Anda di halaman 1dari 98

RM5.

10

B375000
RUKUN NEGARA
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA


MENDUKUNG CITA-CITA HENDAK:
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
• Memelihara satu cara hidup demokratik;
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara
n
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
• Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
2019
KK 7008-1211-1884-2106
ISBN 978-983-46-1884-1
Cetakan Pertama 2014
Cetakan Keenam 2019

Percetakan Nasional Malaysia Berhad,


Jalan Chan Sow Lin,
50554 Kuala Lumpur.
KANDUNGAN

Pendahuluan v
Pengenalan 1

Modul 1: Menggambar 7

Unit 1: Lukisan 8
Unit 2: Catan 12
Unit 3: Montaj 16
Unit 4: Cetakan 20
Unit 5: Stensilan 25
Unit 6: Poster 30

Modul 2: Membuat Corak dan Rekaan 34

Unit 1: Catan 35
Unit 2: Kolaj 39
Unit 3: Stensilan 43
Unit 4: Tiupan 47
Unit 5: Ikatan dan Celupan 51

iii
Modul 3: Membentuk dan Membuat Binaan 55

Unit 1: Arca Timbul 56


Unit 2: Asemblaj 6 1
Unit 3: Stabail 66

Modul 4: Mengenal Kraf Tradisional 70

Unit 1: Tekat 7 1
Unit 2: Tenunan 76
Unit 3: Alat Pertahanan Diri 81
Unit 4: Alat Perhiasan Diri 85

iv
PENDAHULUAN

Buku teks Pendidikan Seni Visual Tahun 5 ini diterbitkan mengikut keperluan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual Tahun 5 yang disediakan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku teks ini disediakan untuk kegunaan murid. Pelbagai bentuk hasil kerja
untuk menguji kefahaman dan kebolehan murid disediakan bagi mencapai Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan. Buku teks ini juga
dapat membantu guru untuk menjalankan pembelajaran dan pengajaran dengan
lebih berkesan. Guru boleh mengubah suai atau membina modul yang bersesuaian
mengikut keperluan murid.
Kandungan buku teks ini meliputi empat modul, iaitu Modul 1: Menggambar,
Modul 2: Membuat Corak dan Rekaan, Modul 3: Membentuk dan Membuat Binaan,
dan Modul 4: Mengenal Kraf Tradisional.
Setiap unit dalam buku teks ini memberi fokus kepada pengenalan kemahiran
dalam empat modul utama tersebut. Langkah-langkah penghasilan karya dipaparkan
secara terperinci supaya mudah dirujuk dan digunakan oleh murid dan guru.
Buku teks ini juga dipersembahkan melalui penggunaan ikon, ilustrasi, foto dan
grafik bagi menarik minat murid. Bagi membantu memudahkan proses pembelajaran
dan pengajaran, ikon tertentu disediakan dalam setiap unit. Penerangan tentang ikon
adalah seperti yang berikut:

Ikon Penerangan

Menunjukkan permulaan modul

Menunjukkan permulaan unit

Teknik Menerangkan teknik untuk membuat aktiviti

v
Ikon Penerangan

Aplikasi Seni Menyenaraikan media untuk melakukan aktiviti

Aktiviti Melakukan aktiviti pembelajaran

Apresiasi Memberikan penghargaan kepada karya murid

Maklumat Memuatkan fakta dan maklumat tambahan

Perhatian Memberikan perhatian kepada murid terhadap aspek


kebersihan dan keselamatan

Tahukah kamu? Merangsang murid untuk berfikir

Laman IT Mendapatkan maklumat lanjut dari Internet

NOTA GURU Memberikan panduan kepada guru untuk melaksanakan


aktiviti atau mencadangkan aktiviti tambahan lain yang
boleh dilaksanakan oleh murid

1.1 Memberikan panduan kepada guru untuk membimbing murid


1.2 mencapai Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam
1.3 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama
menyumbangkan idea dan tenaga sehinggalah buku ini sempurna diterbitkan. Semoga
segala idea dan buah fikiran yang diadun dapat membantu mencapai matlamat untuk
melahirkan murid yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif sebagaimana yang termaktub
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual Tahun 5.
Zamri bin Mohd. Noor
Muharni binti Mustafar

vi
Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4, kita telah mempelajari
unsur bahasa seni visual. Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Tahun 5 pula, pada bahagian ini, kita akan mempelajari beberapa istilah
yang berkaitan dengan penghasilan karya seni visual. Antara istilah
tersebut ialah kedudukan karya, garis mengufuk (horizontal line), titik
lenyap, perspektif dan warna.

Bagaimanakah saya
dapat menghasilkan
karya yang baik
dan menarik?

1
Kedudukan Karya (Format)

Karya boleh dihasilkan dalam kedudukan


melintang (landskap) dan kedudukan
menegak (potret), iaitu berdasarkan
kesesuaian tema.

Karya dalam kedudukan melintang (landskap) Karya dalam kedudukan


menegak (potret)
Garis Mengufuk

Garis yang memisahkan kawasan bumi dengan langit dalam sesebuah


karya lukisan.

Garis mengufuk

NOTA GURU Guru menerangkan dengan lebih terperinci tentang garis mengufuk
2 kepada murid.
Titik Lenyap

Titik dalam lukisan perspektif yang garisan sejajarnya seakan-akan


bercantum atau bertemu dengannya. Dalam sesebuah karya, titik lenyap
terletak di atas garis mengufuk.
Objek yang berhampiran dengan titik lenyap akan kelihatan menjadi
semakin kecil.

Garis
mengufuk

Titik
lenyap

Satu titik lenyap Karya yang menggunakan satu


titik lenyap

Titik lenyap

Garis
mengufuk

Karya yang menggunakan dua


Dua titik lenyap titik lenyap

NOTA GURU Guru menerangkan fungsi titik lenyap kepada murid. 1.1
3
Perspektif

Cara menghasilkan gambar yang akan menimbulkan bentuk tiga dimensi


dan mewujudkan kesan ruang.

Alam semula jadi Objek buatan manusia

Warna

Warna terbahagi kepada tiga, iaitu primer, sekunder dan tertier. Warna
ini pula tergolong dalam warna panas, warna sejuk, warna harmoni, warna
penggenap dan warna sewarna. Warna juga dapat menggambarkan suhu.

Warna panas
Warna terang akan memberikan
kesan panas membara atau
amaran dalam sesebuah karya.
Warna ini terdiri daripada warna
merah, kuning dan jingga.

Warna panas Contoh karya menggunakan warna panas

4
Warna sejuk
Warna yang lebih lembut seperti biru, hijau dan ungu. Penggunaan warna
ini akan menimbulkan rasa segar, redup dan tenang dalam sesebuah karya.

Contoh karya menggunakan warna sejuk

Warna sejuk
Warna penggenap
Warna yang bertentangan dalam roda warna. Warna penggenap
digunakan untuk menimbulkan kesan kontra dalam sesebuah karya.

Kuning dan Ungu

Jingga dan Biru

Roda warna Merah dan Hijau


Pasangan warna penggenap

5
Bidang menggambar merupakan bidang yang sangat luas dalam
pendidikan seni visual. Kita akan mempelajari cara menghasilkan karya
menggambar dengan pelbagai teknik. Kita boleh menggunakan teknik
lukisan, catan, montaj, cetakan, stensilan dan poster untuk menghasilkan
sesebuah gambar.

