Anda di halaman 1dari 1

Kreativiti

(Senario Guru di Sekolah Pendalaman) :


Dalam sebuah artikel mengatakan; Ada sebuah sekolah di pendalaman negeri Sabah, guru
menggunakan daun keladi sebagai menggantikan kertas lukisan semasa menjalankan kelas seni . Ini
berikutan kesukaran guru mendapatkan sumber bekalan kertas lukisan kerana kedudukan sekolah
agak jauh dari pekan.Guru berkenaan terpaksa berkorban masa saban minggu untuk mengumpul
helaian daun keladi di sekitar kampung untuk dibawa ke sekolah. Merujuk kepada senario di atas,
adakah anda pernah mengambil tindakan yang serupa bila berhadapan dengan masalah ? Bolehkah
kita mengatakan guru berkenaan sebagai guru yang kreatif ? Bagaimana pula jika anda mendapati
pelajar di sekolah anda suka mencipta roket kertas ? Bolehkah anda mengatakan pelajar anda pelajar
yang kreatif ?

Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud “membuat/ mencipta/
mereka cipta”. Manakala Greek “creare” bermaksud “memenuhi”. Sehubungan itu dapat dirumuskan
bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala
pemikiran kritis adalah pemikiran yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu pemikiran kreatif
mestilah berasaskan manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada bagi
membolehkan seseorang itu dapat mencetuskan idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik
daripada yang sebelumnya.

Kreativiti bersangkut dengan pemikiran kreatif. Berfikiran kreatif bermaksud berfikir di luar kotak. Ia
juga berkait dengan keupayaan seseorang menyelesaikan masalah. Kathy Goff, dalam.
http://www.creativitycentre.com/Ret.2001,
mengatakan pemikiran kreatif itu melewati imaginasi kita untuk mencipta idea-idea baru. Ia adalah
gaya hidup, sifat personaliti seseorang, cara melihat dunia dan cara kita berinteraksi dengan sesuatu.
Dalam sebuah laporan 'All our futures:
Creativity, Culture and Education', the National Advisory Committee's report (DfEE, 1999). Definisi
kreativiti dirungkaikan kepada empat ciri ; pertama yang melibatkan pemikiran dan tingkahlaku
imaginatif. Kedua ialah aktiviti imaginatif (penghayalan) yang bertujuan, iaitu terarah bagi mencapai
satu-satu objektif. Ketiga proses ini mesti menjana sesuatu yang asli (original). Keempat ialah nilai
yang berkait dengan objektif yang dikhayalkan itu. Laporan ini juga mengatakan bahawa darjah
kreativiti seseorang boleh jadi berkurang atau lebih jika diberi peluang.

Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama
ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar
pemikiran biasa (berfikir diluar kotak). Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan
kemahiran berfikir seseorang , maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu.

Anda mungkin juga menyukai