Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran/Tahun : Sains / Tahun 4


Kelas : 4 Al Firdaus
Tema/Tajuk : Sains Fizikal / Pengukuran Masa
Tarikh : 19/06/2019
Masa : 11.15 am – 12.15 am (1 Jam)
Bilangan murid : 33 orang
Standard Kandungan : 6.7 Masa
Standard Pembelajaran :
6.7.1 Menyatakan masa ialah tempoh antara dua ketika.
6.7.2 Mengitlak masa boleh diukur berasaskan peristiwa yang berulang secara
seragam seperti titisan air, ayunan bandul dan denyutan nadi.
6.7.3 Mengenal pasti alat pengukur masa seperti jam matahari, jam pasir, jam air,
nyalaan lilin, jam randik dan jam digital.

Pengetahuan Sedia ada :


i. Murid mengetahui bahawa masa boleh diukur menggunakan jam tangan
ataupun jam dinding.
ii. Murid juga memahami bahawa naik turun matahari adalah suatu masa yang
boleh diuukur.
iii. Murid mengetahui bahawa perbezaan masa membawakan perbezaan pada
cuaca dan keadaan langit.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :


i. Menyatakan maksud masa.
ii. Mengenalpasti alat yang sesuai untuk mengukur masa.
iii. Mengetahui tentang kepentingan pengukuran masa kepada manusia.

Bahan / Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


i. Kad Gambar
ii. Lembaran Kerja

Elemen Merentasi Kurikulum :


i. Keusahawanan : pembentukan sikap keusahawanan dalam diri murid-murid
Penilaian pengajaran dan pembelajaran :
i. Refleksi akhir. (Parking Ticket, Cth ujian formatif)

Kemahiran Berfikir :
i. Menganalisis (maklumat bahagian yang paling kecil)

Kemahiran Saintifik :
i. Menjana idea (tentang pengukuran masa)
ii. Membanding beza (antara alat penyukat masa)
iii. Menganalisis (bagaimana satu-satu alat penyukat berfungsi)
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pdp Catatan

Orientasi • Penerangan tentang • Guru bertanya


5 minit perubahan dari siang ke tentang perbezaan
malam. masa dari siang ke
• Penerangan tentang malam.
waktu solat dan • Guru bercerita
kaitannya dengan tentang siang dan
perubahan masa. malam dengan
• Kaitkan dengan kaitannya dengan
pengukuran masa. pengukuran masa.
• Guru bercerita
tentang keadaan
orang zaman dahulu
tentang masa.

Pencetusan • Penerangan tentang • Guru meminta murid- • Guru perlu


Idea maksud masa. murid memegang sediakan juga
15 minit nadi masing-masing bandul untuk
untuk merasainya. menunjukkan
Sama ada pada pengukuran masa
tangan ataupun tersebut.
tekak.
• Guru tunjukkan
bandul diayunkan.
• Guru kaitkan aktiviti
yang dilakukan tadi
dengan apakah yang
dimaksudkan dengan
masa.

Penstrukturan • Masa ialah tempoh • Guru memahamkan


Semula Idea antara dua ketika. pelajar bahawa masa
20 minit • Penjanaan idea oleh bermaksud tempoh
murid-murid tentang antara dua ketika.
contoh lain • Masa juga dikaitkan
dengan suatu yang
berulang secara
seragam.
• Guru meminta pelajar
meneliti pada ayunan
bandul dan juga nadi
mereka sendiri.
• Mengenali jenis-jenis • Guru meneruskan • BBM : Kad
Aplikasi Idea alat pengukuran masa. dengan aktiviti secara gambaran,
20 minit berkumpulan. Lembaran kerja
• Guru menujukkan
kad-kad gambar yang
menunjukkan alat-
alat pengukuran
masa dan diceritakan
satu per satu.
• Guru edarkan kad
gambar tersebut
kepada murid-murid
dan meminta mereka
untuk menyusun kad
gambar itu mengikut
teknologi.
• Kemudian guru
menjelaskan tentang
kesemua gambar
tersebut dan
fungsinya kepada
dalam menentukan
masa.

Refleksi • Kepentingan alat • Guru memberikan


5 minit pengukuran masa. satu kad kelur (exit
card) kepada murid-
murid.
• Guru memberikan
masa selamat 3 minit
untuk menjawabnya.
• Setelah itu, guru
membuat refleksi
terhadap
pembelajarannya
pada hari tersebut.

Refleksi % murid mencapai objektif PdP


% murid mencapai objektif PdP dengan bimbingan
% murid perlukan bimbingan Pdp

Anda mungkin juga menyukai