Anda di halaman 1dari 31

skema peperiksaan pertengahan tahun

sejarah stpm setara Pasig Gudang 2012


(bahagian A) part 1
1. Huraikan organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia.
Pendahuluan (3 markah)
1. Organisasi sosial merupakan satu daripada ciri tamadun dan bermula bertapak sejak Zaman Neolitik.
2. Kemunculan kemewahan di bandar- bandar besar menyebabkan muncul askar-askar profesional
untuk mempertahankan bandar dari orang gasar.
3. Golongan petani wujud di lapisan paling bawah dan mereka mengusahakan sektor pertanian.
Organisasi sosial masyarakat Mesopotamia (10 markah)
1. Raja :

Berkuasa dan mempunyai kedudukan yang tinggi.

Dianggap sebagai wakil tuhan dan perlu mentadbir dan saksama.

Dari segi sejarah, institusi pemerintahan beraja berasal dari jawatan gabenor (ensi), raja (lugal), pada

zaman dinasti awal.


Ensi dan lugal mendakwa mereka menerima mandat dan restu dari Tuhan.
Mengisytiharkan diri sebagai Tuhan.

1. Peranan raja :

Dari segi pemerintahan dan pentadbiran.

Melantik pembesar dan memberikan nasihat.

Menyelesaikan masalah dalam kalangan rakyat jelata.

Menjadi ketua paderi dan wakil Tuhan.

Melantik pendeta.
2. Bangsawan :

Dikenali sebagai marbanuti.

Berkuasa dalam pemilihan calon waris takhta kerajaan.

Pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan gabenor provinsi dilantik oleh
raja dari kalangan golongan bangsawan.

Mereka tinggal di tanah milik sendiri atau estet besar milik raja.

Mempunyai pekerja yang ramai.

Memperoleh sumber kekayaan melalui harta rampasan perang dan cukai yang dikenakan ke
atas rakyat.
3. Golongan profesional :

Dikenali sebagai ummane yang terdiri daripada pengusaha bank, doktor, pedagang, jurutulis
dan artisan.

Mempunyai persatuan untuk kebajikan diri sendiri.

Berperanan penting dalam mengukuhkan ekonomi kerajaan.

Pekerjaan mereka di warisi oleh anak- anak mereka.


4. Rakyat biasa dan hamba :


Dikenali sebagai hupshi dan kedudukan mereka paling rendah dalam masyarakat.

Terdiri daripada petani, askar dan golongan hamba.

Golongan hamba terdiri daripada tawanan perang dan orang berhutang yang boleh dijual beli.

Golongan hamba ini diberi layanan yang baik, boleh memiliki harta dan mempelajari
kemahiran.

Di Babylon, terdapat golongan akyat biasa dan miskin yang menikmati pelbagai keistimewaan
yang dikenali sebagai mushkennum.
Organisasi sosial masyarakat Mesir (10 markah)
1. Raja dan keluarga raja :

Berkedudukan yang paling tinggi dan dianggap sebagai Tuhan.

Menjadi ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim.

Raja dianggap lambang keadilan yang mempunyai kuasa dan kesaktian untuk melawan kuasa jahat.

Raja dianggap jelmaan Tuhan Horus semasa dinasti kedua dan keempat.

Dianggap sebagai Tuhan Matahari semasa dinasti kelima.

Putera raja menerima pendidikan daripada guru yang dilantik untuk mengajar matematik, seni bina,

astronomi, kesenian dan sains.


Putera raja yang dewasa akan menerima latihan ketenteraan.

Raja yang berkahwin dengan adik kandungnya untuk mengekalkan kesucian keturunan.

2. Golongan bangsawan dan paderi :

Pegawai tinggi kerajaan dilantik daripada golongan ini.

Jawatan yang penting seperti pengurus, pegawai penguasa, pendeta dan pekerja.

Jawatan ini wjud pada zaman perantaraan pertama di peringkat wilayah.

Raja dibantu oleh wazir dalam mengendali kes-kes, mengawasi kerja- kerja membina dan membaiki

terusan, menjalankan banci ternakan, merekodkan banjir, mengawasi ekspedisi diraja, memeriksa
angkatan tentera, menyambut duta serta menerima ufti dari luar negara.
Golongan pendeta mempunyai hierarki sendiri terutama dalam soal keagamaan.
Mempunyai pengaruh dalam pelantikan raja.

3. Anggota tentera :

Pekebun kecil artisan dan golongan profesional memasuki tentera untuk membaiki status sosial

mereka.
Tentera yang berjaya dalam peperangan dibenarkan memiliki pembantu rumah, harta perang,
ganjaran, pangkat dan tanah dari estet raja.

4. Buruh raja :

Tugas utama adalah membina candi diraja.

Bekerja hampir sepanjang tahun.

Upah mereka dalam bentuk gandum dan barli.

Golongan ini terdiri daripada pekerja lombong, tembaga turquoise, pekerja kuari, pekerja binaan,

pengangkut air dan tukang tembikar.


Mempunyai rumah berhala dan tribunal untuk menyelesaikan masalah yang dianggotai penulis,
mekanik dan isteri.

5. Petani :

Mereka terikat dengan tuannya.

Petani yang berkhidmat atas tanah raja diberi sediki kebebasan.


Pada zaman pemerintahan kerajaan baru, petani diberikan kebebasan dan tanah oleh raja, boleh
diwarisi tanpa pindah milik.

5. Hamba :

Terdiri daripada tawanan perang.

Pada zaman perintahan baru, hamba berperanan penting dalam ekonomi dan sosial.

Mereka bekerja di ladang yang dimiliki raja dan rumah berhala.

Pada zaman Ramses II, hamba merupakan tawanan dari Syria dan bekerja dalam sektor pembinaan.
Kesimpulan (2 markah)
1. Setiap peringkat dalam tamadun Mesopotamia dan Mesir mempunyai tugas dan peranan masingmasing terutamanya dalam berkhidmat untuk negara mereka.
2. Susunan masyarakat yang sedemikian bagi kedua- dua tamadun manggambarkan bahawa susun
lapis masyarakat adalah berdasarkan kuasa, kekayaan dan pekerjaan yang mereka lakukan atau
warisi.

2. Sejauhmana faktor politik mempengaruhi kebangkitan Srivijaya sebagai kuasa empayar dari
abad ke-7M hingga ke-13M.

1.
2.
3.
4.

Pengenalan (3 markah)
Kerajaan Srivijaya diasaskan pada tahun 434 M.
Srivijaya dalam bahasa Sanskrit bermaksud kejayaan yang gilang-gemilang.
Empayar Srivijaya muncul antara tahun607 M hingga 1025 M berpusat di Palembang, Sumatera.
Kekuasaan Srivijaya meliputi selatan Sumatera, Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu hingga ke
Ligor.

Isi penting (7 isi X 3 markah)


a)) Faktor Politik (12m)
1. Kekuatan tentera
Berjaya menakutkan musuh yang ingin menggugat pentadbirannya. Pentadbiran Srivijaya terbahagi
kepada tiga iaitu diraja, ketenteraan dan daerah. Pentadbiran tentera diketuai oleh seorang panglima
atau Pratikava.
Angkatan tentera telah dijadikan satu cabang utama dalam pentadbirannya.
Catatan Telaga Batu, pentadbiran Srivijaya terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran Diraja,
Ketenteraan dan Daerah
2. Perkahwinan politik
Melalui perkahwinan politik antara anak raja yang boleh dianggap mampu menggugat kekuasaan
kerajaan.
Samara Tungga mengahwinkan puterinya, Pramodha Wardhani dengan raja keturunan Dinasti
Sanjaya, Rakai Pikatan bagi mengukuhkan empayarnya.
3. Mempunyai struktur pentadbiran yang baik dan teratur
Kerajaan diketuai oleh pemerintah yang bijak.

Mengamalkan hierarki dalam pentadbiran yang melibatkan pentadbiran Diraja, pentadbiran tentera,
dan pentadbiran daerah.
4. Hubungan luar
Mempunyai hubungan diplomatik dengan China mula terjalin antara tahun 992 M hingga 1028 M.
Hubungan diadakan dengan menghantar ufti dan duta ke negara China.Hubungan dengan China
telah menaikkan imej dan pengiktirafan serta perlindungan China.
Hubungan yang baik telah memberi keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang di Srivijaya.
5. Dasar perluasan kuasa ke atas kerajaan-kerajaan sekitar
Penguasaan ke atas kerajaan-kerajaan sekitar seperti Kerajaan Melayu-Jambi, Kedah, Bangku,
Tulang Bawang, Minang, Tarimanag dan Langkasuka, bermakna Srivijaya berjaya menguasai Selat
Sunda dan Selat Melaka.
Pengawalan Selat Sunda dan Selat Melaka serta kerajaan-kerajaan sekitar, membolehkan Srivijaya
berkembang dari segi perdagangan dan muncul sebagai kuasa laut yang kuat.

6.

Faktor-faktor lain
Peranan orang laut
Orang laut dilantik sebagai tentera oleh raja srivijaya. Mereka mampu menyelesaikan masalah lanun
dan menggalakkan kapal dagang singgah di pelabuhan Srivijaya, terutama pedagang dari China.
Kejayaan kerajaan Srivijaya mengatasi ancaman lanun menarik minat China untuk mengadakan
hubungan dengan Srivijaya.
Kerajaan Srivijaya telah dijadikan kuasa tambahan kepada China untuk menjaga keamanan
diperairan bagi pihak Maharaja China.

7.

Menguasai laluan perdagangan di Selat Sunda dan Selat Melaka


Srivijaya sebagai pusat thallasocracy dengan pelabuhannya berfungsi sebagai tempat persinggahan,
pengumpulan dan pengedaran barang.
Dapat menguasai perairan di laut Nusantara Barat, mengawal lalu lintas Selat Melaka, Selat Sunda
dan Laut China Selatan.
Dapat memungut cukai daripada kapal dagang yang melalui Selat Melaka dan Sunda.
Menguasai hasil keluaran dari kawasan perdalaman di sumatera dan Tanah Melayu seperti rempah
ratus, cendana, gaharu dan ubat-ubatan.
Kegemilangan Srivijaya bergantung kepada kekuatan perdagangannya.
8.

Sebagai Pusat Pengajian Agama Buddha


Muncul sebagai pusat penyebaran agama Buddha bertaraf antarabangsa di Asia Tenggara.
Ibu kotanya Palembang memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan dan keagamaan.
Pembinaan candi sebagai lambing agama Buddha, di Dataran Kedu, di Kalasan dan di Prambangan
pada zaman kerajaan Sailendra.
Candi terkenal ialah Candi Borobudor.

