Anda di halaman 1dari 8

Membongkar kekeliruaan Dalam Agama Kristian - Bhg.

Islam (I) - Kristian (K).

(I) Semenjak bilakah saudara memeluk agama Kristian?


(K) Semenjak saya dilahirkan.

(I) Apakah saudara benar2 mempelajari bahawa agama Kristian itu satu agama yang paling benar?
(K) Ya! memang saya meyakininya.

(I) Akapah saudara berkeyakinan bahawa kitab Bible itu suci?


(K) Ya,amat yakin.

I) Dari siapakah pengertian saudara bahawa Bible itu dari Tuhan Yang Maha Suci?

(K) Guru saya yang menerangkan bahawa Bible adalah kitab suci yang mengandungi pengajaran
Tuhan Isa yang dicatat oleh rasul2 Matius,Lukas,Johanes dan Markus.

(I) Apakah suci pada Bible itu bermaksud bahawa Bible itu bersih daripada kesalahan2?

(K) Betul demikian.Tetapi kesalahan yang bagaimana yang ustaz maksudkan?

(I) Misalnya: Pada suatu ketika ada orang mengkhabarkan kepada saudara bahawa A sakit,sedangkan
orang lain memberitahu bahawa ketika itu A tidak sakit.Apakah kedua-duanya berita itu benar
semuanya atau salah semuanya,atau salah satunya yang benar?

(K) Diantara kedua-duanya itu tentu salah satu yang benar,atau kedua-duanya salah dan mustahil
kedua-duanya benar.

(I) Satu misal lain: Ada orang berkata bahawa A mempunyai 3 orang anak dan seorang lain
mengatakan A mempunyai 10 orang anak.Apakah kedua-dua ayat itu benar semuanya atau salah
semuanya atau salah satu ayat sahaja yang benar?

(K) Tidak mungkin benar semuanya,bahkan salah satu sahaja yang benar atau salah semuanya.

(I) Kalau saya katakan benar semuanya,bagaimana pendapat saudara?

(K) Itu adalah mustahil,kerana ternyata ada percanggahan diantara kedua-duanya.

(I) Sekiranya ada suatu kitab suci yang ayat2 didalamnya diantara yang satu dgn yang lain ada yang
bercanggahan,apakah kitab itu dinamakan kitab suci?

(K) Tentu bukan kitab suci,kerana yang dinamakan kitab suci itu adalah Ilham (Wahyu) dari
Tuhan,yang mustahil terdapat kesalahan atau percanggahan.Yang jelas diantara ayat2nya pasti
bukan dari Tuhan,atau sudah dicampur adukkan dengan tangan manusia sehingga kesuciannya
ternoda.Ertinya sudah tidak suci lagi.

(I) Kalau misalnya di dalam Bible terdapat pertentangan diantara satu ayat dengan ayat yang
lain,apakah saudara berkeyakinan Bible itu kitab suci?

(K) Saya tidak yakin bahawa kitab Bible tidak suci.Lainlah kalau ada bukti2 yang nyata yang
menunjukkan ayat2nya bercanggah diantara satu dengan yang lainnya,yang dapat menimbulkan
keraguan saya tentang kesuciannya.Menurut penelitian ustaz,apakah di Bible ada ayat2 yang
bercanggah?

(I) Ya,banyak yang bercanggah.

(K) Didalam kitab Perjanjian Lama atau di dalam kitab Perjanjian Baru?

(I) Kedua2nya terdapat beberapa percanggahan diantara ayat dengan ayat yang lain.

(K) Di bab dan fasal apa serta ayat berapa?

(I) Supaya berurutan,saya bahagikan kpd beberapa fasal; Pertama masalah "Ketuhanan Isa",kerana
masalah Ketuhanan adalah termasuk kepercayaa pokok pada tiap2 agama.Jadi masalah ini sangat
perlu didahulukan.Sesudah itu kita berpindah kpd permasalahan lain yang berhubung dgn agama
Kristian yang termaktub didlm kitab Bible,Bagimana pendapat saudara?

(K) Baiklah saya setuju dgn pendapat ustaz.

(I) Sekarang saya ingin bertanya.Apakah alasan saudara Isa itu anak Tuhan?

(K) Dalam "Matius" fasal 3 ayat 17 menyebutkan demikian:"Maka tiba2 suatu suara dari langit
menyatakan:"Inilah anakKu yang Kukasihi,kepadanya Aku berkenan".Juga di "Lukas" fasal 4 ayat
41,menyebutkan bahawa Isa itu Anak Allah.

