Anda di halaman 1dari 49

PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

PENGENALAN KONSEP DAN PRINSIP


INTERAKSI 1
BIDANG MENGGAMBAR

 Sinopsis
Kursus ini merangkumi konsep dan prinsip Menggambar, Membuat Corak
dan Rekaan Tahap 1 dan 2, merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bidang Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan. Aktiviti
amali yang merangkumi proses menghasilkan karya mengikut jenis dalam
bidang.

 Hasil Pembelajaran:

1. Menghasilkan karya mengikut bidang Menggambar, Membuat Corak


dan Rekaan dengan pertimbangan estetik melalui proses kreativiti
dan artistik

2. Mengenal pasti prinsip, konsep, pengetahuan serta kemahiran dalam


bidang Menggambar dan Membuat Corak dan Rekaan

3. Mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) dalam


proses penghasilan karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan

4. Melaksanakan sesi apresiasi seni visual karya Menggambar,


Membuat Corak dan Rekaan

5. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang


Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan

 Jenis kemahiran seni visual yang boleh diaplikasikan dalam bidang menggambar
adalah seperti:
- mencatan
- membuat kolaj
- membuat mozek
- menghasilkan stensilan
- membuat gosokan
- membuat resis

1
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

- membuat cetakan
- mencapan

 Membuat analisis yang terperinci tentang:


- alat dan media campuran
- hal benda : karya 3Dimensi
Contoh : kajian tentang alat & media seni

2
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Artist: Nam June Paik


Date: 1990
Medium: Mixed media, Media Arts, Multimedia
Size: overall installed 148 x 64 x 48 inches
Institution: Walker Art Center

3
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

- hal benda tentang karya kanak–kanak

Contoh

Contoh : kajian tentang hal benda yang


bertemakan kanak-kanak

Contoh

Contoh : kajian tentang hal benda yang


bertemakan Kanak-kanak

 Menganalisis contoh-contoh karya seni visual yang bertemakan kanak-kanak


dalam dan luar negara.
Contoh :

Dzulkifli Buyong
‘Membakar Semut’

4
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Mengkaji perancangan Pengajaran dan Pembelajaran dalam bidang menggambar


dengan memberi contoh-contoh yang lebih spesifik.
 Mempamer dan membuat apresiasi seni tentang karya bidang menggambar

1.2 Hasil Pembelajaran

1.2.1 Menghasilkan karya menggambar melalui proses kreativiti dan artistik.


1.2.2 Mengenal pasti prinsip, konsep, pengetahuan serta kemahiran dalam
bidang menggambar
1.2.3 Mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
proses penghasilan karya menggambar.
1.2.4 Melaksanakan sesi Apresiasi Seni Visual karya menggambar.

1.3 Kerangka Konsep Tajuk-Tajuk Modul

Jenis
Pengenalan Konsep
dan Prinsip
Menggambar
Bidang,
Jenis,
Kandungan Alat dan Bahan

Isi Kandungan

Hal Benda

Ekspresif

Makna
Naratif
Cerita

1.3 Kandungan Isi


BIDANG, JENIS AKTIVITI, KANDUNGAN

 Bidang
Dipanggil bidang Menggambar iaitu salah satu di
antara empat bidang kegiatan yang terkandung
dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual KBSR / KSSR. Bidang-bidang yang lain
ialah MembuatCorak dan Rekaan, Membentuk
dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf
Tradisional. 5
 Jenis Aktiviti
Mengandungi beberapa jenis aktiviti
menggambar antaranya ialah
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

ALAT DAN BAHAN


 Membezakan antara alat dengan bahan.
 Memperkenalkan pelbagai jenis alat dalam
bidang
kegiatan menggambar.
 Menunjuk cara bagaimana mengendalikan alat.
 Mendedahkan pelbagai jenis bahan dalam
bidang
kegiatan menggambar.
 Membuat penerokaan / eksperimental terhadap
penggunaan pelbagai bahan dalambidang
kegiatan
menggambar.

JENIS
 Merangkumi jenis-jenis menggambar seperti
Lukisan, Catan, Foto, Ilustrasi, Animasi,
gambar 3 Dimensi dan Ilusi Visual (optical
illussion).

ISI KANDUNGAN 6
 Hal Benda
Menerangkan maksud hal benda dalam konteks
‘focus point’ serta mendedahkan fungsi dan
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1.4 LATIHAN AKTIVITI MENGGAMBAR

Bagaimanakah guru PendidikanSeni Visual menjalankan


aktiviti Bidang Menggambar dengan kemahiran
membuat kolaj daripada bahan semulajadi ?

Cadangan Langkah Proses :


A) Penulisan laporan :
i. Definisi menggambar
ii. Konsep kolaj
iii. Ciri – ciri bahan semulajadi dalam aktiviti membuat kolaj
iv. Fungsi kolaj dalam bidang menggambar PSV sekolah rendah

B) Projek amali
i. Pemilihan tajuk kolaj
ii. Kajian dan pemilihan alat serta bahan semulajadi bagi aktiviti kolaj
iii. Pelaksanaan aktiviti membuat kolaj dalam atau luar bilik darjah
iv. Sesi refleksi dan apresiasi seni bagi produk akhir pelajar

7
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

v. Dokumentasi aktiviti membuat kolaj

1.5 Apakah yang dimaksudkan Bidang dalam PendidikanSeni Visual


KBSR dan KSSR ?
Terdapat empat bidang kegiatan yang terkandung dalam
sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR iaitu
Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk
dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional.
( Sila rujuk Sukatan Pelajaran PSV KBSR / KSSR ).

Berpandukan kepada Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual


KBSR
bidang menggambar ialah:
o satu bidang yang menekankan perkembangan persepsi dan
kemahiran seseorang murid;
o satu bidang yang melihat kemampuan murid terhadap aspek
melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar
dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Di
samping itu ia menekankan aspek ruang, struktur,imbangan
dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara aktiviti
yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj,
montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan, mozek dan lain-
lain lagi;
o bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti
dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang ini meliputi
penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat/bahan
dan kegunaannya. Kegiatan ini membolehkan murid
mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas
dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap
alam sekitar melalui pemerhatian, penerokaan dan
eksperimental menjadi fokus utama bidang ini;

8
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

o bidang menggambar juga memfokuskan kepada


perkembangan persepsi visual murid dan kesedaran
terhadap Asas Seni Reka seperti warna, garisan, susunan dan
kesannya. Dengan ini murid akan dapat menyelaraskan
pemerhatian mereka dan pengalaman mereka dalam aktiviti
hasil kerja seni Aspek apresiasi hasil kerja perlu diadakan
sebagai satu proses pembelajaran murid;

Contoh karya Catan menekankan


Aspek aplikasi Asas Seni Reka :

- warna, garisan, susunan dan


impilkasinya kepada proses
pembelajaran murid di luar
bilik darjah

1.6 Definisi Menggambar


 Satu representasi visual terhadap sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan rata.
 Satu olahan elemen-elemen Asas Seni Reka yang mengandungi
komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas
permukaan rata.
 Satu gambaran mental yang nyata dan pemberitahuan imej
emosi/mental seseorang.
 Imej melalui ilustrasi menjelaskan tentang sesuatu objek.
 Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
 Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi.
 Imej sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan
terhadap sesuatu objek.

9
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1.7 Jenis-Jenis Aktiviti Dalam Bidang Menggambar


Lukisan, Catan, Kolaj, Tiupan, Gosokan, Mozek, Montaj, Resis,
Gurisan,
Capan, Cetakan / Stensilan dan Percikan.

1.8 Pengenalan Aktiviti dalam Bidang Menggambar


1.8.1 Lukisan
 Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan
perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering.
 Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media
kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan
dakwat.

