Anda di halaman 1dari 51

BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA Bentuk-Bentuk Kerajaan Awal -Ciri Kerajaan Agraria: Pertanian sara diri, pengumpulan

hasil hutan, Perdagangan -Ciri Kerajaan Maritim: Perdagangan, Pengumpulan hasil laut, Ahli Pelayaran, Peranan Pelabuhan Awal, peranan Brahmin / Pendeta

Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal -Cara Kedatangan Pengaruh Hindu Buddha: Penaklukan, perdagangan, Keagamaan, Pengambilan budaya -Pengaruh Hindu Buddha dalam Sistem pemerintahan: Institusi beraja -Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan : Seni bina (Candi, Patung / Arca), Sastera (Bahasa, Tulisan)

Bentuk-Bentuk Kerajaan Awal (m/s 75 ) Jenis kerajaan awal Kerajaan Agraria Contoh/nama kerajaan

-mejalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian,pertenakan,dan pemungutan hasil hutan dan sungai. -terbentuk di kawasan sungai seperti lembah sungai -contoh kerajaan:kerajaan Dvaravati,kerajaan Sungai Merah,Kerajaan Sungai MekongKerajaan Taruma,Sailendra,Angkor,Sukhotai dan kerajaan Funan.

Kerajaan Maritim

-Menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai

pelabuhan.Berhampiran dengan kawasan persisir pantai,lembah sungai dan kepulauan. -Contoh kerajaan:Kerajaan Srivijaya,Kerajaan Kedah Tua,Sungai Muda dan Kerajaan Tiumah.

Ciri-Ciri Kerajaan Agraria (m/s 75 77) Fakta Huraian + contoh Letak petempatan -Bermula di kawasan yang subursperti di lembah sungai.petempatan ini kemudiannya berkembang menjadi bandar dan kerajaan. Tanaman utama -Padi:kerana kawasan itu mendapat bekalan air yang mencukupi untuk penanaman padi sawah.Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung. Kumpul hasil hutan -Kayu Gaharu,Kapur Barus,Tanduk, gading,damar,kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan Rempah Cengkih dan lada Hitam Sarang Burung Diambil dari Gua untuk tujuan perdagangan Menangkap ikan + Kegiatan menangkap ikan di sawh,paya dan sungai,malah kura-kura ada juga yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura Perternakan -Menterrnak binatang seperti lembu,kerbau,kambing,dan ayam turut diusahakan Lebihan -Lebihan itu dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi ternakan/tanaman keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian seperti masyarakat bandar atau masyarakat kerajaan maritime. Sistem -dapat dilaksanakan kerana raja sendiri terlibat dalam pengairan/baray pembinaannya -Contohnya:pada zaman pemerintahan Raja Indravarman I,beliau telah membina sistem pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar.hasil padi dari kawasan tersebut dapat menampung keperluan beras Kerajaan Angkor. Sumber ikan air tawar yang banyak diperoleh.Menjadi

Fungsi Tasik Tonlep

Sap

punca air utama untuk mengairi sawah selain menjadi punca bekalan air minuman

Ciri-Ciri Kerajaan Maritim (m/s 78 83) Fakta Letak petempatan Pelabuhan pembekal Huraian + contoh Terrletak di lembah sungai di kawasan pesisir pantai dan di kepulauan -mendapat bekalan hasil tempatan seperti emas dan timah,hasil hutan seperti kayu gaharu,rotan,damar,hasil laut dan makanan.Disinggahi oleh para pedagang yang mahu mendapatkan bekalan itu. -antara pelabuhan pembekal:Jenderam Hilir dan Klang,K.Berang(k.Terengganu),dan k.selinsing(Perak). Pelabuhan kerajaan -Berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang.Berdagang dengan pelabuhan yang berhampiran dengannya seperti Champa dan Langkasuka kerana pelabuhannya menarik pedagang yang berdagang dari pesisir pantai Teluk Siam,Kemboja,Vietnam,China Selatan,hingga ke India dan Barat.Pelabuhankerajaan sepertiKedah Tua dan Srivijaya yang terlatak di Selat Melaka dan Selat Sunda menjadi kawasan perdagangan yang amat strategic kerana kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dan India. -memperdagangkan hasil buminya seperti logam,hasil hutan dan laut,serta hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya.Logam emas dan timah telah menarik pedagang asing ke pelabuhan kerajaan ini,menyebabkan semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali sebagai Suvarnadvipa(Semenanjung Emas) dan Suvarnabhumi(Bumi Emas).Dalam catatan Yunani oleh Ptolemy terdapat nama Golden Khersonese

Pelabuhan Entrepot

yang memberi makna Semenanjung Emas.Bukti-bukti itu menunjukkan bahawa orang India dan Yunani mengetahui bahawa Semenanjung Tanah Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan emas sejak awal abad Masihi lagi. Jenis penduduk Lingua Franca Meneroka dan berdagang -Orang tempatan,orang laut dan pedagang luar