(I) Kalau begitu sila buka "Matius" ,fasal 5 ayat 9.

(K) Baiklah.Dalam fasal dan ayat itu menyebutkan:"....Dirahmati segala orang yang mendamaikan
manusia,kerana mereka itu dinamakan anak2 Allah...."

(I) Berdasarkan ayat tersebut,yang dimaksudkan "Anak Allah" itu ialah orang2 yang dihormati seperti
Nabi2.Kalau Isa dianggap anak Allah maka semua orang yang mendamaikan manusia pun menjadi
anak2 Allah juga.Jadi bukan "Isa" sahaja "Anak Allah",tetapi ramai "Anak2 Allah".

(K) Dalam "Yahya" fasal 14 ayat 9 disebutkan:"....sesiapa yang sudah melihat Aku dia sedah melihat
Bapa..." dan diayat 10 disebutkan:"Tiadalah engkau percaya bahawa Aku ini didlm Bapa, dan Bapa
pun di dalam Aku? Segala perkataan yang Aku katakan kepadamu bukanlah Aku katakan kehendak
sendiri,melainkan perbuatan Bapa yang tinggal didalam Aku.Dialah yang mengadakan segala
perbuatan itu.

(I) Baiklah,sila saudara periksa "Yahya",fasal 17 ayat 23.

(K) Baiklah,Difasal ini disebutkan bahawa:"Aku didalam mereka itu,dan Engkau didalam Aku,supaya
mereka itu sempurna didalam persekutuan..."

(I) Perhatikan diayat ini ada tersusun "Aku didalam mereka".Perkataan "mereka" diayat ini adalah
sahabat2 Isa.Sedang yang dimaksudkan dengan 'Aku' ialah Tuhan.Jadi perkataan "Aku di dalam
mereka" Tuhan berserta sahabat2 Isa.Jadi Tuhan itu berserta Isa dan sahabat Isa.Kalau saudara
percaya kesatuan Isa dgn Bapa,maka saudara pun mesti percaya tentang kesatuan Bapa dengan
sekalian sahabat Isa yang 12 orang jumlahnya.Jadi bukan Isa dan Roh Suci sahaja menjadi satu
dengan Tuhan tetapi harus ditambah 12 orang lagi.Ini namanya "Persatuan Tuhan" atau "Tuhan
Persatuan",bukan hanya Tritunggal tetapi 15 tunggal! Jadi berdasarkan percanggahan ayat2 tersebut
yang manakah yang benar? 3 menjadi tunggalkah atau 15 menjadi tunggal?

(K) Tunggu dulu ustaz, ini membingungkan saya.

Membongkar Kekeliruaan Dalam Agama Kristian..


Bahagian (3)

Ustaz : Sila periksa kitab "Raja-raja yang Kedua", fasal 5 ayat 10 dan ayat 11.

Anthonius : Baiklah. Di fasal dan ayat itu menyebutkan bahawa Elisa dapat menyembuhkan
seorang pesakit kusta bernama Naaman.

Ustaz : Jadi Elisa pun dapat menyembuhkan orang buta dan orang berpenyakit kusta, malah
dapat menghidupkan orang mati, mengapa tidak diangkat menjadi Tuhan?

Anthonius : Tetapi kejadian Isa tanpa percampuran lelaki dengan isterinya merupakan
kelebihan roh Isa dan roh Elisa.

Ustaz : Asal kejadian Nabi Adam tanpa ibu dan bapa. Mengapa Adam tidak di anggap
Tuhan ? Hawa yang asal kejadiannya tanpa ibu pun boleh dianggap juga Tuhan wanita.

Anthonius : Tetapi Adam dan Hawa kedua-duanya berdosa.

Ustaz : Kalau begitu Isa pun berdosa, kerana Isa keturunan Mariam, sedang Mariam
keturunan Adam dan Hawa.Isa sendiri pernah dibawa Iblis kepuncak gunung. Layakkah
Tuhan dibawa Iblis?

Anthonius : Dimana cerita itu disebutkan?

Ustaz : Di Bibel.Sila saudara teliti " Lukas", fasal 4 ayat 5.

Anthonius : Baiklah. Di situ menyebutkan: " Maka Iblis pun membawa dia kepuncak
gunung…"

Ustaz : Suatu kejadian aneh. Tuhan dbawa Iblis yang bererti dia tunduk kepada kemahuan
Iblis !

Anthonius : Walaupun demikian Isa tetap suci dari kesalahan dan dosa.

Ustaz : Para Nabi lainnya pun suci dari dosa. Tetapi mereka tidak menganggap diri mereka
sebagai Tuhan,malah Isa sendiri pun tidak mengaku Tuhan walaupun pengikut-pengikutnya
mempertahankan ketuhanannya.

