Anda di halaman 1dari 4

IstilahKesusasteraan dalambahasa Melayu/Indonesia berkembang

daripada
kata Sanskrit satra. Akar kata sas- adalah kata kerja terbitan bermakna
mengarahkan, mengajar, member petunjuk atau instruksi. Dan
akhiran tra
biasanya menunjukkan alat atau sarana.
Kesusasteraan Melayu moden mengalamiperkembangan yang pesat
selepas
Semenanjung mencapai kemerdekaannya pada tahun1957.Ini sesuai
dengan citra
baharu bagi Kuala Lumpur yang diisyhtiharkan sebagai ibu Negara,
bukan sahaja
berperanan sebagai pusat pentadbiran malah juga menentukan
pertumbuhan ilmu
ekonomi, seni dan budaya. Peranan ini kian meningkat apabila
gagasan Malaysia
menjadi kenyataan pada 16 September 1963.
Pada tahun-tahun1960-an dan 1970-an dapatlah disebut zaman
megah
kesusasteraan. Tanah air sedang membangunkan masyarakat yang
mewarisi
tradisi dan meneliti penjajahan ke suatu dimensi baharu yang
bermaruah pada
zaman kemerdekaan. Dalam dua dekad ini, dunia kesusasteraan
Melayu amatlah
meriah. Kesusasteraan Melayu diterima sebagai kesusasteraan
nasional.
Sasterawan Melayu yang menjadi pujaan ramai dan mendapat
pengiktirafan
melalui Hadiah Sastera bermula pada tahun 1971.
Gagasan Hadiah Sastera itu sudah diperkembangkan jauh ke hadapan
dengan
wujudnya Anugerah Sastera Negara dan pihak swasta juga mempunyai
hadiahhadiah sastera khusus masing-masing seperti Hadiah SasteraESSOGAPENA dan
lain-lain.
Kesusasteraan Melayu tradisional mempunyai bentuk dan cirri yang
berbeza
daripada kesusasteraan moden.Bentuk danciri ini merangkumimakna
struktur,
plot, gaya dan teknik serta konvensi lainsastera yang dicirikan pula
oleh
bahasa,persembahan, fungsi dan faktor-faktor luaran lainnya.

Sastera tradisionalselalunya bersifat kolektif, milik bersama


masyarakat;
justeru itu tidak menyatakan nama penulis. Sastera tradisional juga
terutama
dalam genre puisi bersifat fungsional; semua yang dicipta untuk
digunakan dalam
kehidupan social masyarakat sehari-hari. Dan tradisi ini dilanjutkan
dari zaman
lampau hingga hari ini. KesusasteraanMelayu Moden meliputilima
genre penting:
i.
Puisi
ii. Cerpen
iii. Drama
iv. Novel
v.
Esei Kritikan

Kelima-lima genre ini tercipta daripada tanggapan penulis yang


menghayati
permasalahan diri dengan alam sekitarnya secara imaginatif dan
kreatif.
Setiap tahap perkembangannya, selaras dengan kemajuan kreativiti
penulis,
turut mengalami perubahan.
Kemajuan pesat dalam bidang sains, teknologi dan ilmu
pengetahuan turut
mewarnai perubahan ini
KesusasteraanMelayu Tradisional pula terdapat dalam bentuk cerita
ditulis dalam
pelbagai genre seperti;
i.
Cerita rakyat
ii. Panji
iii. Epik
iv. Hikayat dansebagainya

Sementara itu karya-karya yangberbentuk bukan cerita pula yang


merupakan
pelajaran dalam pengajaran merangkumi semua bidang ilmu yang
berkaitan
dengan;
i.
Keagamaan
v.
Ilmu senjata dan sebagainya
ii.Ilmu hisab
iii.Ilmu bahasa
iv.Ilmu bintang

1.0
Definisi
Kesusateraan:
Buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP) mendefinisi Kesusasteraan sebagai.
kehalusan atau estetika dan bahasa berlandaskan kehalusan penciptanya serta
keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan
bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan
penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan. Namun
begitu,persoalan tentang definisi sasteraini bukanlah satu perkara mudah untuk
dibicarakan tanpa bersandarkan kepada mana-mana tulisan sarjana. Ramai sarjana
telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya kepada pengkaji dan pelajar
kesusasteraan.
Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan
mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa
Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti
seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan.
Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang
terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Hashim Awang
(1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui
bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut
sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi
atau daya pengucapannya. Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud
kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata
susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera. Su dikatakan
membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah. Sastera pula membawa maksud huruf
atau buku.Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah
bahasanya
dan
baik
isinya.
Jika Hashim Awang mengupas lebih mendalam tentang kesusasteraan,Ali Ahmad (1994)
juga turut menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asalusul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang
disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni
bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di
akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan
yang bersifat halus dan indah. Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk
pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan
disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. Zaaba mendefinisikan
kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.Pengertian seperti ini tentulah
tidak mencakupi makna sebenar kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad
(1994) mengatakan Secara kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat diterima, tetapi
pemerhatian
yang
lebih
tepat
masih
diperlukan.
Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud
kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar
Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan
ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah
kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu.
Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya.
Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu
tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai

bentuk dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraa Melayu


tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:
2.0 Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam
semua bentuk yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas
wujudnya mesin cetak.. Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal
manusia diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun
tersebut. Kemunculan Tamadun Mesopotamia telah menyebabkan karya-karya
kesusasteraan terhasil sehingga munculan Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah,
kemunculan kesusasteraan mula mewarnai kehidupan manusia sejak sekian lama.
Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah yang menyebabkan apa sahaja
hasil kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional. Selepas munculnya
mesin cetak lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun bertukar wajah
daripada tradisional kepada moden.
Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada dua
bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti yang dituturkan dan tulisan maksudnya
yang ditulis atau dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan
seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai kesusasteraan rakyat. Manakala
sastera tulisan pula adalah ciptaan golongan pemerintah selepas kemunculan sistem
tulisan
dalam
sesebuah
masyarakat
itu.
Ali Ahmad : Pengantar Pengajian Kesusasteraan, DBP. Kuala Lumpur, 1994
Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Safian Hussain, Suhaimi Hj
Ismail Mat (penyunting), ] 1993. Ulama Silam Dalam Kenangan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Muhammad (penyelenggara), 1988.Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.Ali Ahmad, 1997.

Anda mungkin juga menyukai