-bahasa perhubungan Kerajaan Maritim. -Mereka mampu berlayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh kerana mempunyai kamahiran membuat perahu dan kapal layar.Perahu dibina untuk perdagangan jarak dekat.Kapal layar digunakan untuk untuk perdagangan jarak jauh.Meraka juga tahu kaeadah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit. -dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut.fungsi orang laut adalah untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka dan mengawal keselamatan kerajaan.pelabuhannya yang baik dan kedudukan yang strategic di Selat Melaka,Srivijaya telah menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China Menjadi pelabuhan entrepot sejak abad ke-5 masihi.Kedah Tua merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.perkaembangan pelabuhan Kedah Tua dipengaruhi oleh beberapa factor seperti terdapatnya Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal pedagang yang keluar masuk terutamanya pada waktu malam melalui nyalaan api.Kedudukannya yang strategik di laluan Selat Melaka yang terlindung dari tiupan angina monsun barat dayadan timur laut serta adanya kemudahan menyimpan barang dagangan dan kekayaan hasil hutan seperti damar,rotan,dan sumber bumi seperti timah.barang

Bala tentera laut Srivijaya

Kedah Tua/Chiehcha/Shih-li-foshi(gunug Jerai

dagangan yang diperoleh dari luar ialah kain kapas,sutera,tembikar,kaca dan manik.

Kerajaan Agraria + Kerajaan Maritim (m/s 83) Saling bergantung: Huraian + contoh Kaerajaan Agraria -membekalkan beras,keperluan makanan dan hasil membekalkan hutan .kerajaan maritime mendapatkan bahan mentah ..kepada kerajaan seperti kayu balak dan binatang kenderaan seperti maritim gajah dari kerajaan agrarian.Tukang kayu dan tukang batu yang terdapat dalam kerajaan Agraria.maka,keperluan kerajaan Maritim untuk mendapatkan tukang itu telah dapat dipenuhi oleh kerajaan Agraria. Kerajaan Maritim Kerajaan Agraria bergantung pada kerajaan Maritim membekalkan untuk mendapatkan barangan mewah dari negara luar ..kepada kerajaan seperti China dan India.Barangan mewah itu dijadikan agraria sumber kekayaan dan keagungan kerajaan Agraria.Antara barangan mewah ialah tembikar asing khususnya tembikar China ,tekstil dari India dan China serta pelbagai jenis gelas dan manik.

Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal Cara-Cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha (m/s 84) Fakta Huraian + contoh

Golongan Pengaruh itu dibawa dan disebarkan oleh golongan Kesyatria/tentera penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara. Golongan pedagang/Vaisya Golongan Pendapat kedua mengatakan bahawa pengaruh tersebut dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya. Pendapat ke-3 mendakwa pengaruh itu dibawa oleh

Brahmin/Pendeta Pengambilan budaya India

golongan Brahmin @ Pendeta Proses itu berlaku melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja dan disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam SistemPemerintahan (m/s 85) Fakta Wujud gelaran raja Stratifikasi berperintah Huraian + contoh -digunakan apabila muncul kerajaan awal yang dipengaruhi oleh sistem beraja di india Raja berada di puncak pemenrintahan.Di bawahnya terdapat kerabat diraja dan selepas itu ,pembesar,termasuk ahli agama ,iaitu Brahmin.kemudian terdapat rakyat daripada pelbagai golongan dan yang paling bawah ialah hamba. Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi pentadbiran,hubungan luar,ketenteraan,dan khazanah negara.perintah raja menjadi undang2 yang wajib dilaksanakan.sesiapa yang melanggar perintah bermakna mereka menderhaka dan tidak akan diampunkan.Raja dikehendaki berlaku adil terhadap golongan yang diperintah. Diwujudkan pelbagai istiadat seperti pertabalan raja.pertabalan raja dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira sama ada raja tersebut menganut agama Hindu @ Buddha.Tujuan adat istiadat diwujudkan adalah untuk membezakan kedudukan rajadaripada golongan yang diperintah. Raja Suryavarman ii di Angkor:

Kuasa raja

Pengukuhan kuasa raja

Raja terulung/orde

kosmo

-telah membina Angkor Wat.Raja dianggap sebagai raja dewa dan kedudukannya ialah di puncak sistem pemerintahan.Raja kemudiannya dibantu oleh pembesar sementara golongan Brahmin memainkan peranan dalam upacara keagamaan.pada peringkat pentadbiran,raja dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pengawai tentera dan hakim. Angkor wat: -dibina oleh Raja Suryavarman ii . Pentadbiran di Srivijaya: -amat kompleks.pengaruh India dalam sistem pemerintahan itu lahir dalam bentuk konsep raja yang mengamalkan agama Buddha Mahayana. Dalam pentadbiran pusat,terdapat4 kumpulan anak raja iaitu: Yuvaraja: Pratyuvaraja: Raja Kumara; Raja Pura:

Parvanda/senapati: -ketua pentadbiran pusat Datu-parvanda: -datu berketurunan raja Bhupati;

-orang-orang kaya

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan (m/s 88) Fakta Monumen Huraian + Contoh -binaan @ bangunan yang dibuat dripada batu dengan tujuan memperingati orang ternama @ peristiwa penting.Monumen boleh berupa candi iaitu kuil,wat @ stupa,arca dan patung.

