Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Alhamdulillah. Setelah pelbagai rintangan akhirnya dapat juga saya,


Masanah binti Yaccob dari unit BMM2 Ambilan Feb 2012 dan ahli kumpulan
iaitu En. Azhari bin Ahmad, mengadakan program Bina Insan Guru ( BIG ) yang
bertajuk Program Sayangi Kawasan Sekolah Anda bertempat di Sekolah
Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan iaitu projek
membuat Balai atau Pondok Ilmu.
Sesungguhnya kita sebagai makhluk Allah sentiasa ada kelemahan.
Begitulah juga kumpulan kami yang telah merencanakan program ini dengan
pelbagai masalah yang timbul. Namun kami sentiasa bersedia menghadapinya
dan sentiasa membuat perbincangan agar apa yang kusut dapat dileraikan.
Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan
dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya
sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif dan
impak yang sangat besar kepada saya dan juga projek ini amat bermanfaat
kepada murid-murid di sekolah ini.
Program ini banyak memberi pengajaran kepada saya. Saya telah
mendapat pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna sebagai seorang pendidik.
Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat bermula dengan merangka
perancangan awal iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG ini dan
pembahagian tugas mengikut kumpulan. Saya dan rakan-rakan yang lain telah
bersetuju dan bersepakat untuk memilih Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul
Rahman sebagai tempat untuk kami menjalankan aktiviti ini.
Aktiviti ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada saya.Aktiviti
mengecat dan menghias Balai Ilmu yang dirancang telah memupuk semangat
bekerjasama di antara ahli kumpulan dengan kumpulan yang lain. Bahkan , sikap
kerjasama ini dapat mengeratkan jalinan silaturahim di antara kami selain dapat
menyiapkan dengan cepat projek ini di samping dapat membantu menceriakan
lagi kawasan sekolah.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian En.


Kamarudin bin Ismail selaku Guru Besar kerana telah sudi merasmikan Balai
Ilmu ini pada 25 Ogos 2014 yang lalu.
Akhir sekali, program ini memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada
saya sebagai seorang guru. Ini kerana sebagai seorang pendidik, program
sekolah penyayang telah mengeratkan hubungan antara guru dengan murid dan
hubungan baik dalam kalangan murid itu sendiri. Justeru, saya amat berbesar
hati, apabila melihat murid teruja untuk mengunjungi Balai Ilmu ini dan seronok
untuk membaca bahan bacaan, nilai murni, Petak 9 dan info yang telah
disediakan. Semoga dengan adanya program seumpama ini, akan memberi
manfaat yang besar kepada seluruh warga sekolah sampai bila-bila.

Masanah binti Yaccob


Semester 6, Unit BMM2 (Ambilan Feb 2012)

Anda mungkin juga menyukai