Anda di halaman 1dari 57

1.

1 TEORI
INTERAKSI 1 PENGENALAN KEPADA EMPAT BIDANG
KEGIATAN

Sipnosis

Tajuk ini memberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran 4 bidang


kegiatan PSV KBSR iaitu: menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Penekanan
diberi terhadap alat dan bahan, tema, teknik dan proses penghasilan serta
aktiviti-aktiviti dalam 4 bidang kegiatan. Pelajar juga didedahkan dengan
penerokaan tajuk serta isi kandungan setiap isi kandungan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:


1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu
Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan
serta Mengenal Kraf Tradisional.
2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta
mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.
3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan
pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran
setiap bidang kegiatan.
4. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) melalui perisian-
perisian dalam proses penghasilan karya.
5. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan
6. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah.

1
• Kerangka tajuk-tajuk modul ini

Konsep dan Mengenal alat dan


pengertian empat bahan
bidang kegiatan

Tema atau Teknik-teknik


kandungan Pengenalan kepada 4 bidang dalam
kegiatan PSV penghasilan
karya

Proses penghasilan Aktiviti-aktiviti dalam


karya empat bidang
kegiatan

• Kandungan Isi

1.1 Konsep dan pengertian empat bidang kegiatan

Apakah yang anda tahu tentang bidang menggambar?

Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran


empat bidang kegiatan PSV KSSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan
Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.

Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR

2
Asas Menggambar

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk
membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai
alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar,
anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk
ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai
media, proses dan teknik menggambar.

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan
di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui
aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan
pemberitahuan. Imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan
dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang
menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.

3
Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah di
bawah.

CAPAN LUKISAN KOLAJ CETAKAN

CATAN GURISAN
TEKNIK MENGGAMBAR

MONTAJ RESIS

MOZEK STENSILAN GOSOKAN PERCIKAN

Teknik Catan
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat
improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan.

4
Teknik Kolaj
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari
gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan
bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau
papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau
jalinan dapat memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

Teknik Cetakan
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya
cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin.
Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh
digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna
atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain
adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Polyfoam adalah bahan yang
mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan
yang berlainan.

5
Teknik Resis
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna
air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Dengan teknik ini,
anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk
melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.
Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di peringkat
sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.

6
Teknik Gosokan
Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas
sesuatu permukaan yang kasar, misalnya ke atas objek dengan jalinan yang
berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda
boleh memilih pelbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat
gambar yang menarik.

Teknik Stensilan
Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu
cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan
warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang
yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada
lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

7
Teknik Percikan
Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari
berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah
bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek
atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan
berlaku apabila warna kedua dipercikkan.

Teknik Gurisan
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu
alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu
permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-
lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau
tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon
tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu
akan memberi pelbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

8
Teknik Mozek
Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah
bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas
sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan
dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi
kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal
itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

9
Asas Membuat Corak dan Rekaan

Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah kerana
kebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati dengan
teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan ulangan pada
cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak. Anda boleh
menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan
perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun
berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam
sekeliling kita seperti:
• alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
• bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting;
• geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
• abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
• rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

Corak terbahagi kepada 2 jenis iaitu corak terancang dan corak tidak terancang.

Corak terancang

Corak yang dibuat secara terancang mengikut susunan atau grid, seperti susunan
batu-bata, turun separa, orgee, cerminan, sisik ikan, selang seli atau perulangan rupa
yang tekal.

10
Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah seperti dalam rajah di
bawah.

Tarikan
Lipatanlup

Jenis
susunan
corak

Corak tidak terancang

Corak yang dihasilkan secara spontan dengan menggunakan teknik-teknik berikut.

TIUPAN TITISAN
TARIKAN PUALAMAN
CORAK TIDAK TERANCANG

LIPATAN RENJISAN
IKAT & CELUP

Teknik menghasilkan corak tidak terancang

11
Asas Membentuk dan Membuat Binaan

Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain
dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini
merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum
memasuki alam persekolahan.

Dalam bidang ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang
aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti
menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng
dan origami. Di sini anda akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema
ditentukan dan juga tentang persembahan hasil kerja.

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni
dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan
membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik
penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan
alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

12
Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9
aktiviti seperti berikut:

(a) Arca timbul (f) Model


(b) Arca asemblaj (g) Diorama
(c) Arca mobail (h) Boneka
(d) Arca stabail (i) Topeng
(e) Origami

Mengenal Kraf Tradisional

Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan


seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan
kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.
Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:

(a) Alat Domestik (e) Seni Tekat


(b) Alat Permainan (f) Tembikar
(c) Alat Pertahanan Diri (g) Seni Anyaman
(d) Batik (h) Seni Ukiran Kayu

13
Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi
kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional
pada ketika itu.

Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan
untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga
kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang,
Selangor dan Johor. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau
Barat dan Wau Bayan.

Keris
Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan.
Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini
masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada, Lawi
Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit.
Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Jenis-jenis keris
yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra,
Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan
Keris Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu
seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi
diraja.

Batik
Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan
tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai
dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Batik tulis, batik lukis dan
batik canting merupakan kaedah membuat batik yang kini diminati ramai. Pada
peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan
dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf,
kain selendang dan baju kurung. Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam
bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik
dapat dipadankan mengikut peredaran zaman.

14
Seni Tekat
Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi
suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau
disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar
kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Asal-usul dan perkembangan
seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga
raja-raja atau istana. Seni tekat diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman
kesultanan Melayu Melaka. Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan
Baba Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri
seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang
banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.

Tembikar
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan
penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir
semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah
negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah
berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh
budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai
persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu
rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi
Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang
membanggakan.

Anyaman
Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah
buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan
menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara
satu sama lain.

15
Kelarai
Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses
tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut
anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai.
Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai
adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.

