Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

TUGASAN KERJA KURSUS 1/2/3/4/5/6


(INDIVIDU / KUMPULAN)
SEMESTER: 1 PPISMP TAHUN: SATU AMBILAN: JUN
2021

KOD KURSUS PSVK1084


KURSUS ASAS LUKISAN

Nama Pelajar NURUL AIN ARINA BINTI ROSEDEAN


ZAILY@ROSEDEAN

Angka Giliran 2021172310102

No Kad 030129141072
Pengenalan
Kumpulan/Unit J1.6

Nama Pensyarah PUAN AZLINA BINTI ABDUL RANI


PUAN NOR AZIZAH BINTI ATAN

Tarikh Hantar 8 NOVEMBER 2021

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar:


Tarikh:

Markah:
ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK M/S

Penghargaan 3

1. Konsep lukisan 4

2. Asas Sebelum Melukis 5

3. Fungsi lukisan 6

4. Jenis-jenis Lukisan 7-12

5. Kaedah Penghasilan lukisan 13


5.1 Midea Serta Kaedah Dalam Penghasilan Lukisan 14-16

Kesimpulan 17
Bibiliografi 18

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah,

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaanNya saya dapat menyempurnakan


tugasan kerja kursus penulisan bagi kursus PSVK1084

Setinggi-tinggi penghargaan saya ingin mengucapkan kepada Puan Azlina binti Abdul
Rani dan Puan Nor Azizah binti Atan kerana telah memberi sepenuh kepercayaan kepada saya
bagi menyempurnakan tugasan kerja kursus ini dan juga bimbingan serta tunjuk ajar yang
sudah diberikan sepanjang kelas berlangsung.

Seterusnya, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang tidak lokek
berkongsi ilmu bagi bersama-sama membantu menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini.
Segala jawapan bagi setiap persoalan cuba dijawab sehabis baik oleh mereka.

Sepanjang melaksanakan tugas ini, saya telah banyak penambahan ilmu kerana setiap
maklumat-maklumat baru yang diperoleh, dapat dimanfaatkan bagi pengaplikasian dalam
penghasilan karya yang akan datang.

3
1. KONSEP LUKISAN

Dalam pendidikan seni visual karya visual dapat dibahagikan ke beberapa jenis dan
salah satu yang perlu diketahui ialah lukisan. Istilah lukisan ialah hasil melukis atau satu
gambaran yang menggambarkan sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa, 963). Lukisan juga
boleh dikatakan langkah peringkat pertama dalam menghasilkan unsur seni garisan sebelum
terhasilnya sesuatu imej sama ada menggunakan media basah atau media kering. Masyarakat
sering menyalah tafsirkan perbezaan diantara lukisan dengan catan. Mereka menggangap
catan dan lukisan adalah suatu perkara yang sama sedangkan lukisan menggunakan media
kering manakala catan menggunakan media basah.

Perbezaan yang ketara bagi membandingkan dua jenis karya ini ialah melalui media
yang digunakan. Media-media yang digunakan dalam penghasilan lukisan adalah bersifat
kering dan tiada sebarang cecair, berbeza pula dengan catan, media di dalam catan
mempunyai satu pigmen air serta teksturnya akan lebih ketara pada suatu permukaan jika
digunakan secara tebal dan banyak.

LUKISAN  Menggunakan
media pensil,
pensil warna,
pen dan arang

CATAN  Menggunakan
cat minyak

Jadual 1

4
2. ASAS SEBELUM MELUKIS

Objek atau item Pengcahayaan Perspektif / Ruang

Rajah 2

Pengkarya perlu mengetahui cara meneliti atau merakam sesuatu imej. Kemudian bagi
penghasilan suatu karya lukisan yang baik, arah pengcahayaan amat dititikberatkan bagi
menunjukkan kemahiran pengaplikasian asas seni reka dalam olahan idea tersebut. Akhir
sekali penggunaan perspektif. Penggunaan perspektif amat penting dalam karya-karya lukisan
contohnya lukisan alam semulajadi. Ruang perspektif ini adalah berfungsi menghasilkan suatu
kedalaman dalam karya.

Rajah 2.1

5
3. FUNGSI LUKISAN

Lukisan berfungsi sebagai suatu hasil karya yang dihasilkan menggunakan media kering
serta boleh dipamerkan. Apabila individu kerap membuat latihan amali dalam melukis, nilai
lukisan juga akan dapat dipertingkatkan. Latihan dalam lukisan amat mudah dilakukan kerana,
perkara paling asas yang perlu dilakukan ialah sentiasa meniru kembali objek atau item yang
dilihat serta melatih diri untuk menggunakan pelbagai jenis garisan. Hasil daripada latihan ini
akan mampu meningkatkan juga daya imaginasi individu tersebut.

Sebelum penghasilan sesuatu karya seni halus yang lain misalnya catan, cetakan, arca,
seni grafik dan lain, lukisan berfungsi sebagai lakaran Lakaran membawa maksud suatu proses
awal bagi melakar idea dengan menggunakan garisan sebelum penghasilan karya yang lebih
kompleks.

Lukisan juga merupakan suatu proses penghasilan yang ringkas dan cepat dalam
merakam dan menangkap idea imej melalui penglihatan atau di minda, sebelum diluahkan dan
diekspresikan idea tersebut ke atas suatu permukaan.

Dari sudut lain, karya lukisan berfungsi sebagai proses komunikasi dengan masyarakat
awam bagi menyampaikan sesuatu mesej. Tamsilnya, melalui imej-imej atau elemen asas seni
reka yang diaplikasikan dalam sebuah karya, audien dapat menangkap atau mentafsirkan isi
tersurat serta tersirat yang ingin disampaikan oleh pengkarya.

6
4. JENIS-JENIS LUKISAN

Lukisan Lukisan
figuratif artistik

JENIS-JENIS
Lukisan Lukisan
LUKISAN
kajian ilustrasi

Lukisan
Lukisan alam
teknikal benda

Rajah 4

7
Lukisan dapat dibahagikan ke beberapa jenis. Pertama sekali ialah lukisan figuratif,
lukisan ini lebih memberi tumpuan kepada kajian tubuh badan manusia atau binatang. Anatomi
perlu difahami dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat lukisan dan kadar banding perlu
difokuskan bagi menentukan keindahan dalam lukisan yang dihasilkan.

Rajah 4.1

Selain itu, lukisan kajian. Lukisan ini adalah membuat penelitian pada subjek sumber
yang dikaji. Tumbuhan dan haiwan merupakan subjek utama bagi jenis lukisan ini

Rajah 4.2

8
Lukisan yang seterusnya ialah lukisan teknikal. Pelukis perlu mahir dalam membuat
kiraan matematik dan piawaian teknikal bagi mendapatkan kadar banding dan ukuran yang
tepat. Cabang lukisan ini menjurus kepada saintifik kerana berkait dengan sains dan matematik
bagi menetukan suatu keseimbangan. Lukisan ini diperlukan sebelum penghasilan sesuatu
benda seperti kenderaan atau alatan kegunaan yang lain.

Rajah 4.3

9
Selanjutnya ialah lukisan perspektif. Lukisan perspektif dapat dibahagikan kepada tiga
jenis iaitu perspektif 1 titik lenyap, perspektif 2 titik lenyap dan perspektif 3 titik lenyap. Lukisan
ini menentukan perubahan dari segi saiz objek serta warna. Objek yang berada di hadapan
akan lebih besar dan warnanya lebih terang berbanding dengan objek yng kedudukannya
berada di belakang.

Perspektif 1 titik lenyap Perspektif 2 titik lenyap

Perspektif 3 titik
lenyap

Rajah 4.4

10
Kemudian, lukisan ilustrasi. Lukisan ini tergolong dalam lukisan grafik dan dijadikan
satu bahan terbitan, kartun dan animasi. Ia juga dikenali sebagai seni yang menggambarkan
idea-idea dan kata-kata dalam bentuk gambaran. Lukisan ilustrasi ini juga amat mementingkan
kefahaman dalam melukis figuratif. Dalam penghasilan buku cerita kanak-kanak, kartun, komik
serta risalah lukisan ilustrasi inilah digunakan. Lukisan ini juga dipecahkan kepada beberapa
jenis antaranya ialah:

Ilustrasi alam
LUKISAN
ILUSTRASI

Ilustrasi teknikal
Ilustrasi fesyen ccc
ccccccccccc
Ilustrasi penerbitan

Ilustrasi maklumat Ilustrasi perubatan

Rajah 4.5 satu objek pegun yang tidak bergerak.


Lukisan alam benda, lukisan ini merupakan
Kebiasaannya lukisan ini dilukis dengan cara mengatur satu komposisi yang menarik kemudian
di pindahkan dalam bentuk lukisan. Ianya merangkumi alam benda buatan manusia ataupun
terbentuk dari proses alam misalnya buah-buahan serta sayur-sayuran.

11
Rajah 4.7

Akhir sekali ialah lukisan artistik. Ia dihasilkan dalam bentuk thumbnail bagi
mendapatkan olahan idea seni yang lain bagi penghasilan karya arca, cetakan serta catan.

5. KAEDAH PENGHASILAN LUKISAN

Pelbagai teknik atau kaedah yang boleh digunakan dalam proses penghasilan lukisan.
Teknik-teknik ini akan menghasilkan satu kesan yang berbeza bergantung juga dengan bahan
dan media yang digunakan. Pelukis boleh mengkaji dan mengeksplorasi media dan teknik

12
terlebih dahulu sebelum mengaplikasinya di dalam karya. Tamsilnya seperti teknik titik-titik,
teknik garisan, teknik contengan, teknik lorekan dan teknik gosokan. Sebagai contoh, sekiranya
pelukis menggunakan pen untuk menghasilkan teknik titik-titik kesannya akan lebih kemas jika
hendak dibandingkan dengan menggunakan media oil pastels.

Rajah 5

Media
Mediapen
oil pastels
5.1 MEDIA SERTA KAEDAH DALAM
PENGHASILAN LUKISAN

BIL. NAMA GAMBAR MEDIA


MEDIA

13
1. Pensil

Teknik
gosokan
Garisan
beralun

2. Pensil
warna
Garisan
melengkung

Ruang putih
sebagai kesan
pengcahayaan
n

14
3. Soft
pastels

Teknik gosokan

4 Oil
. pastels

Teknik ‘colour
mixing’

15
5 Pen
.

Teknik titk-titik

6 Arang
.

Teknik gosokan

16
KESIMPULAN
Lukisan merupakan satu proses utama dalam sesebuah karya. Individu perlu mahir
dalam membuat lukisan terlebih dahulu sebelum menghasilkan karya yang lain. Penggunaan
alat serta media yang kering merupakan simbolik utama bagi sesuatu lukisan. Lukisan juga
kadang kala mempunyai penggunaan warna yang terhad kerana kebayakkan lukisan dihasilkan
dalam lingkungan warna hitam dan putih sahaja. Kemahiran dalam mengaplikasikan kesemua
teknik serta media akan menghasilkan suatu karya yang menarik yang mampu menyampaikan
maksud tersurat dan tersirat kepada audien.

(845 patah
perkataan)

17
BIBILIOGRAFI

Faizal Abd Wahid. (2017). Lukisan. Attin Press Sdn. Bhd.


https://fliphtml5.com/gutjj/qwfp/basic/101-148

Hafiza Saad. Konsep Asas Lukisan. https://anyflip.com/rfbcr/eqor/basic

Hassan Mohd Ghazali. file:///C:/Users/USER/Downloads/vdocuments.net_lukisan-


558467a59c497.pdf

Illa azmi. Pengenalan Asas Lukisan. https://www.slideshare.net/ilaazmil2/pengenalan-asas-


lukisan

Rabiatul Adawiyah. (2015). Fungsi Lukisan. SCRIBD.


https://www.scribd.com/doc/288935838/fungsi-lukisan

Yus Muhamad. Definisi Lukisan. https://pdfcoffee.com/definisi-lukisan-pdf-


free.html#Yus+Muhamad

18

Anda mungkin juga menyukai