9. Peranan dinasti Sailendra


Sailendra bermaksud raja di gunung.
Raja pertama dan kedua dinasti merupakan raja-raja yang gagah dan besar kekuasaannya.

Raja Sailendra yang kedua, digelar Sang Rama Dhanamjaya yang bermaksud pembunuh wira
musuh kerana kejayaannya mengalahkan musuh.
Cerita mitos tentang kekuatan raja juga membantu menggerunkan musuh dan berjaya menundukkan
kerajaan-kerajaan kecil.
10. Peranan I-Tsing
I-Tsing bertanggungjawab melaporkan keistimewaan Srivijaya sebagai pusat agama Buddha.
I-Tsing berjaya menarik sami Buddha untuk belajar di Srivijaya seperti Hui Ning dan Atisa.

1.
2.

Kesimpulan (1 markah)
Kemunculan empayar Srivijaya bergantung kepada beberapa factor yang saling berkaitan.
Namun begitu akhirnya empayar Srivijaya juga mengalami kemerosotan sehingga kuasanya diambil
alih oleh Majapahit.

3. Bincangkan idea-idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah


mengukuhkan kuasa.
Pengenalan (3M)
1. Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada Chandragupta Maurya.
Kautilya hidup pada masa dinasti awal empayar Maurya di utara India. Beliau dikenali juga sebagai
Chanakya atau Vishnugupta.
2. Karya Arthasastra ( Science of Gain of Power ) yang dihasilkan pada abad ke-3M merupakan buku
tentang hal ehwal ketatanegaraan,pentadbiran diplomasi, peperangan dan ekonomi.
3. Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam peperangan
untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.
Isi- Isi (7 isi x 3M = 21M)
1. Menggariskan peranan pemerintah dan hubungan diplomatik. Beliau menggariskan enam pekara
untuk berbaik-baik dengan negara luar.
a. Mementingkan keamanan iaitu saman iaitu perdamaian dengan musuh yang lemah.
b. Persediaan untuk berperang.
c. Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama.
d. Bersekutu dengan musuh.
e. Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke atas musuh
lain.
f. Melancarkan serangan pertama.
2. Menggariskan peranan pemerintan untuk mencapai kemenangan.
a.
Memujuk musuh dengan rasuah atau dana dan perbincangan.
b.
Mencetuskan persengketaan.
c.
Menanamkan benih-benih permusuhan.
d.
Melancarkan peperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal.
3. Mempengaruhi tindakan raja hindu dan pahlawan Marathas.

a. Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsur spiritual dan upacara keagamaan Hindu iaitu
mengelakkan kelahiran semula jika beroleh kemenangan melalui peperangan seperti yang
disarankan oleh agama Hindu.
4. Peranan / dasar pemerintah terhadap musuh
a.
Karyanya menyarankan seseorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti
mengetahui kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan
kempen ketenteraan.
b.
Pemerintah dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera terlatih.
5. Peranan pemerintah menjamin kesejahteraan rakyat
a.
Pemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat.
b.
Pemerintah mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta
berkomplot menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai, merasuah tukang masak dan
seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan.
6. Pemerintahm menjalankan dasar kekejaman dan bijak
a.
Untuk menghadapi musuh, bheda digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh
dengan menimbulkan isu-isu sensitif.
b.
Raja menunjukkan kekejaman untuk menakutkan tentera musuh serta menggunakan
kekerasan konsep danda iaitu kayu atau besi yang kuat ke atas orang jahat dan musuh.
7. Kautilya memperkenalkan teori mandala.
a.
Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan musuh
negara yang akan diperangi. Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan
membantu kita.
8. Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk mencari rahsia
dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.
9. Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. Jadi, orang
yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu raja yang bersikap jujur
dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaan akan mudah dikalahkan oleh
musuh-musuhnya.
10.Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa termasuk anak
dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yang boleh menjatuhkan kuasa
raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu kerana bimbang makanan itu mengandungi racun.
Kesimpulan (1 Markah)
- Apa sahaja yang berkaitan
Bandingkan sistem ekonomi pada zaman pertengahan awal di Barat dengan sistem
ekonomi
Tanah Arab sebelum Islam.
Pendahuluan (3 markah)

1. Latar belakang Zaman Pertengahan Awal di Eropah :


Zaman selepas runtuhnya Empayar Rom (abad ke-5M)
Terbahagi kepada dua : zaman pertengahan awal yang wujud antara abad 5M hingga 10M (Zaman
Gelap Eropah / Dark Ages) dan zaman pertengahan akhir yang wujud antara abad ke11M hingga
15M (Zaman Moden Awal).
Zaman Gelap berlaku perpecahan politik, kemerosotan ekonomi dan kongkongan gereja.
2. Latar belakang Zaman Jahiliyah di Tanah Arab :
bermula selepas kerutuhan empangan Maarib di Yaman dan berkembang di antara tahun 300M
hingga 610M.
3. Kedua-dua tamadun ini mempuyai kegiatan ekonomi tersendiri mengikut keadaan dan kesesuaian
setempat.
Isi-Isi Utama
Sistem Ekonomi di Tanah Arab (10 markah)
1. Aktiviti utama di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam ialah perdagangan yang melibatkan
golongan Arab Hadhari. Aktiviti pertanian menjadi kurang penting selepas runtuhnya Empangan
Maarib. Ketiadaan sistem pengairan yang baik dan penjajahan kawasan pertanian oleh kuasa lain
telah menyebabkan penduduk Tanah Arab menumpukan aktiviti perdagangan untuk menampung
kehidupan. Kota-kota seperti Makkah, Hirah dan Ghassan telah menjadi pusat perdagangan penting
di Tanah Arab. Perdagangan antarabangsa juga telah wujud antara Tanah Arab dengan Eropah,
China, India, Parsi dan Afrika.
2. Contoh bahan-bahan perdagangan Tanah Arab adalah rempah, arak, madu, dan anggur. Rempah
merupakan bahan perdagangan penting.
3. Kepentingan aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan kewujudan banyak pasar di Tanah Arab.
Contohnya pasar Ukaz di pekan Majad, pasar Zul Majad berhampiran dengan Ukaz dan pasar Nazat
di Khaibar. Pasar-pasar ini dibuka pada tarikh dan bulan-bulan tertentu. Misalnya pasar Zumatul
Jalalal dibuka pada bulan Muharam, pasar Suhan dibuka pada bulan Rejab. Manakala pasar Daba
pula dibuka pada bulan Rejab dan Syaaban.
4. Namun, aktiviti perdagangan telah terjejas akibat peperangan dan perbalahan yang sering berlaku
antara kabilah-kabilah di Tanah Arab. Manakala golongan Arab Badwi yang hidup berpindah-randah
mengamalkan sistem ekonomi yang primitif seperti menternak unta, kambing, dan biri-biri. Cara hidup
nomad mereka menyukarkan mereka untuk mengamalkan sistem ekonomi lebih moden .
Sistem Ekonomi Zaman Pertengahan Awal di Barat (10 markah)
1. Sementara itu, keadaan huru-hara atau anarki yang berlaku di zaman pertengahan awal selepas
kejatuhan Empayar Rom telah menghalang perkembangan aktiviti perdagangan. Maka pada masa ini
aktiviti pertanian menjadi aktiviti ekonomi utama oleh yang demikian, tanah menjadi sumber ekonomi
yang penting. Masyarakat pada zaman ini adalah masyarakat feudal di mana semua golongan
mempunyai peranan yang tertentu.
2. Di bawah raja, wujud golongan bangsawan yang mempunyai gelaran tertentu seperti Count, Lord
dan sebagainya. Dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka, golongan raja menyerahkan tanah
kepada golongan bangsawan. Sebagai balasan, golongan raja ini menerima hasil pertanian dan

bantuan ketenteraan daripada golongan bangsawan. Golongan bangsawan yang mendapat pajakan
tanah daripada raja adalah bebas dalam menguruskan tanah mereka. Terdapat juga situasi di mana
pemegang tanah atau vassal yang akan menyerahkan sebahagian tanah mereka kepada golongan
bangsawan lain. Hubungan antara kedua pihak adalah seperti hubungan antara penyewa tanah
(bangsawan) dengan tuan tanah (raja).
3. Tanah-tanah golongan bangsawan ini diusahakan oleh golongan serf. Pada masa ini ekonomi wang
belum diamalkan, oleh itu serf diberi sebidang tanah kecil untuk menampung keluarga dan sebagai
balasan, mereka dikehendaki mengerjakan tanah golongan bangsawan. Dalam sistem feudal,
golongan serf terperangkap dalam peranan sebagai golongan petani manakala peluang mobiliti
sosial tidak wujud sama sekali.
4. Dalam ladang-ladang yang dikenali sebagai Manor terdapat pengasingan yang jelas antara golongan
bangsawan dan serf. Rumah-rumah golongan bangsawan biasanya terletak di atas bukit dan rumah
golongan serf pula terletak di kawasan lembah. Setiap manor didirikan gereja. Golongan bangsawan
dengan pengaruh gereja telah mengongkong golongan serfmenjadi sumber tenaga buruh yang
penting.
5. Tanaman utama yang diusahakan adalah gandum yang diusahakan dengan kaedah pertanian secara
tanah lapang. Segala keperluan golongan serf dihasilkan oleh mereka sendiri. Pada zaman
pertengahan awal, aktiviti perdagangan tidak wujud sama sekali.
Kesimpulan (2 markah)
1. Keadaan geografi dan pentadbiran serta politik telah memberi kesan ke atas corak akhir ekonomi di
Tanah Arab dan Eropah.
2. Keadaan geografi yang tidak sesuai untuk pertanian dan sistem pengairan yang terjejas dengan
keruntuhan empangan Maarib menyebabkan masyarakat Tanah Arab menumpukan perhatian dalam
aktiviti perdagangan. Manakala di Eropah memperlihatkan penglibatan masyarakat dalam bidang
pertanian.
3. Apa-apa yang berkaitan
Huraikan perubahan-perubahan dalam pelbagai aspek dalam kalangan masyarakat jahiliah di
Tanah Arab selepas kelahiran Islam.

1.
2.
3.
4.

PENDAHULUAN (3 Markah)
Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab.
Dari segi bahasa Arab jahala bererti jahil atau jahlun atau jahlatun bererti bodoh dan sesat.
Ciri-ciri Zaman Arab Jahiliah.
Apabila Rasulullah s.a.w. mula menerima wahyu pada 17 Ramadhan (6 Ogos 610M) dan seterusnya
berdakwah menyebarkan Islam selama 23 tahun, bermulalah episod perubahan cara hidup jahiliah
yang seterusnya telah menghancurkan era zaman jahiliah di Tanah Arab.