Kelarai ini di antaranya ialah:

(a) Kelarai berakar (f) Kelarai anak ikan


(b) Kelarai beras patah (g) Kelarai kepala lalat
(c) Kelarai bunga cengkeh (h) Kelarai mata punai
(d) Kelarai tampuk manggis (i) Kelarai sisik kelah
(e) Kelarai bunga mempelas (j) Kelarai tapak harimau

Ukiran Kayu
Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan
untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada
zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu
dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat
di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana,
masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk
kegunaan harian. Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran
sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.

Latihan

1. Senaraikan 2 bidang kegiatan yang sesuai dijadikan projek berkumpulan di


sekolah dan nyatakan kelebihan yang boleh diperolehi dari bidang kegiatan
tersebut kepada murid anda.

16
1.2 Mengenal alat dan bahan

Apakah yang anda faham tentang alat dan bahan?

Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual


di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti
perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai
keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan.
Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat
penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya
alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan.

Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan


pelbagai jenis kertas yang mempunyai pelbagai tekstur, pelbagai jenis warna dan
pelbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti
kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus
hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat tulis samada
yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah semuanya amat
berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Selain daripada itu gunting
pelbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti
menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan ke
atas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang
pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.

Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, pelbagai media boleh digunakan


dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan
media yang boleh digunakan sebagai aktiviti menggambar:
• Pelbagai jenis pensil
• Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
• Kapur berwarna
• Oil pastel

17
• Artline atau marker
• Pelbagai jenis pen
• Gouche, akrilik, cat minyak
• Stensil
• Kolaj
• Capan, cetakan
• Lilin
• Pelbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah
• Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan
• Sayur-sayuran, dan buah-buahan
• Penyedut minuman
• Gunting, pisau lipat, gam
• Pelbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna

Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya
ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas
warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar
terdiri daripada dua jenis iaitu media kering dan media basah. Contoh media kering
adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan ‘comte’. Media basah
terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik.

Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan


bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini
membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting
dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar


membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi
hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh
dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan
cerita.
Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat

18
binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek
itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan
mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping
memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat. Seterusnya
menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan-permukaan
yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada
kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-
bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti.

Latihan

1. Senaraikan alat dan bahan yang sesuai untuk merancang penghasilan sebuah
arca asemblaj.

2. Senaraikan media kering yang sesuai untuk menghasilkan catan dengan


menggunakan kertas lukisan.

19
1.3 Tema dan kandungan

Apakah yang anda faham tentang tema dan kandungan?

Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan

Tema

Walau apapun yang anda hasilkan dalam pengkaryaan, perkara-perkara berikut akan
menjadi tema atau hal subjek yang penting.

Alam semulajadi dan objek persekitaran

Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber
utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan
ilham untuk menghasilkan produk seni. Daripada objek persekitaran pula, anda boleh
lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan
senduk, pisau, meja dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek
dimana peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk form, kualiti objek, ciri-ciri
organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan,
ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

20
Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang
akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan
sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund
Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek
atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan
memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui
batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Freud lagi, perasaan dalaman inilah
yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

Aliran dan tema sejagat

21
Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan
kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang
pelbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa
bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam
berkarya menggunakan alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan
mewujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art' misalnya
adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima
rintangan.

Keperluan dan pengalaman kehidupan harian

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan
asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih
besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, keretapi malah
jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah
masyarakat dan negara. Idea datang daripada soal desakan untuk mengguna di
samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya
bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri.
Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi,
semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya. Di sekolah rendah
kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia
ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran.

22
Peristiwa sebenar atau realisme dan romantisme

Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia dan
seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang
berlaku, kesan kemiskinan atau sebagainya.

Latihan

1. Mengumpul contoh-contoh karya 4 bidang kegiatan mengikut Tahap 1 dan


tahap 2 serta senaraikan tajuk/tema/jenis aktivti, teknik serta alat dan bahan
yang digunakan dalam setiap bidang.

23
1.4 Teknik – teknik dalam penghasilan karya

Nyatakan teknik-teknik penghasilan karya yang pernah anda

praktikkan.

Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis berus atau alat
improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai
kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari
gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan
bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau
papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau
jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.
Pelbagai media dan bahan pula boleh digunakan untuk menghasilkan karya seni
cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan
dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan
cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard, papan lapis dan polyfoam.
Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan, papan lapis dan sebagainya.
Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. Cara
gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan.

Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori cetakan.
Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang
disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda
boleh menghasilkan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis
bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam
semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi pelbagai
kesan jalinan pada hasil capan.

24
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.
Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin atau warna air
bersama cow gum. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow
gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh
digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis
seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin,
warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua kawasan
dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di
atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh digunakan di
peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan
penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang
digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.

Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan


sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari
sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara
berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras
atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada
krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan
tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

25
Latihan

1. Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang
tersenarai di dalam rajah yang diberi:

Corak tidak terancang Alat dan Bahan


Pualaman

Tiupan

Ikatan dan
celupan

Renjisan dan
percikan

1.5 Proses Penghasilan Karya

Nyatakan satu proses penghasilan karya bagi bidang menggambar?

Proses penghasilan karya yang dilakukan oleh seseorang pengkarya adalah sesuatu
yang amat kompleks untuk dihuraikan dengan perkataan. Ia merupakan suatu proses
yang memerlukan masa tanpa had. Beberapa pertimbangan yang wajar dilakukan
dalam proses penghasilan karya ialah seperti berikut;

Pemerhatian secara aktif


Pemerhatian yang aktif amat perlu apabila seseorang itu ingin memulakan sesuatu
hasil kerja seni. Melalui pemerhatian seseorang individu itu dapat mengamati ciri-ciri
yang terdapat pada sesuatu objek yang ingin ditiru atau objek yang dijadikan rujukan
dalam karyanya. pemerhatian yang mendalam dan teliti akan memberi dimensi baru
terhadap sesuatu benda jika individu itu melihat sesuatu objek dari sisi yang lebih
kreatif serta dapat menjelmakan semula aspek estetika yang ingin dirakamkan secara

