Anda di halaman 1dari 6

SASARAN: Pelajar Tahun 2

STANDARD KANDUNGAN & STANDARD PEMBELAJARAN:

JURNAL YANG DIRUJUK:


ISU-ISU SEMASA: Masalah dalam membaca jam sehingga tidak dapat menyatakan waktu
dalam jam dan minit dengan betul.

KESILAPAN: Membaca angka terdekat dengan jarum jam.


Mengekstrapolasi garisan jarum jam secara tidak lurus.
Resos: Roda Jam

12
11 1
10 2
d
9 3

8 4
7 5
6
Manual Penggunaan

1) Guru mengajar murid-murid tentang konsep masa dan cara menggunakan roda
masa.
2) Guru perlu menerangkan kawasan yang berwarna adalah sama dengan nombor
di atas jam.
3) Sebagai contohnya, pada pukul 8:30, walaupun jarum jam adalah di tengah dua-
dua nombor iaitu 8 dan 9, tetapi waktu tersebut masih disebut sebagai 8:30
kerana jarum jam masih berada di kawasan yang sama warna dengan nombor 8
iaitu biru hitam.
4) Guru menyebut satu masa kepada murid-murid. Contohnya, jam waktu 8:00,
8:15, dan 8:30.
5) Murid-murid dikehendaki untuk menggerakkan jarum minit dan jarum jam
berdasarkan waktu yang disebut oleh guru.
6) Sekiranya guru menyebut jam pukul 8:45, murid perlu menggerakkan jarum jam
di tengah kawasan nombor 8 dan nombor 9 serta jarum minit ke nombor 9.
7) Seterusnya, guru boleh menunjukkan satu masa di atas roda masa kepada
murid-murid.
8) Murid-murid perlu menyebut jam pukul yang ditunjukkan oleh guru.
AKTIVITI-AKTIVITI:
Langkah 1:
Aktiviti mengajar secara konkrit bahan
- Guru menerangkan konsep jam dan pergerakan antara jam dan minit sambil
membuat demostrasi dengan menggunakan jam sebenar.
- Guru meminta murid untuk mewakilkan waktu yang dituliskan pada papan
dengan menggunakan jam sebenar.
- Murid-murid diberi peluang meneroka sendiri kedudukan jarum jam dan jarum
minit bagi waktu yang dinyatakan oleh guru.
- Sementara murid menunjukkan waktu yang diminta, mereka dapat melihat
perkaitan antara pergerakan jarum minit dan jarum jam.
- Murid-murid diberikan lembaran kerja yang meminta murid melukiskan jarum
jam dan minit pada muka jam.

Langkah 2:
Aktiviti “hands-on” untuk menghasilkan jam
- Guru menyediakan bahan-bahan seperti pensel warna, kad manila, gunting,
dan pinggan kertas.
- Murid dikehendaki menggunting kad manila kepada angka 1 sehingga 12 dan
satu jarum panjang dan satu jarum pendek.
- Kemudian, mereka boleh melekatkan angka-angka mengikut pusingan jam
pada pinggan kertas.
- Pelajar diminta mewarnakan jam seperti yang ditunjukkan dalam gambar 1.0.
- Guru menerangkan fungsi jam (rujuk kepada manual penggunaan)
- Kemudian, murid-murid dikehendaki menunjukkan waktu yang dinyatakan
oleh guru dengan menggerakkan jarum panjang dan jarum pendek.

Langkah 3:
Aktiviti Interaktif bercerita
- Guru bercerita sesuatu situasi, contohnya:
Pada pukul 7.30 pagi, Ali dan ibu telah pergi ke pasar untuk membeli ikan dan
sayur. Pada pukul 8.15 pagi, mereka telah bergerak ke kedai makanan untuk
makan sarapan pagi. Pada 9.45 pagi, mereka pun pulang ke rumah.
- Murid dikehendaki berlakon sambil menunjukkan waktu berdasarkan situasi
dengan betul.

Anda mungkin juga menyukai