Anda di halaman 1dari 20

1

INSTITUT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK





PERKEMBANGAN FIZIKAL PAK
(DTM)



Disediakan Oleh

FARAH NAJWA BINTI ASRI
DPAK A1002143
KOHORT 9A (G3)



Disediakan Untuk

PUAN ZAINON BINTI ISHAK
(PENSYARAH PERKEMBANGAN FIZIKAL PAK)







27 JULAI 2011





2






























PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus
perkembangan fizikal pada masa yang telah ditetapkan. Saya, Farah Najwa binti Asri

3
mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan terutama sekali kepada
pesyarah kursus ini kerana telah membantu dalam memberi maklumat sedikit sebanyak
dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga pada ahli keluarga saya, terutamanya kepada
kakak saya yang banyak membantu mencari maklumat untuk kerja kursus ini, serta para
rakan yang secara tidak langsung turut membantu dalam menyiapkan tugasan ini.
Saya telah merancang dengan teraturnya dalam menyiapkan tugasan ini. Pada permulaan
saya mendapat tugasan ini, saya serta rakan-rakan telah bersama-sama mengumpul maklumat
di perpustakaan. Disebabkan cuti semester hampir tiba, masa tidak mencukupi untuk kami
mencari maklumat di perputakaan. Namun saya tetap meminjam buku berkaitan dengan
tugasan untuk mencari maklumat lebih senang dirumah.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat membantu saya
mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang semakin jelas mengenai
perkembangan fizikal. Fakta-fakta seperti ini perlu diketahui oleh saya sebagai bakal guru
agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan jayanya. Saya berbangga kerana
dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai dasar pendidikan yang bagus dan
sentiasa diperbaharui ke arah penambahbaikan dan sejajar dengan pembangunan yang sedang
diharungi.

















4
Pilih satu aktiviti fizikal cergas bagi sekumpulan kanak-kanak berumur 5-6 tahun.
Jelaskan aktiviti yang telah anda dipilih.

1.0 PENGENALAN

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan
pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan
fizikal kanak- kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam
sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan
kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk
menjalankan aktiviti harian. Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan
fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang
dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas
tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah
kesihatan atau persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan
pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran
kanak-kanak tersebut. Menurut Haji Gapor Ahmad (2007).. Kecergasan adalah keupayaan
dan kemampuan melakukan sesuatu dengan sempurna. Ia juga melibatkan aspek
fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal. Kecergasan secara total boleh digambarkan
sebagai keupayaan menjalani kehidupan sempurna serta mampu memberi sumbangan dan
perkhidmatan yang terbaik dan kecergasan merangkumi aspek fizikal, mental, emosi dan
sosial. Setiap satu saling bantu-membantu, jika satu terganggu maka yang lain akan
terjejas dan prestasi individu berkenaan akan mendapat kesan. Kecergasan bermaksud
berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental, berkeupayaan melaksanakan
tugas harian dengan efisyen tanpa merasa letih atau kelesuan dan dapat melibatkan diri
dalam aktiviti riadah di samping itu masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat
yang tidak terduga dan kecemasan. Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk
berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan
menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga
untuk tujuan kecemasan. Perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks).
Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh
dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri
kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran

5
mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan
(stability), pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation). Keseimbangan merujuk
kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan
graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak
tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di
persekitarannya. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara
kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak
tersebut.Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan
kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman.Proses pembelajaran
ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti
yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan
bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai
tertutup atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak- kanak
menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah.Aspek terbuka
dalam kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak
menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam
memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu
pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu
permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka.
















