Anda di halaman 1dari 28

ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

INTERAKSI 2 PEGENALAN KONSEP DAN PRINSIP MEMBUAT


CORAK DAN REKAAN TAHAP 1 DAN TAHAP 2

 Sinopsis

Kursus ini merangkumi konsep dan prinsip Menggambar, Membuat Corak


dan Rekaan Tahap 1 dan 2, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bidang Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan. Aktiviti amali yang
merangkumi proses menghasilkan karya mengikut jenis dalam bidang.

 Hasil Pembelajaran:

1. Menghasilkan karya mengikut bidang Menggambar, Membuat Corak


dan Rekaan dengan pertimbangan estetik melalui proses kreativiti
dan artistik

2. Mengenal pasti prinsip, konsep, pengetahuan serta kemahiran dalam


bidang Menggambar dan Membuat Corak dan Rekaan

3. Mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) dalam


proses penghasilan karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan

4. Melaksanakan sesi apresiasi seni visual karya Menggambar, Membuat


Corak dan Rekaan

5. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang


Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan

1
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

2.3 KERANGKA KONSEP TAJUK-TAJUK MODUL

Alat
dan
Bahan

Pengenalan Jenis Corak


Bidang, Jenis
Konsep dan Terancang
Aktiviti dan
Prinsip dan Tidak
Kandungan
Membuat Terancang
Corak

Rekaan

Kaedah
Kreatif Untuk
Menjana
Motif dan
Sususnan

2.4 KANDUNGAN ISI

2.4.1 Bidang
Bidang Membuat Corak dan Rekaan merupakan salah satu daripada
empat bidang utama yang terdapat dalam Kursus Pendidikan Seni
Visual KBSR. Membuat Corak dan Rekaan merupakan latihan berfikir,
penonjolan kreativiti dan sebagainya. Bidang ini juga merupakan
bahagian ilmu pengetahuan dan lapangan atau jurusan tertentu.

2.4.2 Jenis Aktiviti


2
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Antara aktiviti dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan ialah


Lukisan, Catan, Cetakan, Capan, Lipatan dan guntingan, Resis, Kolaj,
Kaligrafi, Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan dan celupan, Renjisan dan
percikan.

2.4.3 Kandungan
Mengandungi tema, tajuk dan aktiviti untuk dikendali dalam bidang
Membuat Corak dan Rekaan mengikut tahap atau tahun. Guru
merupakan anggota yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan
kurikulum dan berperanan penting. Guru PSV memainkan peranan
yang berkesan khususnya kemahiran mengajar dalam bidang
Membuat Corak dan Rekaan. Kemahiran dan penilaian terhadap
keberkesanan pengajaran seseorang guru PSV apabila mereka mahir
mengajar dalam bidang seperti:
 Menguasai pengetahuan dan teori pembelajaran dan psikologi
manusia dalam menjalankan aktiviti Membuat Corak dan Rekaan.
 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lengkap dalam bidang
aktiviti yang dijalankan mengikut aras dan tahap murid.
 Mengguna kaedah dan teknik mengajar yang membolehkan pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran secara sistematik dan
menyeronokkan.
 Menunjukan sikap jujur dan komitmen yang dapat menggalakan
pembelajaran serta mewujudkan interaksi dalam pelbagai hala aktiviti.

2.5 ALAT DAN BAHAN

Alat ditakrifkan sebagai barang yang diperlukan atau digunakan untuk


menghasilkan sesuatu dan merupakan suatu kelengkapan untuk memenuhi
keperluan mengajar untuk mencapai sesuatu maksud atau matlamat dalam
pengajaran.
Bahan ditakrifkan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan
untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan yang dijadikan rujukan

3
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

untuk tujuan pembelajaran. Bahan juga didifinisikan sebagai bahan perantaraan


yang digunakan untuk penghasilan karya seni dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.6 JENIS MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

2.6.1 Corak Tidak Terancang


Dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia dihasilkan
dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan
sebagainya.

