Anda di halaman 1dari 5

TEKA TEKI KENDERAAN

Soalan dan jawapan di bahagian ini adalah tentang pengangkutan dan kenderaan.
Sila taip jawapan anda di ruang kosong yang disediakan dan tekan teka.
Jangan risau kerana tak tahu jawab, kerana anda boleh klik jawapan.
Jom teka-teki dengan rakan-rakan dan keluarga anda!

Mana lagi tua, ferrari, perodua, motosikal, atau proton saga?

MOTOSIKAL

Kereta yang banyaknya berwana merah putih dan memakai topi?

TEKSI

Bas yang kecil dan boleh dikayuh?

BASIKAL

Ikan yang hidup di atas jalan raya?

KELISA

Banyak-banyak kera, kera apa yang tak tinggal di hutan dan pandai menaip
komputer?
KERANI
BETUL!

Jika tekan loceng bas, apa yang akan turun sebelum berhenti?

SPEDOMETER

Bas yang mempunyai penumpang yang bijaksana?

BAS SEKOLAH

Anak raja yang suka menumpang rakyat di bawah tanah?

PUTRA LRT

Semua kenderaan di atas jalan pun boleh jalan. Tetapi apa jenis van yang tak
boleh jalan?

VAN ROSAK

Bunga yang boleh terjumpa di jalan raya dan berwarna hitam, apanya?

BUNGA TAYAR
Dua roda, lapan kaki, pengakutan di masa dahulu.

KERETA LEMBU

Lori pengangkut sampah besar and kuat. Taukah anda kekuatannya datang
dari mana?

MINYAK DIESEL

Tetamu duduk di dalam kenderaan ini, tetapi pemilik duduk di luar.

PENGAYUH BECA

Kereta yang pandai?

KERETA KANCIL

Kenderaan yang diguna untuk mengalir dalam aliran sungai yang sempit?

PERAHU

Apabila terlepas destinasi semasa memandu kereta ataupun motosikal, anda


perlu?

GOSTAN
Pelumba diminta menghidupkan benda ini sebelum bermula.

ENJIN

Kapal apa yang tidak akan tenggelam?

KAPAL SELAM

Beroda empat, berjalan di jalan raya, besar tetapi dipenuhi lalat?

LORI SAMPAH

Saya lebih cepat daripada kuda, saya tak makan, perlu minum, dibuat
daripada besi dan mampu melihat di waktu malam.

KERETA

Saya mampu berlayar di atas laut, dari utara ke selatan, timur ke barat, siapa
saya?

KAPAL LAYAR

Kereta yang berapi.


KERETA API

Kapal apa yang boleh terbang ke bulan?

KAPAL ANGKASA

Badannku berat, rodaku beristimewa, biasanya anda tak mungkin jumpa aku
di jalan raya. Kalau aku bergerak semua tergamam. Siapakah aku?

KERETA KEBAL

Kereta ini besar dan selesa untuk tidur, tapi beri percuma pun tiada orang
mahu naik.

KERETA MAYAT

Aku berbentuk bulat, berpusat, dan berbunga. Jika aku berpusing, anda
akan bergerak?

TAYAR

SAYA DAPAT 1 / 26 BETUL

SEMUA 26 SOALAN TELAH DIJAWAB!

Anda mungkin juga menyukai