Anda di halaman 1dari 14

oalan: dalam era globalilsasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan

menentukan kejayaan seseorang itu. huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi
ini yang semakin mencabar pada masa ini.
dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang sangat penting dan
perlu diberikan perhatian utama. hal ini demikian kera tuntutan zaman telah
membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika
digunakan dengan bijaksana. oleh itu semua orang hendaklah berusaha untuk mencari
seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup bak kata kata hikmat "
ilmu janbatan hidup". jadi semua orang khususnya para remaja hendaklah
menggunakan masa muda ini untuk menjari ilmu sebanyak mana yang mungkin .
dengan adanya ilmu sudah tentulah seseorang itu akan mendapat manfaat dan
kejayaan daripadanya terutamanya dalam era pascaglobalisasi ini
dengan adanya ilmu seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang
kehidupan manusia. ciptaan baharu yang merupakan inovasi itu bukan sahaja
memberikan kemudahan kepada hidup mereka. sebagai buktinya, banyak inovasi
baharu yang dicipta pada masa ini contohnya telefon mudah alih, komputer riba dan
sebagainya. perubahan yang dilakukan seiring dengan peredaran zaman yang semakin
pesat berlalu. hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam
teknologi. jadi pada masa akan datang, sudah pastinya budaya yang mementingkan
ilmu akan menguasai budaya masyarakat
seterusnya, dengan ilmu pengetahuan negara dapat melahirkan tenaga pekerja yang
mahir dan berkebolehan. perdidikan yang beralaf baru menyediakan skop pengetahuan
dan ilmu yang luas serta kemahiran menguasai pelbagai bidang yang semakin kompleks
dan bercorak global.ilmu pengetahuan yang tinggi akakn memeberi kelebihan kepada
tenaga mahir malaysia dalam menyumbang idea-idea bernas dalam penciptaan mereka.
sebagai contoh penciptaan tembikar daripada tanah liat dengan teknik dan keunikan
yang tersendiri telah menarik banyak syarikat dan pelabur luas untuk bekerjasama
dengan malaysia. tuntasnya, dengan ilmu pengetahuan, negara bukan sahaja dapat
melahirkan pekerja mahir bahkan turut memperkenalkan negara di persada
antarabangsa yang pastinya turut menyumbang kepada peningkatan hasil ekonomi
negara.

jika seseorang itu menguasai ilmu, pasti akan lahir sebuah generasi yang hebat dan
mampu bersaing diperingkat global. generasi ini mampu memajukan diri dan negaranya
sendiri. hal ini kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan
tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. seorang pemimpin yang berilmu
akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat sejagat dan negara. jika
pemimpin tidak hebat menguasai ilmu, sudah pasti negara kita akan jauh ketinggalan di
belakang jika dibandingkan dengan negara-negara maju lain seperti jepun dan amerika
syarikat.
konklusinya ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia haruslah
diberi perhatian oleh semua pihak umumnya. oleh itu, janganlah suka membuang masa
kerana "masa itu adalah emas" dan masa tidak akan menunggu kita. sekiranya kita lalai
dan tidak menggunakan masa dengan sebaik mungkin, sudah tentu kita akan termasuk
dalam golongan yang rugi. tuntutlah ilmu dan amalkan ilmu tersebut untuk kemajuan
negara kerana ketinggian ilmu seseorang tidak dapat diukur dengan pita, melainkan
dipergunakan.

Karangan Penuh
Apabila kita membaca akhbar, kita sering didedahkan dengan berita berkenaan transformasi
sistem pendidikan negara pada alaf baharu ini. Secara umumnya, transformasi pendidikan negara
dapat dijelaskan sebagai satu perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sebelum ini, isu
berkenaan transformasi pendidikan negara tidak banyak didedahkan oleh media untuk tatapan
umum. Jika ada, ia hanya sekadar perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di
pinggir jalan. Walau bagaimanapun, statistis telah menunjukkan berlakunya peningkatan laporan
berkenaan kemorosotan keputusan pelajar dalam pendidikan negara seperti yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara ini turut ditegaskan oleh Menteri
Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyddin Yassin dalam majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini.
Transformasi sistem pendidikan negara alaf baharu ini diperlukan melalui peranan yang diberikan
oleh pihak kerajaan.