Candi / Wat / Stupa

Candi merupakan monument keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha serta berperanan sebagai rumah ibadat.Candi berfungsi sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya.Candi ialah tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal.Candi menujadi lambing keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya.Angkor Wat melambangkan orde kosmo.

Angkor Wat Kemboja

Candi ini terletak 6 kilometer ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmo.tinggi Angkor Wat ialah 213 m dan keluasannya ialah 208 hektar.candi ini mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya sekitar39 m dengan teres tingkat 4.setiap sudutnya

mempunyai menara.bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina dari batu laterit dan batu pasir dengan ukuran 850m lebar dan 1000 m panjang.terdapat ukuran yang mengambarkan antara lain epic Ramayana danMahabrata.

Candi Borobudur

-mewakili agama Buddha Mahayana.candi ini terbahagi kepadatiga tingkat.Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha.tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kaehidupan,iaitu sila,Samadhi,dan panna seperti dalam Ajaran Buddha.candi ini dibina dalam masa 75 tahun.

Candi Dieng

Warisan candi terkenal di Asia Tenggara..

Candi Lembah

Candi yang terdapat di Lembah Bujang bersaiz

Bujang

kecil.Kesemua candi yang dijumpai tinggal bahagian tapak sahaja. Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama,iaitu vimana dan mandapaVimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan dan mandapa ialh bahagian luar candi.Candi berunsur Buddha pula memiliki pelan jenis Cunieform.

Patung Patung Dewa

Patung Avalkitesvara merupakan patung agama Buddha sementara patung dewa Vishu,Siva,Brahma,Durga,dan Lingga merupakan patung agama Hindu.Terdapat juga patung jenis lain seperti Drawapala dan Nandiswara yang berperanan menjaga candi daripada dimasukki oleh roh jahat.

Batu Bersurat Kutei Batu Bersurat Sungai Mas

Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja.Manakala batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan agama Buddha.

Inskripsi Palembang

-ditulis dalam bahasa Melayau kuno.tulisannya adalah berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyatnya dan pembesar agar tidak menderhaka kepada raja.Sebahagiannya dipahat pada batu dan pemahatan itu benar-benar memerlukan kemahiran yang tinggi.Penulisnya juga perlu mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Sanskrit.

Bahasa dan Tulisan Sanskrit

Bahasa & tulisan Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Lembah Bujang dan tempattempat lain di asia Tenggara jelas menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat.Bahasa Sanskrit merupakan bahasa keagamaan dan bahasa ilmu serta komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.

Kesusasteraan

India - Epik Ramayana, Mahabharata, Puranas: Jawa Negarakertagama, Arjunwiwaha, Kunjarkarna: Tempatan Pengaruh Mahabharata :Hikayat pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya, Hikayat Sang Samba - Pengaruh Ramayana : Hikayat Seri Rama

BAB 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

Masyarakat Arab Jahiliah -Masyarakat Arab Jahiliah -Ciri-ciri Masyarakat Jahiliah

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w -Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum Menjadi rasul -Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w - Kerasulan nabi Muhammad s.a.w

Penyebaran Islam di Makkah -Peringkat Penyebaran Islam -Cara Penyebaran Islam

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam -Penerimaan Terhadap Islam -Penentangan Terhadap Islam

Masyarakat Arab Jahiliah (m/s 99-102)

Apakah maksud jahiliah?

~Berasal daripada perkataan Arab,jahala yang bermaksud jahil @ tidak mengetahui @ tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
y

Bila jangkamasa zaman jahiliah ? -300 masihi hingga 610 masihi

Ciri Ciri Masyarakat Jahiliah

Fakta Jenis masyarakat

Huraian + Contoh -masyarakat Hadhari dan masyarakat Badwi

Lokasi tempat tinggal

Masyarakat badwi tinggal di kawasan gurun dan pedalaman,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Merah.Masyarakat hadhari menetap di kawasan pesisir pantai semenanjung Tanah Arab.

EKONOMI: Aktiviti perniagaan

-dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.Sikap para pedagang pula lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.kegiatan merompak dan merampas barangan daripada Kafilah masyarakat Arab Jahiliah.Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh golongan berada.

SOSIAL: Ciri-ciri tidak bermoral

-Berzina,berjudi dan meminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk ,menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah sehingga mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalangan mereka

yang menanam bayi perempuan hidup2 sejurus dilahirkan.Pembunuhan ini dilakukan kerana mereka beranggapan bahawa bayi perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.Dalam soal perkahwinan pula tiada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh masyarakat.seseoarang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita sekaligus @ dengan sesiapa yang disukainya.

SOSIAL: 4 bentuk kepercayaan agama

-Agama Wathani(menyembah Berhala),anismisme(memuja alam seperti pokok),samawi(Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan(seperti menilik nasib,sihir,dan mempercayai roh orang mati menjadi burung).

