Anda di halaman 1dari 23

SDDK3013

Seni Dua Dimensi


Disediakan oleh:
CHANG YEE CHING
Diong Shi Mei
Tutorial 11:
Teknik-teknik dalam Catan
Teknik Impasto

• Cat minyak akan dilapiskan dengan sangat tebal di


atas kanvas sehingga arah sapuan cat minyak sangat
mudah dilihat.

• Apabila kering, teknik impasto akan menghasilkan


tekstur yang jelas sehingga kesan apabila disentuh
dapat lukisan objek itu akan lebih terasa.
Teknik Impasto
Kesan:
• Memberikan kesan pantulan cahaya yang berbeza
berbanding dengan sapuan cat minyak yang biasa.
• Memberikan kesan ekspresi yang lebih kuat.
Tujuan:
• Untuk memperlihatkan lipatan kain atau pantulan cahaya
dari perhiasan.
• Untuk menampilkan kesan trimata yang kuat.
Teknik Scumbling

• Warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang


sebelumnya secara rata.

• Ciri penting dalam teknik ini ialah bahagian yang


tidak dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara
yang berbeza.
Teknik Scumbling

• Teknik scrumbling ini boleh diperoleh dengan cara


menyapu warna terang atas permukaan gelap atau
gelap atas permukaan gelap.

• Ia boleh diaplikasikan dengan menggunakan berus


atau tompokan dengan kain buruk atau jari.
Teknik Pointilism

• Menitikkan warna yang dikenakan pada


permukaan untuk membentuk tindanan titik-titik
warna.

• Jika dilihat dari jarak yang jauh, titik warna akan


bergabung dan menghasilkan warna yang baru.

• Kesan ini terhasil daripada campuran warna


secara optikal.
Proses Melukis Teknik Pointilism
1. Buat lakaran struktur objek yang hendak dilukis
dengan pensel.
2. Dapatkan garisan dengan adanya kawasan arah
cahaya dan bayang iaitu daripada kawasan cerah
ke kawasan yang gelap.
3. Dengan menggunakan pen dakwat basah mulakan
dengan titik bahagian yang mempunyai ton cerah.
Proses Melukis Teknik Pointilism

4. Tambahkan titik pada kawasan yang mempunyai


ton lebih gelap atau boleh menggunakan pen yang
lebih tebal saiznya.
Proses Melukis Teknik Pointilism

5. Siapkan dengan menambah titik-titik pada bahagian


yang mempunyai ton gelap dan pastikan titik yang
dibuat tidak menjadi garisan.
6. Setelah lukisan selesai, padamkan kesan lorekan
pensel.
Teknik Glazing

• Menunjukkan kesan seolah-olah kilauan yang


berkaca kerana lut sinar.

• Memberikan kesan warna pada catan dengan


cara menindih lapisan nipis warna gelap yang lut
sinar ke atas warna yang lebih cerah.
Teknik Kolaj
• Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam
dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu
permukaan.

• Misalnya, cebisan kertas-kertas, kain atau bahan


lain di atas permukaan 2D yang mengandungi
sebahagian imej seperti gambar foto atau dari
cetakan majalah disusun dan ditindih untuk
menjadi satu komposisi.
Teknik Kolaj
• Berbagai jenis bahan dilekat di satu permukaan
khas daripada imej yang berlainan dan daripada
berbagai media.

• Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis


daripada imej atau gambar yang berlainan, latar
belakang yang berbeza.

• Berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan


di antara satu sama lain dengan menggam
berbagai elemen supaya menjadi satu gambar.

Anda mungkin juga menyukai