Anda di halaman 1dari 50

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
MODUL PENGAJARAN
SENI KREATIF
TAHUN 2
Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2011
Cetakan Pertama 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN Muka Surat
Pendidikan Seni Visual
Melukis dan menggambar 3
Rekaan dan corak 7
Mereka dan membuat binaan 10
Kraf 16
Pendidikan Muzik
Persepsi Muzik 23
Pengalaman Nyanyian 28
Pengalaman Muzikal 33
Apresiasi dan Estetika Seni Muzik 38
PENDIDIKAN
SENI VISUAL
3
Tajuk : 1. Melukis dan Menggambar
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 1.1 Contengan bebas tanpa alatan seni lukis
Standard Pembelajaran : 1.1.3 Melakukan contengan bebas pada permukaan kertas dengan menggunakan jari-jemari
Tunjang yang disepadukan : Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Komunikasi
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat melakukan contengan bebas pada permukaan kertas
dengan menggunakan jari-jemari.
Nilai : Kerjasama dan toleransi
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi
1. Murid ditunjukkan dengan satu contoh hasil contengan
bebas.
Cadangan soalan guru:
a. Apa yang kamu lihat pada lukisan tersebut?
b. Kamu fikir lukisan itu cantik atau tidak?
Contoh hasil kerja
Langkah 1 1. Murid diberi penerangan mengenai contengan bebas.
2. Murid melihat tunjuk cara penghasilan contengan bebas.
Kertas mahjung
Warna air
4
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Cadangan soalan guru:
a. Apa yang boleh digunakan untuk menconteng?
b. Di mana kamu boleh melihat contengan?
c. Siapa yang biasa melakukan contengan?
Bekas warna
Kain lap
Surat khabar lama
Langkah 2 1. Murid diminta berada dalam kumpulan.
2. Murid menerima sehelai kertas mahjung dan satu set
warna air bagi setiap kumpulan.
3. Murid membuat contengan bebas menggunakan jari-
jemari.
Cadangan soalan guru:
a. Apa warna yang kamu gunakan tadi?
b. Nyatakan perasaan kamu semasa melakukan
contengan?
c. Bagaimana cara kamu melakukan contengan tadi?
Kertas mahjung
Warna air
Bekas warna
Kain lap
Surat khabar lama
Apron
Dengan bimbingan
dan arahan guru
Langkah 3 1. Setiap murid menerima sekeping kertas lukisan dan dua
tiub warna air.
2. Murid membuat contengan bebas menggunakan jari-jemari
mengikut kreativiti sendiri.
Cadangan soalan guru:
a. Apa yang kamu cuba hasilkan dalam contengan
Kertas lukisan
Warna air
Bekas warna
Kain lap
Surat khabar lama
Apron
5
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
tadi?
Penutup 1. Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing.
2. Hasil kerja yang baik akan dipamerkan sebagai satu
penghargaan
Hasil kerja murid
6
Tajuk : 1. Melukis dan Menggambar
Standard Kandungan : 1.1 Contengan bebas tanpa alatan
Standard Pembelajaran : 1.1.3 Melakukan contengan bebas pada permukaan kertas dengan menggunakan jari-jemari
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
SENARAI SEMAK
Nama :____________________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________
Arahan : Tandakan (\) pada ruangan menguasai atau belum menguasai berdasarkan kemahiran murid.
BIL KEMAHIRAN TARIKH MENGUASAI
BELUM
MENGUASAI
CATATAN
1. Murid menggunakan jari untuk menconteng
2. Murid melakukan contengan bebas pada kertas
mahjung dalam kumpulan
3. Murid melakukan contengan bebas pada kertas
lukisan secara individu
4. Murid mempamerkan hasil kerja
5. Murid mengemas dan menyimpan semula semua
peralatan dan bahan yang telah digunakan
Refleksi :
............................................................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................................................................
7
Tajuk : 2. Rekaan dan Corak
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 2.2 Teknik capan
Standard Pembelajaran : 2.2.1 Mencorak menggunakan tapak tangan
Tunjang yang disepadukan : Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat mereka corak secara bebas menggunakan tapak tangan.