Anthonius : Bukan begitu, Nabi-nabi melakukan dosa tetapi Isa tidak.

Ustaz : Nabi-nabi yang berbuat dosa atau kesalahan itu telah bertaubat, lalu diampunkan oleh
Tuhan,sebagaimana juga Isa pernah minta ampun dan diampuni Tuhan. Mereka para Nabi
diberi ampun, ertinya dosa mereka telah habis lalu mereka dikatakan bersih dari dosa dan
kesalahan.

Anthonius : Di manakah menyebut bahawa Isa meminta ampun kepada Tuhan?

Ustaz : Sila saudara teliti sendiri di "Matius" fasal 6 ayat 12.

Anthonius : Baiklah. Di fasal dan ayat tersebut menyebutkan: " Dan ampunilah kami di atas
segala kesalahan kami,sebagaimana kami ini telah memaafkan orang-orang yang bersalah
terhadap kami."

Ustaz : Jelas Isa sendiri meminta ampun akan kesalahannya. Jadi dia pernah terbuat
kesalahan.

Anthonius : Tetapi ayat ini menyebutkan bahawa Isa suka memberi maaf kepada semua
kesalahan orang terhadapnya.

Ustaz : Kalau begitu, kita pun sama. Kita pun bersedia memberi maaf kepada orang-orang
yang berbuat kesalahan kepada kita.

Anthonius : Tapi tidak ada manusia selain Adam yang dilahirkan kedunia tanpa bapa
melainkan Isa sahaja. Jadi masih dapat dibenarkan kalau Isa disebut putera Tuhan, atau "Anak
Tuhan".

Ustaz : Kalau misalnya ada seorang manusia yang dilahirkan tanpa bapa dan ibu, maka orang
itu pasti saudara akui sebagai lebih berhak menduduki jabatan Tuhan daripada Isa yang
dilahirkan tanpa bapa sahaja.

Anthonius : Tetapi di dalam sejarah manusia belum pernah ada, dan mustahil adanya.

Ustaz : Kalau sekiranya ada, maka yang manakah di antara keduanya yang lebih tinggi darjat
Ketuhanannya:antara Isa yang dilahirkan hanya tanpa bapa sahaja dengan manusia yang
dilahirkan tanpa bapa dan ibu.

Anthonius : Menurut akal sudah pasti manusia yang dilahirkan tanpa bapa dan ibu itu lebih
tinggi darjat ketuhanannya kerana ia dilahirkan lebih ajaib keadaannya daripada kelahiran Isa.

Ustaz : Benarkah demikian pendapat saudara?

Anthonius : Ya, saya akui manusia yang demikian lebih ajaib daripada Isa. Tetapi saya minta
supaya ustaz tunjukkan di dalam kitab mana, dan ustaz harus mengambil dari kitab yang
terkenal, bukan dari buku-buku dongeng atau cerita-cerita khayalan sahaja.

Ustaz : Supaya cepat selesai urusan ini, sila saudara lihat " Ibrani", fasal 7 ayat 1,2 dan 3.

Anthonius : Baiklah. Di fasal dan ayat ini menyebutkan seperti berikut: " Adapun Malkisedik
iaitu raja di Salem dan Paderi Allah Ta'ala yang pernah berjumpa dengan Ibrahim tatkala
Ibrahim kembali daripada menewaskan raja-raja juga memberkati Ibrahim." "Kepadanya juga
Ibrahim memberi bahagian sepuluh esa, makna Malkisedik itu pertama-tama diterjemahkan
ertinya: raja keadilan," kemudian juga raja di Salem, bererti "raja perdamaian,"..yang tiada
berbapa, tiada beribu, tiada bersalahsilah dan tiada berawal…"

Ustaz : Cukup. Saudara telah membaca di kitab saudara sendiri, bahawa Malkisedik seorang
raja di Salem yang tidak mempunyai bapa dan ibu bahkan salahsilahnya. Sesuai dengan
pendapat saudara, apakah cerita yang disebutkan dalam kitab suci saudara ini berupa
dongengan atau cerita kosong atau khayalan? Kalau dikatakan dongeng atau cerita khayalan,
maka apakah saudara akan terima kalau ada yang mengatakan bahawa kitab suci saudara ada
mengandungi cerita-cerita khayalan atau dongeng yang dibuat-buat? Dan kalau saudara masih
mempertahankan kesucian kitab saudara itu mengapakah saudara tidak mengangkat
Malkisedik menjadi Tuhan juga, malah jabatan ketuhanannya tentunya lebih tinggi daripada
Isa kerana berpegang dengan pendirian saudara sendiri bahawa kelahiran Malkisedik itu lebih
ajaib daripada Isa kerana Isa dilahirkan tanpa bapa sedangkan Malkisedik dilahirkan tanpa
bapa dan ibu. Selain itu Malkisedik dilahirkan masih mempunyai kelebihan lagi daripada Isa
karena Isa dilahirkan dengan bersalahsilah, iaitu dari Mariam, sedangkan menurut Bibel
sendiri Malkisedik dilahirkan tanpa salahsilah samasekali. Apakah saudara masih akan
mempertahankan ketuhanan Isa?