Contoh karya lukisan daripada aplikasi


media kering : pensil, pensil arang
o Proses menghasilkan garisan, melorek dan menggosok juga
dinamakan lukisan.
 Lukisan ialah penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata.
 Lukisan adalah lanjutan dari kerja-kerja lakaran bagi
merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain
seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Lakaran ialah penghasilan garisan-garisan saranan atau
garisan
eksperimental bagi mencari satu imej yang dikehendaki.
 Lukisan bermula dengan lakaran dan daripada lakaranlah
terhasilnya lukisan dan lukisan akan berlanjutan kepada
catan.

10
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Adalah menjadi tanggungjawab guru melatih murid


melakukan lakaran terlebih dahulu sebelum melukis imej
yang sebenar.
 Galakkan murid melakukan “thumbnail” (lakaran-lakaran
kecil)
ketika mencari idea.
 Elakkan penggunaan pemadam ketika membuat lakaran.
Sudah menjadi sifat kanak-kanak gemar menggunakannya
ketika melakar. Guru Pendidikan Seni harus peka dengan
situasi ini.

1.8.2 Alat dan Bahan dalam Aktiviti Lukisan

11
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1.8.3 Kertas Lukisan


 Kertas lukisan biasa (drawing block) - permukaan yang sesuai
untuk semua bahan. Kertas cat air mempunyai beberapa gred
tekstura.
Kertasnya tebal dan bermutu tinggi, mahal dan sesuai untuk cat air
dan
antara jenama yang biasa terdapat seperti Arches, Cotman, Fredrix
dan lain-lain.
 Bod Bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang
dicipta untuk pen.
 Kertas Ledger Bond - kertas lukisan yang mempunyai beraneka
jenis
permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar.

12
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Kertas Ingres/’sugar paper’ - kertas ini mempunyai permukaan


yang halus
dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna. Biasanya
digunakan
untuk lukisan pastel.
 Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas
arkitek,
kertas taip, kertas fotokopi, kertas surat khabar.

1.8.4 Jenis-Jenis Garisan (types of line)


 Garisan Nyata ( Physical line)
 Garisan Tidak Nyata ( Implied Line)
 Garisan Organik (Curvilinear Line)
 Garisan Geometrik ( Rectilinear Line)

1.8.5 Sifat-sifat Garisan (qualities of line)


 Conteng (scribbles)
 Silang pangkah (cross hatching)
 Kontor (contour)
 Beralun (wavy)
 Titik (stippling)
 Selari (parallel)
 Berbulu, berserabut, berduri
 Tebal, Nipis, Terang, Gelap
 Berbintik, berputar

1.8.6 Menentukan Tema atau Subjek

* Seorang guru PSV haruslah menentukan terlebih dahulu tema atau


subjek sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

13
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Pembelajaran yang tidak dibimbing oleh penentuan tema atau


subjek akan menyebabkan murid hilang punca. Murid biasanya
mempunyai reaksi yang spontan terhadap alam persekitaran dan
apa yang berlaku dalam situasi harian mereka.

o Tema atau subjek yang ingin dilukis terbahagi kepada tiga.


Tema-tema yang dipilih ialah tema persekitaran, masyarakat
dan komunikasi.

1.8.7 Jenis-Jenis Lukisan

(i) Lukisan figura - imej yang berkaitan dengan manusia atau


haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam
studio

1.8.8 Penerokaan Alat, Bahan dan Teknik


Terdapat pelbagai jenis alat, media dan bahan yang digunakan
untuk kegiatan membuat lukisan. Di antaranya ialah seperti
berikut:

 Pensel
Dihasilkan dari campuran tanah liat dan arang. Pensel boleh
didapati mengikutgred tertentu dan dikategorikan dalam jenis
keras ialah jenis H. Pensel jenis lembut dikategorikan dalam jenis
B. Jenis H adalah sesuai digunakan untuk menghasilkan lakaran
ringkas kerana garisan yang dihasilkan adalah kelabu.
Manakala jenis B pula sesuai digunakan untuk membuat lorekan
atau

14
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

menghasilkan ton. Perlu diingatkan semakin besar nilai H (H, HB,


2B), semakin keras kesan pensel iaitu garisan yang dilakar adalah
kelabu dan kurang gelap.
Semakin besar nilai B (B - 6B), semakin lembut dan gelap kesan
pensel lorekan yang dihasilkan. Garisan yang dihasilkan dengan
media pensel dipengaruhi 3 faktor iaitu:
 Jenis pensel
 Tekanan
 Kelajuan lorekan pensel
 Arang ( charcoal )
 Pensel arang dihasilkan dari batang kayu terbakar. Ia merupakan
media melukis yang tertua sekali di dunia. Digunakan oleh pelukis
sejak abad ke-17 dan ke-18 pada dinding gua. Keistimewaan arang
berupaya untuk menunjukkan kesan tekstur permukaan yang
dilukis
dan kesan ton dengan baik.

Antara kelebihan arang dalam lukisan ialah:-


- mempunyai kesan kelembutan yang tinggi
- mempunyai kesan kegelapan yang tinggi
- menghasilkan kesan tekstur yang menarik.
- menghasilkan garisan yang tajam dan tepat
- dapat menghasilkan ton lorekan dengan cepat dan menarik
- melukis kawasan yang luas dalam masa yang singkat
- dihalusi dengan menyapu air di atasnya
- roti boleh dijadikan pemadam dan hasilnya perlu disembur
dengan
“fixertive” (pemati)
- mudah digunakan serta cepat

15
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Contoh karya Lukisan yang menggunakan Arang (charcoal)

1.8.9Gabungjalin Pelbagai Aspek


Untuk menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu
mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:
I) Asas Seni Reka (Unsur Seni dan Prinsip Rekaan)
II) Perspektif (1, 2 dan 3 titik lenyap)
III) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
IV) Kesan cahaya pada imej
V) Pembentukan bayang-bayang
VI) Teknik (garisan selari, silang pangkah, conteng, titik,
teknik campuran dan lain-lain
VII) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
VIII) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

1.8.10 Catan
 Catan adalah satu proses menyapu warna atau pigmen ke
atas
sesuatu permukaan rata dengan menggunakan pelbagai alat
seperti berus, ‘pallette knife’, jari dan lain-lain.

16
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Aplikasi warna basah untuk menghasilkan imej ke atas


permukaan rata seperti kertas lukisan, kanvas, dinding dan
sebagainya.
 Aplikasi pelbagai teknik mewarna.
 Penggunaan alat, bahan dan teknik dalam catan sangat
penting dan perlu dititik beratkan.
 Ia dapat menentukan jenis dan kualiti sesuatu catan yang
akan
dihasilkan.
 Terdapat pelbagai teknik yang boleh dihasilkan semasa
mencatan.
Antaranya ialah teknik Impasto, ‘Glazing’, ‘Hard Edge’,
‘Scumbling’, Alla Prima, Basah Atas Basah, Basah Atas
Kering, Kering Atas Basah dan Kering Atas Kering
tetapi di peringkat sekolah rendah kebanyakan teknik-teknik
mencatan adalah secara spontan dan terus menerus.