ISI ISI (7 isi x 3M = 21 Markah)


1. Perubahan dari aspek kepercayaan dan agama
Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala. Pada asalnya mereka
ialah pengikut ajaran Hanif tetapi ajaran ini diselewengkan dengan menganggap berhala sebagai
perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Makkah berperanan sebagai pusat

penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, sabiah, majusi, nasrani dan
yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut.
Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah
memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan
amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke
atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah
menerima agama Islam.
2. Perubahan dari aspek hubungan masyarakat
Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu
mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah lain. Semangat ini juga
menyebabkan mereka memihak kepada kabilah sendiri tanpa mengira sama ada mereka berada di
pihak benar atau salah. Ini telah menimbulkan permusuhan antara kabilah.
Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiah tanpa mengira
kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan
Islam. Contohnya Nabi saw berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.
3. Perubahan dari aspek permusuhan dan peperangan
Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab
Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering
berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.
Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku
Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana
merebut kepimpinan kota Madinah. Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah
mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama
serangan orang Quraisy Makkah dan pengkhianatan orang Yahudi.
4. Perubahan dari aspek taraf masyarakat
Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan
tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara
meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada
tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku
sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.
Masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf. Semua manusia dianggap sama taraf di
sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah.Manusia tidak
dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.
5.

Perubahan dari aspek kedudukan wanita


Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah
sebagai alat pemuas nafsu lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan
mereka yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelaki mereka. Keadaan ini menyebabkan
suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.
Nabi mengajar masyarakat Islam Madinah agar memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu
dipeiihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya
dengan goIongan lelaki.

6.

Perubahan dari aspek akhlak


Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak keji seperti berzina, melacur, membunuh, minum
arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.
Islam menekankan akhlak mulia. Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah
berjanji tidak akan menipu, berzina dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak
buruk di kalangan orang Islam Madinah.

7.

Perubahan dari aspek politik


Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan
terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan
sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Makkah menjalankan sistem
politik kabilah.
Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan perlembagaan Madinah. Undangundang utama yang
digunakan ialah Al-Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi
institusi penting dalam kerajaan Madinah.

8.

Perubahan dari aspek nilai-nilai positif


Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh
kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dalam masyarakat Islam nilainilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.

9.

Perubahan dari aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan


Sebelum Islam : masyarakat Arab Jahiliyah adalah buta huruf. Berdasarkan peristiwa Perang Badar
hanya 17 orang sahaja masyarakat Arab yang boleh menulis dan membaca. Justeru itu tiada
perkembangan tamadun manusia pada zaman ini.
Selepas Islam : aspek pendidikan dan intelektual amat dititikberatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w.
telah membina masjid-masjid selain menjadikan rumah al-Arqam sebagai institusi
pendidikan. Kepentingan pendidikan dalam Islam ini jelas terlihat pada maksud ayat pertama (wahyu)
yang baginda terima iaitu Bacalah

10. Perubahan dari aspek ekonomi


Sebelum Islam : masyarakat Arab menjalankan amalan ekonomi negatif seperti penindasan,
penipuan dalam perniagaan, rompakan, penjualan berhala, monopoli dan sebagainya.
Setelah Islam : Islam melarang segala bentuk kegiatan ekonomi berunsur penindasan dan riba. Islam
menggalakkan umatnya melaksanakan sistem ekonomi Islam berteraskan semangat bantumambantu seperti dalam perdagangan dan pertanian.
11. Perubahan dari aspek identiti masyarakat
Keutamaan pada bangsa amat ditekankan pada zaman jahiliyah. Pada zaman Islam, ditekankan
aspek persaudaraan Islam tanpa mangira latarbelakang keturunan dan warna kulit.
KESIMPULAN (2 Markah)
1. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab membolehkan Islam terus berkembang
dan membolehkan juga berlakunya penciptaan tamadun walaupun Islam lahir di kawasan tandus.
2. Kecemerlangan umat Islam zaman Rasulullah s.a.w. itu terus diwarisi oleh generasi seterusnya
(Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam selepasnya).

2.

1.
2.

Jelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah pada zaman Khalifah
Muawiyyah bin Abu Sufyan.
Pendahuluan (3M)
Latar belakang dan perlantikan Muawiyyah sebagai Khalifah pertama kerajaan Bani Umaiyyah.
Latar belakang kerajaan Bani Umaiyyah.

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Zaman Khalifah Muawiyyah (7 isi x 3M = 21M )


1. Khalifah Muawiyyah telah memindahkan pusat pentadbiran kerajaan Islam dari kota Madinah ke kota
Damsyik. Beliau memilih kota Damsyik memandangkan ia merupakan kubu kuat penyokongnya yang
telah lama berdiri di belakangnya sejak Muawiyyah dilantik sebagai gabenor oleh Khalifah Umar bagi
seluruh wilayah Syam. Bukti lain betapa kuatnya pengaruh Muawiyyah di Damsyik ialah penduduk di
sinilah yang membantunya sewaktu berlaku krisis dengan Khalifah Ali bin Abi Talib sehingga
tercetusnya Perang Siffin dan Majlis Tahkim.
2.

Muawiyyah bin Abu Sufyan menjalankan dasar berbaik-baik dengan penduduk Iraq yang merupakan
penyokong kuat golongan Syiah. Muawiyyah telah menawarkan wang yang banyak untuk
mendapatkan sokongan golongan ini, contohnya al-Ahnah bin Qais dan Jariyah bin Qudamah telah
diberikan 100,000 dirham setiap seorang untuk mendapatkan sokongan. Selain itu, Muawiyyah
mengekalkan dasar tidak campur tangan sehinggalah pelantikan Ziyad bin Abih sebagai Gabenor
Basrah; Ziyad telah memperkenalkan beberapa reformasi antaranya mengarahkan rakyat mencuci
dan membersihkan jalan raya, memperbaiki kemudahan jual beli, mengenakan perintah berkurung,
menyusun dan mengemaskinikan anggota polis.

3.

Selain itu untuk mengukuhkan kekuasaan Bani Umaiyyah, Muawiyyah bin Abu Sufyan telah
mengubah sistem pemilihan khalifah secara syura kepada sistem warisan. Muawiyyah telah bertindak
mengisyitiharkan puteranya, Yazid sebagai Putera Mahkota pada tahun 56H. Tindakan ini telah
menimbulkan tentangan hebat umat Islam khususnya penduduk Iraq, apatah lagi ia telah
bertentangan denan persetujuannya dengan Sayidina Hassan dahulu agar jawatan ini diserahkan
kepada persetujuan orang ramai khasnya umat Islam. Meskipun timbul pelbagai penentangan, namun
ia telah dapat dipadamkan.

4.

Muawiyyah bin Abu Sufyan juga telah memperkenalkan atau meniru sistem pentadbiran Parsi dan
Byzantine. Ramai pegawai kristian diambil berkhidmat sebagai guru dan pentadbir khususnya dalam
bidang ekonomi, sains, dan perubatan. Selain itu, beliau juga mewujudkan pengawal istana atau
pengawal peribadi bagi melindunginya, khususnya daripada ancaman musuh.

5.

Pelbagai jabatan baru telah diwujudkan untuk memantapkan lagi sistem pentadbiran. Antaranya,
Jabatan Pendaftaran yang berfungsi menyalin segala surat rasmi dan menyimpan salinan itu bagi
tujuan keselamatan dan juga mengelakkan sebarang penipuan dan penyelewengan. Pejabat Pos
juga dibentuk untuk urusan segala surat-menyurat berkaitan pentadbiran negara dari kerajaan pusat
ke daerah-daerah ataupun sebaliknya. Semua surat di Semenanjung Tanah Arab menggunakan
bahasa Arab sedangkan di luar Tanah Arab menggunaksan bahasa Yunani dan Parsi.

6.

Muawiyyah bin Sufyan telah meluaskan kuasa politik khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Bani
Umaiyyah termasuk penguasaan ke atas harta yang diperoleh dalam peperangan. Sebelum itu, harta
berkenaan dijadikan hak milik orang Islam; dimasukkan ke dalam Baitulmal, tetapi mulai zaman
Muawiyyah, harta berkenaan dianggap harta kerajaan, tujuannya tidak lain untuk memastikan segala
perancangan kerajaan dapat berjalan dengan lancar.

7.

Setiap gabenor yang dilantik di setiap daerah hanyalah mempunyai kuasa ketenteraan dan urusan
yang berkaitan dengan politik sahaja. Urusan yang berkaitan dengan cukai diletakkan secara terus
dibawah Sahibul Kharaj yang dilantik oleh Khalifah Muawiyyah sendiri. Kesannya, kuasa gabenor
dapat dihadkan, malah terpaksa bergantung kepada Sahibul Kharaj dalam soal kewangan.

8.

Dalam bidang ketenteraan, Muawiyyah bin Abu Sufyan telah membentuk pasukan tentera yang
mantap dan besar meliputi tentera darat dan tentera laut. Tentera ini majoritinya dianggotai oleh
penduduk Syam dan diberikan gaji yang tetap serta tinggi kadarnya. Kekuatan tentera ini digunakan
untuk mengekang pemberontakan golongan Syiah dan Khawarij.

9.

Beliau turut menggerakkan tentera ke luar negara, antaranya menghantar Said bin Osman
menyeberangi Sungai Oxus, menghantar tentera yang dipimpin oleh Yazid mengepung kota
Constantinopole, menghantar Uqbah bin Nafi menawan Afrika Utara sehingga berjaya mendirikan
pusat pentadbiran di Qairawan. Selain itu, tentera-tentera diperkuatkan di kawasan-kawasan
sempadan sehingga pihak Byzantine tidak berani mengancam kerajaan Islam ini.

10. Bagi memastikan keadaan negara tidak diancam oleh sebarang gerakan subversif, Muawiyyah bin
Abu Sufyan telah membentuk pasukan perisik yang berperanan sebagai mata dan telinga khalifah.
Oleh itu, Muawiyyah dapat membendung ancaman musuh dengan cepat daripada merebak yang
boleh menggugat pemerintahannya.
11. Polisi serta pembaharuan yang dibawa oleh Muawiyyah bin Abu Sufyan telah menjadi asas kepada
pembentukan kerajaan yang kuat serta dominan selepas era pemerintahan Khulafa al Rasyidin.
Muawiyyah bin Abu Sufyan juga memerintah dengan tegas dan penuh disiplin. Keberaniannya
memperkenalkan corak pemerintahan warisan telah menjadi ikutan pemimpin selepasnya.

1.
3.