7
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Pelbagai media boleh digunakan untuk


menghasilkan lukisan. Antaranya ialah pensel,
pen, pena penanda, oil pastel, pensel arang
dan soft pastel. Media ini dikenali sebagai
media kering.

Media pensel

Media pensel arang

Media soft pastel

Media oil pastel Media pen teknikal

1.1
8
Teknik Laman IT
Garisan ialah unsur yang paling asas untuk Teknik titik mula
menghasilkan rupa dan bentuk dalam diperkenalkan pada
karya lukisan. tahun 1886 oleh George
Seurat dan Paul Signac.
Objek yang dikehendaki perlu dilakarkan Layari laman web berikut
terlebih dahulu. Untuk menghasilkan bentuk untuk mendapatkan
dan ton, titik-titik yang dibuat perlulah lebih maklumat lanjut:
rapat. Titik-titik yang lebih halus akan http://en.wikipedia.org/
wiki/Georges_Seurat
menjadikan hasil karya tersebut lebih tinggi
nilai seninya.
Dalam lukisan teknik titik, bentuk
boleh dihasilkan dengan menggunakan
gabungan titik-titik.

Ton gelap ke cerah

Lakaran awal Titik-titik yang berpandukan lakaran

NOTA GURU Guru menerangkan dengan lebih terperinci cara untuk menghasilkan 1.2
lukisan teknik titik kepada murid. 9
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Tiada Kertas lukisan, pensel, pena Titik
penanda (pen marker) atau
pen gel atau pen teknikal

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya lukisan teknik titik.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan objek pilihan 3. Pastikan arah cahaya


dengan pensel. dan buat lakaran
bayang.

4. Buatkan titik-titik 5. Buatkan titik-titik untuk 6. Padamkan lakaran


dengan pen teknikal menghasilkan bentuk pensel.
mengikut keseluruhan dan kesan cahaya.
lakaran.
NOTA GURU Guru membimbing murid menentukan arah cahaya dalam lakaran. 1.3
10
Maklumat
Lukisan teknik titik
sesuai menggunakan
pen teknikal atau
pen dakwat basah.
Penggunaan pen
mata bola akan
memberi hasil yang
tidak memuaskan.

Hasil karya lukisan teknik titik

Kemasan karya dan pamerkan


Apresiasi
Bahasa seni yang ada dalam karya lukisan teknik titik ialah seperti jalinan,
bentuk, ruang, kepelbagaian dan kesatuan. Bincangkan hasil karya
berdasarkan bahasa seni tersebut.
1.4
11
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Peranan warna dalam karya catan sangat penting untuk menggambarkan


imaginasi, perasaan dan suasana dalam karya.

Warna panas Warna neutral

Warna penggenap Warna harmoni

1.1
12
Teknik
Catan ialah karya yang menggunakan
media basah. Karya catan boleh
dihasilkan dengan menggunakan
warna panas atau warna sejuk.
Kita boleh menghasilkan ton warna
dengan mencampurkan warna neutral,
iaitu hitam atau putih.

Tahukah kamu?
Warna boleh menunjukkan
perasaan seseorang
pengkarya.

Warna panas

Warna sejuk

1.2
13
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Berus lukisan dan palet Kertas lukisan dan cat air Basah atas kering
atau cat poster atau
cat tempera

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya catan teknik basah
atas kering menggunakan warna sejuk.

1. Sediakan media. 2. Buatkan lakaran.

3. Warnakan keseluruhan 4. Warnakan objek 5. Warnakan objek kedua


latar belakang. utama. sehingga selesai.
NOTA GURU Guru membimbing murid menyediakan lakaran dan memilih 1.2
14 warna yang sesuai. 1.3
Laman IT
Layari laman web berikut
untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang
karya catan:
http://en.wikipedia.org/
wiki/Seni_lukis

Hasil karya catan

Kemasan karya dan pamerkan

Apresiasi
Kamu telah berjaya menghasilkan karya catan. Bincangkan dengan rakan
kamu tentang warna, bentuk, jalinan, teknik dan kepelbagaian yang ada
dalam karya yang kamu hasilkan.

1.4
15
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Montaj ialah hasil gubahan bahan daripada pelbagai media cetak. Bahan
bercetak yang biasa digunakan ialah majalah, gambar foto, surat khabar
dan risalah. Bahan media tersebut akan digunting atau dikoyakkan, dan
disusun serta ditampal mengikut kreativiti berdasarkan tema yang telah
ditentukan sebelum menghasilkan montaj.
Di bawah ini ditunjukkan tiga contoh montaj, iaitu montaj gambar,
montaj tipografi dan montaj gabungan antara gambar dengan tipografi.

Montaj gambar Montaj tipografi

Maklumat
Tipografi merupakan
teknik dan seni
mengatur huruf.

Montaj gabungan antara gambar dengan tipografi

1.1
16
Teknik
Bahan asas montaj ialah hasil guntingan pelbagai media cetak. Biasanya
hasil guntingan ini mempunyai saiz yang berbeza. Oleh itu, bahan-bahan
ini boleh disusun mengikut perspektif dalam karya.
Di bawah ini ditunjukkan dua jenis contoh montaj yang mempunyai
ruang dalam dan ruang cetek.

Maklumat

Ruang dalam
Ruang tengah dan
ruang belakang dalam
sesebuah karya.
Ruang cetek
Ruang hadapan dalam
sesebuah karya.

Contoh montaj ruang dalam

Contoh montaj ruang cetek


NOTA GURU Guru menerangkan teknik menyusun bahan media untuk menghasilkan 1.2
montaj dengan lebih terperinci kepada murid. 17
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Gunting Kertas lukisan, gam dan Montaj
gambar daripada
bahan bercetak

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya menggambar teknik
montaj.

1. Sediakan media. 2. Pilih gambar yang 3. Guntingkan gambar.


sesuai daripada
majalah.

4. Susunkan berdasarkan 5. Gamkan. 6. Ulangi langkah 5


tema. sehingga siap.
NOTA GURU Guru membimbing murid membuat montaj dengan teknik 1.2
18 yang betul. 1.3
Tahukah kamu?
Apakah yang
dimaksudkan
dengan montaj?

Hasil karya teknik montaj

Kemasan karya dan pamerkan

Apresiasi
Ceritakan pengalaman kamu semasa menghasilkan sesebuah karya
menggambar teknik montaj.
NOTA GURU • Guru berbincang tentang hasil karya montaj dengan murid. 1.4
• Guru mempamerkan hasil karya montaj. 19
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Cetakan ialah cara menghasilkan karya menggunakan blok. Permukaan


blok disapukan dengan warna untuk mencetak imej ke atas kertas. Blok
cetakan ini boleh digunakan secara berulang kali untuk menghasilkan suatu
imej yang sama.

Blok Hasil cetakan

Lino

Kolograf

NOTA GURU Guru menerangkan perbezaan antara blok lino dengan 1.1
20 blok kolograf kepada murid.
Teknik
Blok cetakan teknik kolograf merupakan gabungan bahan yang ditampal
di atas permukaan rata berdasarkan tema. Bahan tampalan untuk
menghasilkan blok adalah seperti bod jerami (straw board) atau bod kotak
(box board) dan tali parcel.
Di bawah ini ditunjukkan contoh blok dan hasil cetakan.