Agama Hanif

Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun ,penganut agama hanif telah merupakan ajaran ini secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.

POLITIK: Sistem Kabilah

-berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.Ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah sangat taasub dan fanatic terhadap kabilah masingmasing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang sheikh yang melambangkan perpaduan kaum mereka.Perlantikan Sheikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat2 tertentu.Antaranya,bakal syeikh itu mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang,gagah,berani dan pandai berpidato.

Kesan sistem kabilah: Semangat Assabiah

-Kemunculan semangat assabiah @ semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.setiap puak tinggal dalam kelompok masingmasing dan mereka terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.

Sebab sistem

-Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering-kontang.Untuk meneruskan kehidupan sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi

kabilah muncul

masalah yang dihadapi secara bersama.Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan keadaan hidup masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman.Peperangan antara suatu kabilah dengan kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas sebab yang kecil.Peperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang.

Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Rasul (m/s 102-105) Umur Dalam kandungan Huraian / Peristiwa yang berlaku terhadap Nabi Muhammad Bapa baginda meninggal dunia pada ketika Nabi Muhammad s.a.w masih dalam kandungan ibunya.

Lahir pada

20 April,tahun 570 masihi ,iaitu pada malam Isnin bersamaan 12 Rabiulawal pada tahun Gajah.

6 tahun

Ibu baginda,Aminah binti Wahab meninggal dunia dan dipelihara oleh datuk baginda,Abdul Muttalib.Selepas Abdul Muttalib meninggal dunia,baginda dipelihara pula oleh

Abu Talib,iaitu bapa saudara baginda.

12 tahun

-Mengikut rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam,sebuah kawasan terletak di utara Semenanjung Tanah Arab.kerasulan Nabi Muhammad s.a.w diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira,semasa rombongan ini singgah di Basrah,

20 tahun

-Baginda giat berdagang dan pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya.Abu Talib,bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. mengingingkan baginda mempunyai pekerjaan yang tetap.Abu Talib mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaan Khatijah binti Khuwailid.Abu Talib menemui Khatijah dan meminta agar baginda diterima sebagai peniaga yang menjalankan urusan dagangan Khatijah.

25 tahun

Berkahwin dengan Khatijah ketika Khatijah berumur 40 tahun.

40 tahun / Wahyu

Pada 6 ogos tahun 610 m,bersamaan 17 Ramadhan,Allah menurunkan wahyu pertama menerusi malaikat Jibril.

pertama

Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w (m/s 107-108) Fakta Sifat Terpuji Nabi: Siddiq Amanah --dipercayai Maksud + Huraian + Contoh -berkata benar

Tabligh

--menyampaikan

Fatanah

--Bijaksana

Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah bebohong. al Amin

Keperibadian Nabi: Berwibawa

-semasa berumur 35 tahun,baginda pernah menyelesaikan stu persengketaan di kalangan kabilah Quraisy.Persengketaanitu berpunca daripada peristiwa meletakkan semula Hajar Aswad(batu hitam )ke tempat

asalnya,iaitu di penjuru Kaabah.Hajar Aswad(batu Hitam)ini terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.

Ketua Keluarga

Bagida merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana kepimpinannya serta sifat pengasihnya.dan timbang rasanya.Baginda sering membantu isterinya memasak,menampal pakaian yang koyak,melayan anak dan membersihkan rumah.Anak-anak diberi didikan agama pendidikan agama yang secukupnya dan baginda menjadikan diri baginda teladan kepada anakanak.Baginda maengamalkan cara hidup yang sederhana.

Merendah Diri

Ini terbukti daripada pergaulan baginda dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang kaya atau yang miskin.baginda juga bersifat penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak.

Pemaaf

Semasa pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630 m ,baginda menunjukkan sifat pemaaf.Orang Quraisy yang menyerah diri telah diampunkan dan dibebaskan.

Bijaksana

Semasa baginda memeterai Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628 m. dengan orang Arab Quraisy Makkah.Walaupun kandungan Perjanjian tersebut kelihatan berat sebelah,baginda menerimanya sebagai astu hikmah untuk menyebarkan Islam seterusnya.

Bertahanuth

-baginda telah mengasingkan diri dari masyarakatnya dengan cara bertahannuth(mengasingkan diri untuk beribadat) kepada Allah di gua Hirak yang terletak di Bukit Nur.Walaupun gua Hirak terletak di puncak Bukit Nur tetapi baginda dengan sabar dan tabah mendakinya semata-mata untuk mendapatkan tempat beribadat yang suci dan tenang.

Kerasulan Nabi (m/s 107-108) Fakta Wahyu Pertama Huraian Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.Melalui pembacaan,seseorang itu akan

Nama Surah:

mendapat ilmu @ menambahkan ilmunya.Islam bukan sahaja mementingkan aktiviti membaca malah menggalakkan kajian terhadap sesuatu perkara.dengan membaca dan membuat kajian,seseoarang @ sesuatu bangsa itu akan berilmu dan dengan ilmu yang dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan seterusnya meningkatkan tamadunnya.

