Anda di halaman 1dari 2

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun 2

Tema dan Tajuk : Keluarga Harmoni/Sepupu Adam


Masa : 7.20am-8.20am
Standard Pembelajaran :
4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat melalui
penceritaan secara didik hibur.
Objektif Pembelajaran :
Perdana
Mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa
badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
Literasi
Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
Induksi
1. Guru membaca petikan ‘Hobi Adam’.
Perdana
2. Murid mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat
melalui penceritaan secara didik hibur.
3. Murid menjawab soalan yang diberikan dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi
yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur.
4. Murid diterapkan dengan nilai-nilai murni.
(Kasih sayang, tolong menolong, bertanggungjawab)
Literasi
1. Guru membimbing murid menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul
dan kemas secara individu.
Penutup
1. Guru merumus isi pelajaran.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Keusahawanan: kreativiti dan inovasi
Bahan Bantu Belajar: Buku teks, buku aktiviti, gambar
Penilaian P&P : Murid mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara
kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
Refleksi :
Mata Pelajaran : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Tahun 2
Tema : Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Tajuk : Menjadi pengguna jalan raya yang berbeza
Masa : 8.20am-8.50am
Fokus Utama : 1.7 Pengguna jalan raya
Fokus Sampingan : 1.7.2 Memahami bahawa semua pengguna jalan raya ialah pejalan kaki pada
suatu masa dalam setiap perjalanan, dan kemahiran sebagai pejalan kaki adalah penting.
Refleksi :

Mata Pelajaran : Matematik Tahun 3


Masa : 7.50am-8.50am
Tema/Tajuk : Nombor dan Operasi/ Nombor Bulat Dalam Lingkungan 10 000
Standard Pembelajaran: 1.4 (iii, iv)
Objektif Pembelajaran : Menentukan nilai tempat.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Induksi – Guru membawa satu kotak yang mengandungi kertas bernombor. Murid
menyebut nombor pada kertas yang dicabut.
Langkah 1 – Murid menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor dengan
menggunakan abacus.
Langkah 2 – Murid mencerakinkan sebarang nombor.
Langkah 3 – Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
EMK: Kreativiti dan inovasi
BBB: kotak berisi kertas nombor, lembaran kerja
Penilaian P&P: Murid dapat menentukan nilai tempat.
Refleksi:

Anda mungkin juga menyukai