Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2 – KAEDAH EKSPOSITORI MTE 3107

Bidang : SUKATAN DAN GEOMETRI

Tajuk : Masa Dan Waktu

Kelas : 2 Baiduri

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:

9.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit.

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

(i) Menyatakan dan menunjukkan waktu dalam jam dan


gandaan lima minit.

Nilai dan Sikap : Menerapkan sikap menghargai dan mementingkan pengurusan


masa, berani menyatakan idea dan bekerjasama.

Masa : 10.40 – 11.40 (60 minit)

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid sudah mengetahui:

i) Murid telah tahu cara membaca dan menyebut waktu dalam


unit jam sebagaimana yang telah mereka pelajarai sewaktu di
tahun 1 dahulu.

Set Induksi

(5 minit)

i) Murid disoal tentang waktu yang dilalui sepanjang tempoh sehari dalam kehidupan
mereka.

ii) Murid meneka apakah benda yang paling penting dan perlu ada pada setiap rumah.

iii) Murid meneka apakah yang dipakai oleh guru di lengan.

iv) Murid meneka apakah objek yang penting dan sentiasa dirujuk untuk mengetahui
masa.

v) Beberapa orang murid dipanggil dan diminta menyatakan waktu (pada ketika itu).

vi) Guru mengaitkan soalan-soalan sebentar tadi dengan isi pelajaran yang bakal
disampaikan.

1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2 – KAEDAH EKSPOSITORI MTE 3107

LANGKAH/FASA KANDUNGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

i. Murid-murid ditunjukkan dengan sebuah model muka jam.


Fungsi jarum ii. Murid disoal tentang apakah yang bergerak pada muka jam
1 pendek dan jaru tersebut dan menyatakan berapakah bilangan jarum jam yang
Persediaan panjang pada ada.
muka jam
Pemerhatian dan iii. Guru memilih murid-murid secara rawak untuk menjawab.
analisis iv. Murid diterangkan tentang fungsi jarum pendek dan jarum
panjang yang terdapat pada muka jam tersebut.
(10 minit)

i. Murid ditunjukkan dengan tayangan slaid ‘powerpoint’


tentang masa dalam jam dari pukul 1:00 hingga 12:00.
2
Menyatakan
Imaginasi waktu dalam
jam dan minit
Penjanaan Idea

Sintesis idea

(20 minit) ii. Murid diterangkan bagaimana untuk membaca waktu dalam
jam, berpandukan jarum pendek (jam) dan jarum panjang
(minit).

iii. Guru menunjukkan muka jam dan menyoal murid secara


rawak tentang waktu yang ditunjukkan pada muka jam
tersebut.

iv. Seterusnya, murid diterangkan tentang tempoh masa gerakan


dalam gandaan 5 minit oleh jarum pendek.

v. Murid diminta menyatakan nilai minit dalam gandaan 5


berdasarkan gambar muka jam yang ditunjukkan.

2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2 – KAEDAH EKSPOSITORI MTE 3107

LANGKAH/FASA KANDUNGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

vi. Murid didedahkan kepada anjakan gandaan 5 minit, guru


menerangkan secara terperinci tentang anjakan jarum pendek
tersebut.
Contoh :
1:05, 1:10, 1:15, ………3:05, 3:10, 3:15….

vii. Beberapa orang murid diminta meyatakan masa yang


ditunjukkan (slaid ‘Powerpoint’ dan juga kad imbasan).

1:05 1:15 3:10 3:15


1:10 3:05

viii. Murid didedahkan dengan cara menulis waktu dalam


perkataan. Murid melihat tayangan slaid dan juga kad
imbasan waktu dalam perkataan yang ditunjukkan oleh guru.

Pukul tiga sepuluh minit


Pukul satu lima minit

i. Murid diagihkan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 5


orang murid dalam setiap kumpulan.
3
ii. Setiap kumpulan diberikan sekeping kad manila yang terdapat
Perkembangan Aktiviti beberapa lukisan muka jam bersenggat, tanpa jarum. Murid
(dalam kumpulan masing-masing) dikendaki melukis jarum
Kumpulan
Penambahbaikan pendek dan panjang yang menunjukkan waktu seperti yang
dinyatakan dalam soalan di atas kad manila tersebut. Murid
Menilai juga perlu menulis waktu dalam bentuk angka ataupun
perkataan pada ruangan jawapan yang disediakan.
(15 minit)

2:30 5:45

Pukul dua dua


puluh

7:35 9:55

Pukul lima dua


puluh

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2 – KAEDAH EKSPOSITORI MTE 3107

iii. Setiap kumpulan juga diberikan 2 keping pinggan kertas, kad-


kad nombor 1 hingga 12, marker pen dan pemaam. Mereka
dikehendaki membuat model jam dinding, mengikut waktu
yang diarahkan oleh guru.

iv. Pembentangan hasil kerja kumpulan.


4 i. Murid menjawab soalan latihan yang diberikan oleh guru.
Lembaran kerja
ii. Murid dan guru berbincang tentang jawapan dan guru
Tindakan
menerangkan jawapan yang betul kepada murid.
(penutup)

Pelaksanaan iii. Murid dipanggil secara rawak untuk merumuskan isi pelajaran
pada hari tersebut.
Amalan
Berterusan
Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menyiapkan latihan yang disediakan,
seterusnya murid boleh didedahkan pada kemahiran seterusya.

Anda mungkin juga menyukai