Anthonius : Saya tidak faham dan merasa bingung !

Ustaz : Tidak faham tak mengapa. Dan bingung sebenarnya tidak apa-apa, kerana kalau sudah
faham, rasa bingung akan lenyap dengan sendirinya.

Anthonius : Ya, saya membenarkan keterangan ustaz. Tetapi dalam kitab Injil " Johanes" fasal
1 ayat 1 dan 2 menyebut: " Maka pada mulanya ada Kalam, dan Kalam itu berserta dengan
Allah, dan Kalam itu Allah. Dia itu pada mulanya berserta dengan Allah." Perkataan 'Dia' di
ayat ini maksudnya ialah 'Isa'. Jadi Isa berserta dengan Allah.

Ustaz : Dalam susunan ayat tersebut terdapat kata penghubung iaitu 'serta' atau 'berserta'.
Kalau ada orang berkata " Salim berserta dengan Amin" maka semua orang memahami
bahawa Salim tetap Salim dan bukan Amin. Jadi berdasarkan ayat Bibel yang saudara baca
dengan susunan 'Dia' (Isa) beserta Allah, kita dapat fahami bahawa Isa bukan Allah, dan Allah
bukan Isa. Jelaslah bahawa Isa tidak sama dengan Allah; dengan kata lain, Isa bukan Tuhan.
Dan di ayat itu juga disebutkan bahawa Kalam itu Allah.Padahal Kalam itu bukan Allah dan
Allah bukan Kalam. Jadi Allah lain dan Kalam pun lain.
Anthonius : Bagaimana kalau Isa disebut saja sebagai Anak Tuhan ?

Ustaz : Saya sudah jelaskan tentang itu pada saudara dalam perbincangan kita yang lalu dan
saudara telah mengakui kebenaran keterangan saya. Sekarang saya tambah, "Kalau Tuhan itu
beranak, baik anakNya berupa manusia seperti Isa atau lainya, maka Keesaan Tuhan sudah
ternoda kerananya". Sedang kita tidak mungkin menodai Keesaan Tuhan.

Anthonius : Tetapi dalam kitab "Wahyu", fasal 22 ayat 13 menyebutkan: " Aku inilah Alif
dan Ya, yang Terdahulu dan yang Terkemudian, yang Awal dan yang Akhir."

Ustaz : Rangkaian perkataan itu bukan perkataan Isa sendiri tetapi firman Allah kepada Isa.
Bukti kebenaran perkataan saya ini boleh saudara periksa di kitab " Wahyu ", tersebut fasal 21
ayat 6.

Anthonius : Baik, fasal dan ayat ini menyebutkan: "…telah genap sudah! Aku inilah Alif dan
Ya, iaitu yang Awal dan yang Akhir.."

Ustaz : Jelas ayat itu menyebutkan: " Maka firmanNya kepada ku" ; siapakah yang berfirman
kepada ku (Isa) di ayat ini ?

Anthonius : Tentulah Allah yang berfirman.

Ustaz : Jadi yang berfirman " Aku inilah Alif dan Ya, iaitu yang Awal dan Akhir", bukan
perkataan Isa sendiri, tetapi firman Allah kepada Isa.

Anthonius : Di dalam " Johanes" fasal 8 ayat 58, Isa berkata: "…sebelum Ibrahim aku sudah
ada." Jadi bolehlah Isa itu dianggap permulaan.

Ustaz : Kalau Isa dikatakan ' Permulaan', maka itu pun tidak benar. Kerana pada mulanya Isa
itu tidak ada, lalu dilahirkan oleh Mariam dan sesudah itu Isa mati walaupun ia dikatakan
hidup lagi. Dan orang sudah mati itu tidak boleh dikatakan " Seorang yang terkemudian." dan
kalau Isa itu hidup lagi, tidak boleh dikatakan permulaan'. Jadi, terang dan jelas bahawa Isa
itu bukan ' Permulaan', bukan pula yang 'Terkemudian' ",
bukan ' yang Awal ' dan bukan ' yang Akhir '.