Wahyu Kedua Nama Surah:

Surah Al-Muddasir,ayat 1-7.Secara keseluruhan wahyu ini merupakan pengistiharan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah @ pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kapada seluruh manusia.Pelantikan Nabi Muhammad sebagai rasul juga dianggap rahmat kapada seluruh alam sejagat.sebagai rasul,ajaran Islam perlu disampaikan kepada masyarakat Arab dengan bijaksana dan terancang.Semenjak turunnya ayat Al-Quran ini ,Nabi Muhammad terus menerus menerima wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada orang Arab Quraisy Makkah.

Membetulkan Akidah

Nabi Muhammad merancang untuk mengubah akidah dan kehidupan masyarakat sekelilingnya.Perkara utama yang perlu ditekankan oleh baginda pada tahap ini ialah usaha membetulkan akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.Nabi Muhammad menggesa masyarakat di sekelilingnya untuk meninggalkan amalan yang keji seperti menindas sesame manusia,membunuh dan mencuri.

Penyebaran Islam di Makkah (m/s 110-112) Fakta Secara sulit (3 tahun) Zaid bin Harithah(anak angkat baginda): Abu Bakar al-Siddiq(sahabat karib baginda): Uthman bin Affan: Hubungan tokoh berikut dengan Nabi ? / Huraian Khadijah binti Khuwailid(isteri baginda) Ali bin Abu Talib(sepupu baginda yang berumur 10 tahun):

Zubair bin Awam: Al-Arqam bin Abu Arqam:

Secara Terbuka (10 tahun)

Terbuka kepada Keluarga Muttalib: -setelah turunnya ayat Al-Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada kaum kerabat baginda.Orang yang paling kuat menentang ialah Abu Lahab,bapa saudara baginda.

Terbuka kepada orang ramai di Bukit Safa: Ayat al-Quran, al-Hijr, ayat 94: -Majlis ini dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah.Antaranya termasuklah ketua Bani Abdul Muttalib ,Bani Zuhrah,Bani Tamin,Bani Makhzum dan Bani Asad.

Abu Lahab: -Perbahasan hebat berlaku antara Nabi Muhammad dengan Abu Lahab yang telah menghina baginda sehingga dakwah Islamiah yang hendak disampaikan oleh baginda terganggu.

Reaksi Masyarakat Arab (m/s 110-112) Penerimaan: Fakta Layanan sama rata Huraian + Contoh Golongan bawahan seperti hamba memeluk Islam kerana tertarik dengan ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia.walaupun ada antara mereka diseksa dengan kejam tetapi meraka tetap menerima Islam dengan yakin.Bilal bin Rabbah dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya,umaiyah bin khalaf.Manakal keluarga Yassir dijemur di padang pasir sehingga Yasir dan isterinya Sumaiyah mati syahid.Amir bin Fuhairah diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga menjadi gila dan Zunainah diseksa oleh Abu Lahab sehingga menjadi matanya menjadi buta.

Kemurnian ajaran Islam & Kebijaksanaan

Baginda berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah.baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal

dakwah Nabi

yang dianugerahkan oleh Allah.

Nabi menanam iman yang kuat

Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah,tetapi kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam.Menerusi cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad itu orang ramai mudah tertarik kepada Islam walaupun sebelum ini mereka terlalu taasub dengan amalan tradisi masyrakat mereka.

Peribadi Nabi

-terkenal dengan orang yang berakhlak mulia.Kekuatan mental,fizikal,dan rohaniah merupakan kunci kejayaan perkembangan Islam di Makkah.

Penentangan: Faktor Penentangan Kepercayaan & amalan (sosial): Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan amalan turuntemurun mereka,seperti menyembah patung berhala dan mempercayai animisme.Ajaran Islam ditentang kerana menyarankan prinsip persamaan taraf sesame manusia.Mereka menolak konsep persaudaraan Islam yang bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka.Begitu juga amalan dan akhlak keji seperti mencuri yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam. Cara Penentangan Mengejek dengan cara: -melalui puisi.Walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan yang dikenakan kepada Nabi Muhammad,namun baginda menghadapinya dengan tabah dan sabar.

Tanggapan salah terhadap tugas Nabi (politik): Mereka menganggap jika mereka menerima agama Islam ,mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad.

Menggunakan kekerasan: Setelah gagal menggunakan kekerasan ,orang Arab Quraisy memujuk Nabi Muhammad agar meninggalkan dakwah Islamiah.Pujukan yang dibuat termasuklah usaha menawarkan kedudukan,wanita yang cantik dan harta.

Menggugat ekonomi Arab (ekonomi): Penyebaran Islam juga akan mengugat ekonomi orang Arab Quraisy kerana menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala yang merupakan sebahagian daripada aktiviti

Pemulauan: Mereka menulis pemulauan itu dan menggantungkannya di Kaabah.Semasa pemulauan ini,kehidupan Nabi Muhammad dan orang Islam sangat terhimpit. Abu Talib

ekonomi mereka. -beliau sentiasa melindungi Nabi Muhammad dan membantu baginda . Pergorbanan wanita dalam memperjuangkan Islam: Khadijah -menyerahkan semua harta. Aisyah Ummu Salmah

Nabi Muhammad s.a.w Menyelesaikan Masalah (m/s113) 1. Berhijrah ke Habsyah : -Nabi Muhammad membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.

