Anda di halaman 1dari 6

KERAJAAN AWAL PRA-MELAKA DI TANAH MELAYU Lokasi

1. Kerajaan Kedah Tua (Kedah) Kerajaan Kedah Tua wujud di Lembah Bujang dari abad ke-6M hingga abad ke-10M dan berpusat di sekitar Sungai Emas. Kemudiannya pusat pentadbiran Kedah Tua berpindah ke Lembah Bujang di Sungai Merbok (abad ke 10-14M). Kedah Tua muncul sebagai pelabuhan penting di Selat Melaka kerana kedudukan pelabuhannya di Sungai Emas dan Lembah Bujang yang mudah dikunjungi pedagang, selain terdapatnya Gunung Jerai di Kedah yang menjadi panduan kepada pedagang untuk menuju ke tanah besar. Pelabuhan Kedah Tua muncul sebagai pelabuhan entrepot yang penting kerana terletak pada laluan perdagangan China dan India dan pelabuhan tersebut dikunjungi oleh para pedagang dari Arab, Parsi, India dan Sri Lanka. Antara hasil eksport Kedah Tua termasuklah hasil hutan seperti damar dan gaharu dan galian seperti emas, selain hasil pertanian seperti padi kerana bentuk muka buminya yang rata.

2. Kerajaan Kuala Selinsing (Perak) Kerajaan Kuala Selinsing terletak di sebuah pulau kecil di Perak iaitu berhampiran dengan Kuala Sepetang dan daerah Larut Matang. Kedudukannya yang strategik di tengah Selat Melaka sesuai sebagai tempat persinggahan kapal dari timur dan barat. Kerajaan Kuala Selinsing mewujudkan hubungan dagang dengan kawasan pedalaman Semenanjung Tanah Melayu dan kerajaan Kedah Tua di LembahBujang. Menurut Andaya (1982), kewujudan kerajaan di Kuala Selinsing dibuktikan dengan penemuan tembikar dari Timur Tengah, gelang dan manik di KualaSelinsing yang diperdagangkan sekitar 200 S.M dan 1000 M.

Berdasarkan jumpaan manik dan tembikar ini, dipercayai pelabuhan Kuala Selinsing menjadi pusat pengumpulan barang dari kawasan pedalaman sebelum dibawa ke pelabuhan entrepot di Lembah Bujang.

3. Kerajaan Chih-Tu (Kelantan) Menurut Andaya (1982), berdasarkan rekod catatan Dinasti Tang, kerajaanLangkasuka yang berpusat di Pattani telah menghantar satu utusan diplomatik ke China pada abad ke 6 Masihi, di mana kerajaan Langkasuka sangat dikenali sebagai pusat keagamaan yang penting di kawasan AsiaTenggara (Nan Yang). Apabila satu pelayaran yang disertai oleh para sami Buddha dari Langkasuka tiba di China pada sekitar abad ke 7, pelayaran tersebut turut disertai oleh beberapa orang sami daripada negeri Chitu, negeri tanah merah dan negeriDandan, di mana sesetengah sejarawan berpendapat negeri tersebut adalah kerajaan Tan Tan di Terengganu. Pada zaman Dinasti Sui, Maharaja telah bersetuju untuk membina hubungandengan kerajaan-kerajaan lain di tanah-tanah yang jauh(far away land) dan pada tahun 607, satu rombongan China dengan 5000 hadiah tiba di Chih-tu sebagai persembahan kepada raja Chih-tu. Utusan Dinasti Sui tersebut disambut oleh raja Chih-tu yang dipanggil Brahman dan satu rombongan balas ke China kemudiannya dihantar olehChih-tu yang diwakili oleh putera kepada kerajaan Chih tu. Menurut catatan China, pusat pentadbiran Chih-tu dikenali sebagai Bandar Singa dan memerlukan masa sebulan perjalanan ke Langkasuka. Wilayah Chih-tu yang terletak di kawasan pedalaman kaya dengan hasilhutan, emas dan kapur barus yang menjadi barang dagangan utama Chih-tu. Berdasarkan rekod Dinasti Sui, kekayaan kerajaan Chih-tu dapat dilihat ketikarombongan China tiba di sana. Rombongan tersebut terkejut melihat kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan Chih-tu

termasuklah tiga puluh buahkapal besar dan beratus orang hulubalang yang mengawal istana. Chih-tu mempunyai satu sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran di peringkat daerah. yang teratur