Anthonius : Saya jadi makin tidak faham, malah semakin bingung kerana pada mulanya Isa
itu tidak ada, lalu dilahirkan oleh Mariam dan sesudah itu Isa itu mati. Yang pada mulanya
tidak ada tidak boleh disebutkan Permulaan '. Dan kalau Isa pernah mati, mustahil juga
disebut " Yang Terkemudian".

Ustaz : Supaya lebih jelas kepada saudara maka saya ajukan pertanyaan lagi : Andaikata Isa
disebut 'Permulaan' , maka apakah dengan dasar ini saudara mengakui bahawa Isa itu Tuhan?

Anthonius : Ya, betul begitu.

Ustaz : Kalau demikian, bagaimanakah anggapan saudara kalau sekiranya dalam kitab suci
saudara ada menyebutkan bahawa ada seorang manusia yang tidak ada permulaanya dan tidak
ada kesudahannya; apakah manusia itu akan diakui Tuhan juga oleh saudara?
Anthonius : Di fasal manakah yang menyebutkan demikian ?

Ustaz : Sebelum saya tunjukan, apakah saudara masih tetap berpendirian akan mengakui
sebagai Tuhan seseorang yang tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahannya sebagaimana
saudara bertuhan kepada Isa ?

Anthonius : Kalau betul ada, tentu saya was-was atau sekurang-kurangnya meragui kebenaran
Isa sebagai Tuhan.

Ustaz : Sudah tentu saudara mengakui Tuhan kedua-duanya. Dengan lain-lain kata disamping
Isa ada lagi Tuhan tambahan.

Anthonius : Ya, betul begitu. Tetapi tentu sahaja keyakinan saya menjadi tambah tidak
menentu. Di fasal manakah ada menyebutkan bahawa ada seorang manusia yang tidak ada
permulaan dan kesudahannya ?

Ustaz : Saya telah katakan, di kitab suci saudara sendiri. Sila buka " Ibrani" fasal 7 ayat 2 dan
3.

Anthonius : Baiklah, seperti tadi sudah kita baca sampai baris 1 ayat 3 dari fasal tersebut
sebagai berikut: "… Malkisedik yang tiada berbapa dan tiada beribu dan tiada bersalahsilah
dan tiada berawal dan tiada berkesudahan hidupnya, bahkan ia diserupakan Anak Allah, maka
kekallah ia selama-lamanya…"

Ustaz : Bagaimanakah perasaan saudara dengan susunan ayat ini? Berdasarkan ayat ini bukan
Isa sahaja yang menjadi 'Permulaan' tetapi juga Malkisedik.

Anthonius : Keyakinan saya memang menjadi goyang terhadap Ketuhanan Isa.

Ustaz : Ragu-ragu atau tidak terserah kepada saudara, yang jelas tidak ada niat sama sekali
untuk mengajak saudara meninggalkan Agama Kristian. Yang penting adalah kajian dan
penelitian semata-mata. Meneliti dan menganalisa terhadap sesuatu adalah hak semua orang,
asalkan penelitian itu benar-benar tidak menganggu ketenteraman umum.

Anthonius : Terima kasih. Dan saya masih akan bertanya lagi pada Ustaz. Maklumlah saya ini
sedang mencari kepuasan yang boleh menimbulkan keyakinan saya dalam memeluk Agama.

Ustaz : Silalah saudara bertanya. Keyakinan itu timbul setelah menyelidiki dan meneliti
dengan puas. Di dalam Agama Islam tidak ada paksaan. Yang penting menyampaikan
dakwah, tidak lebih dari itu. Teruskan pertanyaan saudara.

Anthonius : Setelah kita berdailog tentang ketuhanan Isa, timbullah keraguan dalam hati
saya.! Tetapi adakah ustaz masih bersedia menunjukkan ayat-ayat Bibel yang menyatakan
dengan jelas Isa itu bukan Anak Tuhan ?

Ustaz : Walaupun saya telah tunjukkan ayat-ayat Bibel sendiri mengenai pengakuan Isa
sendiri bahawa Tuhan itu Esa, kerana permintaan saudara, saya akan penuhi juga. Tetapi
adalah lebih elok kita teruskan malam esok sahaja kerana waktu sudah jauh malam ( Jam
12.25 mlm ) !
Anthonius : Ya, Terima kasih. Malam esok saja kita teruskan.

Anda mungkin juga menyukai