Anda di halaman 1dari 23

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN MODEL ASSURE

Tarikh

18 September 2013

Kelas

5 Ceria

Tempoh

1 jam

Masa

9:15 10:15 pagi

Bilangan Pelajar

25 orang

Mata Pelajaran

Bahasa Melayu

Tema

Pekerjaan

Tajuk

Jenis-jenis pekerjaan

Pengetahuan sedia ada pelajar

Pelajar-pelajar telah mengetahui


pelbagai jenis pekerjaan.

Objektif pengajaran

Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:


-

Berbual tentang jenis-jenis pekerjaan dengan menggunakan ayat yang betul


Memberikan contoh pekerjaan mengikut urutan klip video yang ditayangkan.
Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 2 bagi setiap gambar pekerjaan dengan

betul.
Menjelaskan kepentingan pekerjaan yang terdapat di dalam klip video kepada

manusia dengan betul .


Menulis karangan pendek mengenai pekerjaan ayah saya.

Isi Pelajaran

Fokus utama
1.1

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan


menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1 :Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan
menggunakan bahasa yang sesuai.

Fokus sampingan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan majmuk.
Aras 1 :Menulis dan membina perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang
betul dan tulisan cantik.
Kemahiran Bahasa

: Kemahiran bertutut, menulis dan mendengar

Sistem Bahasa

: Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan


dan intonasi

Ilmu

: Bahasa Melayu, Kajian Tempatan

Nilai-nilai murni

: Bekerjasama , bertanggungjawab, menghormati

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)


Kemahiran Bernilai

: Membuat perbezaan, membuat inferens dan kemahiran


mengkategori.

Kemahiran Belajar

: Membina maklumat, memproses dan melaporkan.

Kecerdasan Pelbagai

: Kinestetik, intrapersonal, interpersonal

Pengetahuan sedia ada

: Menyatakan pengalaman dan pengetahuan sedia ada


dengan ayat yang mudah.

BBB

Langkah Penyampaian:

: Klip Video, power point, lembaran kerja

Langkah

Isi pelajaran

Kaedah penyampaian

Set

1.Pertujukan klip video

1.Guru menayangkan klip video bertajuk Strategi P &P

Induksi
5 minit

CD ROM :Jenis

Jenis-jenis pekerjaan

guru dan pelajar.

Kaedah:
Perbincangan

pekerjaan
2.Soal jawab antara

Catatan

2. Pelajar menonton klip video sambil


mengenalpasti jenis pekerjaan yang
ditunjukkan berdasarkan lagu.
3.Guru dan murid bersoal jawab

Teknik :
Soal jawab
Kecerdasan

tentang pekerjaan yang terdapat

pelbagai

di dalam lagu yang telah

Muzik

diperdengarkan .
Penggunaan
Contoh soalan:

media:

A.Apakah cerita yang disampaikan

-CD ROM

dalam klip video ini?


B.Sebutkan contoh-contoh pekerjaan
yang dipaparkan melalui tayangan

Nilai:

CD.

Keyakinan

C.Apakah tugas utama yang dilakukan


dalam setiap klip video tersebut?

Langkah 1
10 minit

1.Penerangan guru

1.Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan

Strategi P &P

tentang jenis-jenis

tajuk yang akan diajar iaitu

pekerjaan.

Jenis jenis pekerjaan sambil

Kaedah:

mempamerkan contoh-contoh gambar

Demontrasi

2.Penggunaan bahan

pekerjaan yang terdapat di Malaysia


Teknik:

maujud.
3.Menyentuh dan
Menyebut bahanbahan maujud.

2.Guru

juga

bersoal

jawab

tentang

Soal jawab

tugas- tugas utama pekerjaan tersebut.


Contoh soalan:

Bahan:

Apakah tugas utama sebagai seorang Gambar


guru di sekolah?

pekerjaan

3. Pelajar-pelajar melihat gambar yang Nilai:


ditunjukkan

dan

menjawap

soalan Bersyukur

daripada guru.

