Anda di halaman 1dari 5

Tajuk Laporan : Mengkaji Artifak-artifak Sejarah Berkaitan Orang Melayu dan Perkembangan Agama Islam di Terengganu

Muzium Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan mula berkuat kuasa pada 1 November 1977. Muzium Negeri Terengganu mempunyai keunikannya yang tersendiri, bukan sahaja dari segi saiz atau keluasan muzium yang di katakan terbesar di Asia Tenggara tetapi di dalamnya memuatkan pelbagai tinggalan sejarah bumi Terengganu terutama sekali Batu Bersurat yang sememangnya sudah diketahui umum tentang nilai sejarah yang ada padanya. Kami telah menerokai keseluruhan kompleks muzium ini telah mengambil masa berjam-jam bermula dari galeri-galeri yang terdapat di dalam muzium ini. Antaranya ialah Galeri Tekstil, Galeri DiRaja, Galeri Kraf, Galeri Senjata, Galeri Sejarah, Galeri Petroleum, Galeri Islam, Galeri Ilmu Kejadian, Galeri Pelayaran dan

Perdagangan serta Galeri Perikanan dan Taman Laut. Kemudian penerokaan kami dilanjutkan ke kawasan luar muzium yang menempatkan rumah-rumah Tradisional Melayu Terengganu, Kapal dan perahu-perahu tradisional

Terengganu dan pelbagai lagi.

Perkembangan agama Islam di Terengganu dapat dibuktikan dan disaksikan kerana terdapat kewujudan Batu Bersurat yang bernilai dipamerkan dalam Muzium Negeri Terengganu. Batu Bersurat tersebut telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya dan ia diangkat dan diletakkan di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Batu ini dipersembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III di Kuala Terengganu dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang juru foto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman pada tahun 1923. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura. Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan yang di wakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.

Setakat ini tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh atau tahun dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun yang tercatat di Batu Bersurat bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut, Namun tarikh tersebut memberi makna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembangan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis Batu Bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik bagi negeri Terengganu ialah negeri itu merupakan negeri yang terawal di Malaysia mengkanunkan undang- undang Islam. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang. Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam. Batu bersurat yang dijumpai di Kampon Buluh, Kuala Berang, kira- kira tahun 1887M menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah Terenkanu dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1310M) ejaan Terkanu . Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO. Bilakah Terengganu digelar Darul Iman tidaklah dapat ditentukan dengan sah., tetapi semasa pemerintahan Sultan Umar (Marhum Baginda 1893-1879) ada dikatakan gelarannya Darus-Salam - sumber diperoleh dari Info Penggerak Minda Rakyat. Batu bersurat ini penting kerana mengesahkan bahawa Islam mula-mula bertapak di Terengganu. Batu ini menunjukkan orang Terengganu tidak terlibat dengan kerajaan Langkasuka yang dikatakan dipengaruhi campuran MelayuSiam atau Mon-Khmer kerana Batu Bersurat Terengganu dipahat dalam bahasa dan tatacara penulisan Melayu Terengganu dan tiada langsung unsur-unsur perkataan Siam di dalamnya. Dengan ini ia menolak andaian bahawa orang

Terengganu berasal dari Langkasuka ataupun Patani. Bukan itu sahaja, tulisan Jawi dipercayai dicipta oleh orang Terengganu kerana setakat ini masih belum dijumpai sebarang artifak yang mengandungi tulisan-tulisan Jawi sepertimana yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu. Batu bersurat tersebut juga membuktikan bahawa sudah ada pemerintah yang telah melaksanakan UndangUndang Islam di Terengganu dan menunjukkan bahawa orang Terengganu pada waktu itu pandai menulis dan membaca. Tambahan pula, Galeri Islam juga

mendedahkan perbincangan aspek agama Islam yang telah mengubah segala bentuk corak hidup manusia di seluruh dunia. Di Tanah Melayu, Islam didukung dan diperjuangkan oleh nenek moyang zaman silam hingga dapat ditegakkan dengan jayanya hingga kini. Pada masa itu, kesenian Islam juga diperkembangkan dengan terbukti oleh seni bina, tembaga, kain yang mempunyai lukisan, tekatan dan sebagainya. Keunikan Batu Berukir Terengganu, satu penemuan yang menjadi bukti penyebaran dan kegemilangan Islam serta bermulanya tulisan Jawi di Nusantara. Tembaga-tembaga bukan sahaja

menunjukkan keunggulan orang Islam dalam aspek kesenian, malahan ia juga menunjukkan perkembangan ekonomi dalam kalangan Islam. Orang Terengganu menjalankan perdagangan dengan pedagang lain dengan menggunakan sistem barter. Tembaga juga digunakan untuk menjalankan perdagangan. Kerajinan orang Islam

menghasilkan tembaga yang cantik sekali untuk menjualkannya untuk mendapat rezeki harus seseorang mempelajari.

Manuskrip-manuskrip dan kitab-kitab juga dipamerkan dalam Galeri Islam. Manuskripmanuskrip dan kitab al-Quran adalah dalam tulisan Jawi dan ia bertarikh agak masa lampau. Hal ini telah membuktikan orang Terengganu menerima pendidikan pada zaman awal.

Pendidikan secara tidak formal diberikan kepada orang Terengganu oleh Tok Guru di pondok. Tok Guru mengajar mereka mengenai ajaran Islam. Walaupun pendidikan zaman dahulu tidak selengkap dengan pendidikan masa kini, namun semangat ingin belajar dan menimba ilmu pengetahuan orang Terengganu telah dipaparkan. Hal ini demikian kerana artifak-artifak seperti kitab-kitab atau manuskrip-manuskrip yang dipamerkan dalam keadaan yang sempurna dan

baik telah menunjukkan mereka sangat menghargai buku-buku dan ilmu-ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh mereka.

Anda mungkin juga menyukai