Nilai : Toleransi dan bertanggungjawab
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi
1. Murid melihat guru memegang kotak bercorak.
2. Murid membuka kotak dan mengambil gambar tapak kaki
haiwan.
Cadangan soalan guru:
a. Namakan tapak kaki haiwan ini?
b. Berapa jari kaki haiwan ini?
Kotak bercorak
Kad gambar
Langkah 1 1. Murid mendengar penerangan tentang cara mengecap
menggunakan bahagian tapak tangan dengan warna air.
2. Murid melihat dan memerhati cara dan teknik yang betul untuk
Kertas lukisan
Warna air
Tuala lap
Tisu
Guru membuat
tunjuk cara
8
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
mengecap tapak tangan pada kertas yang ditunjukkan.
3. Murid ditunjukkan cara mengatur susunan corak.
Cadangan soalan guru:
a. Siapa yang boleh mengulang semula langkah yang
ditunjukkan tadi?
Bekas warna
Langkah 2 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Murid memakai apron.
3. Murid mengecap dengan bimbingan guru.
4. Murid mengecap tapak tangan sehingga memenuhi ruang.
Cadangan soalan guru:
a. Mengapa kita perlu menggunakan apron?
b. Hasil kerja kumpulan mana yang paling menarik?
Apron
Kertas lukisan
Warna air
Tuala lap
Tisu
Bekas warna
Guru membimbing
murid
Guru perlu
mengingatkan murid
tentang aspek
kebersihan
Langkah 3 1. Setiap murid diberikan kertas lukisan.
2. Murid menghasilkan capan secara individu menggunakan
warna yang berbeza.
Cadangan soalan guru:
a. Sebutkan warna yang telah digunakan untuk mengecap?
b. Bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan capan?
Apron
Kertas lukisan
Warna air
Tuala lap
Tisu
Bekas warna
Guru membimbing
murid
9
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Langkah 4 1. Murid mencuci tangan dan membersihkan semua peralatan
yang telah digunakan.
2. Murid mempamerkan hasil kerja di atas meja masing-masing.
Cadangan soalan guru:
a. Mengapa kita perlu mencuci tangan selepas melakukan
aktiviti tadi?
Hasil kerja murid Guru membimbing
murid
Penutup Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing dan murid lain
membuat ulasan mengenai hasil kerja tersebut.
Hasil kerja murid
10
Tajuk : 3. Mereka dan Membuat Binaan
Masa : 60 minit.
Tunjang Utama : Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Standard Kandungan : 3.3 Binaan mudah menggunakan bahan terbuang
Standard Pembelajaran : 3.3.1 Membuat model kenderaan dengan menggunakan teknik :
i.mengoyak
ii.menggunting
iii.menebuk
iv. melekat
v.mengikat
Tunjang yang disepadukan : Perkembangan Fizikal dan Estetika
Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Komunikasi
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat membina model roket dengan menggunakan bahan
terbuang.
Nilai : Kerajinan dan toleransi
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
11
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi 1. Murid ditunjukkan model-model kenderaan.
2. Murid menamakan model-model kenderaan yang ditunjukkan.
Cadangan soalan guru:
a. Apa nama kenderaan ini?
b. Kenderaan apa yang tidak mempunyai tayar?
Pelbagai model
kenderaan
Langkah 1 1. Murid ditunjukkan foto Angkasawan Malaysia.
2. Murid ditunjukkan gambar roket dan mengaitkan angkasawan
dengan roket.
3. Murid mendengar penerangan guru tentang aktiviti yang akan
dijalankan menggunakan pelbagai bahan terbuang.
4. Murid diminta mengeluarkan botol/bekas berbentuk silinder
yang dibawa.
5. Murid diperkenalkan dengan bahan-bahan yang akan
digunakan untuk membuat roket.
Cadangan soalan guru:
a. Siapa dalam foto ini?
b. Apa nama kenderaan di dalam gambar ini?
c. Bahan apa yang boleh digunakan untuk membuat model
roket?