1.8.11 Alat dan Bahan dalam Catan


 Pensil digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna
 Pelbagai jenis berus
 Pelbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, akrilik,
warna minyak, cat mural, warna tempera
 Palet atau bekas membancuh warna
 Bekas untuk mengisi air atau minyak
 Kertas lukisan, kanvas, permukaan dinding
 Kain untuk mengelap atau membersih

Contoh Alat dan Bahan untuk Catan :

17
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Warna minyak Minyak Linseed Papan Pallet

Pelbagai jenis berus


Contoh Alat dan Bahan untuk Catan

Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak


menggunakan pewarna. Bahan-bahan pewarna seperti cat poster,
cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouche dan cat akrilik adalah
warna-warna yang dapat membantu seseorang pelukis
menghasilkan catan. Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya
diwarnakan di atas permukaan pelbagai jenis kertas dan kanvas.
Dalam proses mencatan aspek yang paling penting ialah
memahami pelbagai jenis warna dan cara-cara mewarna kerana ia
memerlukan kemahiran mewarna dengan betul.
Tujuannya ialah untuk menghasilkan catan yang menarik.
Berikut ialah contoh beberapa jenis warna yang digunakan oleh
pelukis untuk menghasilkan catan:

Bahan Warna poster

18
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bahantara Air
Penguat Pengilat larut air
Sifat-sifat :
 Bersifat legap dan tebal
 Cepat kering
 Boleh lutsinar tetapi tidak seperti cat air
 Sesuai di permukaan kertas

Bahan Warna air


Bahantara Air
Penguat Gam arab
Sifat-sifat :
 Bersifat lutsinar, lembut
 Bersifat tebal sekiranya disapu berlapis-lapis
 Sesuai di permukaan kertas

Bahan Cat akrilik


Bahantara Air/minyak
Penguat Plastik cecair warna putih
Sifat-sifat :
 Bersifat lutsinar dan legap
 Cepat kering
 Kesan seperti cat air dan cat minyak
 Kalis air dan minyak
 Dihasilkan di permukaan kanvas
Bahan Cat minyak
Bahantara Turpentine
Penguat Minyak linsid
Sifat-sifat :
 Bersifat legap dan tebal
 Lambat kering
 Hanya sesuai untuk permukaan kanvas

19
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bahan Cat tempera


Bahantara Air
Penguat Kuning telur
Sifat-sifat :
 Bersifat lutsinar tetapi tidak seperti cat air
 Sesuai di permukaan kanvas dan kertas

Bahan Cat gouache


Bahantara Air
Penguat Gam arab
Sifat-sifat :
 Bersifat lutsinar dan legap
 Cepat kering
 Sesuai di permukaan kertas

Bahan Fresco
Bahantara Kapur plaster
Penguat Air atau air kapur
Sifat-sifat :
 Bancuhan pewarna dan air disapukan ke atas lapisan kapur plaster
yang
masih lembap. Ia sesuai untuk menghasilkan catan

1.8.12 Teknik-Teknik Mewarna


Cat air dan cat poster banyak digunakan oleh murid-murid di
sekolah terutama sekolah rendah. Ini kerana bahan tersebut
mudah diperolehi dan senang mengendalikannya. Semasa
mewarna perkara yang paling penting diambil kira ialah kawalan
kepekatan campuran warna dan air. Ia adalah faktor utama yang
menentukan kualiti hasil sesebuah catan.

 Teknik Cat Air


 Berasaskan air dan bersifat lutsinar/transparen

20
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Terdapat beberapa teknik cat air seperti Basah Atas Basah, Basah
Atas Kering, Kering Atas Basah dan Kering Atas Kering
 Semasa mewarna gunakan berus yang paling sesuai jenis lembut
 Basahkan bahagian kertas yang akan diwarnakan dahulu dengan air
bersih. Contohnya seperti bahagian langit atau bumi
 Bagi mendapatkan ton warna, campurkan lebih air pada warna untuk
mendapatkan warna yang cerah
 Untuk mendapatkan ton warna gelap, pekatkan sedikit warna tersebut
Tugasan karya :

Teknik Basah Atas Basah Teknik Basah Atas


Kering

 Teknik Cat Poster


 Berasaskan air
 Cat poster berlainan cirinya dengan warna air. Ia bersifat legap
dan tebal jika disapukan di atas permukaan kertas (floating)
 Tenik mencatannya sama seperti cat akriklik dan cat minyak
 Berus yang sesuai digunakan ialah jenis keras
 Ton yang cerah boleh dihasilkan dengan mencampurkan putih
atau warna yang terang seperti kuning, ‘yellow ocre’ dan lain-
lain
 Untuk ton yang gelap, warna-warna gelap perlu dicampurkan
seperti hitam, coklat, biru dan lain-lain

21
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Teknik Cat Minyak


 Berasaskan minyak - linsid dan ‘turpentine’
 Cat minyak juga bersifat legap seperti warna poster dan akrilik.
 Cat minyak perlu dicampur dengan minyak linsid (linseed oil)
untuk
mencairkan dan memudahkan kerja-kerja mewarna.
 Berus jenis keras atau pisau palet (pallete knife) biasa digunakan
 Cat ini lambat untuk kering tetapi hasilnya tahan lama.
 Jika terdapat kesilapan mewarna , kita hanya perlu menindihkan
warna di atasnya
 ia sesuai diwarnakan di permukaan kanvas,kadbod atau
kepingan
kayu yang keras.

Tugasan Catan Imitasi : Karya Cat Minyak : Rujuk Karya “ Pago


Pago”

1.8.13 Kolaj
 Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke
atas suatu permukaan
 Berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud gam iaitu kerja-kerja
menampal / melekatkan cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di
atas permukaan 2D.
 Satu hasil kerja seni yang menggabungkan sebahagian imej seperti
foto
atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih-tindih
 mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi artistik

1.8.13.1 Alat dan Bahan dalam Kolaj


Pengkarya kolaj biasanya menjadikan objek-objek di sekeliling mereka
untuk dijadikan bahan-bahan dalam hasil kolaj mereka. Mereka bebas
menggunakan apa sahaja peralatan, media, teknik seperti dawai,

22
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

kepingan besi, kaca, plastik, kulit pokok, batu, dedaun kering, lalang
kering, kain perca, butang, reja reben, benang, potongan gambar dari
majalah atau suratkhabar, setem, gambar foto, tiub kadbod, pelbagai
jenis kertas yang berjalinan, kotak telur, kapas, tisu dan sebagainya.
Kolaj juga boleh dihasilkan daripada campuran pasta kering, beras dan
kekacang seperti
yang mempunyai bentuk dan warna yang menarik. Pengkarya
menggunakan kepingan kadbod yang kukuh sebagai dasar. Biasanya
bahan-bahan yang digunakan adalah tahan dan kuat. Mereka juga
menjadikan stor sebagai tempat penyimpanan peralatan dan bahan-
bahan yang hendak digunakan dalam aktiviti kolaj. Warna-warna seperti
cat kilat, cat poster, cat air, akrilik, dan tempera juga digunakan untuk
bahagian latar belakang kolaj. Aktiviti kolaj sangat sesuai dijalankan
sebagai salah satu kegiatan menggambar terutama di peringkat sekolah
rendah. Murid-murid pada tahap tersebut perlu didedahkan dengan
pelbagai jenis dan teknik menghasilkan kolaj supaya mereka mendapat
satu gambaran sebenar tentang apa itu kolaj. Perlu diingat juga tidak
semua jenis dan teknik kolaj sesuai dijalankan pada murid tersebut. Guru
harus menyesuaikan jenis dan teknik yang hendak dijalankan mengikut
tahap kecerdasan murid dari tahap satu hingga ke tahap dua.

Di bawah ini disenaraikan pelbagai jenis teknik kolaj yang boleh


diaplikasikan:
 Teknik potong kertas dan fabrik
 Teknik koyak kertas dan fabrik
 Teknik pelbagai jenis kertas yang berjalinan
 Teknik media campuran
 Teknik kertas tisu
 Teknik tisu dan kertas buangan
 Teknik catan
 Teknik percikan
 Teknik span
 Teknik ‘scrapping’

23
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Teknik Stensilan
 Teknik Jalinan

1.8.13.2 Teknik
Dalam menghasilkan sebuah kolaj, seseorang perlu menggunakan idea
dan
kreativiti tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang indah dan
berkualiti. Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema atau
tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj.