26
visual. Melihat intipati sesuatu objek secara mendalam juga dapat memberi maklumat
serta makna baru kepada seseorang, jika objek itu dapat dijelmakan semula sebagai
hasil kreatif yang memperlihatkan nilai estetikanya dari segi bentuk dan makna yang
ingin disampaikan. Pemerhatian secara aktif melibatkan pengetahuan sedia ada,
objek yang konkrit, minat, kecenderungan dan latar belakang murid.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan


Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan juga menjadi aspek yang
sangat penting dalam proses penghasilan karya. Ini adalah kerana melalui interaksi
secara langsung dengan deria seseorang itu dapat mendekatkan diri beliau dengan
sesuatu objek atau hal benda itu dengan lebih intim melalui deria rasa, lihat, sentuh,
bau, dan dengar. Melalui interaksi yang kritis seseorang individu akan cuba untuk
memahami dan mengenali sesuatu benda dengan lebih mendalam dan teliti.
Manakala interaksi secara kreatif pula melibatkan sudut pandangan atau sisi kepada
sifat sesuatu benda itu menjadi lebih mencabar dan menyerlahkan sisi atau sudut
pandangan yang berbeza dan menarik. Sudut pandangan yang dilihat secara kreatif
juga akan turut memberikan makna yang berbeza serta penekanan yang lebih
bermakna kepada seseorang. Interaksi yang kritis melibatkan aspek penerokaan dan
penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti
penghasilan.

Apresiasi seni visual secara mudah


Apresiasi secara mudah dalam proses penghasilan karya merujuk kepada penilaian
seseorang dalam membuat tanggapan atau meletakkan justifikasi sendiri dalam
aspek yang ingin diamati dan dinilai secara individu atau berkumpulan. Apresiasi yang
menekankan unsur-unsur asas dalam seni menjadi pertimbangan yang penting
sebagai asas apresiasi yang ingin dibuat terhadap sesuatu karya seni atau objek.
Penilaian tentang aspek yang ingin dipertimbangankan itu menjadi asas kepada
proses penghasilan agar perancangan yang dirangka melalui pengembangan idea
dapat direalisasikan dengan baik dan sempurna. Semasa menyediakan aktiviti
apresiasi secara mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut;
- Terminologi berkaitan unsur-unsur seni
- Terminologi berkaitan kandungan dan hal benda
- Penghargaan terhadap hasil kerja pengkarya

27
- Refleksi diri terhadap karya
- Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai berkaitan dengan kandungan.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan adalah bagaimana kita
membuat penyataan tentang kecintaan dan sayangi alam ciptaan Tuhan di sekeliling
kita. Penghargaan kita kepada semua aspek kehidupan turut mencakupi tentang nilai-
nilai murni yang ingin disarankan melalui penyataan estetik yang dibuat melalui karya
yang dihasilkan. Pernyataan estetik ini seringkali memberi pengalaman indah kepada
pemerhati, justeru menerapkan perasaan estetik terhadap sesuatu objek. Melalui
pengalaman estetik ini akan membuatkan seseorang individu itu menghargai apa
yang ingin disampaikan oleh sesuatu karya seni. Penghargaan terhadap keindahan
tentunya akan menyerlahkan sisi baik seseorang individu dalam mengharungi aspek
kehidupan yang lain, kerana jiwa seni itu seringkali dikaitkan dengan kehalusan,
sensitiviti dan kesedaran untuk membetulkan apa yang salah. Penghargaan yang
tinggi harus diberi kepada usaha pengkarya yang sangat murni dalam menghargai
keindahan dan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan kerana keindahan yang lebih
bermakna adalah terhadap kekuasaan yang maha Esa yang membuatkan manusia
sentiasa rasa takjub kepada keindahan alam yang tiada bandingan.

Latihan

1. Buat apresiasi mudah dengan membincangkan unsur-unsur seni yang


diaplikasikan dalam sebuah hasil karya seni yang dipilih.
1.6 Aktiviti-aktiviti Dalam Empat Bidang Kegiatan

Huraikan satu aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan

28
Aktiviti bidang mengambar

Pengetahuan asas bagi aktiviti menggambar mempunyai dua unsur yang menjadi
tunjang utama di dalam proses memahami konsep penghasilan seni visual. Dua unsur
utama itu ialah elemen unsur seni dan elemen seni reka atau prinsip seni.

Lukisan merupakan salah satu aktiviti dalam bidang menggambar iaitu satu
perbuatan meletakkan pewarna yang terlarut dalam sejenis bahan pelarut dan
dicampurkan dengan agen pengikat kepada permukaan seperti kertas, kanvas dan
sebagainya. Aktiviti membuat lukisan merupakan pengetahuan awal yang dibuat
untuk meluahkan perasaan yang berbentuk imej dengan menggunakan media kering
atau warna paling minimum. Ia merupakan karya seni atau kerja seni yang dihasilkan
di atas sesuatu permukaan rata yang mengabungkan garisan dan ton warna. Lukisan
yang dilukis adalah menggambarkan aktiviti dan perasaan pelukis.

Perspektif adalah satu elemen penting bagi menampilkan perbezaan dari segi saiz,
warna dan jalinan bagi sesuatu objek apabila ia berada jauh dari pandangan.
Perspektif ialah skala atau ukuran objek dari pelbagai sudut pandangan yang
mempunyai beberapa aspek penting seperti; garisan horizontal, titik lenyap, tetingkap
fokus dan nisbah keemasan.

Aktiviti melukis memberi ruang bagi kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan


perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa yang boleh membantu
mereka dalam pembelajaran.

Catan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan bahan berwarna atau cat
yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata dalam bentuk dua dimensi dengan
menggunakan media basah. Aktiviti ini membolehkan seseorang menyedari serta
merakam kesan cahaya pada bentuk, rupa, ruang, komposisi serta susunan yang
terdapat pada alam sekitar.

Terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam aktiviti catan. Antaranya
ialah:

29
- irama
- komposisi
- warna
- sapuan berus
- subjek

Resis pula ialah aktitviti menggambar dengan menggunakan kaedah penolakan


bahan seperti minyak dan air. Penolakan bahan berminyak dan air menghasilkan ciri-
ciri unik yang menarik di atas kertas. Contohnya kertas yang dilakarkan dengan pastel
minyak dan di sapukan dengan cat air akan menghasilkan teknik menggambar seperti
batik iaitu bahagian yang dilakarkan dengan pastel minyak akan menolak warna yang
berasaskan air tersebut. Kaedah resis juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti
seseorang seperti menggunakan lilin atau krayon.

Percikan pula adalah teknik menggambar dengan memercikkan warna menggunakan


berus gigi atau berus-berus lain yang sesuai. Aktiviti percikan ini akan menghasilkan
corak yang menarik secara spontan.

Cetakan dalam bidang menggambar ialah proses terapan blok atau plat ke atas
permukaan kertas, kain atau bahan-bahan lain. Cetakan merupakan hasilan imej yang
terdapat pada permukaan blok yang dipindahkan melalui terapan imej yang diukir itu.
Blok atau plat yang mempunyai rekabentuk yang menarik seperti objek berbentuk
geometri dan organik atau huruf akan menjadikan aktiviti cetakan sangat menarik dan
mudah untuk dilaksanakan.
Cetakan terbahagi kepada beberapa jenis seperti;

- Cetakan timbulan
- Cetakan stensil/sarigrafi
- Cetakan monoprint
- Cetakan benam
- Cetakan planografi/litografi

Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan cetakan
seperti kayu, strawbod, lino, stensil, profilem, ubi kentang, daun dan sebagainya.

30
Stensilan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas keras atau
tebal, kepingan plastik yang mempunyai corak dan bentuk. Aktiviti ini membolehkan
seseorang merakam kesan rupa, bentuk, ruang, komposisi, serta susunan secara
terancang atau tidak. Corak yang menarik juga bolh dihasilkan melalui aktiviti stensilan
ini.

Gurisan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan kanji yang dicampur


dengan warna air atau poster. Kanji akan bertindak seperti bahan pelekat yang berkilat
menjadikan warna lebih menyerlah. Campuran disapu pada permukaan kertas
dengan menggunakan tangan bagi meratakan warna tersebut, kemudian ia akan
diguris-guris dengan menggunakan objek tajam seperti garfu, sikat dan sebagainya
untuk mendapatkan corak secara tidak terancang. Aktiviti ini mudah dijalankan, tetapi
perlu dibuat secara berhati-hati agar tidak comot.

Capan merupakan aktiviti menggambar paling mudah bagi kanak-kanak dalam


kegiatan seni. pelbagai alat capan boleh digunakan seperti jari, tapak tangan, tapak
kaki dan sebagainya untuk menghasilkan corak yang kreatif. Aktiviti ini sangat
menyeronokkan dan dapat memberi pengalaman yang baru kepada murid sekolah di
mana mereka dapat merasai warna yang digunakan secara langsung.

Konsep bidang menggambar dalam aktiviti kolaj, montaj dan mozek merupakan aktiviti
menampal media lain seperti kertas warna, foto dan bahan-bahan lain di atas kertas
lukisan untuk menghasilkan satu gambaran yang kreatif manakala aktiviti gosokan
pula adalah menyalin semula atau pemindahan corak, jalinan, tekstur, rupa serta reka
bentuk permukaan asal kepada kertas lukisan untuk mendapatkan kesan-kesan yang
menarik.

Kolaj ialah aktiviti menggambar dengan menyusun pelbagai jenis bahan seperti
bijiran, kertas warna, daun dan sebagainya di atas prmukaan yang rata seperti kertas,
kanvas atau kadbod dengan menggunakan bahan perekat yang sesuai. Bahan yang
dijadikan kolaj itu boleh dijadikan pelbagai jenis imej atau corak yang menarik.

Montaj ialah satu proses atau aktiviti menghasilkan karya menggunakan kertas
warna, gambar, huruf, dan lain-lain yang ditampal pada sesuatu permukaan yang rata

31
dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan gambaran
secara grafik. Aktiviti ini merupakan asas kepada reka bentuk grafik. Teknik ini
membolehkan seseorang membentuk serta merakamkan gambaran dalam pelbagai
bentuk, rupa, ruang, komposisi serta susunan yang terdapat pada alam sekitar atau
objek.

Mozek ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas berwarna yang
dipotong kecil seperti jubin di mana ia ditampal ke atas sesuatu permukaan rata dalam
bentuk dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan gambaran secara
grafik.

Gosokan ialah proses menghasilkan karya seni dengan menggunakan teknik


gosokan media kering di atas kertas lukisan yang diterap di atas permukaan yang
mempunyai jalinan timbul yang kasar dan ketara. Permukaan atau jalinan bahan-
bahan seperti kulit pokok, duit syiling, cermin tingkap yang kasar akan terbentuk pada
kertas lukisan apabila warna yang digosok berlapikkan kertas tersebut dilakukan.
Bahan tekstur yang diperolehi dari jalinan permukaan yang disalin secara gosokan itu
boleh dijadikan bahan seni yang menarik apabila menghasilkan karya menggambar
secara kolaj.

Aktiviti membuat corak dan rekaan pula melibatkan banyak aktiviti yang menarik.
Membuat corak dan rekaan secara tidak terancang melibatkan aktiviti seperti
pualaman.

Pualaman atau putaran warna secara spontan, iaitu dengan menekap kertas lukisan
pada permukaan warna yang terapung di permukaan minyak. Campuran warna yang
dititis pada permukaan minyak akan terapung dan diputarkan secara rawak dengan
menggunakan lidi untuk menghasilkan corak tidak terancang.

Tiupan ialah hasil karya seni yang ringkas iaitu dengan meniup warna air yang dititis
di atas permukaan kertas. Warna air yang ditiup itu akan terpecah dan tersebar secara
rawak di atas permukaan kertas dan menghasilkan reka corak tidak terancang yang
menarik jika pilihan warna yang sesuai dibuat. Teknik tiupan ini boleh dilakukan
dengan menggunakan mulut dan straw sahaja.