Model roket
Bekas/botol plastik
berbentuk silinder
Pita pelekat pelbagai
warna
Gunting
Pisau
Gam UHU
Permanent marker
Pen
Kotak
Tali
Guru perlu
menyediakan bahan
sebagai persediaan
sekiranya murid
tidak membawa
bahan
Langkah 2 1. Murid diminta mengumpulkan botol/bekas berbentuk silinder
yang dibawa dan diletakkan di atas meja guru untuk ditebuk.
Bekas/botol
berbentuk silinder
Guru perlu
menyediakan
12
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
2. Murid beratur untuk mengambil botol/ bekas berbentuk silinder
yang telah ditebuk dan bahan-bahan yang akan digunakan
untuk membuat roket.
Cadangan soalan guru:
a. Bagaimana cara kita menebuk botol/ bekas silinder?
b. Apakah bahan lain yang boleh kita gunakan untuk membuat
badan roket?
Pita pelekat pelbagai
warna
Gunting
Pisau
Gam UHU
Permanent marker
Pen
Kotak
Tali
pinggan kertas dan
kertas kotak yang
telah siap digunting
mengikut saiz
Langkah 3 1. Murid membuat binaan roket mengikut langkah demi langkah
dengan bimbingan guru menggunakan teknik:
i. mengoyak
ii. menggunting
iii. menebuk
iv. melekat
v. mengikat
2. Murid membersihkan peralatan yang digunakan.
Cadangan soalan guru:
a. Apa alatan yang boleh digunakan untuk menebuk
lubang?
b. Apa alatan yang digunakan untuk menggunting?
c. Apa alatan yang digunakan untuk melekat?
Bekas/ botol
berbentuk silinder
Pita pelekat pelbagai
warna
Gunting
Pisau
Gam UHU
Permanent marker
Pen
Kotak
Tali
Guru perlu
membantu murid
untuk aktiviti yang
menggunakan
alatan tajam/
merbahaya
13
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
d. Apa alatan yang digunakan untuk mengikat?
Penutup 1. Murid menunjukkan hasil kerja dihadapan kelas.
2. Murid lain diberi peluang membuat ulasan mengenai hasil kerja
tersebut
3. Murid meletakkan model roket yang dihasilkan di sudut
pameran.
Cadangan soalan guru:
a. Siapa yang ingin menaiki roket?
b. Siapa yang ingin menjadi angkasawan?
Binaan roket yang
telah siap
14
Tajuk : 3. Mereka dan Membuat Binaan
Standard Kandungan : 3.3 Binaan mudah menggunakan bahan terbuang
Standard Pembelajaran : 3.3.1 Membina model dengan menggunakan bahan terbuang
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
SENARAI SEMAK
Nama :__________________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________
Arahan : Tandakan (\) pada ruangan menguasai atau belum menguasai kemahiran murid.
BIL KEMAHIRAN TARIKH MENGUASAI
BELUM
MENGUASAI
CATATAN
1. Murid boleh mendengar arahan guru
2. Murid mengenal bahan-bahan untuk membuat roket
3. Murid boleh mengoyak
4. Murid boleh menggunting
5. Murid boleh menebuk
6. Murid boleh melekat
7. Murid boleh mengikat
8. Murid boleh menghasilkan model roket
9. Murid boleh mempamerkan hasil kerja
10. Murid mengemas dan menyimpan semula semua
peralatan dan bahan yang telah digunakan
Refleksi :
.........................................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................................................
Tandatangan guru:
..........
15
LAMPIRAN 1
CONTOH ROKET

16
Tajuk : 4. Kraf
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Standard Kandungan : 4.2 Projek Kraf tradisional
Standard Pembelajaran : 4.2.3 Menghasilkan anyaman mudah dengan menggunakan bahan gantian
Tunjang yang disepadukan : Fizikal dan Estetika
Keterampilan Diri
Kerohanian Sikap dan Nilai
Komunikasi
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat menghasilkan anyaman mudah dengan menggunakan
bahan gantian.
Nilai : Kasih sayang dan bertanggungjawab
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi
1. Murid diberi segelas air bersama sebatang penyedut
minuman.
2. Murid diminta untuk menyedut minuman.
3. Murid diminta membersihkan gelas dan menyimpan penyedut
minuman untuk membuat anyaman.
Cadangan soalan guru:
a. Alat apa yang digunakan untuk menyedut minuman
tadi?
Segelas air
Penyedut minuman
17
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
b. Selain menyedut minuman, apa yang boleh dibuat dengan
penyedut minuman?
Langkah 1 1. Murid ditunjukkan dengan pelbagai produk anyaman.
2. Murid diminta menyebut nama produk anyaman yang
ditunjukkan.
3. Murid mendengar penerangan tentang kegunaan produk
anyaman tersebut.
Cadangan soalan guru:
a. Apa kegunaan tudung saji?
b. Apa bahan yang digunakan untuk membuat anyaman
tikar?
Tudung saji
Tikar
Bakul
Langkah 2 1. Murid ditunjukkan cara melurut penyedut minuman
menggunakan pembaris supaya menjadi leper.
2. Murid diberikan lima batang penyedut minuman dan melurut
kesemua penyedut minuman tersebut.

Cadangan soalan guru:
a. Apa warna penyedut minuman kamu?
b. Apa alat yang digunakan untuk melurut penyedut minuman
supaya menjadi leper?
Penyedut minuman
Pembaris
Guru membimbing
murid melurut
penyedut minuman
18
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
c. Mengapa kita menggunakan semula penyedut minuman
yang telah digunakan tadi?
Langkah 3 1. Murid ditunjukkan cara membuat anyaman berselang-seli
menggunakan penyedut minuman yang telah dilurut.
2. Murid diberi penyedut minuman yang telah
dibingkaikan.

penyedut minuman yang telah dilurut
3. Murid mula menganyam berselang seli menggunakan
penyedut minuman yang telah dilurut.
Cadangan soalan guru:
a. Sebutkan dua warna pilihan kamu.
b. Selain daripada penyedut minuman, sebutkan dua bahan
lain yang boleh digunakan untuk menganyam?
Penyedut minuman
Penyedut minuman
yang telah dibingkai
Mengikut kreativiti
guru
19
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Penutup 1. Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing dan murid lain
membuat ulasan mengenai hasil kerja tersebut.
2. Murid mempamerkan hasil anyaman mereka di papan
pameran.
3. Murid diberitahu tentang pekerjaan 'Pandai Anyam'.
4. Murid diterangkan mengenai kepentingan hasil anyaman
sebagai sumber pendapatan.

Cadangan soalan guru:
a. Siapa yang ingin menjadi 'Pandai Anyam'?
b. Apa kegunaan hasil anyaman ini?
Hasil anyaman murid
Pandai Anyam
adalah orang yang
bekerja sebagai
penganyam.
ENT :
Keusahawanan
20
Tajuk : 4. Kraf
Standard Kandungan : 4.2 Projek Kraf tradisional
Standard Pembelajaran : 4.2.3 Menghasilkan anyaman mudah dengan menggunakan bahan gantian
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
SENARAI SEMAK
Nama :____________________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________
Arahan : Tandakan (\) pada ruangan menguasai atau belum menguasai berdasarkan kemahiran murid.
BIL KEMAHIRAN TARIKH MENGUASAI
BELUM
MENGUASAI
CATATAN
1. Murid boleh mendengar arahan
2. Murid boleh melurut penyedut minuman
3. Murid boleh menganyam
4. Murid menyiapkan anyaman
5. Murid mempamerkan hasil anyaman
6. Murid mengemas dan menyimpan semula semua
peralatan dan bahan yang telah digunakan
Refleksi :
.........................................................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................................................................
Tandatangan guru:
......................................
PENDIDIKAN
MUZIK
23
Tajuk : 1. Persepsi Muzik
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 1. 1 Irama dalam muzik
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Menepuk detik lagu yang didengar
1.1.2 Membezakan tempo lagu yang didengar
i. tempo cepat
ii. tempo lambat
Tunjang lain yang disepadukan : Komunikasi
Literasi Sains dan Teknologi
Kerohanian sikap dan nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran:
i. Murid dapat menepuk detik lagu yang didengar
ii. Murid dapat membezakan tempo cepat atau lambat pada lagu yang didengar.
Nilai : Bertanggungjawab, kerjasama, keberanian dan kejujuran
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi 1. Murid diberi penerangan tentang kenderaan yang
bergerak cepat dan lambat.
2. Murid memberi respons kepada soalan guru.
Kad gambar
24
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Cadangan soalan :
a. Apakah haiwan yang bergerak cepat dan
lambat?
Langkah 1 1. Murid mendengar 2 jenis lagu yang berlainan
tempo.
2. Murid mendengar lagu 'Bapaku Pulang' dan lagu
'Sungai' sambil berkawad secara bebas.
Radio
CD interaktif
Lagu pilihan guru
tempo cepat dan
lambat
Lagu cadangan:
Tempo cepat
'Bapaku Pulang'
Tempo lambat
'Sungai'
Langkah 2 1. Murid mendengar lagu 'Bapaku Pulang' dan lagu
'Sungai' sambil menepuk detik menggunakan
perkusi
badan dengan bimbingan guru
2. Murid membuat gerakan asas berjalan dan
berkawad mengikut keratan lagu tempo cepat dan
lambat
Radio
CD interaktif
Contoh perkusi
badan:
Menepuk tangan,
memetik jari, paha
dan bahu.
Keratan lagu
'Bapaku Pulang'
'Sungai'
25
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Langkah 3 1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
a. Kumpulan 1
Menepuk detik lagu yang didengar.
b. Kumpulan 2
Membuat gerakan asas mengikut tempo
lagu yang didengar.
2. Murid dalam setiap kumpulan akan menukar
aktiviti dengan bimbingan guru.
Radio
CD interaktif
Lagu
'Bapaku Pulang' dan
lagu 'Sungai'
Gerakan Asas:
Berjalan
kawad kaki
Langkah 4 1. Murid mendengar penerangan guru mengenai
tempo .
2. Murid mendengar pelbagai lagu tempo cepat
dan lambat.
3. Murid memberi respons kepada soalan guru:
Cadangan soalan :
a. Apakah tempo lagu tadi?
b. Bolehkah kamu menepuk detik lagu tadi?
4. Murid diperdengarkan semula lagu tempo cepat
dan lambat.
Radio, CD
interaktif
Tempo:
kelajuan detik dalam
muzik
Contoh lagu tempo
cepat:
Joget Pahang,
Bapaku Pulang,
Contoh lagu tempo
lambat :
Sungai
Negaraku
26
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Penutup Murid mendengar dua buah lagu tempo cepat dan
lambat sambil membuat tepukan perkusi badan
Radio
CD interaktif
Persembahan
27
Tajuk : 1. Persepsi Muzik
Standard Kandungan : 1.1 Mengenal irama muzik
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Menepuk detik lagu yang didengar
1.1.2 Membezakan tempo lagu yang didengar
i tempo cepat
ii tempo lambat
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
SENARAI SEMAK
Nama :____________________________________ Kelas :____________________________ Tarikh :
____________________
Arahan : Tandakan (\) pada ruangan Menguasai atau Belum Menguasai berdasarkan kemahiran murid.
BIL
KEMAHIRAN
MENGUASAI
BELUM
MENGUASAI
CATATAN
1. Murid boleh berkawad setempat
2. Murid boleh meniru aksi guru
3. Murid boleh menepuk detik
4. Murid boleh membuat gerakan tempo cepat
5. Murid boleh membuat gerakan tempo lambat
6. Murid boleh membuat tepukan perkusi badan
Refleksi :
..........................................................................................................................................................................................
...............
..................................................................................................................................................................................................
.................
Tandatangan guru:
...............................................
28
Tajuk : 2. Pengalaman Nyanyian
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 2.1 Nyanyian mengikut muzik
Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menyanyi dengan teknik pernafasan yang betul
2.1.4 Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai
i. mud riang
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi
Komunikasi
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat menyanyi lagu 'Bapaku Pulang' dengan teknik
pernafasan yang betul, dalam mud riang.
Nilai : Kerjasama, kerajinan, keberanian dan toleransi
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi 1. Murid meniup belon secara bebas.
2. Murid meniup belon secara berpandu dan
terkawal.
i. meniup kaedah cepat
ii. meniup kaedah perlahan
Belon
29
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Langkah 1 1. Murid mendengar lagu 'Bapaku Pulang'.
2. Murid memberi respons kepada soalan guru.
Cadangan soalan:
a. Adakah kamu masih ingat lagu ini?
b. Bolehkah kamu menepuk detik lagu ini
bersama- sama saya?
3. Murid mendengar lagu sambil
menepuk detik secara berpandu.
Radio
CD interaktif
Lagu 'Bapaku
Pulang'
Langkah 2 1. Murid mendengar penerangan guru mengenai
teknik pernafasan yang betul semasa menyanyi.
2. Murid membuat latihan teknik pernafasan secara
berpandu semasa duduk dan berdiri.
1. Latihan menarik
nafas melalui mulut
dan
menghembuskan
nafas melalui mulut,
bahu tidak terangkat
atau dinaikkan,
manakala perut ke
depan (seperti bayi
sedang bernafas)
2. Menarik nafas
30
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
dan tahan dalam 4
kiraan
3. Menarik nafas
dan tahan dalam 8
kiraan
4. Menarik nafas
dan melepaskan
nafas perlahan-lahan
dalam 4 dan 8 kiraan
Langkah 3 1. Murid dibimbing oleh guru menyanyikan lirik lagu
frasa demi frasa dengan teknik pernafasan yang
betul tanpa iringan muzik semasa berdiri.
2. Murid dibimbing oleh guru menyanyikan lirik lagu
frasa demi frasa dengan teknik pernafasan yang
betul tanpa iringan muzik semasa duduk.
Lirik lagu 'Bapaku
Pulang'
Frasa lagu
Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon, pon, pon, pon, pon
pon, pon, pon, pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik marilah naik
Boleh ku bawa jumpa
Nenek
31
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Langkah 4 1. Murid menyanyikan lagu dengan teknik
pernafasan yang betul dengan iringan muzik.
2. Murid memberi respons kepada soalan guru.
Cadangan soalan:
a. Apakah perasaan kamu sewaktu menyanyikan
lagu ini?
3. Murid menyanyikan lagu sambil menepuk tangan
dalam mud riang dengan teknik pernafasan yang
betul.
Murid mempamerkan
ekspresi riang
Penutup Murid membuat persembahan di hadapan kelas. Persembahan
32
Tajuk : 2. Pengalaman Nyanyian
Standard Kandungan : 2.1 Nyanyian mengikut muzik
Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menyanyi dengan teknik pernafasan yang betul
2.1.4 Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai
i mud riang
_________________________________________________________________________________________________________
SENARAI SEMAK
Nama :___________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________
Arahan : Tandakan (\) pada ruangan Menguasai atau Belum Menguasai berdasarkan kemahiran murid.
BIL KEMAHIRAN MENGUASAI
BELUM
MENGUASAI
CATATAN
1. Murid boleh mengingat lagu yang
diperdengarkan
2. Murid boleh membuat teknik bernafas
semasa berdiri
4. Murid boleh membuat teknik bernafas
semasa duduk.
5. Murid boleh menyanyi dengan teknik
pernafasan yang betul
6. Murid boleh menunjukkan mud riang
7. Murid boleh menyanyi sambil menepuk
tangan dalam mud riang
8. Murid boleh membuat persembahan
Refleksi :
..........................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................................
Tandatangan guru:
...............................................
33
Tajuk : 3. Pengalaman Muzikal
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal & Estetika
Standard Kandungan : 3.3 Memainkan alat perkusi
Standard Pembelajaran : 3.3.1 Memegang alat perkusi dengan teknik yang betul
3.3.2 Memainkan alat perkusi dengan teknik yang betul
3.3.3 Memainkan alat perkusi mengikut corak irama
Tunjang lain yang disepadukan : Komunikasi
Keterampilan Diri
Kemanusiaan
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat memegang dan memainkan alat perkusi dengan
teknik yang betul mengikut corak irama yang diberi.
Nilai : Kerjasama, toleransi dan keberanian
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi 1.Murid diminta meneka alat perkusi di dalam kotak
yang dibawa oleh guru. Murid mendengar guru
membunyikan alat perkusi tersebut.
2. Murid memberi respons kepada soalan guru.
Cadangan soalan:
a. Apakah nama alat perkusi yang kamu dengar?
Kotak
Loceng
Kastanet
Murid telah
diperkenalkan
dengan alatan
perkusi loceng dan
kastanet
34
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
b. Alat perkusi yang mana kamu suka?
3. Murid melihat alat perkusi yang dibunyikan
Langkah 1 1. Murid memberi respons kepada soalan guru
Cadangan soalan:
a. Pernahkah kamu memainkan alat perkusi?
b. Bolehkah kamu memainkan loceng dan
kastanet?
2. Murid memegang dan membunyikan loceng
secara bebas dan terkawal.
3. Murid memegang dan membunyikan kastanet
secara bebas dan terkawal.
Loceng
Kastanet
Murid bergilir-gilir
memegang dan
membunyikan loceng
dan kastanet
Langkah 2 1. Murid memegang alat perkusi loceng mengikut
teknik yang betul dengan bimbingan guru.
2. Murid memainkan alat perkusi loceng mengikut
teknik yang betul dengan bimbingan guru.
3. Murid memegang alat perkusi kastanet mengikut
teknik yang betul dengan bimbingan guru.
4. Murid memainkan alat perkusi kastanet mengikut
teknik yang betul dengan bimbingan guru.
Loceng
Kastanet
Murid telah
mempelajari cara
memegang loceng
dan kastanet
35
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Langkah 3 1. Murid dibimbing memainkan loceng mengikut ikon
corak irama yang diberi.
2. Murid dibimbing memainkan kastanet mengikut
ikon corak irama yang diberi.
Loceng
Kastanet
Corak irama
1 2 3 4
* sebutan
one, two, three, four
Langkah 4 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan
kumpulan 1 loceng
kumpulan 2 kastanet
2. Kumpulan 1 memainkan corak irama loceng
dengan bimbingan guru.
3. Kumpulan 2 memainkan corak irama kastanet
dengan bimbingan guru.
Loceng
Kastanet
Ikon corak irama
Corak Irama
Loceng
Kastanet
Langkah 5 1.Kumpulan 1 dan kumpulan 2 memainkan corak
irama kumpulan masing-masing secara serentak
dengan bimbingan guru.
2. Murid dalam setiap kumpulan akan menukar alat
Kastanet
Loceng
Ikon corak irama
Corak Irama
Loceng
Kastanet
1 2 3
4
1 2 3
4
1 2 3
4
36
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
perkusi dan memainkan corak irama dengan
bimbingan guru.
Penutup Murid akan memainkan alat perkusi loceng dan
kastanet di hadapan kelas.
Persembahan
1 2 3
4
37
Tajuk : 3. Pengalaman Muzikal
Standard Kandungan : 3.3 Memainkan alat perkusi
Standard Pembelajaran : 3.3.1 Memegang alat perkusi dengan teknik yang betul.
3.3.2 Memainkan alat perkusi dengan teknik yang betul
3.3.3 Memainkan alat perkusi mengikut corak irama
_________________________________________________________________________________________________________
SENARAI SEMAK
Nama :____________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________
Arahan : Tandakan (\) pada ruangan Menguasai atau Belum Menguasai berdasarkan kemahiran murid.
