Anda di halaman 1dari 3

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tahun 2

Modul : Komponen Kemahiran


Tajuk : Kelajuan pergerakan
Masa : 7.20 – 8.20am
Fokus Pembelajaran : Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan kelajuan.
Standard Pembelajaran : 1.1.2, 2.1.3, 5.2.2
EMK : Kreatif dan Inovasi
BBM : Skital, gelung
Aktiviti : 1. Memanaskan badan.
2. Meniru pergerakan haiwan.
3. Segitiga haiwan.
4. Permainan kecil ‘Musang dan ayam’.
5. Menyejukkan badan.
Penilaian P&P : Pentaksiran.
Refleksi :

Mata Pelajaran: Pendidikan Kesihatan Tahun 2


Tema: Kesihatan fizikal
Topik: Kesihatan Diri dan Reproduktif
Masa: 8.20-8.50am
Standard Pembelajaran: 1.1.2
Objektif Pembelajaran: Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek yang mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
Aktiviti P&P
Induksi : Tayangan video bersukan.
Langkah 1 : Guru bersoaljawab dengan murid tentang apakah aktiviti yang dilakukan dalam video
yang ditonton.
Langkah 2 : Guru bersoal jawab dan membincangkan aktiviti fizikal yang dapat menyumbang dan
mencapai perkembangan fizikal yang sihat.
Langkah 3 : Murid menyenaraikan aktiviti fizikal.
Penutup :Guru menerangkan aktiviti fizikal yang dapat menyumbang dan mencapai perkembangan
fizikal yang sihat.
EMK: Keusahawanan – Daya tahan kental
BBM: Laptop
Penilaian P&P: Murid boleh menceritakan secara lisan tentang aktiviti fizikal yang dapat
menyumbang dan mencapai perkembangan fizikal yang sihat.
Refleksi:
Mata Pelajaran : Matematik Tahun 3
Masa : 10.20am-11.20am
Tema/Tajuk : Nombor dan Operasi/ Nombor Bulat Dalam Lingkungan 10 000
Standard Pembelajaran: 1.2 (ii)
Objektif Pembelajaran : Menulis dalam perkataan sebarang nombor hingga 10 000 yang diberi
dalam bentuk angka.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Induksi – Guru membawa satu kotak yang mengandungi kertas bernombor. Murid
menyebut nombor pada kertas yang dicabut.
Langkah 1 - Murid diminta untuk menamakan nilai nombor pada kertas yang dicabut.
Langkah 2 – Murid menulis nombor itu dalam perkataan.
Langkah 3 – Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
EMK: Kreativiti dan inovasi
BBB: kotak berisi kertas nombor, lembaran kerja
Penilaian P&P: Murid dapat menulis nombor hingga 10 000.
Refleksi:
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun 2
Tema dan Tajuk : Keluarga Harmoni/Hari Keluarga
Masa : 11.20-12.20am
Standard Pembelajaran :
Perdana & Freshie Perdana
4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.
Objektif Pembelajaran :
Perdana & Freshie Perdana
Menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak lagu secara
didik hibur.
Literasi
Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan
ayat dengan betul.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
Induksi
1. Murid menyanyikan lagu ‘saya budak pandai’ sambil bertepuk tangan.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang seni kata lagu.
Perdana
1. Murid menyanyikan lagu dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan
intonasi yang betul secara individu, kumpulan dan kelas.
2. Guru berbincang tentang senikata lagu.
3. Murid diterapkan dengan nilai-nilai murni.
(Kasih sayang, tolong menolong)
Freshie Perdana
1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas,
mengikut tanda baca dan intonasi yang betul secara individu.
2. Guru berbincang tentang senikata lagu.
Literasi
1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas,
mengikut tanda baca dan intonasi yang betul secara individu.
Penutup
1. Guru merumus isi pelajaran.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Keusahawanan: kreativiti dan inovasi
Bahan Bantu Belajar
Perdana & Freshie Perdana
1. Petikan, lirik lagu
Linus
1. Lirik lagu, kad perkataan, kad suku kata
Penilaian P&P : Murid menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara
didik hibur.

Refleksi :

Anda mungkin juga menyukai