6

2.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor boleh didefinisikan sebagai pergerakan yang kreatif dan aktif
iaitu sekiranya dilakukan akan menyebabkan tubuh badan berubah keduduk an atau
tempat,dari satu tempat berganjak ketempat yang lain. Kemahiran Lokomotor juga
melibatkan pergerakan otot kasar seperti melompat, berlari dan sebagainya. Lokomotor
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Lokomotor BeritmaSekata dan Lokomotor
Beritma Tidak Sekata bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yangdirancang.
Konsep Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika
pergerakanlokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah
gerakandalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalamgerakan
lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Arah melibatkan bentuk
arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiriatau ke kanan. Haluan ialah melibatkan corak
gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan
lain-lain Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masaboleh
dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal. Pergerakan
lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah
kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan
lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut
pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat
ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan
disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh
badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh yang demikian pergerakan bukan
lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku
pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti
tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat,
mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.
Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan
kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya.
Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot
kecil.

7

3.0 AKTIVITI FIZIKAL CERGAS

Aktiviti fizikal cergas yang di pilih oleh saya ialah aktiviti lokomotor, iaitu berjalan.
Di antara aktiviti berjalan yang selalu akan di lakukan oleh guru pendidikan awal kanak-
kanak ialah seperti berikut:

1. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
2. Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan
3. Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan
4. Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan
5. Berjalan dengan melakonkan gaya meredah semak
6. Berjalan dengan melakonkan gaya gajah berjalan
7. Berjalan dengan melakonkan gaya anjing cedera di kaki berjalan
8. Berjalan dengan melakonkan gaya patung berjalan
9. Berjalan naik tangga

Berjalan ialah kemahiran yang paling asas, di mana kita banyak melakukannya dalam
kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan yang salah.
Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain, selain kaki ianya juga
menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan.
Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh
membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa
merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari
satu kaki ke kaki yang lain. Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke
hadapan dengan sisi bahagian dalam kedu-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garis
lurus. Tangan melenggang bebas berselang-seli mengikut arah yang bertentangan dengan
arah kaki melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapat member imbangan badan
sambil dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya
apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak
yang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan
hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega dan selesa. Antara teknik berjalan
yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian
dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garis lurus. Tangan menghayun

8
bebas berselang-seli mengikut arah yang bertentangan dengan arah kaki melangkah.
Mengikut perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan dan dapat pula
membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Pada ketikanya apabila kedua-dua tapak
kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak pada yang baru terhasil
dan boleh menahan anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa
tegak dan dalam keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan dengan ibu
jari kaki menghala bengkok ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan.
Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan. Kepala condong ke
hadapan. Mempelajari kemahiran pergerakan adalah suatu yang penting. Ia bukan sahaja
penting kepada jesmani atau kesihatan seseorang, malah ia juga penting dalam semua
perkara dalam membina individu yang seimbang. Antara kepentingan-kepentingannya
ialah :

Diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti
sukan dan rekreasi
Meningkatkan potensi kreativiti murid.
Memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan
Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak
Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak
Mengembangkan sikap sportif, jujur, disiplin, bertanggungjawab, kerjasama, percaya
diri dan demokratis
Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik
Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan
Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.
Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah

Aktiviti fizikal adalah suatu aspek yang unik malah amat penting dalam pendidikan
jasmani untuk kanak-kanak. Aktiviti fizikal mempunyai banyak faedahnya jika kanak-
kanak diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai pergerakan. Guru-guru dan ibu
bapa perlu menitikberatkan hal ini kerana ianya menguntungkan kanak-kanak dari
pelbagai sudut. Antaranya ialah sesuatu pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh
badan menjadi sihat dan meningkatkan daya kecerdasan. Contohnya, dengan melakukan
aktiviti fizikal, kanak-kanak dapat megeluarkan peluh dari badan. Fungsi peluh ialah
menyihatkan tubuh badan dan menyingkirkan toksin. Tambahan pula, kanak-kanak dapat

