Anda di halaman 1dari 2

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tahun 3

Modul : Komponen Kemahiran


Tajuk : Imbangan kumpulan
Masa : 7.20 – 8.20am
Standard Kandungan Berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan kawalan badan dan
sokongan.
Standard Pembelajaran : 1.2.4, 2.2.2, 5.4.3
EMK : Kreatif dan Inovasi
BBM : Skital, bola besar, gelung rotan
Aktiviti : 1. Memanaskan badan.
2. Kucing Lapar
3. Imbang Bersama-sama
4. Imbang Berkumpulan
5. Persembahan “Formasi Stabil”
6. Menyejukkan badan.
Penilaian P&P : Pentaksiran
Refleksi :

Mata Pelajaran: Pendidikan Kesihatan Tahun 3


Tema: Hargailah kesihatan
Tajuk: Sayangi diri
Masa: 8.20-8.50am
Standard Pembelajaran: 1.1.2
Objektif Pembelajaran: Menjaga kebersihan anggota seksual dan kehormatan diri.
Aktiviti P&P
Induksi : Murid menyanyikan lagu ‘Bangun Pagi’.
Langkah 1 : Guru bersoaljawab dengan murid tentang senikata lagu yang telah dinyanyikan.
Langkah 2 : Guru bersoaljawab dengan murid tentang anggota seksual seperti bibir, payu
dara,punggung dan genital.
Langkah 3 : Guru bersoaljawab dengan murid tentang kepentingan menjaga kebersihan anggota
seksual.
Penutup : Guru menerangkan kepada murid tentang pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang
sihat.
EMK: kreativiti dan inovasi
BBM: gambar tubuh badan
Penilaian P&P: Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
Refleksi:
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun 2
Tema dan Tajuk : Keluarga Harmoni/Hari Keluarga
Masa : 10.20-11.20pm
Standard Pembelajaran :
3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang
kemas.
Objektif Pembelajaran :
Perdana & Freshie Perdana
Menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau
lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta
tulisan yang kemas dan cantik.
Literasi
Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan
ayat dengan betul.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
Induksi
1. Murid menyanyikan lagu ‘saya budak pandai’ sambil bertepuk tangan.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang seni kata lagu.
Perdana
1. Murid membaca dan menulis ayat tunggal yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong,
vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
2. Murid diterapkan dengan nilai-nilai murni.
(Kasih sayang, tolong menolong)
Freshie Perdana
1. Guru membimbing murid membaca dan menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga
suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul
serta tulisan yang kemas dan cantik secara individu.
Literasi
1. Guru membimbing murid membaca ayat tunggal yang mengandungi dua atau tiga suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul serta tulisan
yang kemas dan cantik secara individu.
Penutup
1. Guru merumus isi pelajaran.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Keusahawanan: kreativiti dan inovasi
Bahan Bantu Belajar
Perdana & Freshie Perdana
1. kad ayat, lirik lagu
Linus
1. Lirik lagu, kad ayat, kad suku kata

Penilaian P&P : Murid menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan
kemas.

Refleksi :

Anda mungkin juga menyukai