Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Matapelajaran : Matematik Masa : 60 Minit Kelas : 4 Cemerlang Tajuk : Ukuran Panjang Objektif Pembelajaran : Murid-murid

akan diajar Penolakan Ukuran Panjang Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid-murid akan dapat melakukan penolakan ukuran panjang melibatkan penukaran unit dalam : o sentimetre dan meter Pendekatan P&P : Konstruktivisme, peer learning Pengalaman Yang Lalu : Murid telah memahami hubung kait antara unit-unit dalam ukuran panjang BBM : Tali, pembaris, buku teks. Nilai : Kerjasama, kejujuran, keseronokan dalam pembelajaran. Kosa Kata / Pembendaharaan Kata : Panjang, tambah, jumlah, tukar Aktiviti pembelajaran: : Set Induksi (5 minit): Nyayian lagu Sepuluh Budak Hitam

Langkah 1 (10 minit): Murid dikehendaki melakukan aktiviti secara berpasangan dan setiap pasangan dibekalkan seutas tali dan gunting. Guru mengarahkan mereka untuk mengukur panjang meja dengan menggunakan tali yang diberikan dan nyatakan dalam unit sentimeter. Langkah 2 (15 minit): Murid diminta untuk menambahkan meja murid serta nyatakan dalam unit sentimeter dan meter. Guru mencatatkan jumlah ukuran panjang dalam unit meter dan sentimeter bagi semua ukuran meja di papan hitam. Langkah 3: (10 minit) Guru menyediakan sebuah kotak yang mengandungi beberapa soalan. Guru akan mengarahkan murid untuk duduk dalam bulatan. Guru akan memainkan lagu dan murid- murid dikehendaki untuk menghulurkan kotak tersebut sekeliling rakan- rakan mereka.

Murid yang terakhir memegang kotak sebelum lagu dimatikan hendaklah mencabut soalan dan menjawab soalan di papan hitam. Guru akan menyemak jawapan murid. Sekiranya jawapan yang diberikan adalah betul, murid akan diberikan ganjaran (gula- gula). Langkah 4: (15 minit) Murid-murid diberikan 10 soalan (* latihan untuk murid - murid yang lemah dan mahir boleh diasingkan jika perlu) Konklusi (5 minit): Menceritakan penggunaan penolakan ukuran panjang dalam kehidupan seharian. Guru menyuruh murid- murid membuat kesimpulan daripada pembelajaran pada hari tersebut.

Anda mungkin juga menyukai