2. Merancang ke Taif : -Nabi Muhammad dan Zaid bin Harithahnmerancang ke Taif untuk menyebarkan Islam ke tempat baru.Malangnya,uasaha ini kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan tentangan daripada orang Arab Quraisy.

3. Berhijrah ke Madinah :

Nabi Muhammad memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622m.Setalah baginda mendapat perintah daripada Allah dan untuk memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj.

BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

PerjanjianAqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua -Kepentingannya

Hijrah -Konsep Hijrah -Sebab dan Tujuan Hijrah -Kepentingan Hijrah

Piagam Madinah -Kandungan Piagam Madinah -Kepentingan Piagam Madinah

Perjanjian Hudaibiyah -Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah -Pembukaan Semula Kota Makkah -Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah

Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua (m/s 118) Isi Perjanjian Aqabah I (621M) 1.Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul Isi perjanjian Aqabah II (622M) 1.Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam danmengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad.

2.Mereka berjanji membantu perjuangan Nabi Muhammad

2.Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah

3.Tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri,meminum arak dan membunuh bayi perempuan.

3.mereka sukarela menyediakan tempat tinggal

4.Menjanjikan keselamatan baginda dan orang Islam Makkah

Musab bin Umair

5.Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam.

Hijrah (m/s 119) Maksud Hijrah Menurut Sejarahwan Islam Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang meluas dan mendalam ,iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan.Hijrah juga dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi cara Maksud Hijrah Menurut Orientalis Barat Sebagai sebuah pelarian .

berfikir ,sikap dan tingkah laku.

Sejarahwan Islam menyangkal pendapat Orientalis Barat. (terdapat 4 sangkalan)

1.Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah ke-2. 2.Ketibaan orang iislam di Madinah telah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Madinah. 3.Orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamtan mereka oleh orang arab Madinah. 4.Nabi Muhammad dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah termasuk orang bukan Islam.

KRONOLOGI PERISTIWA HIJRAH (m/s 121) Aqabah I: Nabi Muhammad memeterai Perjanjian Aqabah Pertama dengan orang Madinah.

Aqabah II: Nabi Muhammad memeterai Perjanjian Aqabah ke-2 dengan orang Madinah.

Tentangan Orang Quraisy: Nabi Muhammad mendapat tahu tentang pakatan untuk membunuhnya daripada wahyu Allah.

Perintah Hijrah : Nabi Muhammad ke rumah Abu Bakar As-Siddiq dan memberitahu beliau tentang wahyu Allah memerintah baginda supaya berhijrah.

Bersembunyi di Gua Thur: Nabi Muhammad dan abu Bakar Al-Siddiq bersembunyi di Gua Thur selama 3 Malam.

Singgah di Quba: Nabi Muhammad dan Abu Bakar Al-Siddiq sampai ke Quba dan mendirikan masjid Quba.

Tiba di Madinah: Nabi Muhammad mendirikan masjid al-Nabawi ,mempersaudarakan golongan muhajirin dan Ansar serta membentuk piagam Madinah.

SEBABBERLAKU HIJRAH Surah al-Anfal : Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda dan Allah telah memerintahkan baginda supaya segera berhijrah.

Penyebaran Islam: Di Makkah ,ancaman daripada orang Arab Quraisy menjejaskan aktiviti penyebaran Islam.Penghijrahan bukan bererti orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut tetapi ini merupakan strategi Nabi Muhammad untuk mengembangkan Islam.

Jemputan masyarakat Arab Madinah: Pada ketika itu ,suku Aus dan Khazraj di Madinah sering bertelagah sesame sendiri dan ekonomi mereka pula diluasai oleh orang yahudi.Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad untuk mengetuai kepimpinan mereka.

TUJUAN HIJRAH *Penyebaran Islam : -meneruskan penyebarab Islam -disebabkan perintah Allah -jemputan masyarakat Arab Madinah

KEPENTINGAN HIJRAH

Dakwah Islamiah: -dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa selindung lagi,sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu.

Mendamaikan suku Arab di Madinah: -yang sering bersengketa khususnya suku Aus dean Khazraj,melalui semangat persaudaraan sesama Islam.sebelum ini mereka sering bertelagahlaupun disebabkan perkara kecil.

Persaudaraan Muhajirin dan Ansar: Hubungan ini terjalin melalui sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing @ rendah diri berada dalam masyarakat baru yang terbentuk di Madinah.

Menyatupadukan penduduk Madinah: Hijrah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku,budaya dan agama.Perpaduan ini melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.Ini sangat penting kerana dengannya masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi,agama,dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup.