Contoh Corak Tidak Terancang

2.6.2 Corak Terancang


Dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam
susunan tetentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai
pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam
penghasilan corak.

Contoh Corak Terancang

2.6.3 Corak Tradisional

4
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Corak mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama


tertentu yang berunsur tradisional seperti corak bunga buluh, corak
pucuk rebung, corak bunga kimbang dan sebagainya.

Contoh Corak Tradisional

2.7 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara
bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Tidak Terancang dan Corak Terancang.
Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak
Terancang.

2.8 MOTIF
Sama ada rupa atau bentuk asas tunggal dalam rekaan atau gubahan. Motif
boleh didapati daripada alam flora, fauna, geometrik atau organik.

2.8.1 Motif – Unit rupa bentuk asas dalam corak


 Rupa bentuk alam semula jadi ( flora, fauna, atau organik )
 Rupa bentuk objek buatan manusia
 Rupa bentuk geometri, huruf, angka dan simbol
 Rupa bentuk imaginasi manusia
 Rupa bentuk tradisional

5
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif buatan manusia Motif tradisi

Motif kaligrafi Motif alam

Motif geometrik Motif Flora

Motif haiwan Motif simbol


2.9 CORAK

6
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Corak ialah susunan motif sama secara teratur, terancang atau secara
bebas. Ianya didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat
memenuhi keperkuan domain kognitif, psikomotor dan efektif. Reka corak terancang
dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak tetapi memerlukan kemahiran,
kesedaran dan pengetahuan seni bagi menghasilkannya. Ianya melibatkan proses
latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Terdapat
dalam seni bina, hiasan dalaman, landskap, kraf dan sebagainya.
Bidang ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk
menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid
membuat rekaan corak tidak terancang , corak terancang dan juga corak tradisional
dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan,
peragaan dan lakonan.

2.10 KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Membuat corak merupakan aktiviti yang sangat menarik dan menyeronokkan


apabila seorang guru dapat melaksanakan aktiviti ini secara tersusun dan kreatif.
Aktiviti ini dapat memberi kesan keindahan sesuatu bahagian atau permukaan
sesuatu objek.
 Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek
 Corak sebagai elemen hiasan
 Corak sebagai nilai estetik

2.11 STRUKTUR CORAK


 Corak terancang mempunyai struktur formal ( Corak Terancang )
 Corak tidak terancang mempunyai struktur tidak formal (Corak Tidak
Terancang)

2.11.1 Corak struktur formal ( Corak Terancang )


 Mempunyai susunan dan ulangan yang tertentu
7
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Corak ulangan secara formal adalah berpandukan garisan grid


 Menimbulkan gambaran teratur dan berharmoni
 Mempunyai susunan
 Contoh teknik penghasilan:
o Lukisan
o Catan
o Cetakan
o Lipatan dan guntingan
o Resis
o Kolaj
o Kaligrafi

Penyusunan motif melibatkan aplikasi pelbagai kemahiran. Pelbagai


kaedah kteatif boleh digunakan. Contohnya ialah kaedah kreatif Alex
Osborn(1963). Penggunaan program komputer dan alat melukis bantuan
komputer dapat memudahkan penghasilan corak.

Corak Terancang biasanya dihasilkan mengikut struktur rekaan seperti


struktur grid, pancaran dan lingkaran. Motif-motif yang disusun mengikut
struktur ini akan menampakkan formaliti dan teratur mengikut jenis corak
yang dikehendaki.