Berikut ialah contoh teknik yang paling mudah bagaimana


seseorang itu boleh menghasilkan sebuah kolaj:
1. Fikirkan satu tema yang hendak dihasilkan supaya mesejnya sampai
2. Sediakan bahan-bahan seperti kertas atau fabrik yang diperlukan
untuk
kolaj tersebut dan proses bahan-bahan tersebut
3. Sediakan kertas pelbagai warna termasuk keratan majalah/akhbar
untuk
menimbulkan kesan jalinan, harmoni, kontra pada kolaj anda
4. Buat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan kerja-kerja
menampal
5. Sapukan gam pada permukaan kertas.
6. Lekatkan dengan cebisan kertas atau fabrik di atas permukaan yang
disapu dengan gam mengikut gaya yang disukai
7. Apabila kering sapukan lagi gam di atas lapisan pertama untuk
menampal kertas bagi menimbulkan kesan objek.

1.8.14 Gosokan (Frottage)


 Satu proses menggosok dan merekod corak atau imej yang terdapat
pada permukaan yang berjalinan
 Satu proses awal penerokaan murid melalui deria sentuh terhadap
jalinan yang terdapat di sekeliling mereka
 Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk

24
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

merakamkan pelbagai jalinan pada sesuatu permukaan


 Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke
atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang
berjalinan.
 Satu representasi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di
atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan
tertentu.
 Gosokan dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat
mengembangkan
pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4, gosokan bermaksud bergesel iaitu


menggosok dengan (jari, barang atau lain-lain alat) menggunakan
sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan
bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan
ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas
permukaan yang hendak dipindahkan. Dalam Sukatan Pelajaran KBSR,
kegiatan gosokan menjadi salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan
dalam bidang menggambar dan salah satu cara yang kreatif untuk
mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Banyak manfaat boleh
didapati apabila kita mempelajari bidang kegiatan ini. Di antaranya ialah
kita dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan
boleh mengekspresi pelbagai perasaan seperti gembira, suka, minat,
selesa dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan
dalam aktiviti seni, secara tidak langsung kita akan peka terhadap jalinan
yang terdapat di persekitaran dan menyedarkan kita bahawa setiap
permukaan yang berjalinan boleh menghasilkan

1.8.14.1 Meneroka Pelbagai Teknik Gosokan


Secara sepintas lalu apabila kita memperkatakan tentang teknik untuk
mendapatkan jalinan akan terbayang bahawa proses itu dihasilkan
dengan

25
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

menggosok di atas permukaan kertas yang terdapat bahan berjalinan di


bawahnya.
Sebenarnya jika diteliti dengan lebih lanjut lagi teknik-teknik
gosokan boleh dipelbagaikan seperti:
 Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
 Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang
kali
 Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
 Gosokan secara pusingan
 Gosokan menggunakan pelbagai jenis warna
 Gosokan monokrom (satu warna sahaja)
 Gosokan potongan kertas

Kesan Jalinan Melalui Teknik Gosokan

1.8.14.2 Alat dan Bahan

Lazimnya alat dan bahan yang digunakan dalam kegiatan gosokan


adalah

26
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

mudah didapati dan terpulang kepada pengkarya itu sendiri.


Walaubagaimanapun diperingkat sekolah rendah, peralatan, bahan dan
jenis media adalah terhad kepada kemampuan dan keupayaan tahap
murid itu sendiri. Guru harus berperanan sebagai motivator/penggerak
dalam pemilihan dan penyediaan bahan.

Berikut ialah senarai alatan dan media yang boleh digunakan


dalam aktiviti gosokan:
 Pelbagai jenis pensil (jenis lembut dan keras), pensel yang berasaskan
lilin dan pelbagai jenis pensel warna yang terdapat di pasaran. Pensel
dan pensel warna akan memberikan kesan yang halus. Kesan
‘graphite’ pada mata pensel jenis lembut adalah paling sesuai tetapi
cepat rosak.
 Kapur dan pastel yang pelbagai warna. Jalinan yang dihasilkan tidak
akan kekal lama kerana kapur dan pastel adalah bahan kering dan
rapuh. Penyembur pemati warna atau fixatif perlu digunakan untuk
melindungi kesan jalinan daripada rosak.
 Pelbagai jenis warna krayon. Memberikan kesan gosokkan yang tebal
dan nyata. Penggunaan krayon digosok secara sisi atau dibaringkan
akan menghasilkan kesan jalinan yang lebih baik daripada
menggunakan mata krayon.
 Arang atau pensil arang. Gosokan yang dihasilkan oleh arang mudah
rosak kerana sifatnya yang berhabuk dan rapuh. ‘Fixative’ atau pemati
warna digunakan ke atas permukaan berjalinan untuk mengukuhkan
kesan jalinannya daripada mudah rosak.
 Kertas surat khabar yang belum bercetak, kertas pengalas rak-rak
dapur yang jenis nipis, kertas kartrij, kertas taip dan lain-lain kertas
yang bersesuaian. Penggunaan pelbagai jenis kertas yang tidak terlalu
tebal adalah penting untuk memperoleh kesan jalinan yang menarik.

1.8.15 Montaj
 Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan
bagi menimbulkan mesej.

27
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-


mana media cetak untuk menghasilkan satu karya .
 Cantuman gambar-gambar / foto dalam satu komposisi ilustrasi.
 Satu komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik
‘superimpose’ di mana pelbagai cebisan gambar/foto disusun secara
kreatif.
 Satu hasil seni yang mengandungi sebahagian daripada imej yang ada
seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya
bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
 Satu proses menghasilkan karya seni cantuman beberapa gambar atau
corak yang disusun secara bertindih-tindihan di antara satu sama lain
 Satu cara yang sama digunakan pada zaman sekarang menggunakan
perisian ‘image editing software’. Teknik ini digunakan oleh
orangorang
professional sebagai ‘compositing’ atau Photoshop.

Satu kegiatan foto montaj dalam bidang Seni Halus yang


mengaplikasikan elemen-elemen fotografi ‘superimpose’ yang
digabungkan dengan teknik catan. Kombinasi seperti ini dihasilkan oleh
George Grosz pada tahun 1915. Pergerakan Dadaisme di Berlin banyak
menghasilkan aktiviti montaj dalam seni rupa moden Pelukis-pelukis dari
aliran Dadaisme telah menggabungkan foto-foto mereka untuk
menghasilkan subjek baru atau imej visual sebagai alat yang berkuasa
untuk pergerakan Dadaisme yang menentang Perang Dunia Pertama.
Teknik foto montaj ini kemudiannya menjadi ikutan ramai dan digunakan
oleh pelukis-pelukis aliran Surealisme seperti Salvador Dali. Retrospektif
pameran pertama dunia dalam foto montaj diadakan di German pada
1931. Kemudian menular pula kepada orang-orang Eropah lain dan
menggelarkan aktiviti seni ini sebagai ‘photocollage’ yang bermakna
hasil kerja yang bercita-cita besar atau mempunyai satu impian besar
yang mencantumkan elemen-elemen tipografi (seni huruf), kerja-kerja
menggunakan berus dan objek sebenar dilekat bersama foto montaj.

28
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Lama-kelamaan teknik ini digunakan dalam industri pengiklanan pada


tahun 1920 sehingga sekarang.

1.8.15.1 Alat dan Bahan


Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin
menghasilkan kerja-kerja seni. Begitu juga pelajar, mereka digalakkan
membuat ekspresi mengikut idea dan cara mereka. Penggunaan alatan
dan bahan untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja seni, pelukis akan
mengenalpasti bahan apakah yang sesuai dan senang untuk didapati
supaya kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu.

Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh


digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj:
 Foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam
benda
 Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura,
landskap
dan tumbuh-tumbuhan
 Gunting, pisau pemotong kertas, pelbagai jenis gam
 Warna basah seperti cat tempera, cat air, cat poster, dakwat dan berus
lukisan
 Gambar atau imej yang telah diimbas dengan menggunakan
pengimbas
 Bahan-bahan terbuang seperti gambar-gambar lama, cawan dan
pinggan kertas, imej kartun dari majalah, poster dan lain-lain bahan
yang berkaitan
 Pelbagai jenis tiket seperti tiket bas, tiket tol, tiket teksi, tiket pawagam
dan lain-lain.

Aktiviti montaj bukan sahaja boleh dihasilkan secara manual tetapi ianya
boleh dihasilkan dengan menggunakan komputer melalui perisian-
perisian seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft word. Dalam

29
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR tahun 5 dan


tahun 6, adalah diharapkan murid-murid pada tahap tersebut dapat
membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dengan bantuan
komputer dalam penghasilan kerja-kerja seni mereka. Di peringkat ini
murid-murid perlu didedahkan dengan penggunaan komputer bukan
sahaja celik IT tetapi sekurang-kurangnya aktiviti seni dapat dijalankan
dengan cara yang berlainan dari kebiasaannya. Walaubagaimanapun
terpulang kepada kebijaksanaan guru dan pihak sekolah untuk
mengatasi masalah kekurangan komputer di sekolah.

Di bawah ini dicadangkan beberapa teknik penghasilan montaj


yang boleh dijalankan:
 Montaj keluarga
 Photo montaj (digital image)
 Montaj dari bahan terbuang
 Montaj campuran pelbagai teknik
 Montaj alam semulajadi
 Montaj figura
 Montaj alam benda
 Montaj corak huruf / ‘typhography’
 Montaj haiwan
Tugasan : karya menggambar teknik Montaj pelbagai tema Contoh
Montaj Potret
Tugasan : karya menggambar Montaj pelbagai teknik

1.8.16 Percikan dan Renjisan


 Percikan adalah salah satu aktiviti dalam bidang menggambar. Ia
merupakan salah satu teknik hiasan catan dengan mengetuk atau
menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan
‘speckled
granite - style finish’ yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan
warna yang lain.

30
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Percik-percik halus warna disembur ke ruangan yang sudah dikepung


dengan imej untuk menghasilkan kesan percikan.
 Satu teknik corakan warna yang dihasilkan dengan tepukan atau
jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke
atas
permukaan yang rata yang sudah ditandai dengan imej.
 Satu kegiatan menyembur bahan cecair ke atas permukaan.
 Mengikut buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-
corak tompok dan titik pada lukisan.
 Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-
titik
air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna
itu
terhempas ke suatu permukaan.
 Warna-warna dihamburkan, dipantul dan diserak-serakkan ke sana sini.
 Memercikkan warna/pigmen menyebabkan terhasil imej percikan,
berenjisan serta berserakan.
 Dari ekses internet http://www..bozzle.com/id-Spattering.html.,
menerangkan
bahawa percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan
atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah
member kesan seperti permukaan batu atau marble. Perlu diingat kita
tidak menggunakan warna yang banyak pada berus. Jika tidak percikan
itu nampak kasar dan tidak menarik. Cat emulsi senang dikendalikan
kerana cepat kering dan tidak mudah menyerap di antara satu sama lain.
Pelbagai
jenis berus boleh digunakan untuk menghasilkan percikan. Kerja-kerja
sebegini dikatakan adalah berlawanan dari kaedah ‘stippling’ iaitu proses
membuat titik-titik, menambah titik atau percikan pada sesuatu
permukaan. Percikan boleh menggunakan pelbagai jenis warna dan
kesan akan kelihatan lebih menarik.

Tugasan : karya menggambar teknik Renjisan

31
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tugasan : karya menggambar teknik Percikan

1.8.16.1 Alat dan Bahan


Sebelum melakukan percikan, terlebih dahulu kita menampal imej di atas
permukaan kertas bagi mengelakkan ruangan imej terkena percikan cat.
Setelah menjalani aktiviti percikan, kita alihkan tampalan imej tersebut
dan membuat garisan luar atau mewarnakannya. Percikan dihasilkan
dengan pelbagai warna dan kemungkinan alatan yang digunakan dalam
aktiviti percikan ialah berus cat atau berus lukisan. Sebenarnya jika
dibuat penelitian, terdapat banyak alatan lain yang boleh digunakan
untuk membantu seseorang menghasilkan percikan.

Di antara alatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan


percikan ialah seperti berikut:
 Berus lukisan yang pelbagai jenis, saiz dan bentuk
 Berus gigi dan berus sental
 Pelbagai jenis berus cat dari permukaan lembut ke permukaan keras
 Penggelek cetakan yang pelbagai saiz
 Pelbagai jenis cat air, cat poster, akrilik, tempera, cat minyak, cat
kilat/’gloss paint’, cat emulsi, cat plaka / mural, dakwat dan
sebagainya
 Kertas yang pelbagai jenis seperti kertas lukisan, kertas taip, kadbod,
manila kad, kertas stensil termasuk di atas permukaan papan lapis,
dinding dan lainlain permukaan yang sesuai
 Warna semburan / ‘Spray Can’, pistol semburan, peralatan ‘Air Brush’
 Pisau, pita pelekat, kain buruk, surat khabar, gam dan sebagainya.
 Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan kering, corak figura, bentuk-bentuk
dari alam benda boleh digunakan untuk menghasilkan gambar dalam
aktiviti percikan

1.8.16.2 Teknik

32
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Kita telah didedahkan banyak teknik dalam aktiviti bidang menggambar.


Jika dibuat rumusan, setiap aktiviti menggambar seperti lukisan, catan,
kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan lain-lain mempunyai
teknik dan gaya nya tersendiri. Guru boleh menggabungkan teknik-
teknik ini untuk mendapatkan satu karya yang menarik dan kreatif tetapi
haruslah disesuaikan dengan peringkat dan tahap keupayaan murid.

Pelbagai jenis teknik boleh dicadangkan untuk diguna pakai


semasa menjalani aktiviti percikan ini, di antaranya ialah:
 Ketika memulakan aktiviti percikan, warna latar pada permukaan
kertas
perlu ditentukan dahulu. Jika berhasrat menggunakan pelbagai warna,
pastikan gabungan warna-warna yang sesuai dan menarik digunakan.
Pastikan warna latar telah kering terlebih dahulu sebelum memulakan
aktiviti percikan.
 Teknik menggunakan berus cat dinding rumah sering menjadi pilihan
pelukis-pelukis terkenal di antaranya Jackson Pollock yang banyak
menghasilkan karya-karya percikan. Bahagian hujung berus yang
keras
dicelup dengan warna, kemudian buang lebihan warna yang terdapat
pada berus tersebut dengan menyapu pada tepi tin. Berus diketuk
kuat
di bahagian tepi tin cat. Ketukan yang kuat akan menyebabkan
percikan di permukaan kertas. Hasilnya akan mendapat titikan
percikan
yang berlainan saiz dan bentuk. Apabila ketukan dibuat beberapa kali,
akhirnya akan mendapat satu keseragaman percikan dan aktiviti
percikan dianggap sudah berjaya. Ini bermakna saiz percikan yang
dihasilkan dengan satu ketukan akan menghasilkan saiz percikan
lebih
kurang sama.
 Percikan menggunakan pelbagai jenis warna boleh juga dihasilkan. Ia
boleh dijalankan beberapa kali dengan warna yang berlainan ke atas