Langkah 2
15
minit

1.Pelajar menonton
slaid powerpoint.
2.Pelajar mencatat
jenis pekerjaan

1.Pelajar-pelajar menonton slaid

Strategi P & P

powerpoint tentang pekerjaan yang


yang terdapat yang terdapat di Malaysia.
2.Guru meminta pelajar mencatat jenis

yang dilihat melalui

pekerjaan yang ditayangkan untuk

slaid.

tujuan perbincangan.
Contoh :

Kaedah:
Bercerita
Teknik:
Soal jawab

Catatkan jenis-jenis pekerjaan yang

Pengulangan

terdapat dalam slaid powerpoint yang

Maklumat

ditayangkan dalam lembaran kerja yang


disediakan.
Penggunaa
media:
3.Guru mengimbas kembali ingatan
murid tentang penerangan secara

-Slaid
powerpoint

lisan oleh guru di langkah 1.

-Komputer

- Pelajar memperihalkan tentang -Lembaran


pekerjaan berdasarkan gambar yang

Kerja

telah ditayangkan.
Contoh :

Nilai:

Murid menceritakan dengan

usaha

permulaaan ayat seperti berikut:

Fungsi seorang guru adalah untuk


mendidik dan memberikan ilmu
kepada anak muridnya.

Tugas
untuk
negara.

seorang
menjaga

tentera

adalah

keselamatan

Langkah 1
10 minit

1.Penerangan guru

1.Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan

Strategi P &P

tentang jenis-jenis

tajuk yang akan diajar iaitu

pekerjaan.

Jenis jenis pekerjaan sambil

Kaedah:

mempamerkan contoh-contoh gambar

Demontrasi

2.Penggunaan bahan

pekerjaan yang terdapat di Malaysia


Teknik:

maujud.
3.Menyentuh dan
Menyebut bahanbahan maujud.

2.Guru

juga

bersoal

jawab

tentang

Soal jawab

tugas- tugas utama pekerjaan tersebut.


Contoh soalan:

Bahan:

Apakah tugas utama sebagai seorang Gambar


guru di sekolah?

pekerjaan

3. Pelajar-pelajar melihat gambar yang Nilai:


ditunjukkan

dan

menjawap

soalan Bersyukur

daripada guru.

Langkah 2
15
minit

1.Pelajar menonton
slaid powerpoint.
2.Pelajar mencatat
jenis pekerjaan

1.Pelajar-pelajar menonton slaid

Strategi P & P

powerpoint tentang pekerjaan yang


yang terdapat yang terdapat di Malaysia.
2.Guru meminta pelajar mencatat jenis

yang dilihat melalui

pekerjaan yang ditayangkan untuk

slaid.

tujuan perbincangan.
Contoh :

Kaedah:
Bercerita
Teknik:
Soal jawab

Catatkan jenis-jenis pekerjaan yang

Pengulangan

terdapat dalam slaid powerpoint yang

Maklumat

ditayangkan dalam lembaran kerja yang


disediakan.

Penggunaa
3.Guru mengimbas kembali ingatan

media:

murid tentang penerangan secara

-Slaid

lisan oleh guru di langkah 1.

powerpoint

- Pelajar memperihalkan tentang -Komputer


pekerjaan berdasarkan gambar yang
telah ditayangkan.

-Lembaran
Kerja

Contoh :
Murid menceritakan dengan

Nilai:

permulaaan ayat seperti berikut:

usaha

Fungsi seorang guru adalah untuk


mendidik dan memberikan ilmu
kepada anak muridnya.

Tugas
untuk
negara.

seorang
menjaga

tentera

adalah

keselamatan

Langkah 3

1.Penerangan guru

1. Pelajar-pelajar diberi bimbingan

10

tentang kepentingan

tentang jenis-jenis pekerjaan dan

minit

setiap pekerjaan yang

kepentingan kepada negara.

ditujukkan.

dalam bentuk peta

Kaedah:
Demonstrasi

Contoh:
2.Menulis maklumat

Strategi P&P

Perbincangan

Guru: mendidik dan memberikan ilmu


pengetahuan.

minda.