4. Kerajaan Tan Tan (Terengganu) Penemuan gendang gangsa di buah lokasi di Terengganu iaitu Batu Buruk dan Kampung Gaung, Kuala Berang membuktikan kewujudan kerajaan awal diTerengganu memandangkan gendang yang sama turut ditemui di kawasanlain di Asia Tenggara seperti di Dongson Vietnam, Thailand dan Myanmar. Menurut Paul Wheatney (buku The Golden Khersonese), kemerosotan kerajaan Funan pada penghujung abad ke 5M menyebabkan kerajaan negara kota seperti Langkasuka, Chih-Tu dan Tan Tan memutuskan ikatan denganFunan dan menghantar ufti secara terus kepada Maharaja China sebagai tanda bernaung di bawah kekuasaan China.

Menurut catatan China, Raja kerajaan Tan-Tan digelar Sha-Li berdasarkan sebutan Cina, don namanya ialah Sha-Li-Chia. Kerajaan Tan-Tan dibahagikan kepada beberapa unit pentadbiran, dan terdapat lapan orang pegawai yang bertangggungjawab menguruskan hal-ehwal perdagangan. Tan-Tan mempunyai sistem kehakiman yang teratur dan tegas. Buktinya, untuk kesalahan merompak atau mencuri, tidak kira sekecil mana pun jenis kesalahannya, maka akan dihukum mati.

Di dalam catatan China, tidak disentuh tentang kepercayaan penduduk tempatan di Tan-Tan tetopi, kemungkinan besar penduduk Tan-Tan mengamalkan kepercayaan animisme. Walaubagaimanapun, golongan pentadbiran kerajaan Tan-tan. Brahmin dikatakan menguasai

5. Kerajaan Gangga Negara (Perak) Kerajaan Gangga Negara adalah merupakan kerajaan Melayu Hindu yanghilang dan merangkumi kawasan Beruas, Dinding dan Manjung di Perak. Perihal kerajaan ini ada diceritakan dalam Sejarah Melayu, tulisan Tun SeriLanang. Antara rajanya yang masyhur termasuklah Raja Gangga Syah Johan. Artifak-artifak Buddha yang ditemui di Beruas membuktikan bahawa kerajaanini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kerajaan ini jatuh setelah diserang oleh Maharaja Rajendra Cola dari DinastiCola di Selatan India pada tahun 1025. Kawasan Gangga Negara kaya dengan hasil galian seperti bijih timah danmempunyai sebuah pelabuhan di Pulau Pangkor.

Sosioekonomi Terdapat dua jenis kegiatan sosioekonomi yang dijalankan oleh kerajaan awal di alamMelayu iaitu kegiatan ekonomi agraria dan ekonomi maritim. 1. Kerajaan Agraria Kerajaan agraria pada umumnya merujuk kepada kerajaan yang menjadikan pertanian sebagai kegiatan ekonomi yang utama. Antara ciri utama kerajaan agraria termasuklah: 1. Kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian 2. Terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan pedalaman. 3. Hasil utama kegiatan pertanian ialah padi huma, ubi taro dan padi sawah. 4. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertaniandan menternak binatang. 5. Sistem pangaliran dikawal oleh pemerintah. 6. Hasil utama kegiatan berburu, mengutip hasil hutan, dan menangkap ikan

Lokasi Dari segi lokasi ia terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dandi kawasan pedalaman. Bagi mengairi kawasan pertanian, sistem aliran air yang digunakan seperti baray (kolam besar yang mampu menampung isipadu air sebanyak 30 Jutaliter padu). Kerajaan angkor menggunakan sistem ini menjadikan mereka negara yangkaya hasil pertaniannya. Air yang disalurkan ke tempat pertanian di angkor juga berasal dari Tasik Tonle Sap (sebuah tasik buatan yang besar.)

Aktiviti masyarakat Dilihat dari segi aktiviti masyarakat, mereka memperolehi makanan secara berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri denganpertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternakbinatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro,dan keladi.

Contoh kerajaan agraria: Angkor, Funan, Dvaravati (Lembah Menam Chao Phraya)

http://www.scribd.com/doc/93005772/NOTA-SJH1103-Kerajaan-AwalSrivijaya-Melaka

http://www.scribd.com/doc/94186213/Nota-SJH1106-Pendudukan-Jepun-DiAsia-Tenggara

Anda mungkin juga menyukai