Anda di halaman 1dari 17

LAPORAN

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


( GOTONG ROYONG )
BINA INSAN GURU ( BIG ) - FASA 2

TEMPAT

: BILIK IBADAH ,TASKI ABIM


TAMAN SENTOSA, GEMAS, NEGERI SEMBILAN

TARIKH

: 02 FEBRUARI 2013

HARI

: SABTU

MASA

: 8.30 PAGI - 11.30 PAGI

BIL YANG TERLIBAT : 15 ORANG MURID


6 ORANG GURU
BIL. KESELURUHAN : 21 ORANG
AKTIVITI

: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


GOTONG ROYONG

LAPORAN.
Guru-guru yang terlibat di dalam Program Pensiswazahan Guru
ambilan Jun 2011 telah merancang dan melaksanakan satu program
ceramah latihan dalam perkhidmatan sebagai memenuhi salah satu
tuntutan yang terkandung di dalam program Bina Insan Guru fasa ke 2.
Selain sebagai satu prasyarat lulus, program yang dirancang juga
bermatlamat menambah pengetahuan disamping memberikan guru-guru
secara keseluruhannya idea baru serta pengetahuan tambahan yang
penting bagi tugasan seharian mereka.
Sesi ceramah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada
pengacara majlis. Ceramah LDP yang dijalankan berlangsung di bilik

mesyuarat guru SK Tunku Abdul Rahman, Gemas. Penceramah yang


dijemput untuk sesi kali ini adalah En. Ahmad Syahraizan Bin Omarudin.
Ceramah beliau bertajuk Guru Sebagai Insan Mulia. ceramah yang
disampaikan memfokus kepada tugas hakiki seorang guru iaitu mengajar.
Walaubagaimanapun, selain mengajar,guru juga adalah role model atau
dirujuk sebagai insan mulia yang berperanan di dalam pembentukan
akhlak generasi muda masakini. Antara intipati ceramahnya adalah 3 ciri
akhlak yang penting di dalam pembentukan peribadi ialah aspek batin,
aspek luaran serta aspek perbuatan. Beliau juga menekankan betapa
seorang guru itu sangat berperanan di dalam mempengaruhi murid, sama
seperti ibu-bapa dan anaknya.
Selain penyampaian secara lisan, sesi ceramah juga disampaikan
menggunakan pembentangan powerpoint. Penglibatan guru sekolah serta
guru-guru program BIG adalah positif, mengambilkira respon yang
diberikan sepanjang sesi ceramah berlangsung.
Pada akhir ceramah, sesi soal jawab diadakan dan dibuka kepada
semua guru untuk mengutarakan pandangan atau soalan kepada tetamu
jemputan. Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang akhirnya tamat
pada pukul 4.30 petang. Sebagai tanda kenang-kenangan, pihak majlis
menyampaikan sedikit cenderamata kepada penceramah jemputan. Majlis
diakhiri dengan jamuan ringan dan bersurai pada pukul 4,30 petang.

Disediakan oleh
Disahkan Oleh :

Disemak Oleh :

............................................
..........................

.......................................

En. Mohd Shukri Bin Ahmad


Guru PPG Ambilan Jun2011

.........

1.

PENGENALAN
Program Bina Insan Guru ( BIG ) adalah satu program yang diwajibkan ke atas

semua pelajar yang mengikuti mana-mana program pengajian di IPG seluruh Malaysia
termasuklah Program Pensiswazahan Guru IPG Kampus Raja Melewar, Seremban.
Fasa 2 melaksanakan program kemasyaratan iaitu gotong royong yang akan dijalankan
di TASKI ABIM, Taman Sentosa, Gemas Negeri Sembilan yang melibatkan 15 orang
murid dan 5 orang guru dari unit pendidikan khas bermasalah pembelajaran semester 4
ambilan Jun 2011 serta seorang guru dari unit Bahasa Melayu semester 3 ambilan Feb
2012.
Pelaksanaan Bina Insan Guru adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk
jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan

diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi serta
penglibatan secara langsung program khidmat masyarakat dalam komuniti.
Program Khidmat Masyarakat seperti gotong royong merupakan komponen
amali yang memerlukan penglibatan guru dan murid secara kumpulan dalam aktiviti luar
sekolah dan komuniti. Melalui program ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
kemahiran dan nilai sivik / nilai-nilai murni yang telah dipelajari didalam bilik darjah.
Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat
yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif
dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada komuniti masyarakat.
2.
.

MATLAMAT

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat melahirkan guru-guru yang


mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan
diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan
guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan
berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah
pembina generasi negara. Selain itu, program Bina Insan Guru ( BIG ) juga dapat
menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan ke arah
kemenjadian seseorang pelajar itu. Mendedahkan anggota program kepada pelbagai

aktiviti luar yang mencabar. Mendekatkan diri anggota ke arah mesra alam dan
menghargai alam. Memfokus kepada peningkatan tahap kecergasan, kecekalan dan
ketekalan minda dan emosi. Mengukuhkan perhubungan dan perpaduan antara guru
dan murid serta komuniti masyarakat setempat.
3.