9
meningkatkan stamina mereka. Yang kedua ialah kanak-kanak dapat meningkatkan lagi
keupayaan pergerakannya dan menguasai kemahiran fizikal. Sebagai contoh, melakukan
aktiviti leap iaitu berlari sambil melonjak tinggi menuntut kesabaran yang tinggi di
kalangan kanak-kanak. Bagi mereka, aktiviti ini adalah agak sukar, namun jika diberi
latihan yang secukupnya, nescaya kanak-kanak akan berjaya melakukan aksi leap. Yang
ketiga ialah kanak-kanak akan memperkembangkan perkembangan emosi mereka kerana
mereka akan merasa seronok apabila mereka dapat menguasai beberapa kemahiran
tertentu. Contohnya ialah, kanak-kanak seringkali melompat kegembiraan apabila mereka
menang tempat pertama dalam pertandingan lumba lari. Selain itu, kanak-kanak akan
menjadi lebih seronok jika terdapat muzik dimainkan semasa melakukan aktiviti fizikal
seperti pergerakan bukan lokomotor iaitu twist. Tambahan pula, kanak-kanak akan berasa
puas jika mereka melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dengan betul dan estetik (Zainun
Ishak, 2006).
Di samping itu, melakukan aktiviti fizikal dapat memupuk semangat setiakawan dan
kanak-kanak dapat bersaing dengan sihat. Contohnya, situasi ini dapat dilihat apabila
kanak-kanak bermain ting-ting (aksi hop) bersama-sama dan saling memberi sokongan
antara satu sama lain. Di sini, sifat toleransi bersama rakan-rakan mula menyerlah dan
juga sifat kepimpinan kerana mereka sudah dilantik oleh rakan-rakan mereka untuk
menjadi ketua. Selain itu juga, mereka dapat bertanding secara sihat dan tidak kisah
samada menang dan kalah. Seterusnya ialah, kanak-kanak dapat meningkatkan lagi
perkembangan sosial mereka dengan berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru ketika
melakukan aktiviti fizikal. Contohnya, kanak-kanak mengikuti arahan yang diberikan
oleh guru dan seterusnya membantu rakan-rakan lain dalam melakukan aktiviti berlari,
melompat dan lain-lain secara bersama-sama. Di samping itu juga, dengan melakukan
aktiviti fizikal, kanak-kanak dapat menamkan sifat keberanian dalam diri masing-masing.
Ini adalah kerana, kanak-kanak berani bersoal jawab dengan guru jika terdapat apa-apa
kemusykilan dalam melakukan aktiviti. Pada tahap ini, sifat ingin tahu dalam jiwa kanak-
kanak mula menebal dan mereka akan berusaha mencuba pelbagai aktiviti lokomotor
seperti berlari dengan membawa bola ping-pong dalam sudu, dan aktiviti bukan
lokomotor seperti melambung bola dan sebagainya.





10

Bincangkan cara bagaimana anda menggalakkan kanak-kanak agar pengajaran dan
pembelajaran menarik serta menyeronokkan kanak-kanak??

4.0 BAGAIMANA ANDA MENGGALAKKAN KANAK-KANAK AGAR PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN MENARIK SERTA MENYERONOKKAN KANAK-KANAK

Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan
perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh. Selain itu juga, gaya dan kaedah pengajaran seseorang guru yang sesuai dan
betul akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras
dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty, 2003). Selain
itu juga, Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti
individu yang akan dapat memperkembangkan minda kanak-kanak dalam semua aspek
pembelajaran. Hal ini kerana, pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan
potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Pelbagai
gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains awal
di peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran
aktif dan kreatif kanak-kanak.
Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), seseorang guru seharusnya dapat
menentukan jenis dan bentuk bahan atau media yang akan digunakan. Ia juga harus
menentukan bahan-bahan itu sesuai dengan minat, pengetahuan dan keupayaan murid.
Oleh itu, untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlulah merangka
persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya ia
bersesuaian dengan topik dan aktiviti sains yang akan diperkenalkan kepada mereka.
Antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat bantu
mengajar (ABM) yang berasaskan kepada teknologi komputer. Alat bantu mengajar ini
memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ia juga turut
berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murud, murid
dengan guru, dan murid dengan murid. Hal ini kerana, pembelajaran berasakan komputer
seperti penggunaan alat bantu mengajar slide show atau grafik, membolehkan kanak-
kanak ini lebih berpluang untuk bertanya. Selain itu juga, penggunaan komputer juga