Masjid al-Nabawi: Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan belajar di samping sebagai tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam.Di kawasan persekitaran masjid dibolehkan

orang Islam mengadakan aktiviti harian seperti berjual beli.

Takwim Islam: Takwin hijrah ini bermula pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua ,Khalifah Umar bin al- khattab.pada masa ini takwin Hijrah digunakan di negara Islam seperti Malaysia

Sikap toleransi kaum dan tolong-menolong: Dalam konteks hijrah ke Madinah ,orang Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah.Mereka sanggup memberikan tempat tinggal,menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakt Madinah.

Sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat nabi: Abu Bakar al-Siddiq sendiri sanggup bergadai nyawa dan harta sematamata untuk melindungi baginda semasa berhijrah.Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda pada malam penghijrahan,sematamata untuk mengelirukan orang Arab Quraisy yang mengepung baginda.Abdul Rahman bin Auf ,saudagar yang kaya sanggup menyumbangkan hartanya demi membantu masyarakat Islam yang tidak berkemampuan.

Peranan penting wanita: -Puteri Abu Bakar al-Siddiq ,Asma berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad apabila beliau dengan beraninya telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi

Muhammad walaupun menyedari tindakkan nya berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar.

Kebesaran jiwa Nabi: -Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam.Baginda juga pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan.

Kebijaksanaan Nabi: Semasa berhijrah ,baginda tidak terus berangkat ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur .Baginda memilih jalan lain iaitu jalan ke selatan menuju ke Tihamah berhampiran laut Merah.Baginda berpendapat jalan ke Madinah menerusi utara Makkah kurang selamat.

Merangka Perlembagaan Bertulis Pertama Dunia: Baginda merancang penubuhan sebuah negara Islam di Madinah.

Piagam Madinah (m/s 124)

y y y

Mengandungi 47 Fasal 23 Fasal hubungan orang Islam dan tanggungjawab mereka 24 Fasal tanggungjawab orang Yahudi terhadap Madinah

Merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia dan asas kepada negara berdaulat

INTISARI KANDUNGAN PIAGAM MADINAH (m/s126) Fakta Politik Huraian + Contoh -Nabi Muhammad pemimpin di Madinah. -Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam.

Agama

-Masyarakat Madinah bebas menganut agama masingmasing -Mereka bebas mengamalkan adat mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Sosial

-Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dam mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara. -Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesame sendiri.

Perundangan

-Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Ekonomi

-Kerjasama antara Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara. -Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.

Pertahanan

-Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

Kedudukan Yahudi

Keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.

KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH (m/s 128) Fakta Model Kerajaan Islam Huraian -dijadikan panduan untuk menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam.Kerajaan ini dilengkapi perlembagaan yang dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat.

Kepintaran Nabi

-menggubal suatu piagam sangat dikagumi kerana baginda berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap ,iaitu merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat.

Ekonomi Islam

-amalan riba,penipuan,rasuah dan penindasan tidak dibenarkan .Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah telah digalakkan.Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.

Ukhuwah Islam

Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama ,dengan itu konsep keadilan sosial telah dipraktikkan di Madinah.Dari segi hak ,Islam menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam.Tiada lagi perbezaan taraf di kalangan masyarakat.Amalan dan sifat positif yang dipraktikkan oleh negara Madinah di bawah kepimpinan Nabi Muhammad

Susun

Di sini menunjukkan bahawa masyarakat Madinah telah

Perlembagaan sebelum asaskan kerajaan

diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan .Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad merupakan sistem pemerintahan yang meletakkan Allh sebagai kuasa yang tertinggi.

Masyarakat Sistematik .

Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan .Orang Yahudi misalnya tidak boleh menindas kaum Arab yang lain .Kesemua bangsa ada hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat.Mereka bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luar.

Penyebaran Islam (m/s 129)

Nabi menghantar perutusan ke:

Rom,Rom Timur,Parsi,Mesir,Habsyah, dan wilayah di sekitar Semenanjung Tanah Arab. ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________ Ajaran Islam tidak membenarkan peperangan. Ajaran Islam tidak membenarkan peperangan, KECUALI:

1.mempertahankan maruah diri,agama dan negara 2.Dilakukan dengan keizinan Allah,iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.

Peperangan yang pernah berlaku:


y y y y

Perang Badar 624M / 2 H Islam menang Perang Uhud 625M / 3 H Islam kalah kerana engkar perintah Nabi Perang Khandak 627M / 5 H Islam menang Perang Tabuk 630M / 8H Islam menang

Syarat Peperangan dalam Islam: Allah membenarkan orang Islam berperang apabila: 1Setelah orang Arab Quraisy menyerang orang Islam. Perkara yang tidak dibenarkan dalam peperangan Islam: 1.tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah seperti orang tua,kanak-kanak,wanita ,orang yang sakit,dan menyerah diri

2.mereka diserang musuh

2.Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan memusnahkan tanam-tanaman

3.mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga.

3.dilarang merobohkan tempat ibadat.

4.menentang kezaliman dan mempertahankan diri.

4.Tidak membunuh sesuka hati.

