Anda di halaman 1dari 3

Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun Mesir PENGENALAN:[3 markah] 1. 2.

Definisi organisasi sosial - lapisan masyarakat merujuk kepada organisasi sosial. Latar belakang Tamadun Mesir

ISI: PERANAN SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DI MESIR [7 isi X 3 markah = 21 markah] 1. Raja Mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam struktur sosial masyarakat Mesir. Dianggap sebagai Tuhan dan pelindung kepada rakyat Merupakan sumber kekuatan Berkuasa mutlak - bertindak sebagai ketua paderi, ketua pentadbir dan ketua hakim negara. Segala arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh raja akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai tinggi. Raja merupakan lambang maat (kebenaran @ keadilan) Keluarga Diraja Putera-putera raja yang bakal mewarisi takhta kerajaan akan diberi pendidikan semasa kanak-kanak lagi. Seorang guru dilantik untuk mengajar mereka pelbagai mata pelajaran Apabila meningkat dewasa, putera raja akan diberikan latihan dalam bidang ketenteraan Lazimnya, putera raja akan mengambil bahagian dalam ekspedisi ketenteraan yang dipimpin oleh bapa mereka. Putera raja akan dikahwinkan sewaktu masih kanak-kanak lagi. Biasanya mereka dikahwinkan dengan adik kandung @ sepupu untuk mengekalkan kesucian keturunan. Golongan Bangsawan/ Pegawai Tinggi Raja dibantu oleh sekumpulan pegawai tinggi. Kebanyakan pegawai tinggi dilantik drpd kalangan anggota keluarga raja @ saudara-maranya Dipercayai bahawa mereka yang mempunyai pertalian darah dengan keluarga diraja memiliki kewibawaan untuk memerintah. Wazir Dalam bidang kehakiman, wazir membantu raja untuk mengendalikan keskes di peringkat wilayah. Tugas-tugas wazir adalah; awasi kerja-kerja membina dan membaiki terusan bagi pengairan menjalankan banci ternakan dan sumber-sumber negara merekod banjir Sungai Nil menyediakan buruh paksa mengumpulkan cukai awasi ekspedisi diraja, bengkel-bengkel dan projek pembinaan memeriksa angkatan tentera sebagai penyambut duta-duta mengumpulkan ufti dari luar negara.

2.

3.

4.

5.

Pendeta @ Paderi Firaun adalah ketua pendeta @ paderi. Pendeta mempunyai tugas dalam bidang keagamaan. Mereka juga mempunyai pengaruh dalam bidang politik khususnya dalam soal perlantikan raja. Menguruskan pemilihan pengganti raja dan upacara perlantikan raja baru. Anggota Tentera Ramai rakyat biasa terutamanya golongan petani, artisan dan kumpulan professional sederhana telah menyertai tentera. Hal ini kerana jawatan dalam tentera membolehkan seseorang yang tidak mempunyai pendidikan meningkatkan status dan taraf hidup mereka. Tentera juga merupakan satu kumpulan yang penting dalam struktur sosial masyarakat Mesir. Pembantu Raja Golongan ini terdiri daripada serf yang bekerja dalam pertanian dan seluruh kelas buruh. Golongan ini terdiri daripada pekerja-pekerja lombong emas, tembaga, pekerja-pekerja kuari dan pekerja binaan, golongan membuat barangbarang tembikar dan pengangkut air. Tugas utama mereka adalah membina candi-candi diraja. Mereka bekerja hampir sepanjang tahun. Gaji mereka dibayar dalam bentuk gandum dan barli. Pekerja-pekerja juga diberikan sayur-sayuran, ikan, kayu api, ubatubatan dan pakaian. Pada hari kebesaran, raja akan berikan barang mewah seperti garam, wain dan bir kepada mereka. Golongan ini mempunyai rumah berhala sendiri dan tribunal untuk selesaikan masalah mereka. Petani Merupakan golongan rakyat biasa yang hidup dlm keadaan tertindas. Mereka terikat kepada tuan tanah. Apabila tanah dijual, petani akan menjadi hak milik tuan tanah yang baru. Petani yg berkhidmat di tanah raja menikmati sedikit kebebasan. Pada musim banjir, mereka dikehendaki bekerja sebagai buruh paksa dalm pembinaan candi. Menjelang pemerintahan kerajaan baru, para petani menikmati kebebasan sepenuhnya. Tanah-tanah pertanian dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil dan diberikan kepada tiap keluarga. Tanah-tanah tersebut tidak boleh dipindah milik. Oleh itu kedudukan mereka terjamin dan mereka bekerja di tanah sendiri. Hamba Mereka tidak mempunyai kebebasan

6.

7.

8.

9.

KESIMPULAN [1 markah] Struktur sosial dalam tamadun Mesir sangat kompleks dan agak tersusun menjadikan Mesir sebuah tamadun yang hebat ketika itu.

Anda mungkin juga menyukai