Kesimpulan ( 1M )
Mana-mana yang berkaitan.
Bincangkan sumbangan kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin dan kerajaan Bani Umayyah
dalam membentuk organisasi ketenteraan yang unggul.
Pengenalan ( 3 markah)
1. Konsep organisasi ketenteraan dalam Islam
2. Sejarah penubuhan tentera dalam Islam
bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, apabila turun wahyu membenarkan
umat Islam berperang, ketika hendak berhadapan dengan tentera Quraish Makkah
dalam perang Badar.
3. Latar belakang Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin
Bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Dipimpin empat orang sahabat,
iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
3.
Latar belakang Kerajaan Bani Umayyah
4.
Isi : Sumbangan Pembentukan Organisasi Ketenteraan Islam ( 7 isi X 3=21 markah)
1. Penambahan Komposisi tentera
Bilangan tentera yang meningkat
Pada zaman Bani Umayyah, jenis tentera tetap telah bertambah dengan
pembentukan pasukan infantri, kavalri dan tentera laut.
Pasukan tentera laut ini terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Sepanyol dan
Eropah.
2. Kewujudan dua jenis tentera

Terbahagi kepada dua, iaitu tentera darat dan laut


Penubuhan angkatan tentera laut Islam berlaku setelah perluasan kuasa Islam telah
sampai ke Syam, Mesir dan Iskandariah.
Perkembangan terbaru kedudukan kekuasaan Islam memerlukan umat Islam
mempunyai angkatan laut bagi menghadapi serangan Rom di Laut Mediterranean
dan jihad Islam ke atas pulau pulau di Laut Mediterranean.
Oleh itu, pemerintah Islam mula menubuhkan angkatan tentera laut.
Berikutan dengan penubuhan angkatan tentera laut maka muncul pelabuhan dan
limbungan kapal untuk tujuan angkatan tentera Islam dan tujuan perdagangan.
3. Peningkatan teknologi dan peralatan tentera
Menggunakan pedang, tombak, panah, perisai ,manjaniq, kuda, keldai dan kapal
perang.
Pada zaman Bani Umayyah telah wujud pasukan tentera laut.
Pada zaman Muawiyah terdapat 1700 buah kapal perang yang dibina daripada kayu
dan berpaku.
Perindustrian kapal terletak di pantai Syria dan Mesir.
4. Mempelbagaikan taktik dan strategi ketenteraan
Menyerang, mengepung, dan bertahan.
Membina kubu, mewujudkan bandar-bandar tentera, dan menubuhkan badan perisik.
Ketika zaman Khalifah Ali b. Abi Talib, telah membentuk kurdus atau batalion, dalam
pasukan tentera sebagai usaha memantapkan lagi tentera Islam.
Islam memperkenalkan penubuhan kem tentera dan bandar tentera.
Bandar seperti Basrah, Fustat dan lain lain ditubuhkan adalah untuk memenuhi
keperluan tentera di samping pusat pentadbiran dan perdagangan.
Pada zaman Bani Umayyah kaedah peperangan diperluas lagi dengan pembentukan
pasukan kurdus (cohorts), jabatan perisikan, penggunaan peta dan serangan dari
laut.
5. Kewujudan tentera bergaji
Tentera dibayar gaji dan elaun
Pada zaman Umar al-Khattab, dua kategori tentera telah dibentuk iaitu tentera
bergaji dan sukarela.
Satu jabatan khas telah ditubuhkan untuk menguruskan pembayaran gaji dan elaun
tentera iaitu Diwan al-Jund.
Pada zaman Umar al-Khattab, tentera Muhajirin dan Ansar yang senior dibayar
sehingga 5000 dirham manakala tentera junior dibayar sehingga 2500 dirham.
Pada zaman Bani Umayyah, tentera dibayar gaji.
Contoh, pada zaman Muawiyah kadar gaji purata ialah sebanyak 1000 dirham
setahun termasuk elaun keluarga.
Pada masa ini sumber kerajaan mantap dan perlukan pasukan tetap untuk
menyaingi tentera Rom atau Barat .
6. Menetapkan Status tentera
Terdapat tentera tetap, tentera upahan dan tentera sukarela
7. Kepimpinan
Pada zaman Khulafa al- Rasyiddin dan kerajaan Bani Umaiyah, khalifah tetap
mengetuai peperangan.
Tujuannya untuk menguruskan perkhidmatan tentera yang cekap dan berkesan.
Pemerintah Islam memperkenalkan jabatan tentera atau Dewan Al-jund.
Dalam aspek kepimpinan pula, pengurusan tentera dilakukan oleh kepimpinan
tentera yang dilantik.

Kesimpulan (1 markah)
Kedua-dua kerajaan Islam ini telah berjaya mewujudkan organisasi ketenteraan Islam
yang unggul dan hebat.
Kejayaan ini terserlah dengan beberapa kejayaan tentera Islam meroboh dominasi
jajahan dari tentera Rom dan Parsi.

Zakat bukan sahaja Rukun Islam tetapi merupakan sumber ekonomi utama dalam
Islam. Galurkan fungsi dan pelaksanaannya.
1.

2.

3.
4.
5.
6.

Pendahuluan (3 markah)
Perkataan zakat telah disebut sebanyak 58 kali dalam al-Quran, 32 kali disebut secara berasingan
dan 26 kali disebut beriringan dengan kalimah solat. Kadangkala zakat disebut dengan
lafaz sadaqah, nafaqah, haq dan al-afw.
Zakat merupakan Rukun Islam yang ketiga. Dari segi bahasa, zakat berasal daripada kata dasar
perkataan Arab zaka yang bererti penambahan atau penyucian. Pengertian pertama bermaksud
memberi serta menambah kemakmuran dan pahala umat Islam.
Pengertian kedua pula bererti pembayaran bagi menyucikan jiwa umat Islam daripada perasaan
tamak, bakhil dan sifat-sifat keji seperti mana yang dijelaskan dalam surah al-Syams ayat 9.
Dari segi syarak, zakat membawa maksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan
kepada yang berhak menerimanya.
Kefarduan zakat disyariatkan pada tahun 623 M (2 H) setelah Nabi Muhammad saw berhijrah dan
menetap di Madinah.
Zakat terbahagi kepada dua jenis, pertama zakat fitrah iaitu zakat yang wajib dikeluarkan bagi setiap
umat Islam dan kedua zakat harta benda iaitu apabila cukup nisabnya. Kedua-dua zakat ini wajib
dikeluarkan setahun sekali.

Fungsi Zakat (4 isi x 3M = 12 markah)


1. Zakat berfungsi sebagai satu ujian untuk menguji sejauh manakah keimanan dan
ketaqwaanseseorang terhadap Allah swt kerana tabiat manusia sememangnya merasa tamak dan
sukar untuk mengeluarkan sebahagian kecil daripada hartanya sebagai zakat. Hanya manusia yang
benar-benar beriman dan bertaqwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas. Sifat inilah yang
dimaksudkan oleh Allah swt sebagai pembersihan rohani dan jasmani.
2. Dari segi kerohanian, ia dapat menghapuskan sifat-sifat keji yang dimiliki manusia. Contohnya sifat
tamak, bakhil, bongkak, riak dan sebagainya. Dari segi jasmaninya, zakat ditafsirkan sebagai satu
cara untuk menyucikan harta benda. Hal ini bermula dari kenyataan bahawa di dalam sebarang
kegiatan untuk mencari rezeki yang halal mungkin berlaku di luar kemahuan atau pengetahuan
seseorang bahawa sesuatu yang tidak halal telah berlaku. Contohnya, mungkin berlaku timbangan,
sukatan atau ukuran yang tidak tepat semasa menjalankan urus niaga. Untuk menyucikan unsurunsur yang tidak halal itu, maka zakat diwajibkan.
3. Fungsi zakat dalam aspek kemasyarakatan, akhlak dan kebajikan, zakat adalah penyertaan
seseorang yang berharta untuk membentuk masyarakat yang adil dan membantu golongan yang
kurang bernasib baik. Zakat yang dikeluarkan itu mestilah diagihkan kepada golongan yang berhak
menerimanya. Jika terlalu banyak lebihan, dipertanggungjawabkan kepada Baitulmal mengumpulnya
dan membelanjakannya untuk kebajikan masyarakat seperti menyediakan kemudahan asas dan
sebagainya. Zakat juga boleh dilaburkan dalam industri yang banyak memberi faedah kepada
masyarakat seperti industri makanan, pakaian dan perumahan.
4. Zakat dapat merapatkan ikatan silaturahim dan perpaduan antara golongan kaya dan miskin.
Golongan yang kurang bernasib baik ketika menerima zakat, tentu akan merasa gembira. Perasaan

inilah yang bertanggungjawab melahirkan kasih sayang dan bersedia membantu dengan tulang
empat kerat menyelesaikan pekerjaan golongan kaya. Dalam masa yang sama, melalui zakat
golongan kaya sentiasa ingatkan golongan yang kurang bernasib baik. Ini akan menghapuskan
perasaan riak, sombong dan sebagainya pada diri golongan kaya dan perasaan dengki dan lain-lain
pada diri golongan miskin.
5. Dari aspek ekonomi, zakat merupakan satu cara terbaik untuk menjadikan negara dan umat Islam
muncul sebagai masyarakat yang kaya dan makmur. Jika seseorang yang benar-benar beriman dan
bertaqwa, ia akan berusaha lebih gigih kerana setiap zakat yang dikeluarkan itu akan memperolehi
ganjaran pahala. Kesan daripada perkembangan pengeluaran zakat ini ialah lahirnya umat Islam
yang kuat dari segi ekonomi dan melahirkan negara yang kaya dan makmur, kerana Baitulmal yang
mengumpulkan zakat mempunyai dana yang banyak yang dapat digunakan untuk pembangunan
negara dan kepentingan dakwah Islamiajh serta kebajikan rakyat.
6. Dalam hal ini zakat berfungsi menghampirkan diri seseorang kepada Allah swt. Kerana harta yang
terkumpul itu seharusnya dibelanjakan mengikut cara yang diredhai Allah swt. Tugas pertama yang
mesti dilakukan ke atas harta ialah mengeluarkan zakat. Tindakan ini amatlah besar ertinya dalam
konteks ibadat kerana ia merupakan satu bukti kepatuhan dan penyerahan diri seseorang kepada
Allah swt.
7. Fungsi zakat berikutnya memberikan kekuatan rohani dan jasmani fakir miskin. Dari segi rohani dapat
menebalkan iman mereka kepada Allah swt kerana pertolongan yang diberikan oleh golongan kaya
itu merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah swt. Dari segi segi kebendaan pula, dengan zakat dapat
menaikkan taraf hidup golongan fakir miskin. Contohnya dengan zakat mereka berupaya membeli
makanan, pakaian dan sebagainya. Zakat juga menandakan kesyukuran orang kaya dan merupakan
satu bentuk pengagungan terhadap kekuasaan Allah swt. Tanda kesyukuran itu ialah tindakan
kerelaan mengeluarkan sebahagian kecil hartanya untuk mencari keredhaan Allah swt dengan nikmat
yang lebih besar lagi (syurga).
Pelaksanaan Zakat (8 markah)
1. Sejarah pelaksanaan zakat meliputi tiga peringkat. Peringkat pertama ialah sebelum kedatangan
Islam. Allah swt telah menyebut bahawa beberapa orang nabi telah melaksanakanzakat seperti nabi
Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Ismail dan Nabi Isa.
2. Peringkat kedua ialah zaman sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah (zaman di
Makkah). Allah swt telah mewajibkan zakat sejak permulaan Islam lagi. Perkara ini berlandaskan atas
dasar tolong menolong antara golongan kaya dengan golongan miskin sebagai satu amal kebajikan.
Kewajipan zakat pada peringkat ini hanya bertaraf pilihan tanpa ditentukan kadar nisabnya dan jenis
harta benda yang hendak dikeluarkan zakat.
3. Peringkat ketiga ialah selepas Nabi Muahammad saw berhijrah dan menetap di Madinah. Pada tahun
2H (623M), zakat mula difardukan secara kuat kuasa iaitu antara bulan Syaaban dan Syawal.
Bermula tahun tersebut, keengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau
dipaksa membayarnya oleh pihak pemerintah Islam. Golongan yang berhak menerima zakat ialah
fakir miskin, amil yang menguruskan pungutan zakat (dilantik oleh pemerintah), mualaf yang
dijinakkan hatinya untuk menganut Islam, hamba yang hendak dimerdekakan, orang yang berhutang,
orang yang berjihad dan orang yang musafir.

