Anda di halaman 1dari 2

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun 2

Tema dan Tajuk : Keluarga Harmoni/Hobi Mak Usu


Masa : 7.20am-8.20am
Standard Pembelajaran :
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas hidup manusia dengan betul mengikut konteks.
Objektif Pembelajaran :
Perdana
Memahami dan menggunakan kata nama khas hidup manusia, kata nama khas hidup manusia dan
kata ganti nama diri dengan betul mengikut konteks.
Literasi
Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
Induksi
1. Guru membaca petikan ‘Hobi Mak Usu’.
Perdana
1. Murid membaca petikan dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan
intonasi yang betul secara individu, kumpulan dan kelas.
2. Murid menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan kata nama khas hidup manusia.
3. Murid diterapkan dengan nilai-nilai murni.
(Kasih sayang, tolong menolong)
Literasi
1. Guru membimbing murid menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul
dan kemas secara individu.
Penutup
1. Guru merumus isi pelajaran.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Keusahawanan: kreativiti dan inovasi
Bahan Bantu Belajar: Petikan hobi mak usu
Penilaian P&P : Murid memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
Refleksi :
Mata Pelajaran : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Tahun 2
Tema : Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Tajuk : Mengenali Pengguna Jalan Raya
Masa : 8.20am-8.50am
Fokus Utama : 1.7 Pengguna jalan raya
Fokus Sampingan : 1.7.1 Mengenal pasti jenis-jenis pengguna jalan raya yang berbeza.
Refleksi :

Mata Pelajaran : Matematik Tahun 3


Masa : 9.20am-9.50am
Tema/Tajuk : Nombor dan Operasi/ Nombor Bulat Dalam Lingkungan 10 000
Standard Pembelajaran: 1.3 (ii)
Objektif Pembelajaran : Melengkapkan sebarang rangkaian nombor.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Induksi – Guru membawa satu kotak yang mengandungi kertas bernombor. Murid
menyebut nombor pada kertas yang dicabut.
Langkah 1 - Membilang nombor dalam lingkungan 10 000 satu-satu, dua-dua, tiga-tiga
hingga sembilan-sembilan.
Langkah 2 – Murid melengkapkan sebarang rangkaian nombor dalam lingkungan 10 000
secara satu-satu, dua-dua, tiga-tiga hingga Sembilan-sembilan.
Langkah 3 – Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
EMK: Kreativiti dan inovasi
BBB: kotak berisi kertas nombor, lembaran kerja
Penilaian P&P: Murid dapat melengkapkan sebarang rangkaian nombor.
Refleksi:

Anda mungkin juga menyukai