Pancaran Grid

8
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Struktur Lingkaran

Antara struktur grid yang sesuai untuk sekolah rendan adalah seperti berikut;

Grid Batu-bata Grid Susunan Dam

Grid Susunan Turun Separa

 Grid Sekata adalah sesuai untuk Corak Sekata, Corak Tapak Dam,
Corak Cerminan dan Corak Berselang.
 Grid Turun Separa adalah sesuai untuk Corak Turun Separa.
 Grid Batu-Bata pula adalah sesuai untuk Corak Batu-Bata.
2.11.2 Corak struktur tidak formal ( Corak Tidak Terancang )
9
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Mempunyai susunan dan ulangan yang tidak tertentu


 Corak ulangan tidak berpandukan garisan grid
 Tidak mempunyai susunan
 Contoh teknik penghasilan:
o Resis
o Ikatan dan celup
o Pualaman
o Tiupan
o Titisan
o Cetakan tali
o Renjisan dan percikan

2.12 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN

 Susunan Ulang Sekata


Motif diulang berurutan dalam baris dan lajur yang sama untuk menghasilkan
corak yang menarik. Garisan grid digunakan sebagai panduan.

 Susunan Berselang Seli

10
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif disusun secara berselang-seli antara ruangan kosong. Garisan grid


membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

 Susunan Batu-bata
Motif disusun berurutan pada barisan atau lajur yang sama. Motif seterusnya
disusun antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

 Susunan Bertimbal/Cerminan
Motif diwujudkan secara cerminan. Motif kelihatan dalam posisi yang
bertentangan.

 Susunan Bertindih

11
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif yang sama disusun bertindih atau bertindan sehingga membentuk corak
yang menarik.

 Susunan Beralun
Motif kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata dan tidak sekata.
Motif terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.


 Susunan Berpusat
Motif berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif
dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat hexagon dan oktagon.

 Susunan Sendeng/ Serong

12
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif yang sama disusun secara serong atau sendeng sehingga


membentuk corak yang menarik.

 Susunan Sisik Ikan

 Susunan Orgee

13
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Sunanan Permata/Diamond

 Susunan Berulang

 Susunan Siku Kluang

14
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

2.13 KAEDAH KREATIF UNTUK MENJANA MOTIF DAN SUSUNAN

Definisi kreatif ialah cara bagaimana menyelesaikan masalah supaya aktiviti


mencorak dapat memperolehi hasil yang baru, baik dan bermutu. Kaedah tersebut
merangkumi pelbagai aspek termasuk daya kreativiti untuk menghasilkan rekaan
corak seperti :
 Olahan idea atau berfikir
 Penglibatan
 Persembahan
 Kreatif dalam penggunaan alat, bahan dan teknik
 Kreatif dalam mengaplikasikan nilai nilai murni.

2.14 TEKNIK, ALAT DAN BAHAN, PROSES DAN HASIL PRODUK

 Kerangka Corak Tidak Terancang


Bi Teknik Alat dan Bahan Proses
l
1 Pualaman Kertas, cat kilat,air dan Isikan cat minyak di
besen permukaan air dalam
besen dan tekapkan
kertas
2 Tiupan Straw, warna air dan Tiupkan warna air pada
kertas lukisan permukaan kertas
3 Titisan Lilin, warna dan kertas Titiskan cairan lilin di
atas kertas dan sapukan
warna air. Selepas
kering buangkan lilin.
4 Ikatan dan Kain, tisu, dan warna Ikatan tisu atau kain
celup batik dengan guli /batu kecil
dan celup dalam warna
5 Renjisan dan Berus, warna air dan Renjiskan campuran

15
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

percikan kertas warna ke atas kertas

 Kerangka Corak Terancang


Bi Teknik Alat dan Bahan Proses
l
1 Lukisan Warna air dan Kertas Lukis dengan teknik
warna air atau poster
mengikut kreativiti
2 Catan Cat minyak/akrilik/warna Lukis dengan teknik cat
air dan kanvas atau kertas minyak mengikut
kreativiti
3 Cetakan Papan lino dan dakwat Lakar mengikut kreativiti
lino dan ukir di papan lino.
Gelek dengan warna
dan dipindahkan imej
pada permukaan kertas
4 Capan Alam semulajadi (bawang, Warnakan permukaan
kentang, bendi ) objek dan cetakannya di
atas kertas mengikut
kreativiti
5 Kaligrafi Kertas, warna air / warna Lukiskan corak
poster, berus dan ink bermotifkan huruf dan
warnakan mengikut
kreativiti
6 Resis Lilin, air, warna dan kertas Lakarkan imej pada
lukisan kertas dengan lilin dan
warnakan
7 Kolaj Kertas warna, bijian dan Tampal bahan di atas
bahan buangan kertas dan
menjadikannya
gubahan imej mengikut
kreativiti
8 Lipatan dan Kertas warna dan kertas Lipat dan guntingkan
guntingan lukisan mengikut corak yang
dikehendaki.

