Anda di halaman 1dari 4

Batu adalah salah satu manuskrip yang juga medium ilmu dalam Alam Melayu.

Salah
satu batu bersurat yang masyhur ditemui ialah batu bersurat Terengganu yang bertarikh
4 Rejab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 Masihi. Keajaiban yang ada pada batu
bersurat Terengganu ialah hanya dengan sebongkah batu bersurat itu terzahir satu
tamadun manusia yang agak menyeluruh.

Pada batu bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang itu terzahir elemen-
elemen ketamadunan seperti berikut:-

1) Masyarakat yang beragama Islam

Pada batu bersurat ini jelas terpahat bahawa Rasulullah & para pengikutnya merupakan
model yang wajib diikuti serta peranan penguasa untuk meneguhkan Agama Islam.
Masyarakat yang beragama merupakan salah satu ciri masyarakat yang bertamadun.
Tambahan pula pada batu bersurat ini terzahir bahawa masyarakat Melayu di Kuala
Berang telah pun menganut agama Islam. Seperti sedia maklum, Islam memiliki
tamadun dan keilmuan yang tinggi. Maka terdapat kebarangkalian besar bahawa ilmu-
ilmu ketamadunan Islam telah dipelajari oleh masyarakat Melayu di Kuala Berang.

2) Memiliki sistem pentadbiran & politik

Pada batu bersurat ini jelas terpahat peranan Raja Mandalika yang bermaksud wakil
raja (jawatan seumpama gabenor pada hari ini) iaitu melaksanakan syariat Islam.

3) Memiliki sistem perundangan

Tujuan utama batu bersurat ini ditulis adalah sebagai dokumen undang-undang di mana
jelas dinyatakan hukuman termasuk hukum hudud.

4) Memiliki keadilan sosial yang begitu tinggi

Pada batu bersurat ini jelas terpahat bahawa seluruh golongan tidak terkecuali dari
menerima hukuman jika melakukan kesalahan termasuk anak madalika (wakil raja)
yang turut akan direjam sekiranya terbukti berzina dan telah berkahwin.

5) Pengetahuan ilmu matematik

Pada batu bersurat ini jelas terpahat pecahan angka metematik seperti “sepuluh tengah
tiga”, unit ukuran seperti “tahil, paha dan saga” dan nombor ordinal seperti “pertama,
keempat, kelima dan keenam.

6) Pengetahuan ilmu falak atau astronomi

Pada catatan tahun batu bersurat ini dinyatakan perkataan “tahun saratan” (sharatan)
yang membawa maksud kumpulan bintang yang membentuk dua tanduk kambing biri-
biri yang merujuk kepada Buruj al Hamal atau zodiak Aries.
Maka terdapat keberangkalian bahawa masyarakat Melayu Terengganu pada ketika itu
telah pun menggunakan alat mencerap langit tamadun Islam iaitu asturlab (astrolabe).

7) Memiliki sistem kalendar

Batu bersurat ini juga membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menggantikan
sistem kalendar zaman Hindu-Buddha dengan sistem kalendar Islam di mana padanya
terpahat perkataan hari Jumaat & bulan Rejab.

8) Memiliki sistem tulisan tersendiri

Batu bersurat Terengganu turut menjadi bukti awal penggunaan tulisan Jawi selain
kitab Bahrul Lahut dan bukti perubahan abjad tulisan Melayu dari rencong/pallawa/kawi
kepada Jawi yang berasaskan huruf Arab sama ada dalam bentuk suai-gabung atau
pakai terus.

9) Aktiviti ekonomi dan perdagangan

Catatan tentang penggunaan emas, ‘harta denda’, unit sukatan dan aturan bagi pihak
yang berpiutang membuktikan kepesatan aktiviti ekonomi dan perdagangan.
Pengamalan Islam juga membuktikan Kuala Berang adalah pelabuhan yang dikunjungi
oleh pedagang-pedagang Islam dari luar.