11
dapat mewujudkan situasi sebenar tentang apa yang ingin disampaikan, misalkan
penggunaan video dan audio dapat memberi gambaran sebenar dan seterusnya dapat
membina imiginasi kanak-kanak tersebut.
Tambahan pula menurut Rio Sumarni Shariffudin et al, proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan guru yang berperanan
merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Untuk merangsang pemikiran
sedemikian, guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap
kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Sains di peringkat
prasekolah adalah dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini secara tidak langsung kanak-
kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka.
Melalui penggunaan PBK, guru-guru dapat menarik minat kanak-kanak yang secara
semulajadinya sukakan benda-benda yang menarik. Perisian PBK yang dilengkapi dengan
arahan-arahan secara teks dan audio yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ia
juga mempunyai objektif yang jelas, sesuai dengan tahap dan kemahiran kanak-kanak,
interaktif, dan mempunyai grafik-grafik yang menarik dan pelbagai.
Menurut Rio Sumarni Shariffudin et al lagi , penggunaan elemen-elemen mutimedia
seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan
pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik perhatian pelajar. Tajuk yang dipilih
adalah Mengenal Haiwan. Dengan animasi ataupun video, murid sekolah dapat
mengenal dan membuat perbezaan dalam mengklasifikasi jenis haiwan seperti haiwan
bersayap, berjalan, berkaki dua dan sebagainya. Sebagai contoh burung dan ayam dapat
dikelaskan dalam kategori haiwan bersayap manakala lembu dan kambing adalah haiwan
yang berkaki empat. Tambahan pula, di persekitaran mereka terdapat pelbagai jenis
haiwan yang mereka biasa lihat dan secara tidak langsung akan menambah pengetahuan
sedia ada.
Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi pendidikan
prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Main atau bermain secara amnya
boleh di definisikan sebagai satu aktiviti yang memberikan kegembiraan atau kepuasan
kepada kanak-kanak tampa menimbangkan hasil daripada aktiviti itu. Dengan kata lain,
kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau ingin mencapai tujuan
tetentu. Bermain juga di anggap satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah
pekerjaan yang memerlukan hasil akhirnya atau tujuan tetentu. Bermain juga bukanlah
aktiviti yang di paksa, malah ia merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak ( Kraus,
1990 ). Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu pendekatan yang

12
terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam
suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak. Guru perlu
menitik beratkan soal keselamatan kanak-kanak yang menggunakan kemudahan dan
peralatan bermain. Pembahagian ruang mestilah seimbang dengan peyusunan permainan
memudahkan pergerakan murid supaya tidak berlanggar di antara satu dengan yang lain
dan boleh mendatangkan kecederaan. Penyusunan permainan tidak melindungi
pandangan guru untuk memerhatipergerakan murid. Di samping itu juga setiap
prasekolah perlu menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap dan berada di tempat
yang selamat serta boleh dicapai. Guru harus bijak menjana kreativiti untuk mewujudkan
ruang bermain sebagai pusat pembelajaran tidak formal dengan mengambilkira aspek
keselesaan, keselamatan yang memberikan manafaat untuk kanak-kanak. Selain itu, ianya
juga seharusnya dapat membantu kanak-kanak dalam pembentukan dan penyuburan
dirinya secara menyeluruh dan seimbang. Guru perlu memahami keperluan bermain
untuk kanak-kanak dan seterusnya mewujudkan ruang bermain ini secara bijaksana dan
mengunakannya dengan sepenuhnya. Semasa kanak-kanak bermain guru haruslah
menjalankan peranannya sebagai pemerhati, perancang, penyelia dan penilai. Ini
bertujuan agar guru dapat menentukan sama ada kanak-kanak menghadapi masalah
ataupun memerlukan bantuan. Guru juga dapat mengenal pasti tahap pemikiran,
kebolehan, interaksi dan kemahiran motor kanak-kanak. Di samping itu, guru berupaya
mengenal kanak-kanak, memberi maklum balas ataupun memberi sokongan kepada
kanak-kanak walaupun hanya mengangguk kepala ataupun senyuman. Guru juga sambil
memerhati dan menyelia kanak-kanak bermain, berupaya menilai kanak-kanak secara
berterusan kerana bermain adalah cara belajar yang asas. Memerhati kanak-kanak
bermain adalah cara menilai perkembangan dan kemahiran intelektual, sosial, emosional
dan fizikal mereka.
Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu
terdiridaripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar
sebelum mereka boleh memahami makna simbol sebenar seperti abjad dan nombor. Oleh
itu penggunaan buku kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk
disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antaraempat
hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan
keinginan belajar melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain
aktiviti seperti diarahkan oleh orang dewasa.