16
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

2.14 PENGENALAN AKTIVITI MEMBUAT CORAK TERANCANG

 Cetakan
Cetakan ialah satu cara menghasilkan corak dengan menggunakan blok
cetakan. Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping
karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.
Lazimnya dalam membuat karya cetakan dalam mencorak bahan yang
digunakan ialah papan lino atau alam semulajadi yang ditebuk dan diukir
seperti kentang.

Contoh Cetakan

 Resis
Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang
berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak. Teknik
penghasilan yang menggunakan dua atau lebih bahan yang tidak boleh
bercampur antara satu sama lain. Contoh bahan yang sesuai ialah seperti lilin
dengan dye, krayon dengan cat air. Reka corak resis boleh menghasilkan
corak terancang dan corak tidak terancang. Reka corak resis memerlukan
kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung
dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Teknik mencanting dalam batik
adalah satu kaedah membuat corak resis. Chua Thean Teng merupakan artis
tempatan yang terkenal resis berbentuk batik. Beliau merupakan generasi
pertama dan pelapor catan batik di Malaysia.

17
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Contoh Resis

 Catan
Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan
perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan
gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual. Corak Mesir
purba adalah rekaan corak yang mempunyai corak tersendiri tentang
kepercayaan dan agama. Corak menggunakan teknik catan boleh terbentuk
secara terancang. Corak dalam catan terbentuk hasil daripada kemahiran
artis menggunakan media dan teknik seperti cat air, cat poster di atas kertas.
Jenis dan corak yang dihasilkan bergantung kepada teknik dan cara susunan
motif dilaksanakan.

Corak berasaskan catan


 Lukisan
Lukisan merupakan bentuk seni halus yang tertua sekali. Manusia melukis
sebelum menulis. Terdapat tiga asas teknik melukis iaitu teknik lorekan ton,
melakar garisan, titikan dan gosokan. Corak dalam lukisan berkait dengan
minda, emosi dan perwatakan. Melukis motif yang dipilih dengan

18
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

menggunakan media kering. Motif diulang-ulang untuk menghasilkan corak


berulang. Teknik lukisan memberi kesan terhadap lukisan yang dihasilkan.

Contoh corak dengan menggunakan teknik Lukisan

 Lipatan dan Guntingan


Lipatan dan guntingan ialah teknik menghasilkan rupa atau corak dengan
cara melipat dan menggunting. Hasil kerja aktiviti ini boleh dilaksanakan
dalam bentuk dua atau tiga dimensi. Rupa dan corak yang dihasilkan
bergantung kepada bilangan lipatan serta cara lipatan. Bahagian positif dan
negatif dari guntingan boleh digunakan sebagai motif rekaan corak. Secara
tidak langsung aktiviti ini berkaitan rapat dengan teknik untuk menghasilkan
binaan.

 Kolaj
Satu cara mencorak yang dihasilkan dengan menampal motif-motif ke
atas permukaan kertas atau plastik atau papan dengan cara
bersebelahan antara satu sama lain. Jenis corak yang dihasilkan adalah
bergantung kepada cara susunan motif yang dibuat.

19
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Capan
Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori
cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan
menggunakan bahan yang disapukan warna sama ada dengan
menggunakan cat air atau poster dan dicatkan ke atas sesuatu
permukaan. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana capan tidak
memerlukan blok cetakan tetapi hanya mengecap dengan menggunakan
bahan alam atau bahan semulajadi yang mempunyai jalinan yang tertentu.
Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan
bahan alam atau bahan semulajadi. Contohnya cap jari menghasilkan
kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari. Capan juga boleh
dihasilkan dengan menggunakan sayur-sayuran atau cengkerang.
Jalinan-jalinan yang ada pada bahan tersebut akan memberi kesan jalinan
yang berlainan pada hasil capan.