Kesimpulan (2 markah)

1. Zakat adalah Rukun Islam Keempat yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam yang berkelayakan.
Selain itu, zakat adalah salah satu sumber ekonomi negara yang berfungsi memacu kemakmuran
dan pembangunan sesebuah negara di samping mewujudkan keadilan dan keamanan sosial.
2. Pelaksanaan sistem zakat dari zaman awal Islam hingga zaman Abbasiyah mengalami banyak
perubahan. Setelah munculnya mazhab-mazhab, maka timbul tafsiran berbeza-beza tentang jenisjenis dan kadar zakat. Ini disebabkan wujudnya perubahan daripada segi jenis dan penilaian
barangan dan mata wang.

skema peperiksaan pertengahan tahun sejarah


stpm setara Pasig Gudang 2012 (bahagian B) part
1
BAHAGIAN B
Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.
PENDAHULUAN (2/3 Markah)
1. Zaman jahiliah bermula dari tempoh runtuhnya empangan Maarib hingga zaman sebelum kedatangan
Islam. Masyarakat ini tiada nabi dan kitab suci sebagai panduan.
2. Wujud pelbagai agama dan kepercayaan berpunca dari sikap mereka yang mengikut hawa nafsu,
mengikut tradisi nenek-moyang, pengaruh asing dan keadaan persekitaran mereka.
1.

ISI ISI (7 isi x 3M = 20 Markah)


Majoriti menganut agama menyembah berhala atau wathani. Berhala diperbuat daripad kayu, batu
atau emas. Menyembah berhala kononnya dapat memberi manfaat dan mudarat. Terdapat 360
berhala di keliling Kaabah seperti al-Uzza, al-Manat, al-Hubal dan al-Latta.

2.

Masyarakat jahiliah juga menyembah alam cakerawala seperti matahari, bulan dan bintang. Mereka
menganggap cakerawala ini merupakan sumber segala tenaga dan kekuatan.Mereka percaya bulan
merupakan tuhan perempuan, manakala matahari sebagai tuhan lelaki.Memuja matahari diamalkan
oleh mayarakat Petra dan Palmyra. Pemujaan bulan terdapat di Main.

3.

Mereka juga menyembah objek alam sekeliling seperti pokok, gua, gunung yang dapat
menghubungkan diri dengan tuhan mereka. Mereka percaya air dan pokok merupakan sumber
kehidupan, padang pasir yang kering kontang dianggap tempat kediaman tuhan yang jahat.

4.

Mereka juga mempercayai amalan Polydemonisme iaitu menyembah dewa-dewa,malaikat, roh


nenek-moyang dan jin yang dipercayai ada kuasa ghaib yang boleh menolong mereka dan
melindungi keselamatan mereka.

5.

Mereka juga menganut agama Majusi (Zoroester) yang berasal dari Parsi. Agama ini terbahagi
kepada tiga mahzab iaitu Marthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Agama ini menghalalkan
perkahwinan antara adik-beradik dan mempunyai penganut di kawasan seperti Iraq, Yaman, Oman
dan Bahrin.

6.

Mereka juga menganut agama Yahudi, yang dibawa oleh nabi Musa melalui kitab Taurat. Namun
Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini untuk kepentingan peribadi sehingga agama ini
dianggap syirik kerana menduakan Allah s.w.t. Penganutnya terdapat di Palestin, Yathrib dan utara
Tanah Arab iaitu kaum Bani Kinanah, Bani al-Harith dan Bani Kandah.

7.

Mereka juga menganut agama Nasrani. Agama Nasrani diselewengkan oleh golongan pendeta.
Agama ini diturunkan kepada Nabi Isa melalui kitab Injil. Agama ini berkembang di Najran, Ghassan
dan Hirah. Penganut agama Nasrani juga dikenali sebagai golongan ahli kitab.

8.

Mereka juga menganut agama Hanif. Agama Hanif diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan
penganutnya dikenali golongan Hunafa. Agama ini mentauhidkan Allah s.w.t. sebagai tuhan yang Esa.
Antara tokoh yang menganut agama Hanif ialah Zaid bin Amru dan Nabi Muhammad s.a.w.
sendiri. Agama ini melarang menyekutukan Allah s.w.t, minum arak dan tidak melakukan sebarang
perbuatan keji.

9.

Mereka juga menganut kepercayaan karut dan tahyul (animisme). Masyarakat Arab gemar menilik
nasib untuk melihat masa depan mereka sama ada baik atau buruk. Mereka juga percaya ramalan
tuah dan sial dengan melihat arah burung terbang, kepercayaan karut yang ingin menguji kesetiaan
isteri. Contohnya, seorang lelaki yang ingin mengembara jauh akan mengikat seutas tali pada
sebatang pokok, sekiranya tali itu terurai itu menandakan isterinya telah berlaku curang.

KESIMPULAN (1/2 Markah)


1. Sikap masyarakat Arab jahiliah yang melanggar syariat Allah s.w.t. membawa kepada keadaan kucarkacir dalam soal akidah dan akhlak. Maka tidak hairanlah pada zaman itu masyarakat Arab hidup
dalam kegelapan.
10. Jelaskan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua Negara Islam Madinmah.
Pengenalan : ( 3 markah )
1. Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 12 Rabuilawal bersamaan 20 April Tahun Gajah. Baginda
telah menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan bersamaan 16 Ogos 610M. Baginda secara
rasmi menjadi Nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Baginda digelar al-aminbermaksud yang benar
dan boleh dipercayai.
2. Baginda amat gigih dalam menyebarkan Islam secara sulit dan terang-terangan selama 13 tahun di
Mekah dan 10 tahun di Madinah. Bainda bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul bahkan seorang
pemimpin masyarakat dan akhir sekali sebagai panglima perang dan pemimin negara yanag
disegani.
Isi-isi penting : ( 20 markah )
1. Seorang Nabi dan Rasul
Baginda diakui sebagai Nabi dan Rasul melalui 3 cara iaitu pertama : menerusi kitab suci al-Quran,
Taurat, Injil dan Zabur. Kedua : melalui sifat-sifat kenabian seperti menerima wahyu dan mempunyai
sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Ketiga : melalui bukti sejarah.
b. Bukti kenabian Baginda telah terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi. Contohnya, sewaktu Baginda
dibedah oleh Malaikat Jibrail untuk dibersihkan. Seorang paderi di Syam, Buhaira' juga mengakui
bukti kenabian Baginda.
a.

c.

Penyebaran Islam bermula pada 610M secara sulit dan terangan selama 23 tahun di Makkah dan
Madinah. Segala halangan dan dugaan diharungi dengan sabar. Ada yang menyokong dan ada yang
menentang. Penentangan nyata daripada Arab Quraisy. Berbeza pula dengan Raja Najasyi dari
Habsyah yang menerima Islam disebarkan di Habsyah. Begitu juga dengan Waraqah Bin Naufal,
seorang penganut Nasrani di Makkah mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

d.

Dalam penyebaran Islam, Baginda menunujukkan sifat sabar, lemah-lembut, toleransi tetapi tegas
dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya walaupun nyawa baginda terancam. Kaum
Quraisy pernah menawarkan pelbagai ganjaran seperti harta benda, wanita dan kuasa agar nabi
menghentikan dakwahnya namun ditolak oleh Baginda.

e.

Sebagai pemimpin agama, Baginda telah menunujukkan beberapa bidang untuk kesejahteraan
masyarakat dan sebagai panduan. Bidang ibadat seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya. Bidang
muamalat seperti urusan pentadbiran. Bidang munakahat seperti nikah kahwin. Bidang jenayah dan
hubungan antarabangsa.

2. Pemimpin Masyarakat :
a. Nabi Muhammad s.a.w juga telah menyatukan masyarakat Madinah yang telah lama berpecah iaitu
kaun Aus dan Khazraj menjadi Ansar. Bahkan baginda juga mempersaudarakan kaum Ansar dan
Muhajirin. Selain itu untukmewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni, hubungan orang Islam
dan bukan Islam turut diperkukuhkan. Ini mewujudkan masyarakat Madinah yang lebih kuat aman
dan stabil dari segi politik dan ekonomi. Baginda juga menyeru masyarakat Madinah bekerjasama,

bantu membantu dan sama-sama mempertahankan keselamatan Madinah. Hak-hak kebebasan


beragama juga diberikan peranan khusus untuk mengendalikan suku masing-masing.
b. Ikatan ummah turut diperkenalkan. Ini dapat mengekang fahaman assabiyah yang diamalkan. Ini
merupakan satu dasar demokratik yang adil lagi bijaksana. Ianya mewujudkan masyarakat yang
saling menghormati status sosial mereka.
3. Pemimpin Politik :
Kepimpinan Baginda terserlah sejak di Makkah lagi iaitu apabila Baginda berjaya menyelesaikan
masalah pemindahan Batu Hajar Aswad di Kaabah. Ketokohan Baginda diakui oleh penduduk
Makkah yang bukan Islam.
b. Kepimpinan yang matang turut terserlah semasa Perjanjian Aqabah 1 (621M) dan Aqabah 11
(622M).
c. Sebagai pemimpin politik berkaliber, Baginda tidak menunjukkan permusuhan kepada kaum Yahudi.
Sebaliknya mengadakan perundingan dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah
Baginda membuat tindakan menyingkirkan mereka dari Madinah dan dilakukan dengan penuh
diplomasi. Semasa Piagam Madinah dibentuk juga kaum bukan Islam juga dijemput untuk
memberikan pendapat dalam Piagam Madinah. Menunjukkan Baginda pemimpin yang adil.
a.

d.