13
Pada peringkat umur 5-6 tahun, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
tentang perkara di sekeliling mereka. Sifat ingin tahu ini membuatkan kanak-kanak pada
peringkat umur ini amat berminat untuk meneroka melalui aktiviti bermain mereka.
Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak mampu meningkatkan pelbagai sudut
perkembangan diri selain dapat mengembirakan mereka. Melalui aktiviti bermain, kanak-
kanak terdedah dengan alatan permainan yang pelbagai bentuk, permukaan, warna dan
sebagainya. Penggunaan permainan tersebut dapat merangsang penggunaan deria mereka
selain dapat menarik minat belajar mereka. Melalui bermain, kanak-kanak didedahkan
dengan satu pembelajaran dan penemuan baru apabila mereka belajar mengenai warna,
perbezaan bentuk, permukaan dan sebagainya. Ini menggalakkan mereka perkembangkan
kemahiran motor kasar dan halus mereka. Muzik dan nyanyian merupakan satu aktiviti
yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,
pendengaran, sebutan, pernafasan dan pengeluaran suara. Aktiviti nyanyian dapat
membantu meningkatkan perkembangan bahasa kanakkanak. Nyanyian melibatkan
bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka
menambah perbendaharaan kata. Guru boleh menjalankan aktiviti ini bagi memberi
peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi.
Muzik dan nyanyian yang dijalankan dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan
perasaan seperti berimaginasi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak langsung,
perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian ini juga kanak-
kanak akan mempamerkan ekspresi perasaan mereka samada gembira, sedih dan
sebagainya. Selain itu, aktiviti bermain sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana
kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga
dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah
diingati dan difahami oleh kanak-kanak.
Selain dari itu, guru juga boleh menarik perhatian kanak-kanak dengan letakkan objek
yang berbunyi (jam, loceng angin, radio) di bahagian berlainan di dalam rumah untuk
membantu kanak-kanak mengenalpasti susunan rumah. Galakkan kanak-kanak ini
mencari dan merasa tekstur yang berlainan di sekeliling rumah seperti lantai, karpet,
kayu, tingkap kaca, dinding berplaster, meja marmar dan sebagainya. Carilah mainan dan
buku yang mempunyai nombor, huruf atau rekaan yang timbul yang boleh disentuh dan
diterokai oleh kanak-kanak ini. Anda juga boleh memilih cerita yang mempunyai
penerangan yang menarik mengenai sesuatu aksi atau objek. Beri penerangan, dan