33
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

kawasan percikan yang sama. Hasil percikan ini akan menampakkan


titik
halus yang pelbagai saiz dan pelbagai warna.
 Teknik menggunakan pistol semburan atau ‘spray can’ berwarna boleh
menghasilkan percikan yang halus dan seragam. Cara ini dikatakan
lebih
cepat menghasilkan percikan daripada cara menggunakan berus.
Dengan menggunakan tekanan udara yang rendah, kesan percikan
akan
terjadi.
 Satu lagi cara menghasilkan percikan ialah dengan menggunakan
‘roller’
atau berus penggelek. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan
mencelup
berus penggelek ke dalam tin cat. Pastikan penggelek dipenuhi
dengan
cat, kemudian gelek pada satu permukaan lain seperti kertas
dilekatkan
pada dinding. Gelek dengan cepat dan laju. Cara ini akan
menyebabkan
lebihan warna akan terpelanting keluar daripada berus penggelek dan
akan menghasilkan percikan pada permukaan berdekatan.
 Penggunaan warna yang pekat atau cair akan menghasilkan percikan
yang berlainan saiz dan bentuk. Terpulanglah kepada kreativiti
seseorang bagaimana hendak menghasilkannya.
 Selain berus lukisan, berus penggelek atau pistol semburan percikan
boleh juga dilakukan dengan mengetuk berus yang mempunyai warna
pada bahagian pemegang kayu berus yang lain.

Tugasan : karya menggambar Teknik Percikan

 Percikan juga boleh dihasilkan dengan menggosokkan pisau kecil atau

34
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

hujung jari pada berus lukisan yang telah dicelup warna. Dengan
menggunakan teknik ini corak yang serata akan terhasil. Gunakan
kedua-
dua teknik untuk menghasilkan pada satu permukaan yang sama.
 Berus gigi yang pelbagai saiz juga boleh menghasilkan percikan. Celup
berus gigi ke dalam warna dan lalukan pada besi halus atau kayu
halus.
 Percikan dengan jari juga boleh dilakukan. Caranya ialah dengan
mencelup kelima-lima jari pada warna dan menghayunkan jari lalu
direnjis pada permukaan kertas lukisan. Percikan akan terjadi secara
tidak langsung. Percikan cara ini akan menghasilkan percikan yang
tidak
sekata berbanding semburan. Teknik ini menjadi kegemaran pelukis
Jackson Pollock.
 Percikan yang menggunakan cat minyak haruslah berhati-hati kerana
cat ini mudah merebak ke bahagian lain jika kita silap mengawal kadar
kecairannya. Campurkan minyak turpentin atau ‘thinner’ dengan
menggunakan berus. Minyak ‘thinner’ akan mempercepat cat kering.
Permukaan kanvas sangat sesuai berbanding permukaan kertas.
Proses
ini agak rumit dilakukan dan dicadangkan secara berdua. Seorang
menghasilkan warna di atas permukaan dan seorang membuat
percikan
ke atas warna basah tersebut.
 Percikan juga boleh dihasilkan dengan menggunakan seranting dedaun
dari jenis halus dan nipis seperti daun pine, daun ru atau rumpunan
lidi.
Celupkannya ke dalam warna basah dan renjis atau percikkan pada
permukaan kertas. Cara ini lebih cepat.
 Harus berhati-hati sebelum memulakan aktiviti percikan. Alaskan
dengan surat khabar di sekeliling kawasan yang hendak dijalankan
aktiviti percikan. Tujuannya supaya percikan tidak terkena pada
kawasan

35
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

yang tidak dikehendaki.


 Percikan menggunakan dakwat berwarna boleh digunakan sebagai
alternatif kepada warna basah. Dakwat basah mempunyai kesan
lutsinar,
kilauan dan senang digunakan. Untuk seni halus adalah dicadangkan
menggunakan dakwat jenis ‘lightfast’ kerana kebanyakan dakwatnya
cepat kabur. Penggunaan dakwat ke atas sesuatu permukaan
biasanya
bersifat kekal dan susah untuk dipadam terutamanya kertas.
 Apabila telah membuat eksperimen dengan teknik-teknik tersebut baru
mulakan aktiviti percikan secara kreatif. Cuba percikan dengan
menggunakan pelbagai jenis warna dan alat, atau mencampurkan
percikan dengan ‘faux finishing techniques’.

Tugasan : karya menggambar teknik percikan yang bertemakan


Taman Bunga Ajaib
Tugasan : karya menggambar percikan di atas permukaan
basah/lembab

1.8.17 Resis
 Resis / ‘resist’ boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar
yang
dihasilkan melalui penggunaan warna basah dan contengan lilin
sebagai
bahan pemisah.
 Lilin sebagai bahan pemisah yang tidak larut air digunakan untuk
menutup kawasan permukaan kertas atau kain.
 Menurut buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai satu
kaedah
melukis yang menggunakan bahan cat berasaskan air yang disapu ke
permukaan yang telah disapukan lilin yang tidak serap air.
 Resis bermakna satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara

36
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

menolak warna basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang


berlilin.
 Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi
warna asal
atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.
 Satu teknik menggunakan bahan berlilin seperti pastel dan krayon
bertindak
sebagai penghadang kepada serapan warna basah.
Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak
akan
menyerap warna dan dalam keadaan warna asal
 Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-
tindihan lilin
dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna
gelap

Tugasan :
Satu aktiviti menggambar bertema Hujan Di Kampung yang
mengaplikasikan teknik resis.

1.8.17.1 Alat dan Bahan

Teknik resis dalam bidang menggambar adalah satu kegiatan yang


sangat
menarik untuk didedahkan kepada murid-murid sekolah rendah. Ia
adalah satu cara bagaimana murid dapat meneroka dengan lebih jauh
tentang alat dan bahan yang digunakan dalam teknik ini. Pada
kebiasaannya penggunaan alatan seperti pensel dan pensel warna dalam
membentuk garisan dan lakaran sudah biasa digunakan.
Dalam proses menghasilkan resis penggunaan alatan utama yang
digunakan ialah lilin. Ini membuatkan hasil kerja resis dianggap sebagai
satu hasil kerja yang lain dari kebiasaannya. Dengan cara ini aktiviti

37
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak membosankan


kerana ada kelainan dan pembaharuan dalam berkarya.

Antara alat dan bahan yang boleh digunakan dalam aktiviti ini
seperti:
 Bahan yang berasaskan lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin, krayon dan
pastel
 Pelbagai jenis kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal, kertas
kadbod, kertas
kad manila
 Pelbagai jenis tekstil seperti kain putih seperti kain cotton poplin,
cotton
cambrich, rayon/fuji, cotton lawn kima
 Jenis-jenis pensel untuk membuat lakaran, kapur tulis, bekas air,
pemadam
 Jenis-jenis warna seperti cat air, cat poster, tempera,cat emulsi dan
lain-lain
warna yang bersaskan air
 Pelbagai jenis dakwat basah

1.8.17.2 Teknik Resis bagi aktiviti bengkel

Untuk menjalankan aktiviti di bengkel, guru haruslah membuat persiapan


serta merangka tajuk yang hendak dijalankan pada minggu tersebut.
Guru akan memikirkan pula kegiatan apakah yang hendak dijalankan
dalam bidang menggambar. Selepas itu barulah mereka mencadangkan
alat, media dan teknik apakah yang hendak digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Mengikut Sukatan
Pelajaran KBSR dan KSSR yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia, aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan dalam setiap kegiatan
menggambar harus dikenalpasti. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah sebagai

38
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

cadangan dan panduan guru untuk menghasilkan aktiviti seni walaupun


guru tersebut bukan dari bidang seni pun boleh melakukannya.
Seseorang guru Pendidikan Seni Visual boleh menggunakan kreativitinya
untuk menjalankan aktiviti lain jika difikirkan bersesuaian dan senang
untuk mendapatkan bahan asalkan aktiviti tersebut tidak terkeluar dari
tajuk asal.