Teknik :
Soal jawab

Tentera: menjaga keamanan dan


3.Murid menerangkan

keselamatan negara.

hasil perbincangan

Penggunaan
Media :

Bomba: memadamkan api semasa

Slaid

kebakaran

point

power

Peta minda
Nilai:
Bekerjasama

2.Guru menerangkan dan membimbing

Kemahiran

murid membuat peta minda sambil

berfikir:

mengedarkan kertas dan pen marker.

Kritis
kreatif

3.Guru melukis contoh peta minda di


papan putih
4.Murid menyiapkan peta minda iaitu
contoh-contoh pekerjaan dalam bentuk
peta minda.

dan

Makanan yang
mengadungi
karbohidrat

Langkah 4
15 minit

1.Murid dibimbing

1.Guru membimbing murid cara-cara

membuat buku

untuk membuat buku skrap

skrap.

berpandukan peta minda.

Strategi P & P
Kaedah:
-Demonstrasi

2.Murid membina ayat

2. Guru mengedarkan kertas

Perbincangan

tunggal

warna , gam dan gambar- gambar

berdasarkan gambar

pelbagai jenis makanan kepada

Teknik :

dalam buku skrap.

setiap kumpulan.

Bimbingan

3.Murid membaca

3.Murid menggunting dan

Penggunaan

ayat yang ditulis

mengkelas gambar mengikut

Media:

dalam buku skrap.

khasiatnya sambil dibimbing

Majalah,

oleh guru.

Gambargambar

4.Murid menampal gambar untuk

dari

internet.

dijadikan buku skrap.


Bahan:
5.Murid menamakan dan membina
ayat tunggal untuk setiap

Gam, gunting,
kertas putih A4

gambar yang ditampal di dalam


buku skrap.

Nilai:
Berhati-hati

6. Murid membaca perkataan dan

(Keselamatan

ayat yang telah ditulis secara

ketika

bergilir-gilir dalam kumpulan

menggunakan

masing-masing.

gunting)
Bekerjasama

Langkah

1.Menyatakan

kepentingan

10 minit

seimbang.

satu

Strategi P&P

makanan 1.Murid menjelaskan 1 kepentingan


makanan seimbang secara lisan

Kaedah:

sebelum menjawab latihan yang diberi

Perbincangan

2..Murid menjawab
menjawab soalan

2.Murid diedarkan lembaran kerja.

dengan cepat dan


tepat.

Teknik:
Menjawab

3.Murid diminta melengkapkan menu

soalan

makanan seimbang beserta dengan


contoh-contoh dengan cepat dan

Bahan media:

tepat.

Lembaran
kerja

4.Contoh lembaran kerja seperti yang


dilampirkan.

Strategi P &P
Langkah

1.Pelajar diberi

pengukuhan.

8 minit

Kaedah:
1.Pelajar diberi pengukuhan positif
dengan cara guru memberi pujian

2.Melihat

Membuat
rumusan.

kepada kumpulan yang berjaya

penghasilan buku

menghasilkan buku skrap yang kemas

Nilai:

skrap murid.

dan menarik.

Menghargai

2.Murid meletakkan buku skrap yang


telah dihasilkan di sudut pameran
untuk tujuan rujukan.
Penilaian

Murid dapat menama dan mengkelaskan makanan mengikut


mengikut kumpulan makanan dengan betul.

Tugasan

1.0 Pengenalan

Pelajar melengkapkan buku skrap degan baik.

Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk
oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan pengajaran dan
pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini
sebagai panduan pengajaran mereka kerana

ianya berfokus

pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada

kepada perancangan
setiap pelajar.

Model

rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan
bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang
ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan pengunaan
teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid di untuk lebih
mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan teknologi
tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga
mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model Assur.
ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama
iaitu:

A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar )

S = State objective ( Nyatakan Objektif )

S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media


Dan Bahan )

U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan


Bahan )

R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar )

E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)


Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah

berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait


antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi
satu sesi pengajaran.

2.0

MODEL REKA BENTUK ASSURE


Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap

langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan


teknologi

dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa

Melayu tahun 5. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian
selama 60 minit untuk kelas 5 Ceria yang memiliki seramai 25 orang pelajar.

2.1

Analisis Pelajar (Analyze Learners)


Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku.

Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira
dari pelbagai aspek, antaranya ialah :2.1.1

Ciri-ciri umum pelajar


Tajuk pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Ceria adalah Jenis-jenis

Pekerjaan yang diambil dari sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun 5. Pelajar
berumur 11 tahun.
sederhana. Mereka

Pelajar-pelajar

ini mempunyai tahap kecerdasan yang

sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan

mengira dengan baik. Kebanyakan mereka adalah anak kepada penduduk di


sekitar pekan yang rata-rata menjalankan kerja di sektor kerajaan dan menjadi
penoreh getah dan bekerja sendiri. Mereka ini sudah terdedah kepada
penggunaan ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu mereka memerlukan
perhatian dan aktiviti yang menarik dan mencabar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
2.1.2

Kompetensi khusus peringkat masuk


Guru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar,

selain daripada melihat ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas ataupun


pengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar merujuk kepada aras
kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek pelajar,
apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu

budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru


cepat ditangkapi dan difahami oleh pelajar.
Di sini murid-murid sememangnya telah sinonim dengan jenis-jenis
pekerjaan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka, tetapi mereka
tidak tahu tentang fungsi sebenar setiap pekerjaan yang mereka ketahui.
Mereka

boleh menyebut pelbagai jenis pekerjaan tetapi tidak tahu tentang

kategori setiap pekerjaan tersebut.


2.1.3

Stail / Gaya Pembelajaran


Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya

pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.


Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung
kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun
pergerakan murid inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran, media
pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik

minat murid supaya

pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kami mendapati murid-murid


kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda maujud, aktiviti
berkumpulan dan aktiviti pengayaan.
2.2

Nyatakan Objektif Pembelajaran


Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearah

pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan
sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid.

Malah ianya perlu dirangka

secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya
perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience) , peringkat boleh diukur
(Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan
memudahkan pencapaian objektif tercapai. Perkara penting ialah guru tahu bagaimana
hendak mempraktikkannya dan bagaimana objektif pengajaran boleh membantu guru
untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan sebagai contoh :Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat :
1. Berbual tentang jenis-jenis pekerjaan yang diketahui dengan menggunakan
ayat yang betul.

Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama Pengajaran di mana


penglibatan semua pelajar dapat menyatakan jenis-jenis pekerjaan yang dilihat
melalui klip video yang dilihat semasa set induksi. Malah aktiviti soal jawab juga
dapat dilaksanakan apabila murid bertanya tentang perkara yang terdapat dalam
CD yang ditayangkan beserta dengan soal jawab dari guru.
2. Mengkelaskan bidang pekerjaan yang diketahui dan menulis 2 contoh ayat
tunggal berdasarkan pekerjaan yang diketahui dengan betul mengikut kumpulan
pekerjaan dengan menggunakan peta minda.

Peringkat ini dilihat pada langkah ketiga,

pelajar dapat membuat soalan

berdasarkan gambar yang dilihat.


3. Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 mengikut pengkelasan makanan

dengan betul.
Peringkat ini juga dilihat pada langkah 3, di mana murid dalam satu kumpulan
akan membina 1 ayat tunggal berdasarkan setiap gambar yang ditampal
mengikut pekerjaan. Di peringkat ini, pelajar cuba membina ayat tunggal dengan
betul. Peringkat ini juga murid dapat membuat karangan pendek tentang tajuk
Pekerjaan Ayah Saya. Dengan baik.

.
2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods)
2.3.1 Lazimnya
dalam satu proses pengajaran

banyak

kaedah

yang

digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara


berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi
dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi.
Antara kaedah pengajaran yang kerap digunakan dalam pengajaran
Bahasa Melayu Tahun 5 ini ialah demonstrasi. . Guru memberi penerangan dan
tunjuk cara bagaimana membuat peta minda untuk mengkelaskan jenis-jenis
pekerjaan berdasarkan bahan yang diberikan oleh guru.
Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan sesuatu
yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan
yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang
dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan yang mereka perlu
lakukan.

