Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( INDUKTIF )

Tarikh : 24 September 2013


Hari : Selasa
Masa : 9.40 pagi 10.40 pagi
Kelas : 4 Dinamik
Bilangan Murid : 31 orang
Topik : Memahami ukuran panjang
Objektif Pembelajaran : i. Murid dapat menyatakan pelbagai cara mengukur panjang
ii. Murid menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang dalam sistem metrik.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :
1. Menyatakan pelbagai cara mengukur panjang sekurang-kurangnya tiga daripada empat
cara pengukuran.
2. Menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang menggunakan sistem metrik iaitu mm, cm, m
dan km.
3. Menyenaraikan secara lisan sekurang dua daripada tiga alatan pengukuran.
Pendekatan Pengajaran : Induktif

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui alatan pengukuran yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti
pembaris meter, pembaris pendek dan pita pengukur.
Kemahiran Proses Sains : 1) Mendefinisi secara operasi tentang apakah pengukuran
2) Berkomunikasi mengenai alatan pengukuran yang biasa digunakan.
KemahiranBerfikir : Menghubungkait
Sikap dan Nilai Saintifik : Berani, yakin, dan berdikari.
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : Alat pengukuran, lembaran kerja, kepingan gambar.










Langkah /
Masa

Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(10 minit)

Perbandingan pengukuran yang
digunakan pada zaman purba dan
zaman terkini.
i. Guru memulakan pengajaran dengan
mempamerkan beberapa contoh kepingan
gambar alatan pengukuran yang digunakan pada
zaman dahulu dan alatan pengukuran yang
digunakan pada zaman sekarang kepada murid.

ii. Guru meminta pandangan murid mengenai
gambar yang dipamerkan.


iii. Guru menyoal murid sama ada mereka
mengetahui cara pengukuran semasa zaman
dahulu dan zaman terkini.

Contoh soalan:

a. Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk
mengukur panjang meja zaman dahulu?

b. Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk
mengukur panjang meja pada zaman terkini?

iv. Guru mengaitkan gambar yang ditunjukkan
dengan tajuk yang akan dipelajari.


Langkah 1
(15minit)

Definisi pengukuran
-Jarak diantara dua
titik/tempat/kedudukan.
i. Guru memberikan penerangan mengenai tajuk
yang dipelajari di papan hitam.

ii. Guru meminta murid untuk memberikan perhatian
dan membuat catatan ringkas berdasarkan
penerangan guru.

iii. Guru mengaitkan gambar dengan pengukuran
yang digunakan semasa zaman purba.

Contoh :
Depa
Hasta
Jengkal
Kaki
iv. Guru meminta murid untuk menunjukkan
pengukuran tersebut.

v. Guru mengarahkan murid untuk mencuba dengan
mengira panjang meja, pensel, buku dan
pemadam.


Langkah 2
(20 minit)

Mengukur meja, pensel buku, dan
pemadam menggunakan alat
pengukuran terkini iaitu pembaris
meter, pembaris pendek dan pita
pengukur.


i. Guru meneruskan pengajaran dengan
menunjukkan alat-alat pengukuran terlebih
dahulu.

ii. Guru memperkenalkan setiap alat yang
ditunjukkan kepada murid.

iii. Guru bertanya kepada murid alat pengukur yang
sesuai digunakan untuk mengukur meja ,pensel,
buku dan pemadam. Murid mengukur meja
menggunakan pembaris meter dan pita pengukur,
mengukur pensel dan pemadam menggunakan
pembaris pendek, mengukur buku menggunakan
pembaris meter.

iv. Guru menerangkan unit piawai untuk panjang
dalam sistem metrik :

Milimiter
Sentimeter
Meter
Kilometer



v. Guru membimbing murid untuk membuat refleksi
bahawa mengukur menggunakan alat pengukur
lebih tepat dari menggunakan bahagian badan.

vi. Guru menyoal murid unit piawai yang digunakan
bagi alat yang ditunjukkan.

Contoh soalan:

a. Apakah unit piawai bagi pembaris?

b. Apakah unit piawai bagi pita pengukur?



Langkah 3
(10 minit)

Alat pengukuran

i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-
murid.

ii. Murid perlu mengukur panjang objek di lembaran
kerja menggunakan pembaris pendek, pembaris
meter dan pita pengukur.


Penutup
(5 minit)

Terdapat pelbagai cara mengukur
panjang seperti menggunakan angota

i. Guru merumuskan isi pelajaran dengan aktiviti
soal jawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi





badan seperti zaman dahulu, pembaris

pendek, pembaris meter,dan pita
pengukur.

Unit piawai untuk panjang dalam sistem
metrik ialah mm, cm, m dan km.
kefahaman mereka terhadap tajuk yang telah
dipelajari.

Contohnya:

a. Apakah yang dimaksudkan dengan ukuran panjang?

b. Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk
ukuran panjang?

c. Apakah unit piawai untuk ukuran panjang?

Anda mungkin juga menyukai