32
Titisan ialah aktiviti ringkas untuk menghasilkan corak tidak terancang. Warna air
akan dititiskan pada permukaan kertas yang basah untuk menghasilkan gubahan
corak tidak terancang yang menarik dan unik.

Ikatan dan celupan adalah kaedah membuat corak tidak terancang yang
menggunakan kain kapas yang nipis atau kertas tisu yang diikat dengan cara tertentu
untuk mendapatkan corak yang diingini. Kertas atau kain yang diikat itu akan direndam
didalam pewarna seperti warna batik yang akan meninggalkan kesan warna yang
menarik setelah ikatan tersebut dibuka.

Renjisan dan percikan juga dapat mewujudkan corak tidak terancang yang menarik
melalui kaedah merenjis atau memercikkan warna secara spontan di atas permukaan
kertas yang kering. Daun-daun dengan rupa yang menarik boleh diletakkan di atas
permukaan kertas bagi membentuk imej daun yang berlatar belakangkan warna-
warna renjisan yang menarik.

Aktiviti membentuk dan membuat binaan ialah salah satu bidang seni visual yang
boleh dilakukan seperti membuat arca tiga dimensi dengan menggunakan bahan
seperti plaster of paris, plastersin, lilin, kayu, dawai, tanah liat, doh, span, sabun dan
sebagainya.

Arca asemblaj adalah gabungan bahan-bahan terbuang yang diolah menjadi karya
seni yang menarik. Pembentukan dan pembinaan arca asemblaj terbentuk daripada
hasil cantuman bahan-bahan tiga dimensi yang semulajadi atau buatan manusia yang
disatukan menjadi objek seni yang tersendiri. Pelbagai bahan terbuang boleh diolah
semula menjadi karya-karya hebat jika dirancang secara kreatif dan inovatif.

Mobail ialah arca yang boleh bergerak secara kinetik. Mobail direka untuk
menghasilkan pergerakan yang berirama dan berubah-ubah. Mobail mementingkan
keseimbangan, bentuk, warna, reka bentuk dan ruang.

Kraf tradisional alat domestik merupakan barangan berfungsi tetapi boleh dijadikan
barang perhiasan yang menarik seperti barangan tembikar, tekat, ukiran, keris, wau

33
dan sebagainya. Terdapat juga alat perhiasan diri seperti rancai, cincin, pending,
keronsang yang boleh direka semula menggunakan bahan-bahan seperti kadbod,
manik dan sebagai aktiviti karya seni yang menarik. Antara aktiviti kraf yang sering
dijalankan disekolah adalah anyaman dengan menggunakan kertas warna atau riben.
Barangan tembikar juga boleh dihasilkan dengan menggunakan papier mache atau
tanah liat. Manakala wau atau kuda kepang boleh dihasilkan dengan menggunakan
kertas kadbod yang dipotong dan dilukis corak yang sesuai di atasnya bagi
menyerupai kraf sebenar.

Latihan

1. Senaraikan lima aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan
yang paling sesuai mengikut murid tahap 1.

2. Nyatakan lima teknik penghasilan berasaskan bahan terbuang yang sesuai


dijalankan di dalam bilik darjah.

34
INTERAKSI 1 1.2 AMALI
MENEROKA ALAT DAN BAHAN

1.1 Sinopsis
Tajuk ini berkaitan penerokaan dan membuat eksperimentasi terhadap
pelbagai jenis alat dan bahan serta penerokaan dan membuat eksperimentasi
ke atas perisian-perisian komputer yang dapat memberi nilai tambah dalam
penghasilan karya seni.

1.2 Hasil Pembelajaran


Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan

iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan

Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional

2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik

serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang

kegiatan

3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk

meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran

dan pembelajaran setiap bidang kegiatan

4. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui

perisian-perisian dalam proses penghasilan karya

5. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang

kegiatan

6. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah

35
1.3 Kerangka

Amali – Meneroka Alat dan Bahan

• Meneroka / Membuat • Meneroka / membuat


eksperimentasi pelbagai eksperimentasi perisian-
jenis alat dan bahan. perisian.

1.4 Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan.

Nyatakan bentuk penerokaan terhadap alat dan bahan yang pernah


anda lakukan dalam menghasilkan karya seni.

Pelbagai alat dan bahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR boleh dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan
bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima.
Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
seseorang guru perlu cekap memilih alat dan bahan yang bersesuaian dengan
suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan tentang
pelbagai kegunaan alat dan bahan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan.
Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Tajuk ini disediakan untuk membina
pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan
bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda
seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Anda boleh
menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti
pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam,

36
gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada
dua jenis – media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti
pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan comte. Media basah terdiri daripada
cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik atau kekuda dan alat ‘masking’.
Permukaan untuk catan adalah seperti kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain
lagi. Alat-alatan dan perkakas lain adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus,
‘easel’ atau kekuda dan alat ‘masking’. Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah
catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan
mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai
jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat
di atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan
memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Teknik kolaj
ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-
bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam
semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara
bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat
memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan untuk membuat cetakan. Untuk
jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan
dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan
lino, strawboard , papan lapis dan polyfoam. Gambar boleh diukir di permukaan lino,
papan, papan lapis atau sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di atas
permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir
itu akan memberi kesan yang berlainan. Secara amnya, teknik capan juga boleh
digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan
karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster)
dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda boleh menghasilkan pelbagai rupa bentuk
dengan menggunakan pelbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan
buangan, capan bahan organik dan sebagainya.

Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.
Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin atau warna air
bersama cow gum. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow

37
gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh
digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis
seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin,
warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua kawasan
dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di
atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh digunakan di
peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan
penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang
digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.

Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu
alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu
permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-
lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau
tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon
tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu
akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. Alat dan
bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan seperti kertas warna,
plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik
dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang
diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan.
Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada
gambar yang dihasilkan.

Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat dominan
dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus dan dakwat
adalah alat atau bahan yang popular dalam kalangan pelukis. Anda boleh mengikuti
panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan
dan teknik dalam penghasilan karya.

1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah
asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan
proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya.

38
2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-
tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar.
3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang
berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.

Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda
akan pernah lihat. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun
berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam
sekeliling kita seperti:

1. Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;


2. Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting;
3. Geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
4. Abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
5. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

39
Teknik menghasilkan corak pula terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Corak tidak terancang Corak terancang

Pualaman Lukisan

Renjisan Catan

Lipatan warna dengan Cetakan


kertas
Tiupan Capan

Titisan Lipatan dan guntingan

Ikatan dan celupan Resis

Renjisan dan percikan Kolaj

Cara membentuk dan membuat binaan

40
http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads

41
http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads

Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat
binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek
itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan
mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping
memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat. Seterusnya
menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan-permukaan
yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada
kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-
bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti.

Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya? Anda
boleh:

42
1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan;
2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan
objek;
3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan;
4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk;
5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai
ilusi pergerakan;
6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan;
7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar;
8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan;
9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses
membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan;
10. menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling
sesuai dan menyatakan kesannya;
11. menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses
menghasilkan bentuk reka

Penentuan Alat dan Bahan


Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa
pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat
binaan, antaranya:
1. bahan terbuang yang diguna pakai semula;
2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa,
pinang, kulit siput dan sebagainya;
3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu,
gam dan sebagainya; dan
4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus yang patah,
papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

43
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar anda
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran
bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna. Bagaimanakah cara ini dapat
dilakukan? Anda boleh:

(a) Rujukan kepada Objek Sebenar


1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek;
2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia;
3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria
pendengaran;
4. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan
harian, permainan dan peragaan; dan memahami bahawa sesuatu objek itu
memenuhi ruang sebenar.

(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik


Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria
penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan:
1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan
bahan.
2. Membuat thumbnail print sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan
membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek.
3. Sesuatu perkembangan progress kerja dikawal selia mengikut keperluan
bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.
4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin
dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan
topeng ini dengan teliti dan teratur.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam
konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawas dari cara
memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat disamping
kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir seringkali
diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.

44
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-
manik seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih
keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang
anggun.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri


kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan tajuk binaan.
Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa letrik seperti pengisar kertas untuk
membuat papier mache, mesin untuk menggaul papier mache, mesin perata dan
mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik
dan bermakna. Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu
dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabail statik dan perlukan tapak yang
mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami
perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya,
apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan
cantik dan menarik.

Proses Penghasilan Tembikar


Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.
1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak debu
tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat
di dalam tanah.
2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga
hari.
3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.
4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk
proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.
5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.

45
6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah
dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar.
7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan
gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.
8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian badan
dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan
separuh siap leather hard.
9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.
10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai.
12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.
13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, pelbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan yang
digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan
diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula
boleh dibahagi kepada beberapa sub kategori seperti berikut:
a. Alat dan bahan untuk penghasilan
Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat.
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij.
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar.

b. Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:


i. Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan
pengalaman sedia ada murid. Contohnya: Bola,baju,kasut,kotak ubat
gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumput,batu,bata,beg,jam,cawan,botol,gula-
gula,kacang,tiket,kotak.
ii. Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara
langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya:
Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad

46
ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan
gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana.

Latihan

1. Sila anda senaraikan alat dan bahan yang untuk sesuai untuk aktiviti
kepada bidang-bidang di bawah:

Bidang Aktiviti Alat dan bahan


1. Menggambar Catan Minyak

2. Membuat corak Capan


dan rekaan
3. Membentuk Patung Puppet
dan membuat binaan
4. Kraf Tradisional Anyaman

1.5 Meneroka/Membuat Eksperimentasi Perisian-Perisian

Perisian grafik yang manakah yang sering digunakan masakini?

Pada masa lalu seorang pelukis menggunakan berus, cat dan kanvas untuk
mencurahkan idea-idea kreatif mereka. Begitu juga para perekabentuk grafik
menggunakan alat-alat konvensional seperti pen teknikal, jangka sudut, pembaris,

47
warna dan sebagainya bagi menghasilkan rekaan yang kemas dan tepat. Kini dengan
perkembangan teknologi komputer, seorang pelukis atau perekabentuk boleh
menggunakan pelbagai perisian bagi menggantikan bahan dan peralatan manual
tersebut untuk melahirkan idea mereka dengan lebih bebas dan kreatif. Di samping
itu rekaan yang dihasilkan juga lebih mudah, pantas, tepat dan berkualiti. Kajian
rekaletak, kajian warna dan proses mengubahsuaian imej juga menjadi jauh lebih
mudah berbanding menggunakan cara manual. Kos untuk menyediakan bahan juga
adalah jauh lebih murah, kerana semuanya dalam bentuk digital dan sangat mudah
untuk membuat salinan serta mengubah saiznya.

Secara umumnya grafik atau lukisan digital adalah merujuk kepada sebarang rekaan
dan karya seni yang dihasilkan menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Ia
disampaikan kepada penonton menggunakan skrin computer atau melalui cetakan
berkomputer. Ianya boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk, daripada yang
ringkas seperti garisan, rupa, corak, gambar realistik sehingga berbentuk fantasi, tiga
dimensi dan animasi.