Di peringkat antarabangsa pula, Baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzatine dan
Parsi untuk memperkenalkan Islam. Kesannya dalam masa setengah abad, semua negara
berkenaan tunduk kepada pemerintahan Islam.

e.

Baginda memperkenalkan sistem Syura. Sistem ini diamalkan khususnya dalam politik dan ekonomi.
Contohnya pengadilan terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah dilakukan secara syura.

4. Pemimpin Ekonomi :
Baginda telah memperkenalkan dasar ekonomi Islam bagi menggantikan dasar ekonomi jahiliah.
Baginda menggalakkan umat Islam bekerja keras dan aktif dalam perniagaan dan pertanian. Umat
Islam boleh mendapatkan kesenangan dan kekayaan asalkan tidak melibatkan riba dan menunaikan
zakat.
b. Tanah-tanah terbiar diusahakan semula dan tanah-tanah tergadai ditebus semula dan diusahakan.
Baginda juga berjaya menyekat kaum Quraisy memonopoli aktiviti perdagangan.
a.

a.

5. Pemimpin Ketenteraan :
Nabi Muhammad s.a.w menjadi ketua dalam ekspedisi ketenteraan. Asas kepimpinan ketenteraan
Baginda adalah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Menerusi akidah, Baginda dan
para sahabat mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Melalui peraturan perang yang
disyariatkan oleh Allah, peperangan dijalankan tidak memerangi golongan yang lemah, musuh yang
tidak bersenjata, tidak memusnahkan harta benda dan tanaman ketika berperang.

b.

Baginda juga menunjukkan contoh yang baik seperti dalam peperangan Hunain dan Taif. Baginda
telah menunjukkan sikap kemanusiaan dengan memulangkan semula harta benda yang ditawan
kepada musuh. Tindakan ini membuatkan sebilangan pihak musuh tertarik untuk memeluk Islam.

c.

Baginda juga bersikap adil kepada semua tentera yang sama-sama berperang dengan
membahagikan sama rata hasil rampasan perang. Kepada pihak musuh yang tewas juga, Baginda
juga tidak mengejar musuh yang lari. Sikap Baginda ini amat dihormati oleh pihak musuh dan juga
tentera Islam.

d.

Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi perang. Baginda dapat merancang
taktik dan strategi seperti perang Badar dan Khandak. Dalam perang Badar, Baginda menggunakan
taktik tunggu dan lihat serta menyusun tentera dalam bentuk barisan (saf). Dalam perang Khandak,
Baginda menggunakan strategi bertahan dengan menggali parit sekeliling kota Madinah sebagai
benteng pertahanan. Dalam perang Taif, Baginda menggunakan taktik mengepung benteng
pertahanan musuh dan seterusnya malancarkan serangan bertubi-tubi.

Kesimpulan ( 2 markah )
1. Jelas menunjukkan Baginda merupakan seorang Nabi dan Rasul yang disegani malah merupakan
seorang pemimpin masyarakat dan negarawan yang ulung.

2. Ini menunjukkan Islam bukan sahaja mementingkan aspek aqidah semata-mata tetapi turut
mementingkan hal ehwal kehidupan seharian.
11. Huraikan etika peperangan dalam Islam melalui ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
A. Pengenalan ( 3 markah )
1. Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang
membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w. telah membentuk angkatan
tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.
2. Matlamat penubuhan angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta
kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyrikin Quraisy, Yahudi serta
Rom dan Parsi.
3. Pada zaman Rasulullah s.a.w., peperangan dalam Islam dapat dapat dibahagikan kepada dua iaitu
sariyah merujuk kepada tindakan menyekat rombonganrombongan pedagang ataupun musuh
musuh Islam serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besarbesaran seperti Perang
Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan sebagainya.
B. Etika peperangan dalam Islam ( 7/9 X 3M = 21 Markah )
1. Dalam usaha memenuhi misimisi peperangan, Islam telah menggariskan prinsipprinsip dan kaedah
umum (etika) dalam jihad yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam sewaktu di medan perang. Antaranya
ialah harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Hal ini telah diberikan
penekanan oleh Rasulullah s.a.w. ketika mengepung Kota Taif dalam Perang Taif. Baginda s.a.w.
telah memberikan tiga pilihan kepada musuh Islam; iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang.
2. Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata atau memerangi musuh seandainya
mereka memerangi Islam terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar,
tentera Islam hanya menunggu serangan musuh yang menceroboh, barulah berlaku peperangan
secara besarbesaran.
3. Dalam ekspedisi peperangan, tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki
kekuatan dan daya upaya seperti kanakkanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau
pendeta. Berdasarkan etika inilah golongangolongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman
Rasulullah dan Khulafa al Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan Negara Islam.
4. Tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah
kecuali dalam keadaan darurat untuk menyingkirkan halangan yang ada di hadapan gerakan dakwah.
Ini membuktikan bahawa betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada
masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Rasulullah s.a.w mengepung Kota Taif, hartaharta musuh
Islam langsung tidak diusik.
5. Sesuai dengan pilihanpilihan yang diberikan kepada seteruseteru Islam, maka Islam menetapkan
etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah
mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. Buktinya, Baginda
s.a.w telah menerima Suhail bin Amru yang dihantar oleh Quraisy untuk berunding dengan Baginda
s.a.w agar tidak menyerang Kota Makkah, sekaligus telah membawa kepada termeterainya Perjanjian
Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah.
6. Etika seterusnya ialah Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh,
antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh, sebagaimana
tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara
Rasulullah s.a.w. di medan Perang Uhud.

7. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Oleh sebab itulah ketika Perjanjian
Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 Hijrah, meskipun fasalfasal dalam perjanjian itu seolaholah
memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun Rasulullah s.a.w. mempunyai misi yang
tersendiri. Sikap musuh Islam yang melanggar gencatan senjata yang dipersetujui membolehkan
Rasulullah s.a.w. mengetuai tentera Islam membuka Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah.

8. Etika terakhir yang dianjurkan oleh Islam ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia
merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan
daripada para sahabat agar musuhmusuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh,
Rasulullah tidak menerima sebaliknya Baginda menggunakan kaedah diplomasi, tawanan perang
harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan dan sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah
yang berjaya menarik ramai musuh Islam akhirnya menerima Islam sebagai ad-din.
9. Satu lagi etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam, cara pengagihan harta rampasan perang atau
ghanimah. Hartaharta yang diperoleh bukan dibolot oleh Rasulullah s.a.w. sebaliknya, ia diagihkan
secara sama rata dalam kalangan para pejuang yang terlibat dalam sesuatu medan peperangan.
Namun, selepas kewujudan Baitulmal, hartaharta berkenaan diurus dengan lebih bijak; digunakan
untuk pembangunan negara, khususnya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khatab.
C. Kesimpulan ( 2 markah )
1. Ternyata etikaetika yang dianjur oleh Islam sebenarnya bukan sahaja memberikan kesan yang positif
kepada tenteratentera Islam sendiri, bahkan ia menjadi saluran atau wadah dakwah.
2. Hal ini terbukti khasnya melalui Perang Badar, etikaetika yang diamalkan telah menarik perhatian
ramai musuh Islam yang mana akhirnya mereka menerima agama ini.
12. elaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa ar-Rasyidin.
Pendahuluan (3 Markah)
1. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum
atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan
seumpamanya.
2. Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin
dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin.
3. Sumber Umum Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama :
a. Harta Masyarakat - Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan
yang berhak menerimanya.
b. Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta
tanpa waris.
c. Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.
4. Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan
keperluan asas dan membasmi kemiskinan.
5. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan
prinsip ekonomi Islam.
Isi-isi
A. Sumber sumber Baitulmal (5 isi x 2M = 10M)
1. Zakat
Sebahagian harta yang dikeluarkan oleh umat Islam yang layak untuk diagihkan kepada mereka yang
berhak menerimanya. Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan
dan pertanian, zakat emas dan perak.
2.

Kharaj
Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik tanah di wilayah taklukan kerajaan
Islam dengan kadar 10 peratus.

3.

Jizyah
Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di
bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang
kafir Zimmi. Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh,
masih hidup dan berupaya. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.

4.

Ghanimah dan al-Fay


Ghanimah merupakan harta rampasan perang. al-Fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta
peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun. Satu perlima daripada harta
ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya
dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.

5.

Usyur
Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam. Bagi
kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur
sebanyak 10%. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam hanya
dikenakan sebanyak 5 %. Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200
dirham.

B. Peranan Baitulmal (5 isi X 2 markah)


1. Membantu perkembangan ekonomi Islam. Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.
Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin. Bentuk
bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
2.

Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera. Penting bagi menjamin negara Islam daripada
ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman,
sumber Baitulmal digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera Islam yang menghadapi
ancaman daripada tentera Byzantine.

3.

Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat. Melibatkan kos pentadbiran dan
memberi elaun kepada angkatan tentera. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah
mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri
yang baru ditakluki. Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan
untuk memiliki tanah.

4.

Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat Islam. Harta Baitulmal tidak boleh
digunakan sesuka hati. Pengagihannya mestilah adil dan saksama. Semasa pemerintahan Saidina
Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada
Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat.

5.

Menyimpan harta Negara. Sebagai khazanah perbendaharaan Negara.

Kesimpulan (2 markah)
1. Pelaksanaan dan fungsi Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam
dan tidak berlaku penyelewengan.
2. Apa-apa yang berkaitan.

Huraikan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M
dan 16M.

Pengenalan (3 markah)
1.

Konsep penjelajahan merujuk kepada mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.

2.

Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi.

3.

Latar belakang kemunculan kuasa Portugis.

Isi-Isi Penting

Faktor-faktor penjejahan dan penerokaan orang Portugis (7 isi X 3 markah)


1.