Bawang Bendi

 Kaligrafi

20
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Kaligrafi ialah tulisan cantik. Ia digunakan untuk menghias satu-satu ruang


tertentu. Untuk memenuhi ruang tertentu, tulisan yang digunakan boleh
terdiri daripada satu perkataan, satu kalimat, satu perengan atau puisi.
Kaligrafi boleh terdiri daripada pelbagai bahasa. Antara tulisan yang
terkenal adalah tulisan Jawi dan Cina.

2.15 PENGENALAN AKTIVITI MEMBUAT CORAK TIDAK TERANCANG

 Pualaman
Pualaman (marbling) adalah satu penghasilan corak tidak sengaja di mana
warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit. Ia
merupakan sejenis aktiviti yang tidak bersatu antara air dan minyak. Bahan
yang berasaskan minyak akan terapung di atas permukaan air dalam semua
arah mengikut aliran bahan tersebut. Corak pualaman boleh digunakan
sebagai penghias kulit buku. Pualaman boleh digunakan dalam kegiatan
seperti membuat poster, grafik, bingkai gambar dan kulit buku.

Contoh Pualaman
 Ikatan dan Celupan

21
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan
jahitan. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar,
sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil. Corak yang
dihasilkan adalah tidak sengaja. Teknik ikat dan celup dalam batik juga
dikenali sebagai batik pelangi. Terdapat beberapa cara mengikat kain. Tiap-
tiap satu jenis ikatan akan menghasilkan corak berlainan. Di antara jenis
ikatan akan menghasilkan corak berlainan. Garam digunakan sebagai bahan
penyerapan. Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan
organza. Haji Che Su bin Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di
Malaysia.

Contoh ikat dan celup

 Renjisan dan Percikan


Satu teknik mengasilkan corak secara tidak sengaja dengan cara percikan
warna. Boleh dilakukan ke atas permukaan kertas atau lembab. Kesan warna
yang direnjis atau dipercik menimbulkan corak yang tidak terancang dan
menarik. Bentuk renjisan atau percikan bergantung kepada daya kreativiti
artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan
afektif.

Contoh teknik renjisan dan percikan


 Tiupan

22
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tiupan merupakan satu proses menghasilkan corak tidak terancang


secara meniup warna air di atas permukaan kertas kering. Titisan warna
air diletak di atas kertas kering dan ditiup dengan penyedut minuman ke
semua arah secara bebas untuk menghasilkan corak tidak terancang.

 Titisan
Titisan merupakan satu proses menghasilkan corak tidak terancang
secara menitis warna di atas permukaan kertas lembab, kering dan
berkanji. Pelbagai bahan warna air dan bahan warna kering boleh
digunakan. Bahan warna air dicairkan dengan air manakala warna kering
atau bahan kering seperti lilin dan krayon boleh dipanaskan supaya
menjadi cair.

Lilin atas warna Warna atas kanji

2.16 REKAAN
Rekaan dalam bidang Membuat Corak merupakan aktiviti rekaan susulan selepas
penghasilan membuat corak. Hasil rekaan boleh dibuat dalam bentuk dua dimensi

23
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

atau tiga dimensi dengan mengambilkira kepentingan pengaplikasian Asas Seni


Reka. Memperkembangkan daya konsepsi visual secara kritis dan kreatif melalui
penerokaan dan eksperimentasi pelbagai media, bahan, dan teknik. Menyampaikan
maksud menerusi hasil Seni Visual dalam bidang tertentu seperti batik, anyaman,
ukiran dan menghasilkan karya Seni Visual yang kreatif serta bermutu. Di sekolah
rendah, aplikasi hasil corak dalam rekaan mudah seperti penanda buku dan kad
boleh dijadikan aktiviti pembelajaran.