2.4 Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media)


2.4.1 Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.
Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi
pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, guru
telah memilih untuk menggunakan CD-Rom,gambar-gambar yang
menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat

dan mencetuskan

motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan


pelajar. Penggunaan CD-ROM dilaksanakan aktivitinya sewaktu set
induksi. Guru memasang CD yang mengandungi lagu-lagu mengikut
jenis-jenis pekerjaan dengan tujuan menarik minat murid terhadap
penagajaran dan pembelajaran ketika itu. Malah isi kandungan yang
ditayangkan itu juga membantu guru untuk mengajak murid bertanya dan
bersoal jawab bagi memudahkan pendekatan kepada memperkenalkan
2.4.2

tajuk waktu itu..


Selain daripada penggunaan CD-ROM, guru juga menggunakan slaid
powerpoint bagi menarik minat pelajar

dan mereka dapat

melihat

gambar sebenarnya jenis-jenis pekerjaan yang lain selain daripada yang


terdapat di dalam klip video
Melalui penggunaan ini juga murid dapat mencatat contoh-contoh
pekerjaan disamping menarik minat murid dengan variasi gambar yang
berwarna-warni. Pengulang slaid boleh dilakukan sendiri oleh murid
dengan bimbingan guru sekiranya pelajar ingin melihat berulang kali
contoh-contoh tersebut.

2.5 Pemilihan Bahan Pengajaran (Instructional materials)


2.5.1 Pemilihan media yang berasaskan teknologi pengajaran sebagai
Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan penggunaan
bunyi dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan
membantu pelajar memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu.
Malah penggunaan lembaran kerja juga membantu murid dengan lebih
cepat dan mudah mengingati dan memahami apa yang diajar oleh guru.

2.6 Cadangan Penggunaan Bahan Media (Ultilize media and material)


2.6.1

Memilih, mengubahsuaikan atau mereka bentuk media yang telah

ditentukan. Seandainya seorang guru gagal untuk menentukan media


yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang
tersedia atau menyediakan sendiri. Untuk melaksanakan tugasan ini,
kaedah soal jawab, dan

perbincangan dan digunakan bagi member

kefahaman kepada pelajar.

Perbincangan
Perbincangan

merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam

rancangan pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian dengan


tempoh masa pengajarannya yang panjang dan memerlukan pelajar
mencari seberapa banyak contoh untuk membina peta minda dan buku
skrap.

Soal jawab
Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam
kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam rancangan
pengajaran
murid

ini kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan

secara

mengemukakan

berkesan

dan

juga

mudah

dilaksanakan.

Guru

soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan

tujuan :
i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar
iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir
iii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir
Keadah ini digunakan di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dipilih ini.

Demonstrasi
Demonstrasi adalak kaedah mengajar di mana guru menunjukkan
sesuatu demonstrasi kepada pelajar atau sekelompok pelajar. Kaedah
ini dipilih bagi memudahkan murid melihat kemahiran yang perlu
dipraktikkan. Kaedah ini berlaku ketika pelajar membuat peta minda dan
buku skrap.

Penggunaan CD dan slaid powerpoint


Penggunaan media ini digunakan ketika set induksi dan sesi soal jawab
bagi menarik minat pelajar dan pelajar membantu mencetus idea buat
pelajar

2.7 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)


2.7.1 Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu
dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi,
serta projek. Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran.
Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran.

Ia juga dapat

memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities)


seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul
(Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak
melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan
dan perbincangan

dalam kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-murid diminta

menuliskan ayat tunggal berdasarkan gambar di dalam buku skrap.

2.8 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)


2.8.1

Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan

dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi


gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap
prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif
pengajaran telah tercapai.

Oleh yang demikian, guru boleh menilai sejauh mana keberkesanan


rancangan

pengajaran

yang

dibuat

terhadap

pengajaran

dan

pembelajaran pelajar tahun 5 Ceria . Antaranya adalah seperti berikut:


2.8.2

Penilaian sebelum pembelajaran.

