Anda di halaman 1dari 29

PENULISAN BAHAGIAN C

RUMUSAN

Kelemahan Calon
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

Tidak memahami kehendak soalan


Menyalin semula ayat berdasarkan petikan.
Tidak dapat mengenal pasti nilai-nilai murni
Mengulas cerita yang diberi, tidak membuat
ulasan tentang nilai
Nilai murni yang tidak berkaitan dengan petikan.
Hanya nilai murni yang dihafal / diketahui sahaja.
Banyak kesalahan dalam aspek bahasa

TEKNIK MENJAWAB
BAHAGIAN C

SEBELUM MENJAWAB
1.Baca dan faham arahan soalan.
a) Tulis lima nilai murni atau
pengajaran yang boleh kamu
daripada petikan atau puisi.

dapati

b)
Panjang jawapan kamu mestilah
tidak kurang daripada 50 patah
perkataan.
c)Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.

2. Mencatat nilai murni/pengajaran/amalan yang baik


a) Baca petikan atau puisi yang diberi secara
keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.

b) Baca petikan atau puisi yang diberi secara ayat


demi
ayat dan gariskan ayat / rangkaikata
yang
mempunyai nilai-nilai murni.
c) Jika terdapat nilai yang negatif, jadikan nilai itu
kepada positif.
( Contoh: bangun lewat bangun awal)

SEMASA MENJAWAB
1. Berpandukan nilai-nilai murni yang
telah dicatat, tulis jawapan dengan
menggunakan ayat sendiri dan cuba
gunakan penanda wacana yang sesuai
untuk membina ayat yang gramatis.
2. Ulasan hendaklah tulis dalam satu
perenggan sahaja.
3.
Elakkan / jangan menyalin semula
petikan
kerana ini menyebabkan
aras penskoran akan turun.

CONTOH LATIHAN

Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku


teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kakak tolong
kamu balut buku-buku itu, Suraya menjawab, Terima kasih
kasih, kak. Biar saya yang membalut buku-buku ini.
Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan
ahli keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan
mangkuk,melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga
membantu ayahnya mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik
tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga
kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan
dia sentiasa menjaga kebersihan pakaian.
Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama
membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat
pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok
bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal
mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

Nilai murni atau pengajaran


1.
Menjaga keselamatan buku
2.
Memberi bantuan/tolong-menolong
3.
Berdikari dengan membuat sendiri
4.
Rajin membantu keluarga
5.
Menjaga kebersihan
6.
Mengisi masa lapang

Contoh jawapan
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat
dalam petikan di atas ialah kita hendaklah menjaga
keselamatan buku dengan membalut buku. Selain itu
kita mestilah mengamalkan sifat pemurah dengan
memberikan bantuan dan bekerjasama antara satu
sama lain. Seterusnya,kita haruslah menjaga
kebersihan diri dan persekitaran supaya kelihatan
bersih dan ceria.Di samping itu, kita seharusnya
menolong ahli keluarga untuk meringankan bebanan
mereka. Di samping itu juga,kita sepatutnya tidak
membuang masa dengan melakukan perkara yang
tidak berfaedah. Akhir sekali, kita sepatutnya menjadi
seorang insan yang bertanggungjawab kepada diri dan
keluarga.

BANTU LULUS

1.

2
3.
4.
5.

Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapa


dalam petikan di atas ialah kita
mestilah
Selain itu, kita hendaklah

Seterusnya, kita haruslah


.
Di samping itu,kita sepatutnya

Akhir sekali, kita sewajarnya


.

HAFAL INI
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam
petikan di atas ialah kita mestilah
Selain itu, kita hendaklah ..
.
Seterusnya, kita haruslah .
..........................................................................
Di samping itu, kita sepatutnya
.
Akhir sekali, kita sewajarnya .
.

CONTOH LATIHAN BANTU


LULUS

Azman mencapai lastik yang baru dibuatnya


lalu terus keluar dari rumahnya.Ibunya
berkali-kali melarangnya namun dia tetap
berdegil.
Nilai murni/pengajaran :menghormati ibu
bapa
Ulasan :kita hendaklah sentiasa
menghormati ibu bapa dan mematuhi
nasihat yang diberikan kepada kita.

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah


kepada para pemenang.Murid-murid yang
menerima hadiah mengucapkan terima
kasih kepada beliau.
Nilai murni/pengajaran :

Ulasan

Nyatakan nilai-nilai murni dalam


ayat-ayat di bawah ini:
Aimin mengaku telah mengambil
dompet rakannya dan sedia menerima
nasihat guru kaunselingnya.
( hemah tinggi sendiri)

akui kesalahan

Walaupun cacat penglihatan


namun Shukri tidak mengharap
simpati malah dia membuat kerja
sendiri untuk menampung
hidupnya.

berdikari
bertindak
sendiri )
(

berupaya

Suhaimi mohon maaf


daripada ibunya atas
kesalahan yang dilakukan
dan ibunya terima dengan
( baik hati
- saling
senang hati.
bermaafan )
bermaafan )

Jani menafikan tuduhan


yang dilemparkan
terhadap dirinya serta
menunjukkan
bukti-bukti
( keberanian - berani kerana
yang )nyata.
benar

Sesungguhnya para guru


rela mengorbankan masa
dan tenaga demi
mendidik anak bangsa.
( kerajinan

dedikasi )

Ayah Jumaiyah telah mengambil


kira buruk baiknya sebelum
anaknya berhasrat untuk
melanjutkan pelajaran ke luar
negara.