14
biarkan mereka mengalami situasi itu. Contohnya, selepas membaca The Three Little
Pigs, mereka mungkin seronok dapat merasa perbezaan antara jerami, ranting dan batu
bata. Guntingkan simbol, bentuk, huruf dan nombor daripada kertas pasir atau kadbod.
Pandu tangan kanak-kanak mengikut bentuk tersebut dan pada masa yang sama terangkan
mengenai bentuk itu. Tunjukkan kanak-kanak ini bagaimana membuat gosokan dengan
mewarna di atas sesuatu tekstur yang menarik. Pastikan bahawa kawasan bermain
mempunyai cukup cahaya supaya kanak-kanak yang mempunyai deria lihat yang terhad
dapat melihat dengan lebih baik. Sediakan kawasan yang khas bagi aktiviti bermain.
Bantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan susunan bilik itu. Jika anda bercadang
untuk mengubah sesuatu susunan, anda hendaklah membantu kanak-kanak ini
mengenalpasti semula susunan bilik itu. Barang permainan dan bahan-bahan lain
hendaklah berwarna-warni supaya kanak-kanak cacat penglihatan ini dapat melihat
dengan lebih baik. Lekatkan label yang diperbuat daripada kadbod tebal untuk
menunjukkan simbol barang mainan pada rak mainan untuk memudahkan mereka
mengemas. Susun barang-barang di rumah anda untuk membantu mereka bergerak
dengan selamat dan selesa. Pastikan pintu dan kabinet sentiasa ditutup. Ajar kanak-kanak
yang tidak cacat untuk memperkenalkan diri mereka dan menerangkan mengenai aktiviti
atau permainan mereka kepada kanak-kanak cacat penglihatan. Ajar mereka untuk
memanggil nama kanak-kanak cacat penglihatan ini untuk mendapatkan perhatian mereka
dan menggunakan perkataan-perkataan tertentu untuk menerangkan sesuatu objek seperti
telefon, topi atau kereta, dan bukannya hanya berkata itu, ini atau benda.
Perluaskan pembelajaran kanak-kanak ini dengan berbual dengan mereka semasa
menjalankan aktiviti. Guna perkataan yang menggambarkan sesuatu objek seperti
panjang, pendek, di atas, di bawah, besar dan kecil. Jika boleh, biarkan mereka
mengalami situasi yang boleh menggambarkan konsep ini. Contohnya, anda boleh
memberi dua biji bola kepada mereka dan berkata, Bola di tangan awak besar. Cuba rasa
bagaimana besarnya bola ini. Tetapi bola di tangan saya kecil. Adakah awak mahu
merasanya? Galakkan kanak-kanak ini membina blok secara memanjang. Mereka boleh
merasa bentuknya dan menyusunnya dari satu hujung ke hujung yang lain dalam bentuk
yang berlainan tanpa perlu risau blok itu akan terjatuh.
Selain daripada itu strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam konsep alam
belajar. (trostle & yawkey, 1981) ialah pertama, Fizikal : Guru memberi izin kepada
murid-murid untuk menggunakan objek yang mereka hendak. Guru membantu murid
untuk mencari objek yang menarik, berguna dan selamat. Kedua, Keseronokan (bermain).

15
Guru juga boleh turut serta bersama murid semasa bermain. Selain itu guru hendaklah
menyediakan bahan atau objek yang menarik bagi memeriahkan lagi suasana. Seterusnya
guru boleh juga memberi hadiah kepada murid yang menang supaya timbul motivasi diri
murid untuk menang. Ketiga, Mendalami / mengkaji : Guru akan memberi masa kepada
murid untuk mendalami tentang sesuatu objek atau bahan sebelum menggunakannya
dalam pemikran kreatif. Keempat, Oral : Guru menggunakan idea sparks (idea yang
pelbagai) dalam kreatif thinking. Contoh, guru menyuruh murid bermain dengan anak
patung dan tunjukkan bagaimana anak patung itu berjalan ke kedai. Kelima, Huraian :
Guru menghuraikan apa yang telah dikatakan oleh murid dengan lebih terang dan mudah
difahami.(gambar-gambar). Keenam, Ubahsuai objek : Guru akan mengubahsuai sesuatu
objek agar lebih menarik. Ketujuh, Menambah objek (penambahan) : Apabila murid
sedang melakonkan sesuatu peranan guru boleh menyediakan alatan yang relevan bagi
murid-murid menggunakannya dalam permainan yang kreatif. Guru juga boleh
menggunakan langkah-langkah perlaksaan teknik bermain sambil belajar untuk menarik
minat kanak-kanak, contohnya seperti berikut menentukan tema iaitu tema yang berkaitan
dengan pelajaran. Tujuan guru hendaklah sama seperti untuk memotivasikan murid,
membentuk konsep atau memberi peneguhan. Menentukan aras permainan dan permainan
yang dsediakn hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Menentukan
bentuk permainan sama ada secara individu atau kumpulan. Menentukan jenis permainan
seperti kad, main kad atau sebagainya. Mengumpul bahan dan Menentukan cara menilai.
Selain dari itu juga, menurut kajian yang dilakukan Al Ghamdi (1987), mendapati
bahawa perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan
efektif. Menurut Key Curriculum Press (2001) Perisian Geometers Skechpad, GSP ialah
sebuah sistem perisian untuk membina , meneroka dan menganalisis secara luas dalam
bidang Matematik. Menggunakan perisian ini kita boleh meneroka dan membina model
Matematik interaktif daripada penyiasatan yang asas hingga ilustrasi yang kompleks.
Sebagai contoh guru boleh membimbing pelajar menyiasat nisbah perimeter kepada
diameter bagi beberapa buah bulatan untuk mendapatkan nilai iaitu 3.142 atau ,
meneroka soalan-soalan berkaitan dengan tangent sebuah bulatan dan masalah-masalah
terbuka. Pelajar boleh melakukan pembinaan geometri dan mereka sendiri menentukan
formula untuk menghuraikan perhubungan-perhubungan yang mereka temui. Selain
daripada itu pelajar boleh melihat dengan jelas bagaimana penjelmaan yang terdiri
daripada translasi, pantulan, putaran dan pembesaran berlaku, menerangkan sifat-sifat

16
setiap penjelmaan itu secara meneroka dan menyiasat. Ini boleh menarik minat pelajar
terhadap keindahan matematik dan cuba mengaitkannya dengan dunia sebenar.
Penggunaan multimedia di dalam kelas (Ju-Ping Chung, 2004) boleh membina
pengajaran berpusatkan murid yang mana dapat membantu murid memperkembangkan
kemahiran koperatif, meneroka dan menyiasat. Guru boleh memberi satu tugasan kepada
pelajar secara berkumpulan dan pelajar diminta menggunakan perisian MS-Powerpoint
dan maklumat daripada internet bagi mempersembahkan tugasan tersebut. Bagi
menjimatkan masa laman web yang berkenaan diberi kepada setiap kumpulan. Guru
membimbing pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut. Ini secara tidak langsung
dapat mendorong pelajar mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Dengan menggunakan teknologi komunikasi, guru dan pelajar
memperoleh kemahiran baru untuk mengajar dan belajar. Menurut Ashnida, Afendi &
Shabri (2004), tugas guru yang menggunakan PBBK (Pengajaran Bahasa Berbantukan
Komputer) di dalam kelas meliputi semua aspek iaitu sebagai fasilitator, pengurus sumber
dan juga pengajar. Guru membimbing pelajar membuat tugasan masing-masing. Pada
pihak pelajar pula, mereka dapat belajar bagaimana cara untuk mencari dan mendapatkan
maklumat dan mengaplikasikan maklumat yang didapati ke dalam tugasan mereka.
Kesimpulannya, Menurut Jean Piaget, beliau menyarankan bahawa pembelajaran
bahawa memerlukan masa untuk memainkannya dengan membuat sesuatu menerusi
berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti
main untuk mencapai matlamatnya. Oleh itu, bukan belajar sahaja dapat mendidik kanak-
kanak, tetapi bermain juga dapat mengasuh mereka untuk memperolehi ilmu. Belajar
melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan
kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain
juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan
penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Penggunaan
teknologi multimedia dapat meningkatkan mutu pengajaran dan seterusnya membina
pembelajaran yang menyeronokkan seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Salah satu sifat yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran
ialah sifat mudah lupa dan lalai. Kadang-kadang sesuatu soalan itu mudah, tetapi sifat
lupa dan lalai menyebabkan pelajar itu membuat kesilapan. Untuk membantu supaya
pelajar jangan mudah lupa dan lalai, maka aktiviti penggunaan teknologi multimedia

17
boleh digunakan untuk mereka membuat refleksi tentang apakah konsep dan kemahiran
yang mereka telah pelajari.
Kaedah pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan amat penting dalam
memberikan kefahaman kepada pelajar. Jika pelajar tidak faham, mereka akan menjadi
lemah dan seterusnya tidak dapat menguasai pelajaran. Jadi, wajarlah penggunaan
teknologi multimedia ini digunakan di dalam kelas bagi menggalakkan proses pengajaran
dan pembelajaran agar pengajaran menjadi lebih berkesan pembelajaran menjadi lebih
bermakna.



