Blok Hasil cetakan

Kertas ronyok

Bod ombak

Tali parcel

Gelang getah

NOTA GURU Guru menerangkan bahan lain yang boleh ditampal di atas blok 1.2
kepada murid. 21
Aplikasi Seni
Media Teknik
Alat Bahan
Berus lukisan, palet, tali parcel, Kertas lukisan, gam dan cat Kolograf
bod jerami (straw board) atau poster atau cat tempera
bod kotak (box board), gunting
dan alatan lain yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya cetakan teknik
kolograf. Sediakan blok kolograf terlebih dahulu.
1. Langkah-langkah untuk menghasilkan blok kolograf.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan gambar. 3. Gamkan tali parcel.

4. Gamkan bod ombak 5. Gamkan gelang getah Hasil blok kolograf


(corrugated board). yang telah dipotong.
NOTA GURU • Guru membimbing murid membuat blok kolograf dengan cara 1.2
22 yang betul. 1.3
• Guru boleh membimbing murid menggunakan gam PVA untuk
melekatkan bahan tampalan.
2. Langkah-langkah untuk menghasilkan cetakan teknik kolograf.

Perhatian
Jaga
1. Gelekkan warna primer pada 2. Gelekkan ke atas kebersihan
permukaan bod lekap sebahagian blok. dan
(mounting board). keselamatan
semasa
menjalankan
aktiviti.

3. Ulangi langkah 1 dengan 4. Letakkan kertas lukisan


warna sekunder dan di atas blok.
gelekkan ke atas bahagian
blok yang belum diwarnakan.

5. Tekan dan gosokkan permukaan


kertas lukisan dengan tangan. Hasil karya cetakan teknik kolograf
NOTA GURU Guru membimbing murid membuat cetakan dengan cara 1.3
yang betul. 23
Kemasan karya dan pamerkan

Laman IT
Layari laman web berikut untuk
mendapatkan maklumat lanjut
tentang cetakan:
Apresiasi http://en.wikipedia.org/wiki/
History_of_printing
Nyatakan bahan-bahan lain yang boleh
digantikan dengan bahan tampalan
yang kamu gunakan. Bincangkan
unsur seni yang kamu gunakan untuk
menghasilkan karya.

NOTA GURU Guru berbincang tentang hasil karya kolograf dengan murid. 1.4
24
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Stensilan ialah cara menghasilkan karya menggunakan blok stensil. Stensil


dihasilkan daripada kepingan bahan seperti kertas lukisan, kadbod atau
plastik keras. Kepingan bahan ini ditebuk pada bahagian tertentu untuk
menghasilkan imej.

Contoh karya stensilan


NOTA GURU Guru menerangkan bahawa stensil juga boleh dihasilkan daripada 1.1
bahan lain yang sesuai kepada murid. 25
Teknik
Karya stensilan memerlukan stensil sebagai alat utamanya. Terdapat dua
cara untuk menghasilkan karya menggambar dengan teknik stensilan, iaitu
menggunakan sekeping stensil atau beberapa keping stensil.

Cara pertama: Menggambar mengikut tema dengan sekeping stensil yang


telah siap.

Stensil Hasil stensilan

Cara kedua: Menggambar mengikut tema dengan beberapa keping stensil


yang digabungkan menjadi gambar.

Stensil Hasil stensilan

26
Cara mewarnakan stensil
Terdapat beberapa cara untuk mewarnakan stensil. Antaranya ialah
menggunakan span, berus lukisan atau alat penyembur. Hasil stensilan
daripada ketiga-tiga alat ini adalah berbeza. Gambar di bawah menunjukkan
contoh alat, cara penggunaan dan hasilnya.

Alat Cara penggunaan Hasil

Span

Berus lukisan

Alat penyembur

1.2
1.3 27
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Gunting, kad manila, span Kertas lukisan, kertas warna, Stensilan
atau berus lukisan dan gam dan bahan lain
alatan lain yang sesuai yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya teknik stensilan.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan rupa stensil. 3. Guntingkan lakaran.

4. Ulangi langkah 2 dan 3 5. Warnakan latar 6. Warnakan stensil


dengan lakaran belakang pada menggunakan span.
yang berbeza. kertas lukisan.

NOTA GURU Guru membimbing murid membuat stensil dengan teknik 1.2
28 yang betul. 1.3
7. Warnakan stensil 8. Warnakan stensil 9. Ulangi langkah 6, 7 dan
menggunakan berus menggunakan alat 8 menggunakan warna
lukisan. penyembur. berbeza.

Hasil karya teknik stensilan

Kemasan karya dan pamerkan

Apresiasi Perhatian
Jaga kebersihan dan
Nyatakan unsur seni dan prinsip rekaan yang kamu keselamatan semasa
gunakan untuk menghasilkan karya. Ceritakan menjalankan aktiviti.
pengalaman kamu semasa menghasilkan karya.
NOTA GURU • Guru berbincang tentang hasil karya dengan murid. 1.4
• Guru mempamerkan hasil karya yang menarik. 29
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Poster ialah alat komunikasi visual


yang bertujuan untuk menyampaikan
maklumat secara mudah dan cepat.
PANDU CERMAT
Poster dicipta berdasarkan sesuatu JIWA SELAMAT
tema ataupun tujuan.
Poster boleh dibuat dengan
menggunakan pelbagai teknik. Teknik
poster perlu ringkas dan mencapai
maksud yang hendak disampaikan.
Di halaman ini ditunjukkan tiga
contoh poster yang berlainan tema.

Poster bertemakan peringatan

BATIK CINTAILAH
MALAYSIA
ALAM
SEKITAR

Poster bertemakan pengiklanan


atau promosi Poster bertemakan kempen

1.1
30
Teknik
Tahukah kamu?
Poster boleh dihasilkan dengan pelbagai Poster terawal telah
teknik. Perkara asas dalam sesebuah dijumpai oleh Alois
poster ialah maklumat, ilustrasi dan warna. Senefelder di Munich
pada tahun 1798.
Perkara yang berikut perlu ada dalam
sesebuah poster, iaitu:
1. Tema – maklumat utama yang
ingin disampaikan.
2. Warna – menggunakan warna MAKAN
yang tepat dan sesuai mengikut BUAH-B LAH
tujuan poster.
TEMPAT UAHAN
3. Muka taip – jenis huruf yang AN
digunakan mudah dibaca.
4. Ilustrasi – gambar untuk
menyampaikan maksud poster.
5. Kreativiti – olahan persembahan.
Contoh poster
bertemakan kempen

Contoh poster bertemakan peringatan

1.2
31
Aplikasi Seni
Media Teknik
Alat Bahan
Berus lukisan, palet dan alatan Kertas lukisan, kertas warna, Campuran
lain yang sesuai majalah, gam, oil pastel atau
cat air atau cat poster atau
cat tempera dan bahan
lain yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan poster teknik campuran.

2. Lakarkan karya
berdasarkan tema
1. Sediakan media.
yang dipilih.

3. Pilih muka taip dan 4. Guntingkan muka taip 5. Warnakan lakaran.


gambar yang sesuai. dan gambar yang dipilih.