OBJEKTIF
3.1

Memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru fasa 2 bagi

Program Pensiswazahan Guru (PPG) .

3.2

Merapatkan silaturrahim diantara guru dan murid-murid dengan

masyarakat serta memberi peluang bekerjasama dengan lebih


optimum dalam komuniti.
3.3

Melahirkan insan yang bertanggungjawab, berwibawa, toleransi,

berdikari dan boleh berkomunikasi dalam semua aspek pembelajaran di luar


bilik

darjah.

3.4

Meningkatkan pengetahuan,pengalaman dan mempraktikkan

kemahiran agar murid-murid menjadi warganegara yang prihatin


danbertanggungjawab terhadap komuniti masyarakat dan juga negara.
3.5

Meningkatkan motivasi murid dari aspek mental, fizikal, rohani,

jasmani dan keterampilan diri dan memberi sumbangan kepada


masyarakat.

4.

TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh

: 02 Februari 2013

Hari

: Sabtu

Tempat

: Bilik Ibadah Taski ABIM Taman Sentosa Gemas


Negeri Sembilan.

5.

Sasaran
Penglibatan peserta program seramai 15 orang murid dan 6 orang guru seperti

nama berikut:

BIL.

NAMA PESERTA ( MURID )

SURAT BERANAK
@K/P

1.

ADRIANA ZULAIKHA BT MOHD ZAKIR

BD 77871

2.

AL- MUHAMMAD AL FAIROL BIN MOHD AL- FADZIL

AT 03686

3.

IZRA IZWAN B HAZIZAN

BE 51322

4.

MOHAMMAD AIMAN B AL MOHD FADZIL

AU 22007

5.

MOHAMAD AZRUL ROHAIZAD B. IBRAHIM

BY 50981

6.

MUHAMMAD KAMAL AKMAL B HAFIS

AY 35516

7.

MUHAMMAD YUSMIZAM B.YUSRI

BD 76074

8.

NURSYAZWANI BT SAMJEFRI

9.

NUR HARISHA IZWA BT AZMAN

BA 12203

10.

NURUL ASMIZA BT YUSRI

AX 83407

BIL.

NAMA PESERTA ( MURID )

011222-13-0235

SURAT BERANAK
@K/P

11.

MUHAMMAD NUR IMAN B KHAIRULAZIAN

BL 92737

12.

ZAIDI B ZAHARI

BA 20171

13.

NOORSYAFARIZA BT ZAHARI

BA 20436

14.

CHE ALIA NATASHA

BG 41454

15.

MUHAMMAD ADAM AQIL B MUHAMMAD AMIN

SK 175286

BIL.

NAMA PESERTA ( GURU )

KAD
PENGENALAN

1.

HISHAMUDDIN BIN SIRAN

801028-01-5547

2.

MOHD SHUKRI BIN AHMAD

830209-05-5479

3.

MOHD SHARI BIN AMRAN

800813-04-5181

4.

ANISAH BINTI ABDULLAH

770501-01-5894

5.

KU MIMI KHAIMIZA BINTI KU MD AHIR

770710-04-5694

6.

AZHARI BIN AHMAD

720914-04-5295

6.

PERSONALIA

Program gotong royong adalah anjuran bersama antara TASKI ABIM Taman Sentosa
dengan murid aliran perdana dan juga murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman Gemas dan 6 orang guru dari Program
Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan Jun 2011 dan ambilan Feb 2012.

7.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada perbelanjaan dikeluarkan. Segala kos perbelanjaan ditanggung oleh TASKI


ABIM Taman Sentosa Gemas.

8.

STRUKTUR ORGANISASI
PENASIHAT

PN HJH FAIZAH BT A. KARIM

PN HJH MARIAM BTE CHE LAT

(Pensyarah IPG Raja Melewar)


PENGERUSI

KU MIMI KHAIMIZA BT KU MD AHIR

SETIAUSAHA

AZHARI BIN AHMAD

BENDAHARI

MOHD SHARI BIN AMRAN

AHLI JAWATANKUASA

HISHAMUDDIN BIN SIRAN


MOHD SHUKRI BIN AHMAD
ANISAH BTE ABDULLAH

9.

TENTATIF PROGRAM :-

MASA
8.30 pagi
8.40 pagi
9.00 pagi
11.00 pagi
11.15 pagi
11.30 pagi

10.