Perjanjian Hudaibiyah (628M / 6H) (m/s 131) Kronologi Termeterai Perjanjian Hudaibiyah

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Gencatan senjata: Bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selama 10 tahun

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah Menunaikan haji: Peluang ini memberikan peluang kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan seterusnya beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.

Bebas berpihak: Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah @ orang Quraisy Makkah.

Program dakwah Islamiah ke seluruhTanah Arab: -melalui perjanjian ini,suku Arab boleh menganut sebarang agama yang mereka sukai tanpa halangan dari mana-mana pihak.

Tidak perlu dikembalikan: Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan

Islam tersebar dengan aman pada jangkamasa panjang: -walaupun isi perjanjian yang ketiga dan keempat kalihatan menguntungkan orang Arab Quraisy tapi Nabi Muhammad yakin Islam akan memperoleh keuntungan dari segi jangka panjang.Ini terbukti pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy yang berpengaruh,iaitu Khalid bin Al-Walid,Amru bin al-

As,dan Uthman bin Talhah sejurus selepas perjanjian Hidaibiyah ditandatangani.

Perlu dipulangkan semula: Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.

Melambangkan ketokohan Nabi: -Persetujuan orang Arab Quraisy menandatangani perjanjian ini menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

Boleh mengerjakan umrah: Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.(7H)

Perintis pembukaan semula Kota Makkah: -Orang Arab Quraisy sengaja melanggar isi perjanjian yang pertama.Nabi Muhammad bertindak tegas dalam hal ini dengan menyediakan dan menghantar pasukan tentera ke Makkah.

Pembukaan Semula Kota Makkah (m/s 134) Mengapa Nabi ingin menguasai semula Makkah ? Fakta Tempat lahir Melanggar Perjanjian Hudaibiyah Huraian + Contoh Makkah adalah tempat lahir Nabi dan agama Islam

Mereka mendapati pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama.meraka telah membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.

Strategi jangkamasa panjang

Nabi Muhammad berpendapat jika Makkah dapat dikuasai,kedudukan kerajaan Islam di Madinah tentu akan menjadi mantap.

Al-Abbas & Abu Sufian

-memeluk Islam sebelum tentera Islam menguasai Makkah.mereka memeluk Islam bukan disebabkan takut dengan kekuatan tentera Islam tetapi menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini .

4 pasukan tentera (10 000 tentera)

Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah, Zubair bin al-Awwam -keempat-empat pasukan tentera Islam ini bergarak masuk ke kota Makkah menerusi 4 arah yang berlainan ,iaitu dari arah utara ,selatan,barat,dan barat daya Makkah.Taktik ini telah memberi kejayaan yang besar kepada tentera Islam untuk membuka semula kota Makkah secara mudah kerana orang Quraisy telah dikepung dengan rapi.

Semangat Ketakwaan

-Keyakinan tentera Islam telah berjaya membuka semula kota Makkah tanpa mendapat apa-apa rintangan yang besar,kecuali penentangan kecil yang diterima oleh pasukan Khalid bin al-Walid daripada segelintir orang Quraisy.tetapi penentangan itu dapat ditewaskan oleh tentera Islam

Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah (m/s 135) Jaminan Keselamatan: Pengislaman Abu Sufian dan Abbas merupakan factor penting yang memudahkan kota Makkah dikuasai oleh orang Islam.Nabi Muhammad

telah memberi jaminan keselamatan kepda mereka yang dikepung semasa pembukaan kota Makkah .Jaminan keselamatan ini menjadi factor utama kepada kejayaan pembukaan kota Makkah.

Nabi bertawaf sebanyak 7 kali mengelilingi Kaabah: -kemudian berpidato kepada umat Islam dengan membacakan ayat alQuran yang menekankan kepentingan perpaduan diamalkan dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Sifat pemaaf / tidak berdendam: -sifat pemaaf nabi Muhammad terhadap orang Arab quraisy yang dikepung begitu ketara.baginda tidak membalas dendam terhadap penduduk Makkah yang selam ini memusuhi Islam,malah baginda memaafkan mereka.Amalan sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam seterusnya.

Makkah sebagai kota suci umat Islam: Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur Jahiliah.agama menyembah berhala yang selama ini menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah dihapuskan selama-lamanya dan digantikan dengan Islam.Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam.

Pembuka jalan penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab: Dakwah Islam telah tersebar secara aman sehingga masyarakat Islam negara kita juga memeluk Islam secara sukarela,tanpa paksaan daripada mana-mana pihak..

Pusat pemerintahan Islam bertambah kuat: Walaupun Makkah berjaya dikuasai ,namun Nabi Muhammad tetap menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam ,manakal Makkah dijadikan sebagai salah sebuah wilayah Islam.Di Makkah,baginda melantik

wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam.

Khutbah Haji terakhir Nabi: Nabi Muhammad telah berpesan kepada umat Islam bahawa baginda telah meninggalkan pusaka yang tidak akan menjadikan mereka sesat.Pusaka yang dimaksudkan oleh baginda ialah al-Quran dan sunnah baginda..

Anda mungkin juga menyukai