 Anyaman
Anyaman adalah kraf tradisional bermotif yang bersumberkan bahan
tumbuhan. Anyaman kontemporari boleh dihasilkan daripada pelbagai
bahan alternatif dengan motif yang lebih bebas. Pilih, layur, jangka, lurut
dan rendam adalah proses penyediaan bahan dalam anyaman
berasaskan pandan / mengkuang. Terdapat dua bentuk anyaman iaitu 2D
dalam bentuk hamparan dan 3D.

Tikar Mengkuang Tudung Saji

 Mozek
Mozek adalah satu bentuk kreativiti artistik yang dapat menghasilkan
corak yang menarik. Reka corak mozek boleh diaplikasikan sebagai
hiasan dalaman dan lanskap.

24
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Lantai Dinding

 Ukiran
Reka corak ukiran boleh dihasilkan dihias dengan motif yang diilhamkan
terutamanya dari tumbuh-tumbuhan, awan larat dan bentuk-bentuk
geometri.

Pintu Jam dinding

 Batik
Batik salah satu daripada cabang seni yang menunjukkan kehalusan
budaya dan keseniaan orang Melayu. Corak-corak yang dilukis itu
bermotifkan bunga-bungaan, alam, dan binatang serta bentuk geometri..
Antara jenis batik yang dihasilkan ialah batik canting, batik blok atau terap
dan batik skrin atau sutera saring.

25
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Baju ‘T’ Sandal

RUMUSAN
Bidang Membuat Corak dan Rekaan membolehkan guru dan murid mengenali dan
mengkaji pelbagai corak yang terdapat dalam alam sekeliling dan kehidupan
seharian. Topik ini menegaskan aktiviti mengenai olahan motif dan susunan untuk
menghasilkan pelbagai jenis corak mengikut proses, jenis dan aktiviti. Bidang ini
memberi peluang kepada guru dan murid untuk menghasilkan pelbagai jenis corak
dengan menggunakan daya kreativiti dalam mengolah alat dan bahan serta
pengaplikasian perisian komputer yang sesuai. Aspek apresiasi juga diberi
penekanan sebagai satu proses untuk memahami dan menghayati hasil kerja murid.
Menerusi aktiviti dalam bidang ini, guru dan murid seharusnya dapat memahami,
mengenal pasti, mengkaji, meneroka dan mengaplikasi kepelbagaian corak dan
rekaan dalam alam, persekitaran, dan kehidupan seharian.

LATIHAN A:

1. Rekacorak merupakan aktiviti untuk meningkatkan daya kreativiti yang


dapat memenuhi keperluan domain kognitif psikomoto dan afektif.

(i) Apakah yang anda faham tentang mencorak?


_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________

26
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

(ii) Apakah yang anda faham tentang susunan motif dan mengapa motif
penting dalam menghasilkan corak?
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________

(iii) Senaraikan lima (5) teknik yang dapat menghasilkan Corak Tidak
Terancang
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________

LATIHAN B:

(i) Ciptakan motif baru untuk menghasilkan Corak Permata dan Corak Orgee
dengan menggunakan grid?

(ii) Dengan bantuan komputer hasilkan pelbagai variasi motif dan susunan
dengan mudahnya?

(iii) Bagaimanakah aktiviti Tiupan boleh membantu kanak-kanak menanam


sikap ingin mencuba?

LATIHAN C:

(i) Pilih satu rupa bentuk benda alam dan ubahsuaikan rupa bentuk itu
mengikut kesukaan anda supaya dapat suatu reka bentuk motif.

27
ASAS MENGGAMBAR, DAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Hasilkan dua corak dengan mengatur susun motif tersebut secara


berulang-ulang mengikut susuna selang-seli dan susunan batu-bata ?

(ii) Hasilkan dua corak tanpa motif dengan menggunakan dua teknik dalam
corak tidak terancang?

(iii) Hasilkan dua rekaan mudah dengan menggunakan teknik yang berlainan?

28

Anda mungkin juga menyukai