Anda di halaman 1dari 2

Pigs, Planes, and Play-Doh Children's Perspectives on Play as Revealed

through Their Drawings (Oleh Pauline Agnieszka Duncan)

Pengenalan

 Konsep orang dewasa terhadap bermain tidak dapat mentafsir pengalaman


sebenar kanak-kanak semasa bermain secara tepat.
 Kajian sekarang lebih tertumpu kepada child-led method dan menggunakan
kaedah yang lebih refleksif: Kanak-kanak diberi kebebasan dan otonomi
sepenuhnya semasa bermain.
 Melukis merupakan alat kajian yang paling popular kerana kanak-kanak
meninggalkan kesan dalam lukisan mereka yang boleh disimpan dan dikaji
selama-lamanya.
 Objektif utama: mengumpulkan perspektif kanak-kanak melalui kajian
terhadap lukisan mereka
 Objektif sampingan: Membina kaedah yang lebih berprinsip untuk
menganalisi dan mengintepretasi lukisan kanak-kanak, menghasil panduan
tentang penggunaan kaedah melukis sebagai alat kajian

Definisi melukis

 Sutton-Smith (1997): bermain sebenarnya berkonsep tidak jelas.


 Pellegrini and Boyd (1993), Ailwood (2003), Harker (2005), and Lindqvist
(2001): susah difahami
 Moyles (2005): perkara yang tidak kekal
 Pellegrini (2009): suatu topik yang kontroversi
 Cohen (2006): bermain bukan semata-mata bermain, ia ada tujuannya

Rangka kerja teori

 Thomson (2008): lukisan boleh menjadi peranan utama dalam komunikasi


kanak-kanak.
 Hodge dan Kress (1988): kanak-kanak menyampaikan mesej melalui
perwakilan dan tanda-tanda semasa melukis - menyampaikan makna
menggunakan tanda-tanda dan simbol.
 Kress (1977): menerangkan bagaimana kanak-kanak khususnya
mewujudkan makna melalui pelbagai mod semiotik (multimodality) seperti
warna, garis, teks, ucapan dan gerak isyarat.
Perspektif kanak-kanak bermain seperti yang dinyatakan di dalam lukisan mereka

 Kanak-kanak menghasilkan pelbagai perwakilan untuk menggambarkan


perspektif mereka semasa bermain.
 Mereka menggambarkan pelbagai mainan kegemaran mereka untuk
perwakilan yang lebih kompleks seperti konsep abstrak.
 Objek yang sering dilukis dalam lukisan kanak-kanak termasuk orang
dewasa, haiwan kesayangan, ahli keluarga tertentu, dan watak-watak rekaan.
 Bermain sebagai pengalaman: setiap kanak mempunyai cara melukis dan
mewakili permainan yang berbeza. Mereka melukis lukisan mengikut
konsepstual masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai