Anda di halaman 1dari 14

Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan
dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina
sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan,
alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa
menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

Alat dan Bahan


Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda
boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk
origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya

Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan


Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik
picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih
berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan seperti teknik picitan, lipatan , potongan, cantuman, pembungkusan , guntingan
dan luakan.

Arca timbul
Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan
objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

Asemblaj
Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang
bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam.

Mobail
Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau
berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan. Mobail
merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah
arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail
dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Ianya boleh dilakukan dalam pelbagai cara
seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Stabail
Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian
untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.

Model
Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan
adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.

Diorama
Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya
digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan. Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang
mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di
dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang
hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak
dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias
dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. Bahan-bahan yang selalunya digunakan untuk
menhasilkan diorama adalah seperti kotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar, benang
dan bahan hiasan yang sesuai.

Boneka
Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah
jalitan, gam, kimpalan dan skru.

Topeng
Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.

Mengenal Kraf Tradisional


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan
daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

Alat domestik
Adalah alatan yang biasa di gunakan untuk aktivti seharian seperti senduk di buat daripada tempurung kelapa, kukur kelapa
diperbuat daripada besi dan kayu, serta tenggala daripada kayu. Tekniknya ialah luakan, assemble dan ukir.
Alat permainan
Lazimnya di mainkan selepas musim menuai seperti wau
dimana proses yang terlibat adalah memilih buluh, meraut, membina rangka, menampal kertas dan corak.

Alat pertahanan diri


Seperti keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, lembing, dan sumpit.

Perhiasan diri (ornamen)


Seperti manik, rantai atau hiasan kepala.
Batik
Merupakan sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Batik boleh di hasilkan melalui kaedah
batik tulis,batik lukis atau batik canting . Ia melibatkan proses dimana kain akan dibasuh untuk membuang kanji seterusnya
dikeringkan. Kain diregangkan untuk proses melakar

motif dan corak menggunakan pensil. Setelah

bahan campuran lilin

dipanaskan, proses melakar diatas fabrik dibuat menggunakan canting seterusnya bahan warna disapu pada motif.

Tekat
Merupakan tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar dari jenis baldu. Proses adalah penciptaan
motif, persiapan pemidang, membentuk mempulur dan akhirnya menyulam.
Ukiran kayu
Adalah kraf tangan untuk menghiasi rumah seperti hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding, mahupun tebar layar. Teknik
mengukir sepertu bunga timbul atau papan tebuk adalah yang paling digemari .

Tenunan
Adalah seni kraf tekstil paling popular kerana hasilnya yang halus dan bermutu tinggi mencerminkan kreativiti dan kemahiran
penenun.

Anyaman
Adalah satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian daun buluh, rotan, lidi, bertam,atau paku pakis ribu ribu dengan
menggunakan cara serta peraturan tertentu melalui teknik menyelang-yelikan antara satu sama lain. Prosesnya agak rumit dimana
daun akan dilayur supaya tahan lama. Jangka digunakan untuk melerai daun menjadi saiz tertentu. Daun akan di lurut supaya
mudah di anyam seterusnya di rendam dalam pewarna.
Proses anyaman dimulakan dengan lagang iaitu bilah daun dibentuk menjadi V. Kelarai adalah corak atau motif berbentuk dam.
Anyaman yang tidak bercorak kelerai dipanggil ghadas.

Tembikar
Adalah sejenis barang kraf yg dihasilkan daripada tanah liat. Ia dibentuk kemudian dibakar. Alat yg digunakan adalah pisau,
pengayak, pinggan, penggelek,
dawai pemotong, kayu pembentuk dan papan gelek

Rumusan
Pendidikan Seni Visual menekankan kepada aspek perkembangan kognitif selaras dengan emosi pelajar untuk melahirkan atau
mencetuskan idea kepada penciptaan baru atau meluahkan idea idea yang tersemat di kalbu mereka dalam pelbagai bentuk
demi mempertingkatkan kemahiran pelajar.
Selain itu pelajar akan lebih menghargai diri sendiri dan alam sekitarnya seterusnya menjadi inspirasi kepada mereka untuk
menghasilkan karya yang bermutu dan berprestij.

Refleksi : Sesungguhnya tugasan ini telah membuka minda saya untuk memahami Pendidikan Seni Visual dari perspektif

yang lebih

fleksibel dan kreatif. Ia memiliki pelbagai medium untuk menghasilkan karya bukan hanya sekadar menghasilkan lukisan secara
manual apatah lagi catan yang sememangnya menjadi titik kelemahan saya hingga saya meminggirkan Pendidikan Seni visual.
Kepelbagaian teknik mengammbar membuat saya lebih fleksibel dan optimis untuk meneroka dan cuba menghasilkan pelbagai
karya pada masa akan datang memandangkan pada ketika ini tiada ruang untuk saya menurunkan ilmu yang di perolehi kepada
pelajar.

Apapun, saya mula mengorak langkah meminati Pendidikan Seni Visual yang sememangnya tidak pernah bertempat di hati saya.
Walaupun karya yang terhasil kurang berkualiti, namun kepuasan dan keseronokan melaksanakan kerja amali itu lebih utama.
Sememangnya, tertanam hasrat untuk memperbaiki hasil karya dan meneroka pelbagai teknik yangtidak pernah di rasai selama
ini.

Anda mungkin juga menyukai