Penilaian

dibuat

dengan

melihat

analisis

pelajar

semasa

sesi

pembelajaran sebelum ini berlangsung. Kemudian, analisis baru dibuat


ketika langkah 1 pengajaran dilaksanakan. Ketika ini, pelajar dapat
bersoal jawab dengan guru dan menjawab soalan guru secara lisan serta
melihat sendiri jenis pekerjaan menerusi gambar yang disediakan oleh
guru.
2.8.3 Penilaian semasa pembelajaran
Penilaian semasa pembelajaran dilakukan bermula langkah 2 pengajaran
hingga langkah ke 5 apabila pelajar perlu melakukan pembelajaran aktif.
Dalam

setiap

langkah

pengajaran

yang

dilakukan,

telah

dapat

dikenalpasti pelajar yang lemah dalam matapelajaran tersebut dengan


melihat kemampuan mereka memberi respon terhadap setiap soalan dan
aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, penerangan semasa pengajaran dapat
dibuat, menjurus kepada memberi pemahaman pelajar yang bermasalah.
2.8.4 Penilaian setelah pembelajaran
Penilaian setelah pembelajaran pula dapat dilaksanakan dengan
memberikan pelajar latihan melalui lembaran kerja serta meminta pelajar
menyatakan tugas utama setiap jenis pekerjaan tersebut mengikut
pemahaman murid.

2.9 Menilai Dan Mengulang Kaji:Perancangan Guru (Evaluate and teachers plan)
2.9.1 Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentangsesuatu
perkara. Keputusan penilaian akan
diambil terhadap perkara

mempengaruhi

keputusan yang

yang dinilai. Namun keputusan ini bukan

diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses


pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum
pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan dengan
kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Penilaian diumpamakan
sebagai cara untuk menuju ke garis penamat.

2.9.2

Menilai media dan kaedah

Setelah

selesai

pengajaran,

penilaian

tentang

kekuatan

dan

keberkesanan alat/bahan media secara menyeluruh harus dijalankan.


Dalam penilaian itu, soalan berikut harus difikirkan :
a) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai ?
b) Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses
pengajaran dan pembelajaran ?
c) Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan dengan
cara yang betul ?
d) Adakah suasana pembelajaran selesa ?
e) Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi ?
2.9.3

Menilai pencapaian pelajar

Setelah sesi pembelajaran selesai , guru menyediakan

lembaran

kerja untuk menilai keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan.


Walaupun tugasan hanya diberi pada akhir pengajaran, pelajar pelajar
telah diuji dari awal sehingga akhir pengajaran. Latihan yang dibekalkan
bukannya bertujuan untuk mencari kelemahan pelajar tetapi untuk
merangka langkah-langkah yang boleh membantu pelajar yang di bawah
tahap penguasaan.
Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini, latihan diberikan
bertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid

terhadap proses

pengajaran yang telah berlaku.

RUMUSAN

Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang


paling sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan
media sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk
menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif

pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalah kerana di dalam model ini
terkandung

elemen-elemen

penting

seperti

pernyataan

objektif,

kaedah

penyampaian, pemilihan dan penggunaan media, analisis pelajar dan penilaian


diambil kira sebelum proses pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran
yang dijalankan akan lebih efektif dan objektif pengajaran tercapai. Jika model ini
dibandingkan dengan model SIM, ternyata model ASSURE adalah yang lebih
baik . Model SIM hanya menitikberatkan interaksi guru, murid objektif serta isi
pelajaran dan persekitaran sahaja tanpa mengambilkira kaedah dan penggunaan
media. Penggunaan media dan alat tidak dititik beratkan dalam model ini, jadi
keberkesanan proses pengajaran tidak dapat dimaksimumkan.

RUJUKAN / REFERENSI

1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza


Publishing Sdn.Bhd.

2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan


Fajar Bakti.

3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor :


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam


Dalam Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.

6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah
Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.
Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai