Anda di halaman 1dari 4

Langkah / Masa Set Induksi (10 minit)

Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Perbandingan pengukuran yang digunakan pada zaman purba dan zaman terkini.

Guru memulakan pengajaran dengan mempamerkan beberapa contoh kepingan gambar alatan pengukuran zaman dahulu dan alatan pengukuran yang digunakan zaman terkini kepada murid. Seterusnya guru meminta pandangan murid mengenai gambar yang dipamerkan. Kemudian, guru menyoal murid-murid sekiranya mereka mengetahui cara pengukuran semasa zaman dahulu dan zaman terkini. Contoh soalan: Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur panjang meja zaman dahulu? Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur panjang meja pada zaman terkini? Guru memulakan pelajaran dengan mengaitkan gambar yang ditunjukkan dengan tajuk yang akan dipelajari.

Langkah 1 (15minit)

Definisi pengukuran -Jarak diantara dua titik/tempat/kedudukan.

Guru memberikan penerangan mengenai tajuk yang dipelajari di papan hitam. Guru meminta murid untuk memberikan perhatian dan membuat catatan ringkas berdasarkan penerangan guru. Guru mengaitkan gambar dengan pengukuran yang digunakan semasa zaman purba. Contohnya : Depa Hasta Jengkal Kaki Guru meminta murid untuk menunjukkan pengukuran tersebut. Seterusnya, guru mengarahkan murid untuk mencuba dengan mengira panjang meja, pensel, buku dan pemadam. Guru meneruskan pengajaran dengan menerangkan pengukuran terkini.

Langkah 2 (20 minit)

Mengukur meja, pensel buku, dan pemadam menggunakan alat pengukuran terkini iaitu pembaris meter, pembaris pendek dan pita pengukur.

Guru meneruskan pengajaran dengan menunjukkan alat-alat pengukuran terlebih dahulu. Guru memperkenalkan setiap alat yang ditunjukkan kepada murid. Guru bertanyakepadamuridalatpengukur yang sesuaidigunakanuntukmengukurmeja ,pensel, bukudanpemadam.Muridmengukurmejamenggunakanpemba

ris meter dan pita pengukur, mengukurpenseldanpemadammenggunakanpembarispendek , mengukurbukumenggunakanpembaris meter. Guru menerangkan unit piawai untuk panjang dalam system metrik. Antaranya : Milimiter Sentimeter Meter Kilometer Guru membimbing murid untuk membuat refleksi bahawa mengukur menggunakan alat pengukur lebih tepat dari menggunakan bahagian badan. Guru menyoal murid unit piawai yang digunakan bagi alat yang ditunjukkan. Contoh soalan: Apakah unit piawai bagi pembaris? Apakah unit piawai bagi pita pengukur?

Langkah 3 (10 it)

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. Murid perlu mengukur panjang objek di lembaran kerja menggunakan pembaris pendek, pembaris meter dan pita pengukur.

Anda mungkin juga menyukai