AKTIVITI
Berkumpul di TASKI ABIM, Taman Sentosa
Taklimat gotong royong dan pembahagian lokasi
Gotong royong bermula
Berkemas / membersihkan diri dan alatan
Jamuan
Bersurai

LAPORAN PROGRAM KESELURUHAN


8:30 pagi :Semua guru dan murid yang menyertai program gotong royong telah
berkumpul di TASKI ABIM Taman Sentosa untuk mendengar taklimat
yang disampaikan oleh Pengerusi Program iaitu Pn Ku Mimi bt Ku Md
Akhir. Selepas taklimat, pembahagian tugasan kerja dibahagikan
mengikut lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak TASKI ABIM.

9:00 pagi :Gotong royong dimulakan mengikut tugasan seperti berikut:


Membersihkan Bilik Ibadah :

1. Cat dinding
2. Ceriakan sudut bacaan
3. Membersihkan dalam Almari.
4. Menampal Tag Buku
5. Membersihkan kawasan Bilik Ibadah
6. Menyusun kerusi meja murid dan perabot
7. Mengelap tingkap
8. Memasang langsir
9. Mengelap lampu dan kipas
10. Menampal carta dan bahan bantu mengajar
11. Menyusun Sejadah , Telekong dan Kain Pelikat.
11:00 pagi : Semua murid dan guru berkumpul semula dan membersihkan segala
peralatan yang telah digunakan dan disimpan semula ke dalam setor.

11:30 pagi : Peserta program dan guru telah diberikan jamuan oleh pihak TASKI ABIM
12:00 tengahari : Bersurai.

11.

KELEMAHAN
Masa yang diperuntukan untuk melaksanakan tugas yang diberikan adalah
terlalu terhad kerana banyak bahagian yang hendak dilakukan terpaksa di
percepatkan mengikut masa yang diperuntukan.

12.

KEKUATAN
: Kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan PPG begitu baik sekali
sehingga selesai tugasan yang diberikan.
: Sokongan yang diberikan oleh pihak TASKI ABIM terutama dari segi
peralatan gotong royong jamuan yang disediakan.
: Setiap guru mempunyai kreativiti tersendiri demi untuk mencantikkan dan

memperindahkan kawasan TASKI ABIM.

13

PENAMBAHBAIKAN
-

Masa yang diperuntukan untuk gotong royong tersebut hendahlah


dilanjutkan lagi supaya semua kerja Nampak kemas dan tersusun.
Jumlah peserta di kalangan murid hendaklah ditambahkan lagi agar
pembahagian kerja dapat diseimbangkan serta dapat diselesaikan
mengikut masa yang ditetapkan.
Aktiviti ini sepatutnya dijalankan secara berterusan untuk meningkatkan
profesion perguruan.

13. PENUTUP
Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada pembinaan
insan guru yang mempunyai akhlak mullia, nilai-nilai kerohanian dan keguruan
yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan, dan
bermanafaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan
prinsip Rukun Negara, Fasafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru. Kerjasama dan sokongan para mentor dan pihak pengurusan
TASKI ABIM amat diharapkan bagi menjayakan program ini.
Di samping itu dengan tercapainya kejayaan program khidmat masyarakat
gotong

royong

pada

kali

ini

dapat

melahirkan

insan

yang

lebih

bertanggungjawab, berwibawa, bertolenrasi, berdikari dan boleh berkomunikasi


di antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa. Ia juga dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru-guru, ibubapa dan muridmurid

dengan

komuniti

masyarakat

iaitu

pihak

TASKI

ABIM

dalam

merealisasikan lima teras utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Refleksi Indivudu

Sepanjang program yang dijalankan, saya telah mendapat satu


pengalaman yang berbentuk ilmu pengetahuan yang sangat bermakna pada diri
saya yang mana dengan pengajuran program yang sebegini besar walaupun
peringkat sekolah, saya dapat mempelajari cara-cara penganjuran sesuatu
program berbentuk ilmiah. Perkara pertama yang telah saya ialah cara-cara
membuat kertas kerja yang mana di dalamnya saya dikehendaki memasukkan
objektif utama program tersebut, membuat anggaran perbelanjaan, membuat
surat kepada yang berkenaan serta menubuhkan ahli jawatankuasa kerja.
Perkara keduanya ialah saya telah membuat perbincangan dengan rakan-rakan
serta mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja untuk program tersebut. Saya
berasa amat bersyukur kerana kerjasama yang diberikan oleh ahli jawatankuasa
yang terdiri daripada rakan-rakan seperjuangan saya di sekolah amat baik sekali
demi melancarkan perjalanan program. Kesemua ahli telah memberikan
komitmen yang sangat tinggi.
Akhir sekali sebagai kesimpulannya, saya amat berpuas hati dengan
pelaksanaan program yang telah dijalankan walaupun terdapat kelemahan dan
penambahbaikan yang telah saya nyatakan. Ianya akan dijadikan panduan bagi
saya pada masa akan datang.
Disediakan oleh:
.
( AZHARI BIN AHMAD )

LAPORAN BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai