Anda di halaman 1dari 6

TEKA TEKI ANGGOTA BADAN

Soalan dan jawapan di bahagian ini adalah tentang anggota badan.


Sila taip jawapan anda di ruang kosong yang disediakan dan tekan teka.
Jangan risau kerana tak tahu jawab, kerana anda boleh klik jawapan.
Jom teka-teki dengan rakan-rakan dan keluarga anda!

Apa bendanya, kita baring dia berdiri, tapi bila kita berdiri dia baring, dan bila kita
jalan dia pun ikut saja. Tanpanya kita tak boleh pergi ke mana.

KAKI
BETUL!

Mi apa yang tak boleh dimakan?

MISAI

Boleh tengok dengan cermin, tetapi tidak boleh tengok dengan mata.

TELINGA

Askar putih dalam gua?

GIGI

Benda ini tak makan, tetapi semakin lama, ia semakin panjang?

RAMBUT
BETUL!

Lagi tengok, ia lagilah tinggi?

KENING

Kolam yang dikelilingi oleh rumput?

MATA

Ular yang berlingkar dibawah hidung lelaki?

MISAI

Dalam diri kita, anggota badan manakah yang paling manis?

JARI

Anggota badan apakah yang boleh dicuri?

TULANG

Dalam sungai ada buaya, dalam almari adanya baju, jika dalam baju ada apa?

KULIT
Kita jalan dia jalan, kita berhenti dia tetap jalan, dia berhenti kita tak boleh jalan
lagi.

JANTUNG

Ciptaan tuhan yang apabila dipandang semakin jauh, dan apabila terus
dipandang semakin lah jauh?

TELINGA

Buah epal dan buah oren jatuh di kepala, mana yang paling sakit?

KEPALA

Ada dua lubang gua, di dalam kedua-dua gua ada berlian, kalau dibiarkan
semaklah dia, kalau dikemaskan cantik berseri.

LUBANG HIDUNG

Batang di diri kita yang tak dapat ditebang?

BATANG HIDUNG

Dalam banyak-banyak buku, buku yang manakah kita dah jemu untuk
membacanya?

BUKU LALI
Benda di tubuh badan kita, tapi bukan milik kita?

TAHI LALAT

Makanan susah dikunyah jika kekurangan ini.

GIGI

Apa yang digunakkan untuk bernafas?

PARU

Ia adalah segala anda tetapi tak guna untuk orang lain, apanya?

OTAK

Boleh dijumpai di jari.

KUKU JARI

Apa yang ditunjuk semasa memuji?

IBU JARI
Perempuan tiada dan tidak mahu, lelaki ada tetapi kadang-kadang dicukur, apa
dia?

JANGGUT

Semakin banyak bohong dicakap, semakin panjang ia bertumbuh, apa dia?

HIDUNG

Apa yang buatkan anda senyum?

OTOT MUKA

Anda terperangkap dalam sebuah bilik, anda berotot kuat tetapi merempuh
keluar takkan jadi sebab anda dilampirkan atas lantai.

LIDAH

Tak boleh nampak dengan mata tetapi dekat dihati sahaja?

USUS

Di mana manusia bernafas cecair.

RAHIM
Saya menyembunyikan, tetapi kepala saya di luar. Apakah saya?

KUKU

Ada yang panjang, ada yang pendek, ada yang lurus, ada yang bergulung, ada
yang tebal, ada yang lipis, ada yang hitam, ada yang putih.

RAMBUT

Benda apakah yang selalu tutup buka tetapi tiada bunyi? Walaupun telinga dekat
pun tak dengar.

KELOPAK MATA

Apa bendanya berbentuk bola tetapi mempunyai tujuh lubang?

KEPALA

Di sini! Di situ! Anggota badan apa?

JARI TELUNJUK

SAYA DAPAT 2 / 34 BETUL

SEMUA 34 SOALAN TELAH DIJAWAB!

Kongsi Keputusan:

Anda mungkin juga menyukai