BIL KEMAHIRAN MENGUASAI
BELUM
MENGUASAI
CATATAN
1. Murid boleh meneka bunyi alat
2. Murid boleh menamakan alat yang didengar
3. Murid boleh memegang loceng dengan teknik
yang betul
4. Murid boleh memegang kastanet dengan
teknik yang betul
5. Murid boleh memainkan corak irama loceng
6. Murid boleh memainkan corak irama kastanet
7. Murid boleh bermain alat perkusi mengikut
kumpulan
8. Murid boleh membuat persembahan
Refleksi :
..........................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................................
Tandatangan guru:
...............................................
38
Tajuk : 4. Apresiasi dan Estetika Seni Muzik
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 4.2 Gerakan mengikut lagu
Standard Pembelajaran : 4.2.1 Melakukan gerakan mengikut
i lirik lagu
Tunjang lain yang disepadukan : Keterampilan Diri
Komunikasi
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat melakukan gerakan mengikut lirik lagu 'ngin Jadi
Seperti Burung'.
Nilai : Keberanian, kerjasama, kejujuran, hemah tinggi dan toleransi
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Set Induksi 1. Murid memberi respons kepada soalan guru:
Cadangan soalan :
a. Pernahkah kamu melihat burung?
b. Bolehkah kamu tunjukkan bagaimana burung
terbang?
c. Siapa ingin menjadi burung?
2. Murid mendengar lagu 'ngin Jadi Seperti
Burung'.
Radio
CD interaktif
Lagu
'ngin Jadi Seperti
Burung'
39
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Langkah 1 1. Murid mendengar lagu sambil membuat aksi
secara bebas.
2. Murid membuat gerakan dengan bimbingan guru;
Contoh gerakan:
i. menunjuk ke langit
ii. burung terbang
iii. rasa riang
Radio
CD interaktif
Lagu
'ngin Jadi Seperti
Burung'
Langkah 2 1. Murid membuat pergerakan mengikut lirik lagu
dengan bimbingan guru.
Lirik Gerakan
Lihatlah lihatlah memerhati sekeliling
Di langit biru mengangkat tangan
Burung berterbangan burung terbang
Berkawan-kawan burung mengepak
Riangnya-riangnya melompat-lompat
Rasa hatiku tangan ke dada
Inginku bersama tangan ke depan
Tinggi di awan tangan ke atas
Lirik lagu
'ngin Jadi Seperti
Burung'
40
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN
Langkah 3

1. Murid membuat pergerakan frasa demi frasa lagu
dengan bimbingan guru
2. Murid membuat pergerakan keseluruhan lirik lagu
mengikut iringan muzik dengan bimbingan guru.
3. Murid membuat pergerakan keseluruhan lagu
mengikut iringan muzik tanpa bimbingan guru.
Radio
CD interaktif
Contoh frasa lagu :
'Lihatlah-lihatlah di
langit biru'
Penutup Murid membuat persembahan aksi pergerakan
berdasarkan lirik lagu dengan iringan muzik.
Radio
CD interaktif
Lagu
'ngin Jadi Seperti
Burung'
41
Tajuk : 4. Apresiasi dan Estetika Seni
Standard Kandungan : 4.2 Gerakan mengikut lagu
Standard Pembelajaran : 4.2.1 Melakukan gerakan mengikut
i lirik lagu
______________________________________________________________________________________________________________________
SENARAI SEMAK
Nama :____________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________
Arahan : Tandakan (\) pada ruangan Menguasai atau Belum Menguasai berdasarkan kemahiran murid.
BIL KEMAHIRAN MENGUASAI
BELUM
MENGUASAI
CATATAN
1. Murid boleh membuat aksi bebas
berdasarkan lagu 'ngin Jadi Seperti Burung'
2. Murid boleh membuat gerakan menunjuk ke
langit
3. Murid boleh membuat gerakan burung
terbang
4. Murid boleh membuat gerakan rasa riang
5. Murid boleh membuat gerakan mengikut lirik
lagu dengan bimbingan guru
6. Murid boleh membuat persembahan
Refleksi :
..........................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................................
Tandatangan guru:
...............................................

Anda mungkin juga menyukai