Salah satu langkah transformasi pendidikan negara ialah memperkenalkan Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan dapat dijelaskan
sebagai transformasi pendidikan negara yang tidak lagi berorentasikan terhadap peperiksaan
sepenuhnya sebagai langkah tepat bagi melahirkan modal insan holistik. Apabila Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan, pelajar sudah pasti mendapat peluang
yang seimbang terutamanya mereka yang kurang cemerlang dalam akademik untuk menonjolkan
diri dalam aspek kepimpinan, sahsiah diri dan komunikasi kerana Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) memasukkan elemen kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan
dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam. Oleh itu, melalui SPPK penilaian
kecemerlangan pelajar berasaskan peperiksaan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dikurangkan.
Transformasi melalui Sistem Pentaksiran Kebangsaan (SPPK) telah dapat dipertingkatkan dan
terbukti melalui pencapaian akademik pelajar yang semakin menunjukkan peningkatan seperti
yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
transformasi pendidikan negara dapat dilakukan dengan cara memperkenalkan Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK).

Selain itu, transformasi pendidikan negara juga dapat dilakukan dengan cara memberi penekanan
terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi maklumat dan komunikasi
dapat dijelaskan sebagai teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan,
pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan
telekomunikasi. Apabila penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
diberikan, negara akan melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT), berkemahiran bagi menghadapi cabaran baru kesan dalam dunia
serba maju dan moden ini. Mahu tidak mahu kita tidak boleh menyingkirkan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (ICT) dalam era globalisasi yang dikenali sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Ledakan
maklumat yang menjadi pemangkin kemajuan ICT ini memungkinkan kita untuk terus bersaing.
Transformasi pendidikan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat diberi
penekanan dengan menyalurkan maklumat dan membekalkan pengetahuan dan ini terbukti dengan
wujudnya dasar dalam menjayakan wawasan 2020 untuk menjadikan rakyat Malaysia
berpengetahuan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa transformasi pendidikan negara dapat dilakukan melalui penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi dengan lebih meluas.
Di samping itu, transformasi pendidikan juga dapat dibuat dengan cara meluaskan akses kepada
pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan. Pendidikan prasekolah dapat dijelaskan
sebagai pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Apabila peningkatan
kadar penyertaan kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 tahun ditingkatkan daripada 67 peratus
kepada 87 peratus pada tahun 2012, kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 tahun lebih cepat
terdedah dengan pendidikan di alam persekolahan yang lebih meluas serta meningkatkan kualiti
pendidikan prasekolah. Oleh itu, kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 akan diberikan pendidikan
awal dan ini akan melahirkan generasi kanak-kanak yang cemerlang. Penyertaan kanak-kanak yang
berumur 4 dan 5 dapat dibuktikan melalui penyertaan semua kanak-kanak normal melangkah
masuk ke sekolah dengan boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika
melangkah ke Tahun 4 sewaktu sekolah rendah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penyertaan
kanak-kanak berumur 4 dan 5 dapat dipertingkatkan dengan cara memperluaskan akses kepada
pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan.
Dalam pada itu, transformasi pendidikan juga dapat dilakukan dengan memperluaskan pendidikan
Vokasional dan Teknik. Pendidikan Vokasional dan Teknik dapat dijelaskan sebagai pendidikan
melalui latihan pendidikan bercorak kemahiran pra vokasional dalam usaha untuk menyediakan
mereka memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Apabila Pendidikan
Vokasional dan Teknik dijadikan teras untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar khususnya
tenaga kerja dalam negara, mereka akan lebih terdedah dengan pengetahuan asas dan kemahiran
bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan dalam dan luar negara. Oleh itu,
pelajar akan lebih mudah mendapatkan pekerjaan sebagai tenaga mahir dan separuh mahir dalam
sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian. Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha
antaranya melaksanakan program formal pendidikan teknik dan vokasional melalui agensiagensinya iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia Dan
Sukan, dan MARA dan telah melahirkan tenaga mahir dan separa mahir di bidang teknikal dan
vokasional disamping pengetahuan teknologi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan Teknik
dan Vokasional dapat dipertingkatkan melalui pendedahan awal ketika di usia remaja lagi.
Sehubungan dengan itu, tranformasi pendidikan juga dapat dilakukan dengan memantapkan
sistem pendidikan negara berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dapat dijelaskan sebagai satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan
penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan
ianya akan memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan
penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Oleh itu, sifat dan peribadi
kental di kalangan murid melalui transformasi sistem pendidikan negara berasaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Anugerah "Tokoh Kanakkanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan
nilai-nilai murni yang disemai dan keberkesanannya dalam penerapan nilai murni melalui Falsafah
Pendidikan Negara ini berhasil. Hal ini jelas menunjukkan melalui negara sistem pendidikan negara
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) akan melahirkan seorang insan, ahli keluarga
dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti.