1.2
32 1.3
6. Tampalkan gambar. 7. Tampalkan muka taip.

Hasil karya poster


Kemasan poster dan pamerkan
Apresiasi
Perhatian
Bincangkan perkara berikut dengan menggunakan
bahasa seni: Jaga kebersihan
dan keselamatan
(a) Tema poster semasa
(b) Rupa muka taip menjalankan
(c) Kesan kontra dalam karya aktiviti.
(d) Imbangan dan ruang dalam karya
1.3
1.4 33
Corak boleh dihasilkan dengan pelbagai teknik. Teknik inilah yang akan
menentukan sama ada corak itu corak terancang atau corak tidak terancang.
Corak yang dihasilkan itu boleh digunakan untuk menghasilkan rekaan lain.
Dalam Modul 2 ini, kita akan mempelajari cara untuk menghasilkan corak
menggunakan teknik catan, kolaj, stensilan, tiupan, serta ikatan dan celupan.

34
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Kita telah mempelajari cara untuk menghasilkan gambar dengan teknik


catan. Teknik catan juga boleh digunakan untuk membuat corak. Corak
yang dihasilkan dalam unit ini ialah corak terancang.
Gambar di bawah menunjukkan jenis grid susunan terancang.

Selang-seli Dam

Batu-bata Cerminan
NOTA GURU Guru berbincang tentang jenis grid susunan terancang dengan murid. 2.1
35
Teknik Maklumat
Stensil perlu disediakan terlebih dahulu untuk Melukis grid
menghasilkan karya corak teknik catan. penting dalam
membuat corak
Rupa organik atau rupa geometri boleh terancang supaya
digunakan secara berasingan ataupun susunan yang
gabungan kedua-duanya dalam penghasilan tepat dapat
sesebuah karya. dihasilkan.

Corak rupa geometri Corak rupa organik

Gabungan corak rupa geometri dan rupa organik


NOTA GURU Guru membincangkan kepentingan stensil untuk membuat 2.2
36 corak dengan murid.
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Berus lukisan, palet, acuan Kertas lukisan, cat air atau Basah atas kering
berbentuk geometri atau cat poster atau cat tempera
organik dan alatan lain
yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan corak teknik catan.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan acuan 3. Guntingkan 4. Lakarkan grid


rupa geometri. acuan. batu-bata pada
kertas lukisan.

5. Letakkan acuan 6. Warnakan Hasil karya corak teknik catan


pada grid dan mengikut betuk
lakarkan. corak.
NOTA GURU Guru membimbing murid membuat corak dengan kemas. 2.2
2.3 37
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan rekaan.

1. Lakarkan garisan di belakang 2. Guntingkan kertas mengikut garisan.


hasil corak.

3. Hasil guntingan. 4. Lipat dan bentukkan menjadi bakul.

5. Gamkan bakul dan tangkai.

Hasil karya rekaan bakul


Apresiasi
Apakah media yang digunakan untuk menghasilkan corak teknik catan?
Berikan ulasan kamu ketika menghasilkan karya.
NOTA GURU Guru menerangkan bahawa hasil karya corak boleh 2.3
38 dipelbagaikan rekaannya kepada murid. 2.4
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Kolaj ialah seni tampalan. Corak teknik kolaj dapat dihasilkan dengan
menggunakan objek atau motif yang sama dan ditampal bertindih serta
tersusun. Motif perlu disusun mengikut grid untuk menghasilkan corak
terancang. Kreativiti ialah perkara penting dalam membuat rekaan corak.
Di bawah ini ditunjukkan contoh corak terancang teknik kolaj.

Corak terancang teknik kolaj

2.1
39
Teknik Laman IT

Penghasilan corak terancang teknik Dapatkan maklumat


kolaj memerlukan bahan tampalan lanjut tentang kolaj
seperti kertas lukisan, gam dan daripada laman
web dengan
kertas lain. Potongan kertas boleh menggunakan kata
dibuat dengan dua cara, iaitu secara kunci collage pada
koyakan dan guntingan. enjin gelintar (search
engine).

Cara koyakan

Cara guntingan

NOTA GURU Guru menerangkan bahawa karya menggambar juga boleh 2.2
40 dihasilkan dengan teknik kolaj kepada murid.
Aplikasi Seni
Media Teknik
Alat Bahan
Gunting Gam, kertas warna atau perca Kolaj
kain, manik dan bahan lain
yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan corak dan rekaan teknik
kolaj.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan garisan 3. Guntingkan 4. Gamkan kertas


di atas kertas kertas warna. warna secara
warna. berselang-seli.

5. Guntingkan 6. Tampalkan Hasil karya corak terancang teknik kolaj


motif yang motif mengikut
dikehendaki. susunan.
NOTA GURU Guru membimbing murid menyediakan lakaran dan corak 2.2
teknik kolaj. 2.3 41
Apakah rekaan yang boleh kita hasilkan daripada corak yang telah dibuat?
Mari hasilkan penanda buku.
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan penanda buku.

1. Lipatkan hasil 2. Lakarkan 3. Guntingkan 4. Bukakan hasil


kolaj. di belakang kedua-dua guntingan.
lipatan. lakaran.

5. Cantumkan. 6. Tebuk lubang


dan ikatkan
benang. Hasil karya rekaan
penanda buku

Apresiasi

Bolehkah kamu ceritakan pengalaman ketika menghasilkan karya ini? Buat


perbandingan dengan karya rakan kamu.
NOTA GURU Guru menerangkan bahawa hasil corak teknik kolaj juga boleh 2.3
42 dijadikan rekaan yang lain kepada murid. 2.4
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Kita telah mempelajari cara untuk menghasilkan gambar dengan teknik


stensilan. Teknik stensilan juga boleh digunakan untuk membuat corak.
Dalam proses menghasilkan corak teknik stensilan, stensil yang sama
digunakan secara berulang untuk menghasilkan corak terancang.

Contoh corak terancang yang menggunakan teknik stensilan

2.1
43
Teknik
Teknik stensilan ini boleh menghasilkan rupa positif dan rupa negatif.
Kita memerlukan kertas lukisan, pensel, cat air dan kad manila untuk
menghasilkan corak teknik stensilan.

Stensil Hasil stensilan Corak stensilan

Positif

Negatif

NOTA GURU Guru memberikan penerangan dengan lebih mendalam tentang 2.2
44 rupa kepada murid.
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Gunting, kad manila atau Kertas lukisan, cat poster Stensilan
alatan lain yang sesuai atau cat air atau oil pastel
atau pensel warna

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan corak dan rekaan teknik
stensilan.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan stensil. 3. Tebuk dan 4. Lakarkan garisan


guntingkan grid pada kertas
stensil. lukisan.

5. Warnakan latar 6. Letakkan stensil


belakang. dan warnakan.

Hasil karya corak teknik stensilan

NOTA GURU Guru membimbing murid menggunakan stensil dengan teknik 2.2
yang betul. 2.3 45
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan rekaan kipas menggunakan
hasil corak teknik stensilan.

A B

D C

1. Lakarkan garisan 2. Tandakan A, B, C dan D. 3. Lipatkan bahagian


di belakang hasil corak. Guntingkan garisan. A, B, C dan D.