18
KESIMPULAN

Kesimpulannya, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor adalah sangat penting
dimana ianya mempengaruhi pelbagai perkembangan dalam kehidupan kanak-kanak
secara langsung dan juga tidak langsung. Aktiviti pergerakan adalah sesuatu yang unik
dan penting dalam perkembangan fizikal kerana sesuatu pergerakan akan membantu
pertumbuhan tubuh badan kanak-kanak menjadi sihat. Sesuatu kemahiran pergerakan
akan diperolehi melalui pengalaman dalam permainan ataupun aktiviti yang dijalankan di
sekolah mahupun di rumah. Selain itu, aktiviti pergerakan juga dapat membantu dari segi
aspek sosial dimana mereka akan mengalami kepuasan dalam mempelajari sesuatu
pergerakan. Jika kanak-kanak aktif bermain dan bergerak secara tidak langsung dapat
memupuk sifat keyakinan diri, kepimpinan dan toleransi dalam diri mereka. Dari aspek
emosi pula, melalui pembelajaran pergerakan yang mencabar dan seronok akan
menjadikan kanak-kanak riang dan aktif, sekaligus dapat mempengaruhi perkembangan
kognitif kanak-kanak melalui strategi pergerakkan yang pelbagai. Oleh itu, semua pihak
iaitu ibubapa, guru dan juga masyarakat perlu memberi peluang dan galakan kepada
kanak-kanak untuk menyertai dalam aktiviti pergerakan yang aktif, pantas dan mencabar
sesuai dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang suka meneroka sesuatu yang baru.
Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan
seperti pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan
adalah supaya penumpuan khas dapat diberikan kepada peringkat perkembangan murid.
Pergerakan lokomotor dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas
untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks untuk tujuan sukan dan kehidupan
seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah
supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang
lebih kompleks. Tujuan kerja kursus ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman
variasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran kelak.








19
RUJUKAN

David L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental physical education
for all children. New Orleans: Human Kinetics

Ellen Booth Church. (19920 Learning through play. New York: Scholastic Inc

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran
sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Victor Paul Dauer (1972) Essential movement experiences for preschool and primary
children. New York: Burgess Pub. Co.

http://kumpulan7psikomotor.blogspot.com/2010/03/rumusan.html

Zainun Ishak (2006), Panduan Kesihatan dan Keselamatn Kanak-Kanak. Selangor:
Lohprint sdn Bhd.

http://www.scribd.com/doc/12394711/Konsep-Pergerakan-Asas

file:///C:/Users/user/Documents/Pergerakan-Lokomoto.htm

http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html

http://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/Latih%20tubi.pdf










20

REFLEKSI

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat mempelajari secara amali dan
menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknik bagaimana merancang
dan membentuk aktiviti bersifat pergerakan loko dan menggunakan peralatan semasa
aktiviti tersebut di peringkat sekolah rendah. Saya juga pada masa yang sama telah
berjaya mempelajari secara langsung bagaimana mengaplikasikan ilmu pendidikan
jasmani yang dipelajari sepanjang saya mengikuti kursus ini dan telah menyumbang
kepada pemahaman dan impak terhaap matapelajaran bersifat sukan yang yang bakal saya
mengajar kelak.

Cadangan saya ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih yang
mengikuti kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak ini perlu terus didedahkan dengan lebih
mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikal penganjuran dan permainan
menerusi berbagai kegiatan yang dijalankan secara teori dan amali. Dengan ini, bakal
guru seperti saya akan mendapat tambahan kepada pengalaman pembelajaran yang
berguna. Selain itu, teori-teori dan teknik di dalam permainan akan dapat digunakan
sebagai sumber rujukan maklumat untuk menyediakan satu pendekatan semasa
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermutu apabila ditugaskan di sekolah
atau tadika kelak.

Anda mungkin juga menyukai