Kesimpulannya, tranformasi sistem pendidikan telah telah memberi sumbangan besar kepada
pembangunan dan kemajuan dalam sistem pendidikan negara kita selama ini. Antara peranan yang
dimainkan oleh kerajaan dalam merealisasikan transformasi pendidikan negara ialah
memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK), memberi penekanan terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah
yang berkualiti dan berkemampuan, memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik, dan
memantapkan sistem pendidikan negara berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh
sebab pelbagai usaha telah dilakukan dalam merealisasikan tranformasi pendidikan negara,
pelbagai kesan positif telah diterima. Antaranya adalah peningkatan mendadak keputusan pelajar
dalam Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia serta menaikkan nama negara
dalam melahirkan generasi muda yang berilmu dan bekerjaya. Perkara ini pernah ditegaskan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan beliau sempena Hari Guru, Guru
Penjana Transformas Pendidikan Negara baru-baru ini. Oleh itu, semua pihak, iaitu orang
perseorangan, pelajar, masyarakat umum, pihak swasta, kementerian dan kerajaan sendiri
hendaklah bekerjasama antara satu sama lain untuk merealisasikan transformasi pendidikan
negara ini. Kerjasama ini amat penting dan bersesuaian pula dengan pelaksanaan konsep
1Malaysia.

CARA

MENGGALAKKAN

AKTIVITI

MEMBACA

Membaca merupakan amalan mulia yang perlu ada di kalangan masyarakat.


Dengan mengamalkan budaya membaca diharapkan rakyat akan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan. Budaya membaca ini masih dianggap remeh oleh sebahagian
masyarakat walaupun, isu ini kerap dibincangkan dalam media massa. Oleh itu,
beberapa cara perlu dilaksanakan agar aktiviti membaca menjadi budaya masyarakat.
Budaya membaca perlu bermula dari rumah kerana ibu bapa merupakan pihak
pertama yang berupaya membentuk budaya membaca seseorang individu. Suasana
keluarga juga amat mempengaruhi anak-anak terutama daripada segi amalan
membaca. Oleh itu, ibu bapa wajar membelikan buku untuk bacaan anak-anak sejak
mereka kecil lagi.. lbu bapa boleh membaca bersama anak-anak kerana aktiviti
sebegini menyeronokkan anak-anak dan ia dapat menggalakkan anak-anak membaca.
Selain keluarga, masyarakat juga berperanan mempengaruhi generasi muda
agar gemar membaca. Masyarakat mesti menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya
hidup seharian. Aktiviti membaca semasa menunggu bas dan ketika dalam kenderaan
seperti yang dilakukan oleh rakyat Jepun patut diamalkan oleh masyarakat di negara
kita kerana aktiviti ini banyak kebaikannya. Dengan melakukan aktiviti pembacaan pada
setia masa, maka akan terbentuklah masyarakat yang berilmu.
Selain itu, Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan. Contohnya,
Kementerian Pelajaran boleh menggalakkan aktiviti membaca di kalangan pelajar
dengan mengadakan pelbagai pertandingan yang berbentuk ilmu pengetahuan seperti
pertandingan kuiz dan pertandingan mengarang. Pihak Kementerian Pelajaran juga
perlu melengkapkan perpustakaan sekolah dengan buku-buku yang menarik dan
berkualiti bagi mendorong pelajar untuk membaca. Pada setiap perhimpunan
mingguan, pengetua sekolah wajar mengingatkan pelajar tentang budaya membaca
dalam kehidupan seharian.

Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan. Hal ini kerana
pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program yang dapat
menimbulkan minat membaca di kalangan masyarakat. Contohnya, pihak kerajaan
boleh memperbanyakkan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di kampung-kampung
yang tiada perpustakaan awam. Sesungguhnya, sesebuah negara akan maju jika
masyarakat mempunyai banyak pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Media massa juga boleh memainkan peranan dalam membentuk budaya
membaca. Hal ini kerana media massa dapat mempengaruhi minda penonton atau
audiens. Oleh itu, pihak media massa perlu menyokong usaha kerajaan untuk
membentuk budaya membaca dalam masyarakat seperti menyiarkan rencana tentang
kebaikan membaca. Pada masa yang sama, harga surat khabar dan majalah juga
mestilah berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.

Unit 2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, m.s. 23)
Soalan Contoh
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan
kejayaan seseorang itu.
Huraikan kepentingan menguasaai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- penguasaan ilmu penting tuntutan zaman banyak manfaat
Isi-Isi Penting
i. mencipta inovasi - kemudahan manusia
ii. menguasai bidang perniagaan k-ekonomi
iii. memajukan negara pemimpin berilmu
iv. melahirkan masyarakat yang proaktif
Penutup
- orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia

Karangan Contoh
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting
dan perlu diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan zaman telah
membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika
digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang hendaklah berusaha untuk
mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti katakata hikmat, Ilmu pelita hidup. Jadi, semua orang khususnya para remaja hendaklah
menggunakan masa ketika muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin.

Dengan adanya ilmu, sudah tentu seseorang itu akan mendapat manfaat yang banyak
terutamanya dalam era globalisasi ini.
Dengan adanya ilmu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang
kehidupan manusia hari ini. Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan
kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi
baharu yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit, komputer riba dan
pelbagai alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran
yang tinggi dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang
mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.
Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin
kompleks dan bercorak global. Perkara ini demikian kerana, dalam era globallisasi, kekonomi merupakan trend baru dalam perniagaan. Jadi, ekonomi yang berasaskan
pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini. Oleh itu, jika
seseorang tidak dapat mengikut arus k-ekonomi ini, sudah pasti orang itu akan
ketinggalan zaman iaitu, seperti katak di bawah tempurung dan pastinya akan gagal
untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan pada masa ini.
Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan
negaranya sendiri. Hal ini demikian kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang
berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang
pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat
dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita
akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain. Jadi, seperti kata pepatah,
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, para pemimpin juga perlu menguasai
pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.
Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan
masyarakat yang proaktif. Perkara ini demikian kerana, masyarakat yang berilmu
sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir

secara pesimis dan mudah pula berputus asa. Sebagai contohnya, seseorang yang
berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan
bukannya halangan untuk mencapai objekifnya. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan
budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran
sepanjang hayat atau life long learning sebagai amalan dalam kehidupan.
Oleh hal yang demikian, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia
perlulah diberikan perhatian oleh semua orang. Dengan berdasarkan ungkapan itu,
janganlah kita suka membuang masa kerana masa itu emas dan masa tidak akan
menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan bijaksana,
sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. Jadi,
gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya
bidang teknologi maklumat yang sentiasa berubah hampir setiap hari.

Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat


Mei 15, 2007 mindabahasa

Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi
teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi
teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi
maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen
tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan
Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian. Pada era dotcom ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba
untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia,
sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan
Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC)
di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata
meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada
implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek
pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.
Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi
media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan
adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat
telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan
pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan
lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di
Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat
ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami
akan menghantar guru ke rumah anda! Iklan tersebut memaparkan gambar seorang

budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu
pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang budiman,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan
efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang eniaga atau e-commerce, cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga
muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang
mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau
sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini www.sesuatu.com.my
bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli
melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini.
Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa
lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah
tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa
perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Hadirin yang dimuliakan,
Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti
keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak
membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan
cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya
emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan
negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di
pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah,
kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi
media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di
dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan
pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan
seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan
multi media membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara
rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang
berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan
dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh
diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan
pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam
kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh
lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran
surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh
perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan
kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum.
Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Hadirin

sekalian,

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi
negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di
Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan
kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih
ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit,
Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburukburukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku.
Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Tuan-tuan

dan

puan-puan

yang

dihormati

sekalian,

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan


generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada
ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan
sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga
mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka
itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak
dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini

turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari
ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat
memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan
perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktivitiaktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan
vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.
Hadirin

yang

dikasihi,

Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh
melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan
agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk
bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan
kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif
tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara
di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang
berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat
kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang
sivil dan kaum wajiblah dielakkan.
Tuan-tuan

dan

puan-puan

sekalian,

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa
yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara
kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai