Anda di halaman 1dari 20

Hak Cipta

Terpelihara
(Copyright)

Maksud hak cipta


Hak
cipta
(lambang
internasional:
,
Unicode: U+00A9) adalah hak eksklusif
Pencipta atau Pemegang Hak Cipta untuk
mengatur
penggunaan
hasil
penuangan
gagasan atau informasi tertentu.
Undang-undang yang melindungi hak cipta di
Malaysia ialah Akta Hak Cipta 1987.

Lambang hak cipta

Sesuatu karya adalah dilindungi secara


automatik sebaik sahaja ia memenuhi syaratsyarat berikut:
a) Usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk
menjadikan karya itu bersifat asli.
b) Karya tersebut telah ditulis, direkod atau
dijadikan dalam bentuk bahan.
c) Penciptanya adalah orang yang berkelayakan
d) Karya tersebuttelah dibuat diMalaysia atau
penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.

Tujuan
Memberi hak ekskusif kepada pemilik untuk mengawal
penggunaan karya, bahan cetak, filem dan klip video bagi satu
tempoh yang ditetapkan daripada pemiliknya untuk apa jua
cara pun.

JANGKAMASA
PERLINDUNGAN
HAKCIPTA

Karya Sastera, muzik dan seni

Bagi karya sastera, muzik atau seni (selain daripada


fotograf) maka hak cipta wujud semasa hayat pencipta
dan lima puluh tahun selepas kematiannya.
Karya yang diterbitkan selepas kematian pencipta

Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni (selain


daripada fotograf) tidak pernah diterbitkan sebelum
kematian penciptanya, maka hakcipta akan wujud
hingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar
berikutan dengan tahun karya itu mula-mula diterbitkan.

Karya yang diterbitkan tanpa nama atau


dengan nama samaran
Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni
(selain daripada fotograf) diterbitkan tanpa
nama atau dengan menggunakan nama
samaran, maka hakcipta akan wujud sehingga
lima puluh tahun dari permulaan tahun
kalendar berikutan dengan tahun karya itu
mula-mula diterbitkan. Melainkan jika identiti
pencipta diketahui kemudiannya, maka di sini
jangkamasa hakcipta akan dikira sebagai
sepanjang hayat pencipta dan lima puluh
tahun selepas kematiannya.

Karya ciptaan bersama

Dalam keadaan di mana dua orang atau lebih membuat satu


karya yang boleh dikira sebagai karya ciptaan bersama, maka
jangkamasa hakcipta adalah masih sepanjang hayat pencipta
dan lima puluh tahun selepas kematiannya. Tetapi ia akan dikira
berdasarkan kepada hayat salah seorang pencipta bersama itu
yang terakhir sekali meninggal dunia di antara mereka.
Edisi diterbitkan

Hakcipta mengenai sesuatu edisi diterbitkan akan wujud


sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar
berikutan dengan tahun yang edisi mula-mula diterbitkan.
Rakaman bunyi

Hakcipta mengenai sesuatu rakaman bunyi akan wujud sehingga


lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan
dengan tahun yang rakaman itu mula-mula diterbitkan.

Siaran
Hakcipta mengenai sesuatu siaran akan wujud sehingga
lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan
dengan tahun yang siaran itu mula-mula dibuat.
Filem
Hakcipta mengenai sesuatu filem akan wujud sehingga
lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan
dengan tahun yang filem itu mula-mula diterbitkan.
Karya kerajaan dan badan antarabangsa
Hakcipta mengenai karya-karya kerajaan, pertubuhan
kerajaan, dan badan antarabangsa akan wujud sehingga
lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan
dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan.

CONTOH-CONTOH
MELANGGAR HAK
CIPTA

Kesalahan-kesalahan
Mengeluarkan semula dalam bentuk
menayang,
mempamer,
melakukan,
mengedarkan kepada awam, melalui
kabel atau menyiarkan keseluruahan
atau sebahagian bentuk asli atau
terbitan.
Mengimport apa-apa artikel bagi tujuan
perdagangan tanpa lesen pemilik hak
cipta.

Memiliki bagi apa-apa kegunaan selain daripada


untuk kegunaan persendirian dan domestik (dalam
negara sendiri), apa-apa salinan langgaran.
Mengimport ke dalam Malaysia, selain daripada
kegunaan persendirian dan domestiknya, sesuatu
salinan langgaran.
Membuat atau ada dalam miliknya apa-apa
perekaan yang digunakan atau bertujuan untuk
digunakan
bagi
maksud
membuat
salinan
langgaran.

Kesalahan memintasi
Teknologi

Memintas atau menyebabkan dipintas apa-apa


langkah teknologi yang berkesan.
Membuang atau mengubah apa-apa
maklumatpengurusan hak elektronik tanpa
kebenaran.
Mengedarkan, mengimport untuk
pengedaranatau penyampaian kepada orang
awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan
karya yang berkenaan dengannya maklumat
pengurusan hak elektronik telah dibuang atau
diubah tanpa kebenaran.

Akta Hak Cipta 1987


Tujuan akta ini di kuatkuasakan adalah untuk
melindungi pendapatan yang bakal diperolehi
pencipta dan penerbit sesuatu karya.
Hak-Hak Eksklusif Pencipta:
1- Karya tidak boleh dikeluarkan semula
2- Karya tidak boleh disampaikan kepada
awam
3- Karya tidak boleh digunakan dalam awam
4- Karya tidak boleh diedarkan dalam salinan
5- Karya tidak boleh disewa secara komersial

Jenis-jenis karya yang dilindungi


oleh Akta ini ialah:

1-Karya sastera
2-Karya muzik
3-Karya seni
4-Filem
5-Rakaman bunyi
6-Siaran

Penguatkuasaan
Antara ciri - ciri unik yang terdapat
dalam Akta Hakcipta 1987 ialah
kewujudan kuasa untuk
menguatkuasakan Akta tersebut.
Akta ini memperuntukkan bahawa
seorang pegawai polis boleh, dengan
waran yang dikeluarkan oleh majistret,
memasuki rumah atau premis pada
bila-bila masa untuk mencari serta
menyita apa-apa salinan langgaran hak
cipta dan menggunakan kekerasan bagi
menggeledah tempat itu.

Jenis-jenis Hukuman
Seseorang yang sabit kesalahan boleh
dikenakan hukuman-hukuman berikut: Dalam hal kesalahan (a) hingga (f), denda
tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi
RM20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau
penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi
lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apaapa kesalahan kali kemudian, denda tidak
kurang dari RM4,000 dan tidak melebihi
RM40,000 bagi setiap salinan langgaran
untuk kesalahan kedua dan seterusnya.
Hukuman penjara juga boleh dikenakan tidak
melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya
iaitu denda dan hukuman penjara.

Dalam hal kesalahan (h) hingga (j),


denda tidak melebihi dua ratus lima
puluh ribu ringgit atau penjara bagi
suatu tempoh tidak melebihi lima tahun
atau kedua-duanya dan bagi apa-apa
kesalahan kali kemudian, denda tidak
melebihi lima ratus ribu ringgit atau
penjara bagi suatu tempoh tidak
melebihi sepuluh tahun atau keduaduanya.

SEKIAN,
TERIMA KASIH

Dibentangkanoleh:
AzhariBinAhmad
BMM2AmbilanFebruari2012

Anda mungkin juga menyukai