Perisian Grafik dan Lukisan Digital


Grafik dan lukisan digital boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian-perisian
tertentu yang dijual dipasaran atau dilanggan melalui internet. Ada juga sebahagian
perisian tersebut kita boleh perolehi sacara percuma dengan memuat turun daripada
internet. Sebagai seorang guru mungkin kita tidak perlu membeli perisian yang
canggih untuk mengajar lukisan digital kerana kosnya sangat mahal. Pembelian
perisian grafik yang tulin mungkin berbaloi bagi syarikat-syarikat yang menyediakan
perkhidmatan rekabentuk kerana akan mendapat pulangan yang lumayan. Seorang
guru biasanya menghasilkan karya digital bukan untuk tujuan perniagaan tetapi untuk
menyediakan bahan-bahan pengajaran. Sekarang ini sudah ada banyak perisian-
perisian yang dibangunkan dan diberikan secara percuma (open source) untuk tujuan
rekabentuk atau melukis. Di sekolah kita boleh menggunakan prisian grafik seperti
Microsoft Paint atau Paint Brush yang telah tersedia di dalam Microsoft Windows.
Perisian grafik dan lukisan digital boleh dibahagikan kepada beberapa kategori
mengikut kegunaannya. Berikut adalah antara perisian-prisian yang popular dan
selalu digunakan di dalam bidang rekabentuk grafik dan lukisan digital;

48
a. Perisian penyuntingan foto dan membentuk imej
Perisian penyuntingan foto sering digunakan di dalam menghasilkan rekaan seperti
poster, banner rekabentuk kulit buku, grafik untuk laman web, aplikasi multimedia,
latar belakang bahan persembahan dan sebagainya. Di samping itu perisian seperti
ini berguna untuk menyunting imej-imej yang diambil menggunakan kamera digital,
pengimbas, atau diperolehi melalui internet. Imej-imej tersebut boleh diubahsuai dari
segi warna, saiz dan kesan khas. Melalui perisian penyuntingan foto juga
perekabentuk boleh mengabungkan pelbagai imej, teks dan kesan khas agar hasilnya
kelihatan lebih artistik.

Imej peta (bitmap) biasanya dihasilkan dengan menggunakan perisian penyuntingan


imej. Imej seperti ini mudah dihasilkan, menarik, lebih realistik dan tidak memerlukan
kemahiran yang tinggi. Imej bitmap boleh diterima oleh kebanyakan perisian
pembangunan aplikasi multimedia. Walau bagaimanapun imej jenis bitmap yang
dihasilkan, sekiranya diperbesarkan akan kelihatan begerigi. Menukar saiz atau imej
gambar akan menyebabkan kejatuhan kualitinya. Agak sukar untuk menghasilkan
imej-imej yang abstrak seperti untuk menerangkan konsep-konsep dalam sains atau
sesuatu rekaan yang baru dengan menggunakan perisian penyuntingan imej.
Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk
mengedit foto:
o Adobe Photoshop
o Corel Painter
o Print Shop Pro
o Photo Impact

49
Pada masa ini Adobe Photoshop adalah antara perisian penyunting imej yang sangat
bertenaga dan banyak digunakan oleh perekabentuk seluruh dunia. Photoshop adalah
nama standard dalam rekabentuk grafik yang digunakan untuk menghasilkan imej-
imej yang menarik dalam pembinaan laman web, percetakan, pengiklanan dan banyak
lagi. Diakui di seluruh dunia sebagai standard industry. Pelajari tips dan trik,
bagaimana menggunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh Adobe
Photoshop dengan lebih berkesan melalui laman-laman web
berikut;
http://www.photoshopsupport.com/tutorials.html
http://www.photoshopstar.com/
http://www.adobephotoshoptutorials.com/

Antaramuka perisian grafik Adobe Photoshop

Selain dari itu, terdapat juga perisian penyuntingan imej berasaskan sumber terbuka
open source yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah The
Gimp yang boleh dimuat turun melalui alamat; http://www.gimp.org GIMP adalah
singkatan dari GNU Image Manipulation Program (Program Manipulasi Gambar
GNU). Ini adalah perisian yang fungsinya hampir menyerupai Adobe Photoshop dan
diedarkan secara percuma untuk tugas-tugas seperti mengedit gambar. GIMP juga
memiliki banyak kemampuan. Sebagai contoh ia dapat digunakan untuk aktiviti catan
yang mudah, menggabungkan pelbagai imej dan teks, menambahkan kesan-kesan
artistik, mengubah format gambar dan banyak lagi. GIMP ditulis dan dikembangkan
di bawah X11 pada platform UNIX. Tapi pada dasarnya kod yang sama juga berjalan
pada MS Windows dan Mac OSX. Pelajari pengetahuan asas, tips dan trik,

50
bagaimana menggunakan kemudahan- kemudahan yang diberikan oleh perisian
GIMP dengan lebih berkesan melalui laman-laman web berikut;
http://www.gimp.org/tutorials/
http://gimp-tutorials.net/
http://www.gimp-tutorials.com/

Laman web GIMP - http://www.gimp.org

Antaramuka Perisian GIMP

b. Perisian untuk melukis ilustrasi dan imej


Perisian grafik dari kategori ilustrasi atau lukisan imej vector (vector) amat popular
dalam menghasilkan Clip Art (untuk tujuan komersil). Ia juga banyak digunakan
dalam bidang teknikal, kejuruteraan atau rekabentuk. Di bidang pendidikan imej
vektor banyak digunakan dalam menghasilkan ilustrasi bagi tujuan menerangkan

51
konsep-konsep yang abstrak secara visual. Disamping itu imej vector juga sering
digunakan dalam dunia seni rekabentuk grafik dan multimedia.

Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk melukis
ilustrasi dan imej:
Adobe Illustrator
Macromedia Freehand
Corel Draw
Corel Designer

Adobe Illustrator adalah satu perisian yang telah menjadi aplikasi standard dan
sangat degemari oleh kebanyakan perekabentuk untuk menghasilkan grafik ilustrasi.
Seniman, pelukis dan pereka grafik menggunakan Illustrator untuk membuat grafik
berasaskan vektor yang bertentangan dengan grafik berasaskan bitmap seperti di
dalam Adobe Photoshop. Imej bitmap dapat dengan mudah diperbesarkan tanpa
kehilangan kualitinya.