Geografi
Negara Portugal terdedah pada pengaruh kelautan
Kedudukan yang terdedah di Lautan Atlantik mendorong bangsa tersebut untuk melakukan
pelayaran dan penerokaan

Ini menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur

2.

Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah

Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan.

Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam
perniagaan.

Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamlkan dasar ekonomi merkantilisme.

Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah kuasa dan mendapat
keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru

3.

4.

Keadaan politik yang stabil & kepimpinan raja-raja Portugal

Kepimpinan raja-raja Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan dan perkapalan.
Contoh, Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gama mencari jalan laut untuk
perdagangan antara Eropah dan Asia

Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)

Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib.


Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres untuk melatih pelayar-pelayar yang berminat utk sertai
ekspedisi pelayaran.
Pelayar-pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki kepulauan Madeira

Kapten-kapten yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam perdagangan hamba yang
menguntungkan.

Menjelang 1460 M, Portugis berjaya kuasai rangkaian pelabuhan-pelabuhan dari Madeira ke Cape
Verda.

5.

Memerlukan Barangan dari Timur

Mereka memerlukan barangan seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal.


Pada abad ke-15M, pedagang Islam dan Italy kuasai perdagangan dengan Timur dan dapat
keuntungan yang besar.

Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453M dan wilayah-wilayah di timur menyebabkan
kota-kota Italy seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilangan peranan sebagai pengkalan perdagangan
utama.
Mereka juga tidak daapat menerima bekalan barang-barang dari Timur dengan tetap.

Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barangan tersebut
dengan kadar harga yang rendah dan memecahkan monopoli saudagar Islam

6.

Faktor Agama / Galakan Paus

Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan penguasaan
sepenuhnya Semenanjung Iberia.

7.

Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian di luar Eropah

Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran

Ini menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut.

Penemuan-penemuan baru seperti :

carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean

kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayaran

astrolob utk tentukan longtitud.

reka bentuk kapal

Dengan bantuan alat-alat ini serta kemampuan membina kapal yang kukuh untuk belayar di lautan
luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.

8.

Cerita-Cerita Mengenai Dunia Luar

Oleh peneroka-peneroka dan pengembara seperti Marco Polo, Odoric Perdanone dan Lidicivo
Verthema

Catatan drpd tokoh-tokoh pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu untuk meneroka kawasan
baru.

Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan Portugis

Kesimpulan (1 markah)
1.
2.

Penjelajahan orang Eropah telah mengubah kehidupan masyarakat di Timur.


Penjelajahan dan penerokaan bangsa Eropah telah membawa pertembungan serta perubahan
budaya, kepercayaan dan ekonomi masyarakat tempatan.

3.

Kaedah Gold, Gospel, dan Glory yang diamalkan oleh orang Portugis dan Sepanyol telah membawa
kejayaan dan keuntungan kepada mereka.

Perkembangan pertanian merupakan ciri utama menyebabkan berlakunya perubahan dalam


kehidupan masyarakat pra sejarah. Bincangkan.

1. Pendahuluan .( 3 m )

Menurut Frank Hole dan Robert F. Heizer - pra sejarah merupakan sebahagian daripada
kehidupan masa silam manusia yang tidak dicatat dalam bentuk tulisan. Pengertian lain pra sejarah
ialah sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod - rekod bertulis, bukti sejarah ditemui melalui
kajian artifak dan penemuan fosil fosil manusia.

Zaman pra sejarah terbahagi tiga iaitu zaman paleolitik , zaman mesolitik dan zaman
neolitik. Kebudayaan neolitik dipercayai diasaskan oleh sekumpulam manusia yang berasal dari Asia
Barat yang berhijrah ke Afrika dan selatan Eropah, kumpulan masyarakat ini menjalankan kegiatan
pertanian, penternakan dan mula tinggal di kampung kampung yang terletak berhampiran kawasan
pertanian seperti Jarmo di Iraq, Catal Huyuk di Turki, Jerico di Palestin dan Tepe Yahya di Iran.

Kegiatan pertanian yang diusahakan oleh masyarakat neolitik ini telah memberikan kesan
besar dalam kehidupan masyarakat seluruhnya.

2. Isi / Pengaruh kegiatan pertanian dalam kehidupan masyarakat pra sejarah. ( 20 m )

Penemuan kawasan subur untuk kegiatan pertanian


- kawasan lembah sungai dan tanah lanar telah membawa perubahan dalam pemilihan corak hidup
masyarakat . Kehidupan masyarakat pra sejarah dari nomad kepada petempatan kekal kehidupan
berasaskan pertanian dan penternakan.

Pelbagai jenis tanaman dan ternakan


- masyarakat neolitik menjalankan pelbagai jenis tanaman seperti gandum, jagung, barli dan
kekacang.
- mereka menjalankan pelbagai jenis binatang ternakan seperti biri - biri, kambing, lembu, kerbau dan
babi. Ini menunjukkan masyarakat telah meninggalkan aktiviti ekonomi nomad seperti memburu dan
memungut hasil hutan.

Wujud struktur sosial


- masyarakat mula hidup dalam kampung dan kelompok besar maka wujudlah seorang ketua untuk
memimpin seterusnya wujud susun lapis masyarakat yang sistematik berdasarkan fungsi.
- wujud organisasi sosial politik dan institusi kerajaan yang diketuai oleh pemimpin masyarakat untuk
menyelia pembinaan terusan, kuil dan menyelesaikan pertelingkahan yang dihadapi oleh masyarakat.

Wujud proses urbanisasi


- akibat pertambahan penduduk, pertambahan daya keluaran pertanian maka muncul kampung,
pekan dan bandar.

Berlaku pertambahan penduduk

- perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk,


perkembangan petempatan dan kesan daripada migrasi penduduk ke kawasan pertanian.

Wujud kegiatan perdagangan bercorak sistem barter


- akibat perkembangan serta pertambahan hasil pertanian, maka wujud lebihan pengeluaran
seterusnya wujud kegiatan ekonomi tukar barang atau sistem barte . Hasil pertanian yang lebih akan
ditukar dengan komoditi lain seperti batu permata dan logam.
- perkembangan kegiatan perdagangan ini akan menyebabkan interaksi antara masyarakat di
samping menggalakkan pertukaran idea dan teknologi baru.

Berlaku pengkhususan kerja


- akibat lebihan pertanian dan kegiatan pertanian akhirnya membawa kepada wujudnya
pengkhususan dalam pekerjaan .
- selain golongan petani, wujud golongan peniaga, artisan dan tukang kraf yang mahir. Golongan ini
akan membuat kerja alatan pertanian seperti sabit , lesung dan tembikar yang digunakan untuk
menyimpan wain, bijirin dan minyak.

Perkembangan teknologi
- pertambahan produktiviti pertanian juga membawa kepada perkembangan dalam teknologi
pertanian untuk meningkatkan hasil keluaran seperti penggunaan bajak yang ditarik oleh binatang,
pembinaan terusan dan tali air, ciptaan roda untuk mengangkut hasil pertanian, ciptaan sampan dan
rakit untuk memudahkan pergerakan di sungai.

Perkembangan sistem tulisan .


- sistem tulisan dicipta untuk mencatat dan menyimpan rekod rekod hasil pertanian, jumlah
keluasan tanah yang semakin meningkat , aktiviti perdagangan serta mencatat kegiatan keagamaan

Kewujudan sistem kepercayan dan agama.


- revolusi pertanian dan aktiviti pertanian telah mengubah persepsi masyarakat kepada bentuk
kepercayaan masyarakat neolitik.
- masyarakat ini mempercayaai kewujudan dewa dewi , semangat dan roh yang menentukan
kesuburan dan peningkatan hasil pertanian yang mereka usahakan .
- kesannya wujud pelbagai upacara serta amalan ritual seperti penyembahan dan pengorbanan untuk
mententeramkan dewa dewi berkaitan agar tidak mengganggu aktiviti masyarakat dalam pertanian
seperti banjir, kemarau dan serangan penyakit serta haiwan.

3. Kesimpulan. ( 2 m )
Perkembangan pertanian merupakan ciri utama yang mengubah kehidupan masyarakat
neolitik dari kehidupan nomad kepada corak hidup yang lebih maju, buktinya pertambahan hasil
pertanian telah mengubah imej petempatan yang dibina oleh petani yang terus berkembang pesat
sehingga membawa kepada kemunculan pekan dan bandar.
Athens dan Sparta merupakan dua buah negara kota yang terkenal di Yunani. Bincangkan
sistem pemerintahan bagi kedua-dua negara tersebut.

Pengenalan ( 3 markah )

1.

Pemerintahan Athens adalah bercorak monarki. Rakyat mula memberontak dan menggulingkan
Raja Athens pada tahun 700 S.M kerana pemerintahan bersifat kuku besi. Rakyat juga ingin
menyuarakan hak mereka dalam pemerintahan dan pentadbiran negara.

2.

Athens terpaksa melalui beberapa perubahan dan reformasi sehingga terbentuknya sebuah kerajaan
demokrasi. Pada tahun 500S.M wakil rakyat dipilih dan demokrasi telah mula diamalkan di Athens.

3.

Pemerintahan Sparta bersifat ketenteraan. Rakyat Sparta diterapkan dengan prinsip bahawa setiap
warganegara harus mengorbankan diri untuk mempertahankan kedaulatan dan kebebasan negara
mereka.

Isi-isi penting ( 4 X 5 = 20 )
Sistem pemerintahan Athens (10 markah impression)

Negara kota Athens muncul antara tahun 800-500S.M. Athens mengamalkan pemerintahan
demokrasi melalui Assembly, Council, Majistret dan Juri.

i.

Dewan Perhimpunan/Assembly dan Juri


Diwakili oleh semua warganegara lelaki dewasa Athens kecuali hamba
Setiap warganegara hanya berrpeluang memegang salah satu tugas pentadbiran bagi tempoh
masa enam bulan hingga setahun.

Dewan ini bersidang sebanyak 40 kali setahun dan 3 kali sebulan.

Ahli-ahli dibenarkan untuk mengemukakan cadangan tentang dasar-dasar kerajaan.

ii.

Majlis
Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan
Dianggotai 500 ahli yang tidak dilantik tetapi dipilih melalui undian dan 50 orang daripada 10 suku
kaum

Menjalankan tugas harian kerajaan

Dalam majlis ini pegawai terdiri daripada 10 orang jeneral yang berkuasa besar

iii.