(Rasional - membuat
pertimbangan )

Walaupun jirannya suka


melonggokkan sampah di tepi
pintu pagar rumahnya namun
Zahid berjaya mengawal diri
untuk mengelakkan perselisihan
faham.

( kerjasama -

toleransi )

LATIHAN 1
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di
bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Petang itu hanya Diana dan adiknya yang tinggal di rumah. Ibu dan
ayahnya ke rumah Pak Cik Yunus. Sudah seminggu Pak Cik Yunus
sakit. Barah paru-paru. Semasa sihat Pak Cik Yunus suka merokok.
Tiba-tiba Diana terdengar bunyi hon kereta di depan pintu pagar
rumahnya. Diana keluar . Kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri di
samping sebuah kereta Produa Kancil. Mereka ialah jurujual. Tanpa
membuka pintu pagar, Diana menolak barangan yang cuba
ditunjukkan oleh jurujual tersebut.
Diana terus masuk ke dalam rumah. Dia mengunci semua pintu dan
tingkap rumahnya. Azan Maghrib berkumandang dari masjid yang
berhampiran dengan rumahnya. Diana menyuruh adiknya mandi.
Nanti mereka akan sembahyang bersama-sama.

LATIHAN 2
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di
bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Seperti biasa tiap-tiap petang Adam dan ayahnya berjoging di Taman
Tasik Serendah, tidak jauh dari rumah mereka. Kali ini mereka
melalui jalan belakang. Banyak sampah sarap yang dibuang di situ,
sedangkan tong sampah ada disediakan.
Apabila tiba berhampiran kawasan tasik itu, sekali lagi Adam
terkejut. Banyak ting kosong. pembalut makanan, botol minuman
dan bahan terbuang yang lain terapung-apung di permukaan tasik.
Adam terkilan. Tidak sepatutnya taman dan tasik yang begitu indah
dibiarkan tercemar angkara perbuatan individu yang tidak
bertanggung-jawab. Sebagai pengerusi Kelab Rekreasi sekolah, dia
harus berbuat sesuatu. Masalah pencemaran harus diatasi. Orang
ramai mesti sedar pentingnya menjaga alam sekitar.

LATIHAN 3

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di


bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Hati Auni masih berbelah-bagi antara setuju atau tidak. Dia tidak dapat
membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permintaan
Aswad dan Johan untuk belajar bersama-sama dalam satu kumpulan.
Auni masih tidak dapat melupakan bagaimana Aswad selalu
memandang rendah kepadanya. Mentang-mentang dia anak orang
yang berharta dan berpengaruh di pekan ini. Setiap kali Auni
mendapat markah yang tinggi dalam ujian, dia dapat rasakan yang
Aswad tidak senang dengan kejayaannya itu.
Apabila Aswad datang memohon maaf dan ingin berkawan dengannya,
dia benar-benar terkejut. Lebih-lebih lagi apabila Aswad meminta
bantuannya supaya menjadi guru tuisyen terutamanya dalam
pelajaran bahasa Inggeris dan Matematik.
Akhirnya Auni tersenyum. Dia masih ingat kata-kata Ustazah Suhayati.
Tidak baik berdendam dan memberi pertolongan kepada yang
memerlukan ialah sifat yang terpuji.

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Tandakan


betul atau salah. Baiki kesalahan jika ada.

1. Emak menyuruh abang membersih tangki


air yang diletak di atas bumbung rumahnya.
2. Abang membeli sepasang stokin dan
sehelai kain sampin.
3. Dia tidak perasan bila berselisih dengan
penyanyi terkenal tanah air itu.
4. Setelah penat berjalan, mereka berhenti
dan beristirahat sebentar di kaki Bukit
Semambu.
5. Encik Misbun telah menerima surat lantikan
sebagai jurulatih badminton kebangsaan.

6. Ibu memotong sekaki bunga ros lalu


memasukkannya ke dalam bekas bunga di
ruang tamu.
7. Kakak Amiza melambai-lambaikan
tangan sambil senyum kepada adik.
8. Kad pintar yang digunakan ini
mempunyai berbagai aplikasi.
9. Petinju yang tinggi dan berbadan tegap
itu ialah abang saya.
10. Encik Hamid pulang lewat ke
rumahnya, kerana beliau ada janji temu
dengan seorang ahli perniagaan.

11. Majlis pelancaran kempen itu akan


diadakan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.
12. Kita digalakkan makan sayur-sayuran dan
buah-buahan sebab terdapat serat yang akan
melancarkan proses penghadaman.
13. Kawasan yang curam dan bertebing tinggi
itu berbahaya kepada orang ramai terutamanya
kanak-kanak.
14. Hujan turun dengan lebat. Oleh kerana
latihan bola sepak terpaksa dibatalkan.
15. Adalah dimaklumkan bahawa esok
diumukan sebagai hari cuti.

Anda mungkin juga menyukai