Menguasai Adobe Illustrator memang tidak mudah, ianya memerlukan masa dan
kesabaran. Berikut adalah antara laman-laman web yang boleh dilayari untuk
mempelajari dengan lebih lanjut lagi teknik dan trik di dalam Adobe Illustrator;
http://www.adobe.com/support/illustrator/
http://www.ndesign-studio.com/tutorials
http://www.adobeillustratortutorials.com/

52
Antaramuka Perisian Adobe Ilustrator

Selain dari itu, terdapat juga perisian melukis ilustrasi dan imej berasaskan sumber
terbuka open source yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah
INKSCAPE yang boleh dimuat turun melalui alamat; Inkscape adalah sebuah
perisian open source (sumber terbuka), berasaskan program SVG imej vektor.
Perisian ini adalah satu kumpulan dengan perisian yang sering digunakan untuk
melukis, seperti Adobe Illustrator, Freehand dan CorelDraw. Perisian ini sangat
berguna untuk menghasilkan rekaan grafik seperti; iIlustrasi, carta, gambarajah, imej
yang menggunakan garisan, lukisan teknik kartun, typografi, logo dan sebagainya.

Inkscape boleh dijalankan menggunakan system operasi Windows, Macintosh, dan


Linux. Inkscape sedang mengalami perkembangan yang sangat cepat dengan fitur
baru ditambah dan pematuhan terhadap standard SVG yang terus berkembang.
Untuk mempelajari Inkscape dengan lebih lanjut layari laman- laman web berikut;
http://www.inkscape.org/doc/basic/tutorial-basic.html
http://www.inkscapetutorials.net/
http://inkscape.teekoo.com/

53
IIlustrasi, carta, gambarajah, imej yang menggunakan garisan, lukisan teknik kartun,
typografi, logo dan sebagainya. Inkscape boleh dijalankan menggunakan system
operasi Windows, Macintosh, dan Linux. Inkscape sedang mengalami
perkembangan yang sangat cepat dengan fitur baru ditambah dan pematuhan
terhadap standard SVG yang terus berkembang. Untuk mempelajari Inkscape
dengan lebih lanjut layari lamanlaman web berikut;
http://www.inkscape.org/doc/basic/tutorial-basic.html
http://www.inkscapetutorials.net/
http://inkscape.teekoo.com/

Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian INKSCAPE

c. Perisian rekabentuk 3D dan animasi

Perisian grafik 3D membolehkan kita menghasilkan objek-objek dalam bentuk tiga


dimensi. Biasanya perisian 3D juga memberi kemudahan untuk menghasilkan
aminasi yang boleh digunakan dalam aplikasi multimedia atau penerbitan video.
Dengan menggunakan perisian jenis ini ia memudahkan pengguna menghasilkan
objek-objek seperti model dan karakter pelbagai bentuk. Sebagai contoh, perisian 3D
sangat berguna untuk menghasilkan rekabentuk seperti model bangunan, kenderaan,
barangan, lankskap, kartun dan sebagainya.

54
Antara perisian 3D yang sering digunakan untuk menghasilkan imej dan objek dalam
rupa bentuk tiga dimensi ialah seperti;
Ulead Cool 3D Studio
Xara 3D
Ray Dream 3D.
3D Studio Max

Ulead Cool 3D adalah antara perisian grafik 3D dan animasi yang sering digunakan
kerana agak mudah dipelajari. Ulead Cool 3D adalah antara perisian 3D animasi
generasi baru khususnya untuk pengeluaran video berkualiti tinggi. Ia
menggabungkan antara muka yang berkesan dan berkemampuan menghasilkan
animasi profesional untuk video, gambar diam, GIF animasi urutan gambar, dan
Macromedia Flash filem 3D.

Perisian ini telah dilengkapi dengan perpustakaan (library) objek pra-dibuat, gaya,
sifat dan kesan, yang boleh digunakan untuk memulakan atau diubah sesuai
mengikut keperluan pengguna. Pengguna juga boleh mengimport setiap objek 3D
yang ada dan diubahsuai mengikut keperluan. Antaramuka perisian ini menawarkan
mod edit kronologi, yang membolehkan pengguna melihat filem yang dihasilkan serta
pemain animasi untuk pratonton. Pengguna boleh membuat model teks 3D, lengkap
dengan latar belakang video, kesan khas dan banyak lagi. Untuk mempelajari perisian
Ulead Cool 3D dengan lebih lanjut anda boleh melayari laman-laman web berikut;
http://www.ulead.com/learning/cool3d.htm
http://www.tutorialguide.net/video/ulead_cool_3d/
http://www.pixel2life.com/tutorials/ulead_cool_3d/

55
Antaramuka Ulead Cool 3D Studio

Selain dari itu, terdapat juga perisian 3D dan animasi berasaskan sumber terbuka
(open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah
Google SketchUp yang boleh dimuat turun melalui alamat;
http://sketchup.google.com/

Google SketchUp adalah perisian pemodelan 3D-alat gambar yang sangat bertenaga
dan intuitif. Perisian ini agak mudah digunakan dan pengguna boleh menghasilkan
model-model 3D dengan cepat dan tepat. Dengan perisian ini pengguna boleh
membuat lakaran bangunan, binaan, model, lanskap dan sebagainya dengan
perspektif serta ukuran yang tepat. Pengguna juga boleh menggunakan contoh-
contoh model, tekstur, pokok, dan sebagainya yang telah disediakan oleh Google
untuk dikongsi bersama.

Setelah gambar 3D dapat diselesaikan, pengguna boleh mengeksport ke Google Earth, ke 3D Warehouse,
menyimpan fail atau membuat cetakan melalui pencetak.

Berikut adalah laman-laman web yang boleh layari untuk mengetahui dengan lebih lanjut penggunaan perisian
Google SketchUp;

56
▪ http://www.googlesketchuptutorials.com/
▪ http://www.creative-3d.net/3dlinks/tutorials_Sketchup.cfm
▪ http://www.sketchup2india.com/tutorial/index.html

.
Contoh model 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Google SketchUP

Latihan

Aktiviti 1

Dengan menggunakan perisian penyuntingan imej dan foto, hasilkan satu poster
yang bertajuk ” Pendidikan Berkualiti dan Berinovasi” . Gabungkan pelbagai imej, teks
dan ilustrasi yang sesuai dengan tajuk tersebut.

57

Anda mungkin juga menyukai