Berikut adalah beberapa contoh teknik resis yang boleh


dijalankan kepada murid-murid:
 Krayon resis lilin dengan warna air, warna poster atau warna tempera
 Krayon resis dengan dakwat cair
 Krayon resis batik
 Resis dari warna air dan pelekat getah
 Resis dari warna air dan lilin biasa
 Resis dari kapur dan lilin (rupa positif dan rupa negatif)

Tugasan : aktiviti membuat resis dengan warna air yang bertemakan


suasana perayaan di Malaysia.

1.8.18 Mozek

Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh


didefinisikan
sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan
kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Dapatan seterusnya dari
internet (http://www.google.com.mydefine:Mosaic) pula menjelaskan
seperti yang dinyatakan di bawah:
 Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun bentuk
atau carikkan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik
(tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak
rata
dan menghasilkan pantulan /kilauan.

39
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 Penghasilan imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara


bersebelahan.
 Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain
disusun menjadi satu tema /tajuk.
 Satu media seni yang mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau
seramik disusun di bahagian latar yang diplaster.
 Satu teknik menggambar yang dihasilkan dengan cara menyusun
secara
teratur sebelah-menyebelah kepingan batu, kaca, seramik atau
tessera
serta bahan-bahan lain yang sesuai
Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu,
tessera di permukaan dinding, siling dan lantai.
 Satu bentuk seni yang mana kepingan bahan semula jadi atau bahan
buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di
atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.

Mengikut sejarah lama, mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek.


Pada
asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan
lantai
Menurut sejarah Romawi, teknik ini banyak terdapat pada permukaan
dinding dan lantai bangunan serta jalan raya. Manakala orang Kristian
Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan
teknik ini. Kini, teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan
bangunan-bangunan moden dan merupakan sebahagian aktiviti seni di
sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam
subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti
yang dicadangkan dalam kegiatan menggambar. Aktiviti mozek boleh
dijalankan dalam pelbagai cara dan teknik. Sebelum mengenal
bagaimana teknikteknik mozek dijalankan, kita perlu mengetahui jenis-
jenis alatan, bahan dan media terlebih dahulu. Mungkin di peringkat
sekolah rendah penggunaan alatan dan bahan adalah terhad kepada

40
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

tahap keupayaan murid itu sendiri. Berikut ialah cadangan beberapa


jenis peralatan yang boleh diguna pakai oleh murid-murid di sekolah
rendah.

1.8.18.1 Alat dan Bahan (aktiviti menggambar dengan teknik


mozek)
 Pelbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip,
kertas nota, kertas surat khabar dan kertas binaan (construction
paper).
 Pelbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu dan
gam
simen.
 Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling dan bijirin.
 Playar, pembaris dan ‘clear spray’
 Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, pelbagai daun kering
dan rumput
 Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi.
 Pewarna makanan
 Pensel, pen dan tali
 Pelbagai jenis warna, kertas majalah berwarna dan gambar-gambar
berwarna.

1.8.18.2 Teknik (aktiviti menggambar dengan teknik mozek)

Umumnya terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu ‘direct


Method’, ‘indirect method’ dan ‘double indirect method’. Teknik secara
langsung atau ‘direct method’ itu ialah menggambar di atas permukaan
mudah alih atau projek-projek berskala kecil seperti kertas, kadbod,
permukaan pasu, lantai dan sebagainya. Keunikan teknik ini ialah
tampalan mozek yang dihasilkan akan jelas kelihatan. Keburukannya
pula pelukis atau pembuat mozek perlu bekerja secara terus menerus di
atas permukaan yang dipilih. Ianya dianggap sebagai satu hasil kerja

41
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

yang tidak praktikal pada jangka masa yang lama, tidak sesuai pada
skala besar dan susah untuk mendapatkan persamaan permukaan rata.
Ia sesuai untuk permukaan kertas lukisan, lantai dan permukaan meja.
Teknik secara tidak nyata atau ‘indirect method’ pula berlaku semasa
proses
menghasilkan sesuatu kerja. Apabila mozek siap, media yang sama
diletakkan di atasnya. Hasil mozek diterbalikkan dan bahagian asli
diasingkan dari bawah mozek tadi. Teknik ‘indirect method’ dan ‘double
indirect method’ selalunya dibuat mengikut bahagian demi bahagian
sesuatu gambar terlebih dahulu sebelum hasil mozek itu dihantar ke
tempat destinasi untuk ditampal. Ianya amat sesuai untuk projek besar
seperti projek mural. Terdapat juga mozek yang boleh dihasilkan dalam
digital imej. Imej yang dihasilkan tidak ditindih. Foto mozek pula adalah
satu gambar yang dibuat daripada beberapa cantuman gambar-gambar
lain yang tidak ditindih.

Berikut ialah senarai beberapa teknik menghasilkan mozek dan


boleh disesuaikan untuk muridmurid di tahap sekolah rendah:
 Mozek kertas
 Mozek timbul
 Mozek catan
 Mozek campuran
 Mozek potongan kertas
 Mozek cebisan kertas
 Mozek tebuk (puncher)
 Mozek koyakan kertas
 Mozek fabrik
 Mozek bijian
 Mozek bahan buangan

Tugasan : Karya menggambar dengan Teknik Mozek yang bertemakan


alam flora

42
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1.8.19 Cetakan

 Cetakan ialah proses terapan blok atau plat.


 Satu proses yang melibatkan penciptaan plat yang dapat menghasilkan
pelbagai imej. Kesan permukaan yang dicetak itu boleh dilakukan ke
atas bahan seperti linoleum, styrofoam, logam, kadbod dan bahan-
bahan
lain.
 Blok atau plat cetakan boleh disediakan dengan memotong,
mengguris,
etching, atau melukis. Kemudian dakwat diletakkan ke atas blok atau
plat
tersebut dengan pelbagai teknik. Kertas dicetak dengan cara menekap
ke atas blok melalui gosokan tangan atau menggunakan mesin cetak.
 Cetakan yang berjaya ialah apabila ia dapat menghasilkan beberapa
keping hasilan yang sama dan sekata. Ini dipanggil edisi. Tiga atau
empat cetakan yang pertama, biasanya berbeza dengan edisi cetakan
selepas itu. Cetakan pertama ini dinamakan artist’s proofs (AP).
Bilangan siri cetakan ini dinamakan edisi dan proses cap mengecap ini
boleh menyebabkan blok atau plat rosak dan bilangan edisi dalam
cetakan berakhir. Pada setiap bahagian bawah cetakan, akan terdapat
bilangan edisi cetakan yang dihasilkan. Simbol yang mewakili cetakan
adalah berupa simbol nombor seperti 5/25 yang merujuk kepada
cetakan ke 5 daripada 25 cetakan. Di bahagian tengah ditulis tajuk
cetakan dan di bahagian kanan tercatat nama artis dan tarikh cetakan
itu dilakukan.

1.8.19.1 Jenis-Jenis Cetakan


 Cetakan Timbulan (Relief)
 Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau
warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada

43
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

blok kayu atau lino.


 Permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
 Contoh cetakan jenis ini ialah:
a) Cetakan Kayu
b) Cetakan Lino
c) Cetakan Kolagraf
e) Cetakan Saring Sutera

Cetakan Stensil atau Skrin


Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada
pemidang kayu. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam
jenis cetakan Cetakan Saring Sutera / Stensil /Serigrafi iaitu:

a) Kaedah Potongan Kertas Pendua


b) Kaedah Filem Leker / ‘Profilm’
c) Kaedah Skrin Foto / ‘Photo Emulsion’

Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar


Cetakan Benaman ( Intaglio )
Contoh cetakan jenis ini ialah:
a) Kaedah Turisan (engraving)
b) Kaedah Gurisan Asid ( etching )
c) Kaedah Akuantin ( aquantint )
d) Kaedah Mesotin ( mezzotint )
Contoh karya cetakan Gurisan Asid Contoh karya cetakan blok kayu
Contoh karya cetakan Lino

Teknik Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua


Kaedah ini paling ringkas serta mudah dan sangat sesuai untuk murid
tahap 1 dan 2 di sekolah rendah. Ia mendedahkan satu teknik

44
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

menggambar yang unik dan murid akan berasa seronok untuk


mencubanya.

Asas kepada kaedah ini ialah teknik capan. Untuk melakukan


kaedah ini, sila lihat langkah-langkah di bawah :
 Sediakan sebuah pemidang skrin.
 Lukis dan gunting imej atas kertas pendua.
 Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas
permukaan dasar yang hendak dicetak.
 Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum menuang dakwat atau
warna.
 Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin.
 Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong
itu
akan terlekat pada belakang pemidang skrin.
 Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas
pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat
atau
warna terkeluar.

Tugasan : Aktiviti menggambar dengan teknik Cetakan kertas pendua


Tugasan : Aktiviti menggambar dengan Cetakan ‘Profilm’/ kaedah Filem
Laker

1.8.19.2 Cetakan Menggunakan Bahan Alam – Aktiviti


Menggambar Teknik Capan

Bahan-bahan alam seperti ubi kentang, daun, bawang, pelepah pisang


sering menjadi pilihan untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual di sekolah rendah dalam bidang Menggambar. Situasi ini
terjadi mungkin disebabkan bahan-bahan tersebut mudah didapati di
persekitaran murid.

45
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Contoh :
Bahan: Kentang, warna air dan kertas
Alatan : Gunting, pisau, berus dan span

1.8.20 Gurisan (Aktiviti menggambar dengan teknik gurisan)

Salah satu teknik menggambar yang menjadi kegemaran murid ialah


teknik Gurisan, di mana teknik ini memerlukan langkah-langkah yang
terperinci dan betul kaedahnya. Guru disarankan melakukan satu
demonstrasi sebelum melakukan aktiviti agar murid lebih faham dan
jelas mengenai langkahlangkahnya. Pastikan ketika aktiviti ini
berlangsung murid memberi perhatian kepada hal-hal kebersihan agar
pakaian mereka tidak tercemar dengan bahan krayon atau pastel.

Scratch art is a unique art form using scratchboard.


Scratchboard is a wooden panel
coated with a layer of white clay and then sprayed with a layer
of black India ink. It
was developed for the professional scratch artist.
reviews.ebay.com/what-isscratchboard

Teknik Gurisan atau ‘grattage’ ialah satu teknik pembentukkan imej


melalui kerja-kerja mengguris atau mengikis semula warna-warna yang
terdapat pada permukaan kertas. Imej yang terhasil adalah dalam
bentuk-bentuk garisan yang menggabungkan pelbagai jenis garisan
seperti silang pangkah (cross hatching), contengan, garisan selari dan
sebagainya. Alat yang digunakan untuk mengguris biasanya yang tajam
di hujungnya seperti jarum, alat jangka lukis dan pisau. Guru harus
sentiasa mengingatkan murid agar mereka sentiasa berhati-hati dengan
alat ini kerana ketajamannya. Imej-imej lanskap, alam benda dan alam
semula jadi boleh dijadikan bahan rujukan dan panduan.

46
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1.8.20.1 Alat dan Bahan Yang Diperlukan dalam kegiatan


(menggambar) Gurisan

 Kertas lukisan
 Alat jangka lukis / pisau / jarum dan lain-lain yang difikirkan sesuai
untuk kerja-kerja mengguris atau mengikis
 Krayon atau pastel minyak (pastel jenis kapur tidak sesuai digunakan)

1.8.20.2 Kaedah Menggambar dengan Teknik Gurisan

 Sediakan lakaran idea tentang tema yang hendak dihasilkan


 Sediakan kertas lukisan atau kadbod berwarna cerah atau hitam
 Mulakan melorek / mewarna dengan warna yang cerah pada lapisan
yang pertama. Gunakan pelbagai jenis warna – pada peringkat ini,
ingatkan murid jangan gunakan hitam sebagai lapisan pertama kerana
imej yang terhasil akan menjadi gelap apabila gurisan / kikisan
dilakukan
 Selepas itu masukkan warna hitam atau warna yang gelap untuk
lapisan
terakhir. Menutupi semua bahagian warna cerah. Pastikan pastel
ditekan lebih kuat untuk mendapatkan lapisan yang lebih tebal
 Boleh juga menggunakan kertas atau kadbod hitam dengan
mewarnakan dengan pastel putih atau warna cerah
 Akhir sekali gunakan alat yang hujungnya tajam untuk mengguris imej
dengan meniru atau berpandukan imej yang telah dilakarkan
terdahulu

47
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

dalam lakaran idea.

Tugasan : karya menggambar Teknik Gurisan yang bertemakan fauna


Tugasan : karya menggambar Tenik Gurisan yang bertemakan imej
geometri
Tugasan : karya menggambar teknik gurisan yang bertemakan alam
semula jadi

1.9 Jenis-Jenis Menggambar


Bidang Menggambar yang telah dijelaskan di atas secara terperinci
hanya
tertakluk kepada jenis lukisan, ilustrasi dan catan sahaja. Sedangkan
bidang
ini mempunyai beberapa jenis lagi yang selama ini, kita tidak sedar.
Antaranya ialah:
 Foto
 Animasi
 Gambar 3 Dimensi
 Ilusi Visual
Jenis-jenis menggambar di atas selain lukisan, ilustrasi dan catan
merupakan jenis yang memerlukan kemahiran teknikal untuk
mengendalikannya, khususnya bidang animasi yang banyak memerlukan
pengetahuan tentang perisian komputer seperti ‘adobe photoshop’,
‘publisher’, ‘painter’ dan lain-lain lagi. Bidang fotografi lebih kepada
penguasaan pengetahuan mengendalikan kamera untuk mengambil
gambar dari sudut-sudut yang menarik yang merangkumi elemen-
elemen Asas Seni Reka serta mempunyai nilai-nilai artistik. Kita kurang

48
PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

didedahkan tentang jenis Gambar 3D. Gambar ini seolah-olah


mempunyai lapisan-lapisan atau ‘layer’ yang menimbulkan ‘effect’
apabila dilihat dari sudut-sudut yang berbeza. Menggambar jenis ilusi
visual adalah paling mencabar. Satu gambar yang merangkumi beberapa
imej atau kesan pada
pandangan mata. Penghasilannya memerlukan daya kreativiti yang
tinggi serta kajian yang mendalam.

Tugasan : karya digital dalam aktiviti menggambar


Tugasan : karya ilusi visual – ‘duck and rabbit’ dalam aktiviti
menggambar
Tugasan : karya ilusi visual dalam aktiviti menggambar

1.10 Rumusan

Bidang Menggambar merupakan salah satu di antara empat bidang yang terdapat dalam
sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR / KSSR. Seseorang guru Pendidikan
Seni Visual (PSV) hendaklah sentiasa memperlengkapkan diri mereka dengan
kemahirankemahiran
yang berkualiti dalam melakukan kegiatan-kegiatan Menggambar agar murid bertambah
yakin dan percaya dengan kemampuan guru. Guru PSV hendaklah sentiasa bersama-sama
dengan guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan koordinasi serta suasana kondusif
dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Selamat menyiapkan tugasan – tugasan dalam aktiviti menggambar !

49

Anda mungkin juga menyukai