4. Lekatkan batang aiskrim


dengan paku tekan.

Hasil karya rekaan kipas

Apresiasi
Perhatian
Jelaskan unsur seni dan prinsip rekaan Jaga kebersihan dan
yang terdapat dalam karya teknik stensilan. keselamatan semasa
Ceritakan pengalaman kamu semasa menjalankan aktiviti.
menghasilkan karya reka corak dan rekaan.

NOTA GURU Guru berbincang tentang hasil karya dengan murid. 2.3
46 2.4
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Teknik tiupan ialah proses menghasilkan karya corak tidak terancang. Karya
ini dihasilkan dengan meniupkan cat air yang terdapat pada kertas lukisan
menggunakan penyedut minuman (straw).
Di bawah ini ialah contoh hasil kesan teknik tiupan.

Berpancar

Mencapah

Berserabut
Hasil kesan teknik tiupan
2.1
47
Teknik Maklumat
Kita memerlukan bahan seperti kertas lukisan, cat Selain mencorak,
air, berus lukisan dan penyedut minuman untuk teknik tiupan
menghasilkan corak teknik tiupan. juga boleh
digunakan untuk
Corak yang dihasilkan pula bergantung pada: menggambar.
• Arah tiupan • Ukuran alat tiupan
• Kekuatan tiupan • Kuantiti dan tahap
kecairan cat air
Arah tiupan Hasil corak

Tiupan dari atas

Tiupan dari tepi

NOTA GURU Guru menerangkan tentang alat lain yang boleh digunakan 2.2
48 untuk menggantikan penyedut minuman kepada murid.
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Penyedut minuman, berus Kertas lukisan, cat air atau cat Tiupan
lukisan, palet dan alatan lain poster atau cat tempera dan
yang sesuai bahan lain yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan corak dan rekaan dengan
teknik tiupan.

1. Sediakan media. 2. Cairkan cat air 3. Titiskan cat air di atas


di dalam palet. kertas lukisan.

4. Tiupkan cat air. 5. Ulangi langkah 3 dan 4 Hasil karya corak


dengan warna teknik tiupan
yang berbeza.
NOTA GURU Guru membimbing murid mengawal tiupan supaya dapat 2.2
menghasilkan corak yang baik. 2.3 49
Hasil corak teknik tiupan boleh dijadikan tanglung. Yang berikut ialah langkah
untuk menghasilkan tanglung.

1. Lipat dan lakarkan garisan 2. Guntingkan mengikut 3. Bentukkan tanglung.


di belakang hasil corak. lakaran.

4. Sapukan gam.

5. Cantum dan lekatkan. Hasil karya rekaan tanglung

Apresiasi
Apakah unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat dalam gubahan
tersebut? Jelaskan jenis jalinan yang terdapat pada karya.
NOTA GURU • Guru berbincang tentang hasil karya dengan murid. 2.3
50 • Guru mempamerkan hasil karya murid. 2.4
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Terdapat pelbagai teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang. Salah


satu teknik ialah ikatan dan celupan. Melalui teknik ini, bahagian pada fabrik
atau kain yang tidak ingin diwarnakan akan diikat dengan cara tertentu.
Fabrik atau kain yang telah diikat ini kemudiannya dicelupkan ke dalam
bancuhan warna secara berulang kali supaya corak terhasil.
Di bawah ialah contoh karya ikatan dan celupan pada produk.

Contoh karya ikatan dan celupan pada pelbagai produk.

2.1
51
Teknik
Teknik ikatan yang berlainan akan menghasilkan kesan yang berbeza-beza
pada hasil karya ikatan dan celupan. Yang berikut ialah contoh lipatan, ikatan
dan corak yang terhasil.

Lipatan Ikatan Corak

NOTA GURU Guru membincangkan jenis ikatan dengan murid. 2.2


52
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Gelang getah, tali rafia, batu, Kain kapas putih, pewarna Ikatan dan
guli dan alatan lain fabrik dan bahan lain celupan
yang sesuai yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan corak teknik ikatan dan
celupan.

1. Sediakan media. 2. Ikatkan kain. 3. Celupkan ke dalam


pewarna fabrik.

4. Ulangi langkah 3 5. Keringkan. Hasil karya teknik ikatan


dengan warna dan celupan
yang berbeza.
NOTA GURU Guru boleh menyediakan beberapa bancuhan warna untuk 2.2
digunakan oleh murid. 2.3 53
Hasil karya ikatan dan celupan boleh dijadikan rekaan yang lain, contohnya
beg kecil.

1. Lipatkan kain. 2. Jahitkan bahagian kiri 3. Lipatkan bahagian atas


dan kanan. kain dan jahitkan.

4. Masukkan riben ke dalam


lipatan bahagian atas
kain menggunakan
pin baju.

Hasil karya rekaan beg kecil

Apresiasi Perhatian

Senaraikan media yang digunakan untuk Jaga kebersihan dan


keselamatan semasa
menghasilkan ikatan dan celupan. Nilaikan menjalankan aktiviti.
karya kamu dan rakan-rakan.

NOTA GURU • Guru berbincang tentang hasil karya dengan murid. 2.3
54 • Guru mempamerkan hasil karya murid. 2.4
Membentuk dan membuat binaan ialah cabang seni yang melibatkan binaan
berbentuk tiga dimensi (3D). Dalam modul ini, kita akan mempelajari cara
untuk menghasilkan arca timbul, asemblaj dan stabail.

55
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Arca timbul (relief sculpture) ialah binaan


yang menonjol keluar daripada sesuatu
permukaan. Kita boleh menghasilkan arca
timbul dengan teknik acuan, luakan atau
binaan.
Di bawah ini ditunjukkan tiga contoh
arca timbul.

Arca timbul teknik acuan

Arca timbul teknik binaan

Arca timbul teknik luakan

3.1
56
Teknik
Arca timbul teknik acuan boleh dibuat menggunakan plaster Paris
(plaster of Paris). Proses membuat arca timbul memerlukan acuan sama
ada dibuat sendiri ataupun menggunakan acuan yang telah sedia ada.
Contoh bahan untuk membuat acuan ialah tanah liat.

Maklumat
Selain dijadikan
acuan, tanah
liat juga boleh
dijadikan bahan
untuk membuat
arca timbul.

Plaster Paris

Acuan sedia ada

Acuan tanah liat

NOTA GURU Guru menerangkan fungsi dan jenis arca timbul dengan lebih terperinci 3.2
kepada murid. 57
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Kotak, model 3D dan alatan Plaster Paris atau tanah liat, Acuan
lain yang sesuai cat poster atau cat tempera
dan bahan lain yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan arca timbul teknik acuan.

1. Sediakan media.

2. Ulikan tanah liat. 3. Bentukkan tanah liat menjadi segi empat.

NOTA GURU Guru membimbing murid untuk menyediakan acuan daripada 3.2
58 tanah liat. 3.3
4. Bentukkan acuan dengan jari. 5. Letakkan batang aiskrim di atas acuan.

6. Bancuhkan plaster Paris. 7. Tuangkan bancuhan plaster Paris


ke dalam acuan.

8. Ratakan plaster Paris dan biarkan keras. 9. Tanggalkan acuan.


10. Bersihkan arca dengan pembaris. 1. Warnakan arca.
1

3.3
59
Maklumat
Arca timbul ialah
arca yang terkenal
sejak zaman
dahulu. Arca ini
boleh didapati di
dinding gua dan
di bangunan lama.

Hasil arca timbul

Kemasan karya dan pamerkan

Apresiasi
Bincangkan unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada arca yang
dihasilkan dengan rakan kamu.

3.4
60
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Asemblaj ialah arca yang dibuat daripada gubahan bahan kutipan. Bahan
kutipan ini akan digubah dan dicantumkan sama ada dengan cara ikatan,
kimpalan, skru, jahitan atau gam.
Gambar di bawah ini menunjukkan arca asemblaj yang digubah
menggunakan pelbagai bahan.

Plastik Besi
ARCA
ASEMBLAJ

Gabungan pelbagai bahan Kayu

3.1
61
Teknik Laman IT

Dalam unit ini, kita akan mempelajari cara Layari laman


web berikut untuk
untuk menghasilkan arca teknik asemblaj. mendapatkan
Bahan yang boleh digunakan ialah dawai, maklumat lanjut
kayu dan plastik. tentang asemblaj:
http://www.
Bahan kutipan untuk menghasilkan arca
assemblage.com
asemblaj boleh disediakan berdasarkan
lakaran idea.

Melakarkan idea Mengumpulkan bahan berdasarkan


lakaran idea

Membina arca asemblaj


NOTA GURU Guru membimbing murid untuk mencantumkan bongkah kayu. 3.2
62
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Gunting dan alatan lain Gam, bahan kutipan dan Binaan
yang sesuai bahan lain yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan arca asemblaj.

1. Lakarkan idea.

2. Sediakan media. 3. Lakarkan rupa layar.

NOTA GURU Guru membimbing murid untuk memilih bahan kutipan 3.2
dan membuat lakaran idea. 3.3 63
4. Guntingkan layar. 5. Gamkan bentuk layar pada lidi sate.

6. Cucukkan lidi sate pada penutup 7. Gamkan sudu pada botol dan
botol yang telah ditebuk. lidi sate.

8. Cucukkan kedua-dua layar 9. Ikatkan benang pada


pada botol yang telah ditebuk. tiang layar.

64

10. Gamkan batang aiskrim
11. Gamkan tapak pada
untuk membina tapak. badan kapal.

Hasil karya arca asemblaj

Apresiasi
Ceritakan pengalaman kamu semasa menghasilkan sebuah arca asemblaj.
Bincang dengan rakan kamu tentang bahasa seni yang terdapat dalam
arca yang dihasilkan.
NOTA GURU Guru membimbing murid berbincang tentang arca yang dihasilkan. 3.3
3.4 65
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Arca stabail ialah arca statik yang 1.


dibina pada suatu tapak yang
kukuh. Tapak arca stabail juga
digubah menjadi sebahagian
daripada struktur arca stabail.
Arca stabail yang dihasilkan
selalunya mempunyai makna
tertentu kepada pengkaryanya
dan bersifat abstrak.
Lihat pada contoh arca yang
ditunjukkan. Yang mana satukah
arca stabail?

2. 3.

3.1
66
Teknik
Stabail boleh dibina berdasarkan tema.
Gubahan suatu idea yang kreatif dapat
menghasilkan arca stabail yang menarik.
Lakaran idea berdasarkan imaginasi
sangat penting untuk menghasilkan
sebuah arca stabail.

Arca stabail bertemakan


alam semula jadi

Laman IT
Arca stabail bertemakan
objek buatan manusia Dapatkan maklumat lanjut tentang
stabail daripada laman web dengan
menggunakan kata kunci stabail
pada enjin gelintar (search engine).

NOTA GURU Guru membimbing dan menerangkan cara memilih tema dan 3.2
bahan kepada murid. 67
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Gunting dan alatan lain Bod lekap (mounting board) Binaan
yang sesuai atau bod jerami (straw board),
gam, bahan kutipan dan
bahan lain yang sesuai

Aktiviti

Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan arca stabail.

1. Buatkan lakaran idea. 2. Sediakan media.

3. Lakarkan rupa arca pada bod lekap. 4. Guntingkan rupa lakaran.

NOTA GURU Guru membimbing murid untuk menyediakan lakaran. 3.2


68 3.3
5. Ulangi langkah 3 dan 4 berdasarkan 6. Gamkan potongan bod lekap pada
lakaran idea. kertas warna.

7. Bentukkan dan cantumkan 8. Cantumkan bahagian yang lain


struktur tapak. sehingga siap.

Apresiasi
Ceritakan pengalaman kamu
semasa menghasilkan karya.
Buat perbandingan antara
karya kamu dengan karya
rakan kamu.
Hasil karya arca stabail

3.3
3.4 69
Kraf tradisional ialah warisan budaya masyarakat Malaysia. Dalam
modul ini, kita dapat mempelajari dan mengenal seni tekat, tenunan, alat
pertahanan diri dan alat perhiasan diri.

70
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Seni tekat ialah seni menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu.
Tekat-menekat ini juga disebut sulaman timbul atau suji timbul.
Pada masa dahulu, hasilan seni tekat merupakan aksesori mewah dan
eksklusif bagi golongan kerabat diraja dan orang bangsawan.
Hasilan seni tekat biasanya digunakan dalam istiadat dan upacara
simbolik adat Melayu seperti majlis perkahwinan, upacara peminangan,
kelahiran dan majlis khatam al-Quran.
Tekat selalunya dihasilkan menggunakan benang emas atau perak di atas
kain dasar yang berwarna gelap.

Maklumat
Puan Hajah Azizah
binti Mohamad
Yusof dilahirkan
pada 28 Januari
1938 di Kota Lama
Kiri, Kuala Kangsar,
Perak. Beliau dilantik
sebagai Adiguru
Kraf Tekatan Benang
Emas sejak
tahun 1995.
Beliau merupakan
penggiat dan
pencinta seni tekatan
benang emas yang
diwarisi secara
turun-temurun.

Contoh hasilan seni tekat

4.1
71
Jenis Tekat
Seni tekat terbahagi kepada dua, iaitu tekat timbul benang emas dan
tekat gubah.

Tekat timbul benang emas Tekat gubah


Tekat ini menggunakan benang Tekat ini menggunakan benang
berwarna emas dan mempulur berwarna-warni dan tidak
untuk membentuk rekaan bunga memerlukan mempulur. Tekat
di atas kain baldu. ini juga dihiasi dengan manik.

Motif Tekat
Motif tekat selalunya ialah bunga-bunga tradisional yang terdapat dalam
lingkungan masyarakat. Antara motif yang selalu digunakan ialah bunga
kekwa, bunga keembung, pucuk paku, bunga orkid, buah padi dan bunga
raya. Yang berikut ialah contoh motif tekat.

Bunga kekwa Bunga keembung Pucuk paku

Bunga orkid Buah padi Bunga raya


NOTA GURU Guru membincangkan motif tekat dengan murid. 4.1
72
Teknik
Maklumat
Tekat dihasilkan dengan cara sulaman. Adiguru Kraf ialah seseorang
Dalam unit ini, kita akan mempelajari yang diberi penghormatan dan
cara untuk menghasilkan tekat timbul. pengiktirafan oleh kerajaan
Gambar di bawah ialah peralatan yang Malaysia sebagai tokoh
(master craftsmen) apabila
digunakan untuk membuat tekat. seseorang itu menepati kriteria
yang telah ditetapkan.

Ram Benang emas Kain baldu Mempulur Jarum

Pandangan dari atas


Kain baldu (dasar)
Cuban
benang Benang emas
emas
Batang mempulur

Benang putih Jarum

Pandangan dari sisi


Langkah pertama Langkah kedua

Jarum
Cuban
benang
Benang putih
emas
Kain
baldu Benang
emas
Benang putih yang
mengikat benang
Kain kapas Batang mempulur emas mesti ketat
Teknik sulaman tekat
4.2
73
Aplikasi Seni
Media Teknik
Alat Bahan
Gunting, jarum, ram dan alatan Bod kotak (box board), bod lekap Tekat timbul
lain yang sesuai (mounting board), kain baldu
atau kain yang sesuai, benang
dan bahan lain yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya tekat timbul.

Perhatian

Jaga kebersihan
dan keselamatan
semasa
menjalankan
aktiviti.

1. Sediakan media.

2. Lakarkan motif. 3. Guntingkan motif 4. Pasangkan kain


untuk menghasilkan pada ram.
mempulur.
NOTA GURU Guru membimbing murid menghasilkan mempulur dengan 4.2
74 teknik yang betul. 4.3
5. Susunkan mempulur 6. Jahitkan mempulur 7. Sulamkan benang
di atas kain. dengan benang. sehingga menutupi
mempulur.

8. Tanggalkan ram daripada kain.

Hasil karya seni tekat timbul Kemasan karya dan pamerkan

Apresiasi
Apakah jenis tekat yang kamu hasilkan? Bagaimanakah caranya untuk
menghasilkan mempulur?
NOTA GURU Guru berbincang tentang hasil karya seni tekat timbul dengan murid. 4.3
4.4 75
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Tenunan ialah proses menjalin


benang loseng (menegak) dan
benang pakan (melintang) untuk
menghasilkan sehelai kain.
Tenunan yang popular di Malaysia
ialah tenunan Pahang, tenunan
songket dan tenunan pua kumbu.
Semua tenunan ini menggunakan
alat tenun tradisional.

Tenunan Pahang
Tenunan Pahang menggunakan
benang kapas dan sutera. Pada
masa dahulu, pewarna yang
digunakan ialah warna semula
jadi daripada daun tarum (untuk Alat tenun Pahang
warna biru) dan kunyit (untuk
warna kuning). Air buah belimbing Maklumat
pula sebagai pemati warna.
Puan Natipah @ Nortipah binti Abdul
Kadir dilahirkan pada 8 November
1944 di Pulau Keladi, Pahang. Beliau
dilantik sebagai Adiguru Kraf Tenunan
Pahang Diraja sejak tahun 2006.
Beliau mewarisi kemahiran
menenun sejak zaman remaja lagi.
Beliau merupakan satu-satunya
pewaris tenun sutera Pahang yang
masih aktif.
Tenunan Pahang
NOTA GURU Guru menerangkan sejarah tenunan Pahang kepada murid. 4.2
76 4.3
Tenunan Songket
Tenunan songket banyak terdapat di Terengganu dan Kelantan. Tenunan
songket menggunakan benang emas dan perak. Kain ditenun menggunakan
alat tenun. Songket dipakai oleh semua golongan masyarakat.
Loseng Kayu
penegang

Gigi
Tenunan songket
jentera

Kayu Maklumat
belira Papan
gulung Puan Hajah Habibah binti
Zikri dilahirkan pada
Alat tenun tradisional (kek atau kei) 5 Februari 1948 di Sungai
Petani, Kedah. Beliau dilantik
Tenunan Pua Kumbu sebagai Adiguru Kraf Songket
pada tahun 2007. Beliau
Tenunan pua kumbu ialah warisan mewarisi kemahiran ini
turun-temurun kaum Iban. Tenunan daripada bapanya.
ini menjadi lambang adat dan tradisi
mereka. Motif tenunan ini adalah
berdasarkan gambaran tumbuhan
dan binatang yang mempunyai
kaitan dengan kepercayaan mereka.
Tenunan pua kumbu
Maklumat
Puan Bangie a/k Embol dilahirkan pada
8 Mei 1945 di Kapit, Sarawak. Beliau dilantik
sebagai Adiguru Kraf Tenunan Pua pada
tahun 2000.
Beliau mewarisi kemahiran ini daripada ibu dan
bapanya. Beliau komited untuk memartabatkan
Kek Iban (Kek Sandang Belakang) seni kemahiran masyarakat Iban.

NOTA GURU Guru menerangkan kek Sandang Belakang juga dikenali Kek Tegang 4.2
Belakang kepada murid. 4.3 77
Teknik
Dalam unit ini, kita akan mempelajari cara untuk menghasilkan kain
dengan cara tenunan. Alat yang diperlukan ialah alat tenun dan benang
bulu kambing.
Kita boleh menggunakan alat tenun gantian atau alat tenun buatan
sendiri.

Belira
Cuban

Benang bulu kambing (akrilik)

Benang loseng
(menegak) Alat tenun gantian
Benang pakan
(melintang)

Kedudukan benang loseng


dan benang pakan pada alat tenun

Alat tenun buatan sendiri


NOTA GURU Guru membimbing murid cara menggunakan alat tenun. 4.2
78 4.3
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Gunting, set gantian (pemidang Benang bulu kambing Tenunan
kayu, pembaris, jarum kait dan (benang kait) atau tali rafia atau
sikat) dan alatan lain bahan lain yang sesuai
yang sesuai

Aktiviti

Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan tenunan dengan alat tenun
gantian.

1. Sediakan media. 2. Ikatkan benang 3. Lilitkan benang 4. Lekatkan pita


loseng pada loseng dan pelekat.
papan tenun. simpulkan.

5. Masukkan 6. Lilitkan benang 7. Condongkan 8. Masukkan cuban


belira ke bawah pakan pada belira ke bawah. antara bukaan
benang loseng. cuban. benang loseng.

NOTA GURU • Guru membimbing murid cara untuk menenun menggunakan 4.2
alat tenun buatan sendiri. 4.3 79
• Guru menerangkan nama dan fungsi alat tenun kepada murid.
9. Masukkan sikat di celahan 10.
Ulangi langkah 8 dan 9 11.
Condongkan belira ke
benang loseng dan sebanyak tiga kali. atas. Masukkan cuban
tarik ke bawah untuk di antara bukaan benang
merapatkan benang. loseng. Ulangi langkah 10.


12. Ulangi langkah 7 Guntingkan benang
13.
14. Tanggalkan hasil
hingga langkah 11 pada papan tenun. tenunan.
sehingga siap

Hasil karya tenunan dan pamerkan


Apresiasi
Pamerkan hasil karya tenunan.
NOTA GURU Guru membimbing murid membuat pengiraan benang pada 4.3
80 papan tenun untuk mendapatkan motif tenunan. 4.4
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Alat pertahanan diri tergolong dalam kraf tradisional kerana mempunyai


nilai estetika yang tersendiri. Alat pertahanan diri tradisional di Malaysia
adalah seperti keris, parang ilang dan parang bajau. Keris ialah senjata
tradisional yang terkenal dan menjadi lambang kebesaran
raja-raja Melayu.

Parang bajau Parang ilang

Maklumat
Encik Abdullah bin Daud dilahirkan pada
18 Julai 1943 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau
dilantik sebagai Adiguru Kraf Pandai Besi
sejak tahun 1993.
Beliau merupakan tukang besi yang
disegani di Malaysia. Beliau belajar
bertukang besi daripada ayahnya sejak
berumur lapan tahun.
Pembuatan barang senjata beliau adalah
unik dan berseni. Beliau mahir membuat
pelbagai jenis senjata. Antaranya ialah
Keris keris, pedang, parang, tukul dan kapak.

NOTA GURU Guru menerangkan senjata tradisional yang lain kepada murid. 4.1
81
Teknik Maklumat
Kita boleh menghasilkan replika Lok ialah liku atau keluk pada
keris menggunakan pelbagai bahan mata keris. Bilangan lok adalah
dalam nombor ganjil. Kiraan
gantian. Bod lekap (mounting board)
lok bermula daripada lok tiga
ialah media yang sesuai untuk hingga lok 13. Jika lok keris lebih
membentuk replika keris. daripada 13, keris itu dianggap
tidak normal.

Hulu

Pendongkok
Dagu
Sampir
Belalai
gajah

Tulang keris Batang serunai


Mata keris

Lok
Batang sarung
Pamur

Hujung keris

Tuntung Hujung sarung


(buntut)
Mata keris Sarung keris
NOTA GURU Guru menerangkan bahagian-bahagian utama keris dengan lebih 4.2
82 terperinci kepada murid.
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Gunting dan alatan Bod lekap (mounting board) atau Binaan
lain yang sesuai kad manila atau kertas lukisan,
gam, cat air atau cat poster dan
bahan lain yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan keris daripada bod lekap
dan kertas lukisan.

1. Sediakan media. 2. Lakarkan rupa keris.

3. Lapiskan pada sekeping 4. Guntingkan bod lekap 5. Gamkan tulang


lagi kertas lukisan untuk untuk dijadikan tulang di bahagian tengah mata
mendapatkan lapisan tengah keris. keris hasil guntingan
kedua dan guntingkan. pertama mengikut lok.

4.2
4.3 83
6. Gamkan hasil guntingan 7. Gamkan bahagian
kedua di atas tulang tepi keris.
tengah.

8. Gamkan guntingan bod 9. Gamkan kertas tisu


lekap pada kedua-dua yang telah direnyukkan
sisi bahagian pangkal pada celahan hulu
mata keris. keris.


10. Lilitkan hulu keris dengan 11.
Warnakan mata keris. Hasil karya keris
benang bulu kambing.

Apresiasi
Bolehkah kamu menamakan bahagian-bahagian pada keris?
NOTA GURU Guru membimbing murid untuk menyediakan lakaran lok keris 4.3
84 pada kertas lukisan. 4.4
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia

Terdapat pelbagai jenis alat perhiasan diri tradisional. Antaranya ialah


gelang, anting-anting, cucuk sanggul, sisir rambut, rantai, dokoh, kalung
dan kerongsang.
Pada masa dahulu, hanya golongan istana
dan orang bangsawan yang memakai alat
perhiasan ini kerana fungsinya sebagai alat
kebesaran. Selain itu, alatan ini juga dipakai
dalam majlis perkahwinan. Pada masa kini, alat
perhiasan ini dipakai oleh semua orang.

Alat perhiasan ini biasanya dihasilkan


daripada emas, perak atau tembaga. Ada
juga yang dihiasi dengan batu-batu permata
atau mutiara.

4.1
85
Cucuk Sanggul
Cucuk sanggul ialah alat perhiasan
kepala bagi wanita. Alat ini digunakan
untuk merapikan sanggul rambut
supaya dandanan rambut lebih kemas
dan menarik.

Sisir
Sisir atau sikat dipakai sebagai hiasan
kepala. Sisir ini diperbuat daripada
tanduk. Ada juga sisir yang dihiasi
dengan emas berukir.

NOTA GURU Guru menerangkan jenis tanduk yang sesuai digunakan untuk
86 membuat sisir kepada murid.
Kalung
Kalung atau rantai leher merupakan
alat perhiasan yang dipakai pada
leher. Kalung biasanya bersaiz besar
dan ada juga yang mempunyai
batu-batu permata.

Dokoh
Dokoh ialah perhiasan leher seperti
loket yang berbentuk kepingan
lebar. Biasanya dokoh terdapat
dalam satu, dua atau tiga tingkat.

Tahukah kamu?
Caping ialah sejenis alat
perhiasan diri tradisional yang
digunakan sebagai penutup
kemaluan kanak-kanak
perempuan pada masa dahulu.

87
Kerongsang
Pada asalnya kerongsang digunakan
untuk menyemat bahagian belahan
baju kebaya. Pada masa kini, kegunaan
kerongsang telah dipelbagaikan.

Pending
Pending ialah kepala tali pinggang.
Pending selalunya dihiasi batu-batu
permata untuk menyerlahkan lagi
ketampanan atau kejelitaan
si pemakainya.

Maklumat
Tuan Haji Abdul Manan bin Yakob
dilahirkan pada 10 Jun 1944 di Kampung
Sireh, Kota Bharu Kelantan. Beliau
mewarisi kemahiran pertukangan perak
sejak berusia 16 tahun.
Beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf
Pertukangan Perak pada tahun 2008. Pada
tahun 2011, beliau dilantik sebagai Tokoh
Kraf Negara. Beliau meninggal dunia
pada tahun 2011.

88
Teknik Laman IT
Layari laman
Kita boleh menghasilkan alat perhiasan diri
web berikut untuk
daripada pelbagai bahan gantian. mendapatkan
Antara bahan gantian yang boleh maklumat lanjut
digunakan ialah kertas, manik, labuci, butang tentang alat
perhiasan diri:
baju dan pelbagai jenis tali.
http://www.
Gambar di bawah menunjukkan contoh muziumtekstilnegara.
alat perhiasan diri yang dibuat daripada gov.my/
bahan kutipan.

Gelang daripada kertas Rantai daripada riben dan manik

Rantai daripada kertas Gelang daripada butang baju

NOTA GURU Guru berbincang tentang bahan yang boleh digunakan untuk 4.2
menghasilkan alat perhiasan diri dengan murid. 89
Aplikasi Seni

Media Teknik
Alat Bahan
Gunting Bod kotak (box board), atau kad Binaan
manila atau kertas warna, gam
atau pita pelekat, labuci, manik
atau bahan lain yang sesuai

Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan alat perhiasan diri.

1. Sediakan media. 2. Gariskan di belakang 3. Guntingkan mengikut


kertas warna. garisan.

4. Gulungkan kertas 5. Masukkan tali ke dalam Hasil karya rekaan gelang


menggunakan lidi. butang, manik dan dan peragakan
gulungan kertas secara
berselang-seli.
Apresiasi
Apakah bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan gelang?
NOTA GURU Guru berbincang tentang hasil karya dengan murid. 4.2
90 4.3
4.4

Anda mungkin juga menyukai