10) Pelbagai kearifan tempatan

Proses pemahatan batu bersurat ini boleh membuktikan kearifan tempatan dalam ilmu
menempa besi dan kepintaran memilih jenis batu (ilmu geologi). Selain itu, perkataan
‘benuaku’, ‘benua Terengganu’ dan ‘behumi penentua’ boleh membuktikan kearifan
ilmu geografi masyarakat setempat.
Penemuan Batu Bersurat
Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 30 Mac - Penemuan Batu Bersurat pada 1887 di


kawasan Padang Tara di tepi Sungai Tara, Kampung Buluh, Kuala Berang
membuktikan Terengganu adalah sebuah negeri terawal di Malaysia
menerima Islam berbanding Melaka dan Kedah.
Malah batu itu merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu terawal yang
dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan pengisytiharan agama Islam
sebagai agama rasmi dan undang-undang Islam.
Kemudian pada 1902, batu itu dijumpai pula oleh Saiyed Husin Ghulam Al-
Bukhari, seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buluh
yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut.
Bagaimanapun, Saiyed Husin meminta Penghulu Ali ketika itu dan orang
kampung membawa batu bersurat tersebut untuk dipersembahkan kepada
Sultan Zainal Abidin 111 dan kemudiannya diletakkan di atas Bukit Puteri.
Tulisan bertarikh 702 Hijrah dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi itu
menjelaskan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai
perbuatan maksiat dan kenyataan palsu serta dengan hukum mengikut taraf
seseorang.
Pada masa ini Batu Bersurat tersebut dipamerkan di muzium negeri untuk
membolehkan generasi hari ini melihat dengan lebih dekat mengenai sejarah batu tersebut.
Selain itu, kerajaan negeri turut mewujudkan Memorial Batu Bersurat di Kuala Berang tempat penemuan batu
tersebut sebagai tempat kajian dan kunjungan penduduk di negeri ini khasnya dan pelancongan amnya.
Memorial yang direka bentuk empat persegi sama seluas 11,400 x 11,400 sentimeter (sm) dan bertingkat tiga belas
(13) termasuk replika Batu Bersurat yang melambangkan Rukun Iman dan jumlah daerah di Negeri Terengganu.
Bagi mengimbau sejarah penemuan batu tersebut, muzium negeri menganjurkan Seminar Batu Bersurat selama dua
hari baru-baru ini dengan menghimpunkan seramai 150 peserta yang mewakili jabatan kerajaan, institusi pengajian
tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar.
Ketika berucap pada perasmian itu, Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah mahu sebuah Pusat
Penyelidikan Jawi diwujudkan di Memorial Batu Bersurat, Kuala Berang sebagai pusat penyelidikan jawi yang
terunggul di negara ini.
Katanya, pemilihan di Kuala Berang itu wajar kerana daerah itu merupakan tapak penting kerana ia menjadi tempat
penemuan Batu Bersurat yang membuktikan tentang pengisytiharan Islam.
''Pada masa ini kerajaan negeri telah mewujudkan Memorial Batu Bersurat di situ sebagai tempat kajian dan
kunjungan pelawat dari dalam dan luar untuk melihat Replika Batu Bersurat yang ditemui pada 1887,'' katanya.
Menurut beliau, pada masa ini kertas cadangan mengenai pembinaan Pusat Penyelidikan jawi itu telah siap dan akan
dikemukakan kepada kerajaan negeri bagi mendapatkan kelulusan dan peruntukan.
''Dengan adanya Pusat Penyelidikan Jawi itu, ia akan menjadi tumpuan kepada para penyelidik atau pengunjung
untuk mengkaji atau membuat rujukan mengenai sejarah tulisan jawi dan kedatangan Islam di negeri ini,'' katanya.
Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan dalam seminar yang julung kali diadakan anjuran muzium negeri.
Ia bertujuan untuk mengkaji dan menyelidik usul batu yang digunakan dan mengenal pasti pengaruh tulisan yang
digunakan pada ketika itu.

Anda mungkin juga menyukai