Majistret dan Juri

Dianggotai oleh pegawai kerajaan

Melaksanakan dasar kerajaan yang diputuskan oleh majlis

Ahli terdiri daripada pembanci, pengutip cukai dan pendidik

Terdapat 10 orang jeneral yang dipilih daripada warganegara untuk tujuan menjaga keselamatan
Negara.
Pegawai yang terbabit dalam kesalahan akan dibuang negeri selama 10 tahun (ostracism)
Orang yang bersalah diberikan hak untuk mempertahankan dirinya, keputusan juri adalah
muktamad
Keahlian juri terdiri daripada 101 orang sehingga 1001 orang mengikut keserasian kes.

Sistem Pemerintahan di Sparta (10 markah impression)

1.

i.

Negara kota Sparta muncul sama dengan Athens antara 800-500S.M. Negara Sparta mengamalkan
pemerintahan bersifat authoritarian (kuku besi). Pemerintahan Sparta terdiri daripada institusi raja (2
orang), Dewan Perhimpunan, Majlis Orang Tua dan Ephors.

Institusi Raja

Terdiri daripada dua orang raja yang dilantik untuk seumur hidup

Kedua-dua raja adalah daripada keluarga yang bersaing

Setiap seorang raja menyemak yang lain.

ii. Dewan Perhimpunan /Appela

Mempunyai dewan Perhimpunan dalam sistem pemerintahan

Keanggotaan dan pelaksanaan tugas Dewan Perhimpunan Sparta adalah berbeza dengan Athens

Dewan ini terdiri daripada semua kaum seramai 10 ribu orang yang berusia 30 tahun ke atas.

Kaum wanita tidak boleh melibatkan diri termasuk golongan helots dan periokai.

Badan ini bertanggungjawab dalam pembentukan Council of Elders yang terdiri daripada 28 orang
dewasa untuk membantu raja.

Badan ini juga bertanggungjawab dalam perlantikan lima orang Ephors.

Perubahan yang dibuat dalam undang-undang Sparta memerlukan persetujuan dewan ini.

Membincangkan perkara-perkara yang diutarakan oleh Ephors atau Council of Elders.

Badan ini juga melantik pegawai-pegawai awam kecuali raja.

iii. Majlis Orang Tua / Gerousia

Jumlah ahli seramai 28 orang bangsawan yang berusia lebih 60 tahun termasuk dua orang.

Dilantik oleh Dewan Perhimpunan.


Badan ini berperanan menyelia kerja-kerja pentadbiran, menyediakan cadangan-cadangan untuk
diajukan kepada Majlis Perhimpunan.
Bertindak sebagai mahkamah tertinggi untuk mengadili kes-kes jenayah.

iv. Ephors

Terdiri daripada 5 orang pegawai

Paling berkuasa dan merupakan kerajaan sebenar

Institusi ini dipilih untuk mentadbir selama setahun

Kuasanya mengatasi Dewan Perhimpunan dan Majlis

Berperanan mengawasi system pendidikan, pengagihan


mempunyai kuasa veto ke atas semua perundangan

kekayaan, kehidupan rakyat dan

Mempengerusikan Assembly

Mengadili kes-kes awam

Mengendalikan hal ehwal luar Negara

Berkuasa menentukan nasib bayi yang lahir

Menjalankan hukuman di hadapan Majlis dan menyingkirkan raja.

Kesimpulan ( 2 markah )
1.

Terdapat perbezaan yang sangat ketara antara sistem pemerintahan di Athens dan Sparta

2.

Institusi Ephors merupakan badan pentadbir yang paling berkuasa di Sparta manakala di
Athens, kuasa utama terletak di tangan Dewan Perhimpunan.

3.

Kedua-dua negara kota ini dapat mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam kalangan
rakyatnya walaupun mengamalkan cara pentadbiran yang berbeza.
TEMA 1
PENCAPAIAN MASYARAKAT PRASEJARAH
ORGANISASI SOSIAL
PERBANDARAN
ALAM SEKITAR/SISTEM TULISAN/KEMAHIRAN (PERKEMBANGAN)
PERANAN WANITA
TEMA 2
CIRI2 NEGARA KOTA
SUMBANGAN HAMMURABI
SHI HUANG TI
REPUBLIK ROM DAN KESULTANAN MELAKA
PENTADBIRAN PUSAT DAN WILAYAH MELAKA DAN MESIR

TEMA 3
ORGANISASI KETENTERAAN INDIA ZAMAN KLASIK DAN MESIR
TAKTIK DAN STRATEGI PEPERANGFAN TAMADUN AWAL
KAUTILILYA
TEMA 4
EKONOMI CINA DAN ASIA TIMUR
PERBANDINGAN EKONOMI KAPITALIS DAN ISLAM
EKONOMI GRACEO ROM
TEMA 7
P&P CHINA DAN ISLAM
TOKOH BARAT DAN ICHING

Bincangkan peranan golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum campurtangan British.


Jelaskan sistem ekonomi saradiri di Tanah Melayu pada awal abad ke -19
Sejauhmanakah perubahan-perubahan drastik yang dilakukan oleh Residen British di Perak dan Pahang telah
menyebabkan penentangan orang-orang Melayu di kedua-dua negeri
Huraikan faktor-faktor perkembangan perusahaan getah di Malaysia pada penghujung abad ke-19
hingga awal abad ke -20

Bincangkan peranan golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum campurtangan British.


(25)
2. Jelaskan sistem ekonomi saradiri di Tanah Melayu pada awal abad ke -19 (25)
3. Sejauhmanakah perubahan-perubahan drastik yang dilakukan oleh Residen British di Perak dan Pahang telah
menyebabkan penentangan orang-orang Melayu di kedua-dua negeri
(25)
4. Huraikan faktor-faktor perkembangan perusahaan getah di Malaysia pada penghujung abad ke-19 hingga
awal abad ke -20 (25)
5. Bincangkan kesan-kesan sosioekonomi darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960 (25)
6. Huraikan sistem pemerintahan di Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963 (25)
BAHAGIAN B
7. Huraikan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat di China dan India pada awal abad ke-19 (25)
8. Bandingkan dasar isolasi (tutup pintu) yang diamalkan oleh Jepun dan Thailand pada awal abad ke-19 (25)
9. Perjanjian Bowring 1855 di Thailand dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun telah membawa kesan yang
besar kepada ekonomi di kedua-dua negara. Bincangkan. (25)
10. Bincangkan kesan-kesan social akibat pentadbiran barat di Indonesia dan Myanmar(Burma)
(25)
11. Jelaskan perjuangan Kuomintang di China dan Kongres Kebangsaan India di India dalam perjuangan
nasionalisme di kedua-dua negara. (25)
12. Sejauhmanakah kelemahan pemerintahan Raja Vajiravudh di Thailand dan kelemahan kerajaan Manchu di
China telah menyebabkan revolusi berlaku di kedua-dua negara (25)
Sulit

Pembandaran adalah proses di mana penduduk tinggal dan bekerja di kawasan yang kecil dan menjalankan
kerja-kerja seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan. Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai,
huraikan ciri-ciri bandar Tamadun Indus dan Mesopotamia. (25)
2. Huraikan tentang faktor-faktor perubahan yang mendorong kepada kemunculan Negara Bangsa
di Eropah. (25)
3. Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 SM dengan Niccolo Machiavaeli pada abad
ke 16 M (25)
4. Sistem ekonomi Eropah mengalami perubahan secara evolusi setiap zaman. Galurkan perkembangan sistem
ekonomi Eropah dari zaman pertengahan sehingga zaman moden (25)

5. Bincangkan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan Christopher Columbus serta


sumbangannya. (25)
6. Athens dan Sparta merupakan dua buah negara kota yang terkenal di Yunani. Bandingkan sistem
pemerintahan kedua-dua negara tersebut. (25)

7. Kewujudan Organisasi Sosial di Lembah Indus dan China agak unik berbanding dengan tamadun-tamadun
lain. Bincangkan ciri-ciri Organisasi Sosial kedua-dua tamadun berkenaan bagi membuktikan pencapaian
ketamadunan masyarakat tersebut. (25)

8. Bandingkan ciri-ciri senibina Tamadun Islam dan Tamadun Rom. (25)

BAHAGIAN B

Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman
Nabi Muhammad SAW di Semenanjung Arab (25)
10. Huraikan konsep ummah serta jelaskan sebab-sebab pembentukan ummah oleh Nabi
Muhammad dan masalah-masalah yang dihadapi berdasarkan keadaan yang wujud di Madinah
(25)
11. Jelaskan isi kandungan Sahifah Madinah dan kepentingan Piagam tersebut dalam
pentadbiran Nabi Muhammas s.a.w di Madinah . (25)
12. Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan
baginda. Bincangkan kepemimpinan baginda dalam pelbagai bidang. (25)
13. Bincangkan kesan Perang Salib terhadap dunia Islam dan Eropah. (25)
14. Membayar zakat adalah diwajibkan ke atas umat Islam. Bincangkan sejarah, fungsi dan
pelaksanaan zakat dari zaman Rasulullah s.a.w hingga ke zaman kerajaan Bani Umaiyah.
(25)
15. Jelaskan sumber ilmu menurut tamandun Islam dan tamadun Barat (25)
16. Bandingkan sumbangan Ibn Battutah dan Marco Polo dalam bidang pelayaran dan
penjelajahan kepada perkembangan tamadun manusia. (25

Jelaskan peranan raja di Negeri-Negeri Melayu dari tahun 1800 1896 (25)
2. Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran British di Perak dan
Pahang pada penghujung abad ke-19 (25)

3. Usaha yang dilakukan oleh H.N Ridley telah menjadi pemangkin kepada peningkatan
perkembangan perusahaan getah di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Bincangkan pernyataan tersebut. (25)
4. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1941 1945
(25)
5. Huraikan kesan-kesan sosial, politik dan ekonomi perlaksanaan Undang-Undang Darurat
di Tanah Melayu dari tahun 1948-1960 (25)
6. Bincangkan faktor-faktor penubuhan Gagasan Malaysia 1963. (25)
BAHAGIAN B
7. Bandingkan sistem sosial yang diamalkan di Jepun dan Vietnam pada awal abad ke-19
(25)
8. Bincangkan sistem adat yang diamalkan oleh masyarakat Indonesia dan India sebelum
campurtangan British (25)
9. Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Kanagawa 1854 menyebabkan implikasi
ekonomi, sosial dan politik kepada Thailand dan Jepun. Bincangkan pernyataan tersebut.
(25)
10. Bincangkan kesan-kesan sosial akibat pentadbiran British di Myanmar (Burma) dan
Belanda di Indonesia sebelum Perang Dunia Kedua (25)
11. Huraikan peranan golongan agama dalam kebangkitan gerakan kesedaran di Indonesia
dan Myanmar sebelum Perang Dunia Kedua (25)
12. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi 1911 di China
dan Revolusi 1932 di Thailand (25)
940/2

Anda mungkin juga menyukai