvas.
 Walau bagaimanapun,penghasilan catan tidak terbatas di atas kertas
dan kanvas. Contohnya, bagi seni catan kontemporari pelbagai permukaan
boleh digunakan sedperti pada permukaan kayu atau besi.
SEJARAH RINGKAS CATAN

1. Penghasilan catan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan


oleh manusia pada zaman purba lagi.
2. Penggunaan materialnya adalah dengan menggunakan bahan-bahan
semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada permukaan dinding
gua.
3. Penghasilan catan moden di negara Eropah bermula sejak zaman
Renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi. Ia merupakan zaman kemunculan
penghasilan catan di Eropah. Ia menunjukkan negara-negara Eropah sudah
pun mempelopori seni catan sejak sekian lama.
4. Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke-19. Ia
dimulakan oleh pelukis-pelukis Malaysia yang telah mendapat pendidikan di
Institut Pengajian Seni di negara-negara Barat.
PENGGUNAAN MEDIA CATAN
TEKNIK-TEKNIK CATAN

Teknik catan cat air


                                            Teknik basah atas basah

Campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas yang basah dan
sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan.
     
         

                                              Teknik basah atas kering

Warna yang basah disapu atas permukaan yang sudah kering dan untuk
menampakkan jalinan imej lut sinar pada sesuatu permukaan atau imej.

      
                                               Teknik kering atas kering

1. Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas
permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.
2. Campuran warna yang agak pekat atau likat.
3. Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek.
4. Kesan legap.

Teknik catan cat minyak

                                                     Teknik impasto

Menggunakan warna yang tebal dan menimbulkan kesan jalinan pada


permukaan.
           

                                                      
                                          Teknik sapuan tepat/hard edge

Menpunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang
kemas dan tepat.Catan kelihatan seolah-olah dipotong dan biasanya pengkarya
menggunakan masking tape untuk memisahkan warna-warna yang disapu.

              

                                               Teknik titik/ pointilisme

Sapuan warna terhasil mempunyai gabungan warna dari titik-titik kecil.Titik-


titik warna yang berdekatan seolah-olah bercampur melalui mata audien.
        

                                                      
                                               Teknik kilatan/ glazing

Sapuan warna yang nipis dan dihasilkan lapisan demi lapisan dan mempunyai
kesan lut sinar.

         

                                             Teknik melembut/ scumbling

Menggunakan warna yang sederhana tebal dan mempunyai kesan sapuan warna
yang memberi permukaan jalinan yang lembut.
            

                                                   Teknik Alla Prima

Menggunakan warna terus daripada tiup tanpa mencampur dengan warna


lain.Warna yang kurang natural,sapuan warna biasanya rata dan menggunakan
warna yang agak terang.

Anda mungkin juga menyukai